Friday, October 31, 2008

Grey's Anatomy Season 5

Saya menulis sekadar ingin berkongsi rasa riang saya yang amat sangat sejak dua menjak ini. Tiada niat untuk membibitkan rasa2 cemburu di hati kamu2.

Saya telah mendapat tahu musim kelima cerita kegemaran saya ini akan bermula bulan 9 yang lalu. Maka, awal2 lagi saya sudah beritahu Mike yang baik hati itu. Sekembalinya saya daripada cuti hari raya, saya telah dapat menonton episod sau hingga tiga. Keriangan dikongsi bersama sepupu saya, Ili Najat. :D

Mike yang baik hati itu berkata, boleh download selepas 2-3 hari ditayangkan di USA sana. Di USA itu, jadual episod baru adalah setiap hari khamis malam jumaat. Maka, setiap hari isnin, saya akan beri mesej kepada Mike yang baik hati itu, mengingatkan dia untuk memuat turun episod terbaru. Dan, pada hari selasa, pasti saya dapat menontonnya. Owh, terlalu riang rasa di hati. Pastinya dikongsi bersama dengan sepupu saya itu, Ili Najat :D

Apa yang boleh saya katakan tentang musim kelima ini? Owh, ia tidak pernah membuat saya kecewa. Saya semakin geli hati melihat gelagat Dr. Yang saban minggu. :) Tetapi, saya terlalu rindukan Addison. Owh!

Saya ingin mengucapkan terima kasih saya yang tidak terhingga kepada Mike yang baik hati itu. Saya tahu kamu juga riang melihat saya riang. Haha. :P

p/s: saya sebenarnya ingin berkongsi episod ketiga di sini dgn kamu2 semua, tapi tak berjaya upload pulaks. Sowi...

Thursday, October 30, 2008

Tekanan Darah & Perkahwinan Anak Sulung

Pakngah saya akan mengahwinkan anaknya yang sulung pada bulan hadapan. Anak perempuan. Banyak tugasan yang perlu dilakukan telah diagihkan, termasuk kepada kami, saudara-mara. Sepatutnya, pakngah punya mesyuarat pada dua hari yang lepas untuk membincangkan tentang hal perkahwinan ini. Namun, pakngah tidak dapat hadir. Lantas, ibu pun menelefon ke rumahnya.

"Kami tak tahu detailnya. Doktor suruh berehat". Itulah yang diberitahu oleh pekerja rumah agam itu. Kemudian, diberitakan, tekanan darah pakngah telah meningkat. Pakngah disuruh banyakkan berehat.

Kami, ahli2 keluarga berkumpul di rumah pakitam pada isnin yang lalu. Pakitam buat open house hari raya. Saya pun telah bercerita kepada kakak sepupu saya yang sulung (yang kami semua panggil, Along Ina) tentang keadaan pakngah. Kami semua agak risau.

"Tapi kan, dulu masa nak kawenkan Along, maklong pun kene darah tinggi. Sebelum tu, maklong takde pun penyakit tu."

Maka, saya assume, penyakit darah tinggi akan menyerang kepada ibu dan/atau bapa jika sedang menguruskan perkahwinan anak sulung mereka. It will apply to my family (mother's side), as kitorang mmg ada keturunan penyakit darah tinggi dan saket jantung.

Me? Mak mmg dah ada. She's on medication. But, abah always had low blood pressure. Hehe...

Wednesday, October 29, 2008

Gala Alumni 2008

Sabtu yang lalu, berlansung sudah Majlis Gala Alumni 2008 anjuran persatuan alumni kolej saya. Rasa2ya tak banyak perkara yang pelik2 berlaku. Cuma, ada perkara2 yang dikategori sebagai "saat2 akhir". Saya hadir bersama dua orang adek saya.


Saya pasti majlis ini akan diadakan pada setiap tahun. Maka, saya menyeru kepada rakan2 alumni yang lain agar terus menyokong aktiviti yang akan diadakan oleh Persatuan Alumni Kolej Aminuddin Baki, UKM ini. Kesedihan teramat sangat di hati ini bila mana rakan2 yang telah berjanji ingin hadir tidak kunjung tiba hingga akhir majlis.

Saya tidak berniat untuk menulis panjang kali ini. Maaf.

Saturday, October 25, 2008

Corat-Coret

Saya mempunyai beberapa link di sidebar blog saya ini, terdiri daripada adek2 saya, rakan2, dan beberapa orang yang saya kagumi penulisan mereka. Pagi ini saya rasa tertarik dengan beberapa entry. Maka, saya rekomen kepada kamu untuk membacanya, in case you haven't.

Sila lihat gambar2 graduasi adek2 kembar saya di sini. Saya ingin menulisnya sendiri. Tetapi, mereka sangatlah kedekut untuk memberi secebis gambar2 itu. Nway, tahniah kepada mereka. Dan, saya sekeluarga tidak sabar2 menunggu hari graduasi dan pentauliahan adek lelaki kami. 2 tahun lagi. Hehe.

Sila baca di sini tentang kesedihan guru saya tentang salah seorang jirannya. Pasti ada sesuatu yang boleh kita lakukan.

Sila baca di sini, jawapan Tun Mahathir tentang isu Datuk Shah Rukh Khan. :)

Sila baca di sini tentang luahan hati rakan saya yang mendapat teman sebilik di hotel yang agak (sangat) pelik.

Sila baca entry rakan saya tentang satu website; yang saya rasakan cukup berbahaya.

Sekian. Selamat berhujung minggu.

Friday, October 24, 2008

Nilai 3

Pada hari Rabu yang lalu, saya ke Nilai 3, bersama Amiran. Kami ke sana untuk mencari barang2 cenderahati untuk majlis kami. Ini kali ke2 saya ke sana. Yang pertama, ketika ingin mencari barang untuk majlis emak. Ketika itu saya pergi dengan adek.

Nilai 3 tempat borong2an. Banyak barang dijual dengan banyak. Jika beli banyak, maka boleh dapat murah. Maksudnya, harga boleh ditawar lagi. Barangan untuk persiapan perkahwinan banyak dijual, termasuk bunga telur, cenderamata sepeti potpuri, tuala kecil dan lain2. Ada juga hiasan dalam rumah, kraftangan, kain2 baju yang berwarna-warni dan kain langsir jugaks.

Saya mungkin tidak berjalan banyak tempat. Maka, saya lihat barangan di Nilai 3 itu mempunyai pelbagai pilihan. Tapi, saya tidak pernah suka akan konsepnya. Bangunan2 kedai dibangunkan di kawasan lapang dengan banyaknya. Tidak tersusun mengikut jenis2 barangan. Satu kedai mempnyai cawangan di bangunan yang lain. Dan, owh, konsep terbuka begitu menjadikan ia terlalu panas untuk shopping. Terlalu! dan lagi, tiada McD! Hanya ada gerai2 makan yang seperti tidak mahu berjual pun. Saya dan Amiran sempat singgah di 7 eleven di situ.

Disebakan saya belajar di Bangi ini, saya sangat suka membeli-belah di Midvalley. Walaupun besar, ditambah sekarang ada The Gardens yang indah itu, saya masih selesa berjalan pada kesemua tingkatnya. Tidak perlu risau panas atau hujan seperti di Nilai 3 itu.

Saya berpendapat, jika saya berjalan kaki di Nilai3 itu (yang mana tidak akan saya lakukan sama sekali), jaraknya sama seperti saya berjalan di kesemua tingkat di Midvalley Megamall itu. Tapi, perasaannya sungguh berbeza sekali.

Mungkin saya "kejam" membandingkan Nilai 3 dengan Midvalley Megamall. Tapi, jika kita lihat tempat2 seperti Pekan Rabu (Kedah), Pasar Kepayang (Terengganu) dan beberapa tempat lagi, ia lebih sistematik, dan terletak di bawah satu bumbung.

Saya berharap pengurusan Nilai 3 itu lebih sistematik untuk memudahkan pengguna. Itulah point utama saya. Sekian.

p/s: tiada gamba sebab tak suka. Haha. Silalah google, jika mahu melihat/membaca.


Thursday, October 23, 2008

The.Way.I.Am

Get this widget | Tck details | eSnips Social DNA



Semalam,sepetang kuar dengan Amiran. Tgh nyanyi2 dalam kete, ttiba mcm nak nyanyi lagu ni. Tapi, carik2 pendrive takde pulaks. Amiran tanyer lagu aper? Lagu kau? Huhu. Kiter tukar lagu lain pulaks kali ini. Ok, Miran? Next week, pastikan kau sudah hafal ini lagu. Huhu.

THE WAY I AM

If you were falling
Then I would catch you

You need a light
I'd find a match

Cause I love the way you say good morning
And you take me the way I am

If you are chilly
Here take my sweater

Your head is aching
I'll make it better

Cause I love the way you call me baby
And you take me the way I am

I'd buy you Rogaine
When you start losing all your hair

Sew on patches
To all you tear

Cause I love you more than I could ever promise
And you take me the way I am mmm

you take me the way I am
you take me the way I am


Wednesday, October 22, 2008

Matlamat (kecil)

013-450****- Betapa indahnya hidup ini, salah satu matlamat dah tcapai. Ia dicapai pd mlm ni. Hangpa nak tahu apa matlamat itu?
013-374****-Apakah?
013-450****- Sy dah dapat tandatgn tun dr mahathir jam 1.35 mlm td. Betapa gembiranya. Ada beberapa tokoh sy nak dptkan lg.
013-374****- Congrats! :)
013-450****- Tq. Hidup kita mesti mencapai matlamat.


Semasa saya sdg menonton tv lewat semalam, saya mendapat SMS pertama di atas jam 12.30 malam dari abang Firdaus, bekas felo di kolej ini. Terkejut juga saya.

Kegembiraan yang terpancar dalam SMS pertama sangat jelas. Dalam fikiran saya, abg Firdaus itu kelihatan tersenyum2. Tidak mampu untuk berhenti senyum. Saya hanya fikir sama ada dia sudah lulus peperiksaan atau mendapat anak. Tekaan kedua agak mustahil kerana isterinya baru bersalin anak pertama beberapa bulan lalu. Maka?

Matlamat dia nampak seperti kecil. Mendapat tandatangan. Maka? Kemudian? Tapi, itulah tanda kita pernah bersua muka dengan orang yang kita suka. Yang kita cinta. Yang kita sanjung. Yang kita kagum.

Apakah matlamat (kecil) anda? Saya? Bergambar (sedondon) dengan NC UKM sekarang. Dia sangat chanteks, pandai dan sebagainya. Saya sangat kagum dengan dia.

Ada juga matlamat (kecil) saya yang telah tercapai. Saya ada signature bekas NC UKM, Datuk Mohd Salleh. Malah, dia yang telah menyampaikan skrol semasa konvokesyen saya sementelah Pro Canselor penat berdiri. Maka, gambar konvo saya adalah bersama dia. :) Saya juga telah bergambar dengan Dr. Harlina Harliza Siraj dan Dr. Sharifah Hayati pada tahun ini. Saya gumbira. Sungguh!

p/s: maaflah, gambar2 yang telah diambil tidak dapat dimuat naik atas sebab2 teknikal. Akan saya muat naik jika masalah selesai.


Friday, October 17, 2008

Kereta Baru Emak.


Mak telah kehilangan kereta waja. Emak perlu ada kereta. Maka, emak telah membeli kereta baru. Tapi, kereta emak agak besar untuk emak bawa. Kenapa emak membeli kereta besar? Sebab emak perlu ke kebun. Selepas atok (mak) meninggal, emak ditugaskan menguruskan kebun adek-beradek emak; peninggalan dari tok ayah dan tok mak. Kebun kelapa sawit, 20 ekar.

Selepas emak pencen, hampir setiap hari emak dan ayah ke kebun. Disebabkan jalan kebun agak tidak rata, maka emak telah membuat keputusan untuk membeli kereta 4wd itu. Harapan saya supaya emak dapat memandu dengan baik.

Kereta baru telah emak dapat 2 hari sebelum hari raya. Gambar di atas itu, adek lelaki saya dengan kereta baru itu, Mitsubishi TRITON di kedai kereta. Kami telah berhari raya dengan kereta besar itu. Ya, rasa besar dan tinggi.

Kereta ayah? Ayah saya tidak boleh memandu kereta. Itulah kelemahan ayah yang perlu diterima emak dan kami semua, semenjak emak berkahwin dengan ayah 26 tahun yang lalu. :)

Mengapa kereta itu sudah ada label "P"? Kerana adek lelaki saya akan memandu pulang kereta itu ke rumah. Dan, dia belum tammat tempoh "P" itu. Saya dengan cepatnya telah menampal label "P" itu, walaupun adek lelaki saya itu amatlah tidak sukakannya. :P

Thursday, October 16, 2008

SePi

Saya tidak masuk panggung. Tapi, saya masih berpeluang menonton filem. Di rumah, (arwah) nenek mengikut pujukan adeks saya untuk melanggan pakej ABO Movies ASTRO. Maka, bila pulang ke rumah, saya boleh nonton ulang2 kali, filem2 dari negara Asia.

Pada bulan Oktober ini, Sepi adalah filem dalam ABO. Saya nonton filem ini pada hari raya kedua. Apabila pulang ke kolej, rakan2 saya telah menonton filem ini beramai2 di opis kolej pada jam 2 pagi, pada syawal ke-7. Kerana tidak mengantuk, saya telah menonton bersama mereka. Maka, saya telah menonton filem ini 2 kali dalam masa kurang seminggu.

Saya pernah nonton Cinta sebelum ini. Filem Cinta memang chanteks. Sinematografinya terlalu chanteks. Tapi, dari segi penceritaan, saya tidak setuju filem itu menang anugerah. Salah satu sebabnya ialah, filem itu gagal dalam mengertikan cinta. Bagi saya, filem itu menunjukkan "Kasih". Itu pandangan peribadi saya.

Maka, saya menonton Sepi dengan penuh kepastian bahawa filem ini pasti chanteks. Habis menonton, nyata, filem ini lebih baik daripada Cinta. Sepi itu berjaya diertikan. Syabbas, tuan pengarah! Bolehlah menang anugerah lagi.


Saya paling suka watak Nasha Aziz dalam filem ini. Dia berjaya membawa watak itu dengan baik sekali. Wanita chanteks itu diberi watak begitu, kemudian ditolak chentanya. Huhu. Kisah Sepi pilihan saya ialah Kisah Imaan. Skrip yang saya suka pada plot bila mana Afdlin mencari2 Vanidah; "Awak cari saya?" "Sepanjang hidup saya." kata Afdlin. :P

Khabir Bhatia membuka perspektif baru dalam filem Malaysia. Dia berjaya mengatakan bahwa Kuala Lumpur itu terlalu indah. Rakan2 saya pening memikirkan di mana tempat2 chanteks itu? Mengapa kita tidak pernah melihat Kl Sentral sechanteks itu. Jalan raya dan longkang pun nampak chanteks dalam filem arahan beliau. Semoga beliau akan terus mengarah filem2 yang chanteks dan hebat.

p/s: menonton bersama rakan2, baru saya percaya kata2 Amiran bahawa Mike menangis di bahunya ketika nonton di panggung. Owh. Mengapa saya tidak menangis? Hormon saya pada tahap sederhana sahaja sewaktu menontonnya. :P

Wednesday, October 15, 2008

tEcH


Saya tahu ada ramai orang yang masih tiada handphone walaupun pada dasarnya mereka mampu dan memerlukan. Mereka cuma tidak mahu terlalu bergantung kepada teknologi. Salah satu daripada orang itu ialah pensyarah bionformatik saya, Dr. A.

Minggu lepas, dalam kelasnya, tiba2 dia sebut tentang hal adaptasi. Dia kata, semakin canggih teknologi, kita jadi semakin lemah dan kurang daya adaptasi. Semakin banyak dia ulang, semakin saya mengakui kebenarannya.

Berapa ramai antara kita yang masih selesa tidak mempunyai astro di rumah? Berapa ramai yang mempunyai dua telefon bimbit? Berapa ramai yang perlu ada talian internet 24 jam?

Kita memang selalu mendengar cerita2 yang agak menjengkelkan. Orang bandar yang sudah biasa tidur dalam dingin aircond, tidak suka balik ke kampung yang banyak nyamuk. Akan pergi tidur di hotel. Ini memang telah banyak berlaku, malah pernah terjadi kepada kawan saya sendiri. Betapa lemahnya orang bandar itu, bukankah?

Dr. A bercerita, dia ke India, melihat kanak2 miskin di sana. Dia berjumpa bayi di atas jalan yang kotor, di bawah matahari yang panas, memegang biskut. Bayi itu tidak menangis pun. "Cuba kamu letak adik kamu atau anak saudara kamu? Jika kamu ke India, dan duduk di hotel pun, kamu boleh sakit perut hanya kerana meminum air di sana." Itulah cerita Dr. A yang terkesan pada saya.

Dr. A masih boleh dihubungi melalui telefon pejabat atau telefon rumah. Dan, bukanlah sukar untuk menghubunginya. Dan, dia bukanlah orang yang menolak kemajuan teknologi. Cuma dia hanya memilih, untuk mengurangkan kebergantungan.

*On the other notes; Alhamdulillah, harga minyak turun lagi. Terima kasih.

Tuesday, October 14, 2008

Gambar Raya

Di sini ada beberapa gambar raya. Maaflah, lewat.

Raya pertama: brownish-gold-yellowish ~ tema baju tahun ini. Dedikasikan warna baju saya kepada rakan saya, Mohd Anif yang menyambut hari jadinya yang ke 24 pada hari ini. Miss you!


Bersama di pagi syawal: my family with moksu's & mokteh's


syawal ke-3: open house umah moksu di semerah.


syawal ke-4; open house pak ngah: adek n the hensem aiman

Monday, October 13, 2008

Loghat

Sejak kebelakangan ini, kekaguman saya mengenai ilmu bahasa ini bertambah2. Betapa banyak ilmu Tuhan di dunia ini, boleh sahaja dilihat dengan kewujudan pelbagai bahasa di dunia. Kita tidak boleh sama sekali memandang enteng kepada sesiapa yang mempelajari ilmu bahasa ini. Sama ada mempelajari dan menguasai pelbagai bahasa, mempelajari bagaimana bahasa itu diperoleh dan bagaimana ia berevolusi, semuanya amat hebat untuk dipelajari. Sama juga ilmu sains, ilmu bahasa juga ternyata menarik.

Ada beberapa perkara untuk saya tulis tentang isu ini. Tapi, kali ini saya ingin menulis tentang bahasa loghat dengan jati diri.

Di Malaysia, ada beberapa negeri yang punya loghat bahasa mereka sendiri. Paling saya tak boleh faham ialah loghat Kelantan. Dan, saya rasa loghat mereka tak sedap pun bunyinya. Sowi. Hehe. Loghat Terengganu, saya masih boleh faham. Tapi, saya suka dengar loghat bahasa negeri utara. Saya boleh jadi senyum tiba2 bila dengar mereka berkata2, walaupun tiada apa yang lucu. Sungguh. Saya cuma rasa riang tiba2. Haha. Loghat Negeri Sembilan seronok juger. Begitu juga dengan loghat Sabah dan Sarawak.

Dalam banyak2 negeri, orang Kelantan paling ramai bercakap loghat mereka walaupun berada di luar negeri itu. Tapi, tidak kurang juga orang2 dari negeri lain. Sesungguhnya, saya ada rasa kagum dengan mereka ini. Saya rasa, mereka punya jati diri yang tinggi. Tidak mudah terpengaruh untuk meniru gaya percakapn orang lain. Campaklah mereka ke mana pun, mereka akan bercakap loghat bahasa mereka itu, dan memaksa orang lain faham tentang apa yang mereka cakap. Tidaklah akan pernah mereka cuba untuk bercakap dengan bahasa lebih mudah untuk membenarkan kita lebih mudah faham. Huhu.


Gambar di atas ialah gambar kawan saya, Khedhir (kanan) bersama adeknya, Ashraf. Mereka orang utara. Kampung mereka di Kedah, dan mereka tinggal di Penang. Namun, hanya Ashraf yang bercakap loghat utara yang "pekat". Setiap saat. Saya hanya senyum bila dia bercakap dengan saya. Saya rasa dia sangat sayang dan sentiasa rindukan kampung halaman dan rumahnya yang jauh itu.

Di bawah ini pula, rakan felo saya di kolej, Mike. Dia orang sabah. Tidaklah dia bercakap sangat pekat loghat Sabahnya. Tapi, bila dia bercakap, kamu pasti tahu dia adalah orang Malaysia Timur itu. Dia sebut "saya" as "sa.ya", bukan "sa.ye". :)

Mengakhiri entri ini, saya dedikasikan filem Budak Kelantan kepada semua kelantanese yang membaca entri ini. Saya sangat perlukan subtitle jika menonton filem ini. Teehee. :D

Saturday, October 11, 2008

Jari Awak yang Cantik

Semalaman
saya teringatkan jari awak
saya tahu
ingatan itu agak nakkal
tapi
jari awak memang cantik
betapa Tuhan
telah memilih awak
untuk memilki
sepuluh jari tangan yang cantik.

Jari-jari itu pernah saya sentuh
kerana ia terlalu cantik
fitrah manusia
sukakan kejadian yang cantik

Tapi
lewat ini
saya selalu nampak
jari-jari awak yang cantik itu
menyentuh jari-jari
gadis-gadis cantik

Bahawa
jari saya tidak cantik
bahawa
saya tidak secantik gadis-gadis itu
maka
awak tidak akan menyentuh jari-jari saya.

Awak,
ajarlah saya
bagaimana saya boleh
punya jari yang cantik
seperti jari-jari awak
dan
bagaimana mungkin
saya boleh
menjadi cantik
seperti gadis-gadis itu.


k5d205.kab.ukm

Friday, October 10, 2008

Hari Angkasawan

Hari ini 10 Oktober 2008, genap setahun Sheikh Muszaphar ke ISS. Satu titik permulaan ke arah pembangunan sains angkasa negara. Banyak cakap2 bangga tentang perkara ini, namun tidak kurang juga caci maki tentang program angkasawan pertama Malaysia ini.

Saya adalah termasuk dalam statistik memohon untuk program ini beberapa tahun yang lalu. Owh, sejak kecil saya memang pernah ingin ke angkasa yang nampak biru itu. Tapi, bila 1st test je, dia suruh datang untuk lari, saya memang tahu saya bukan orangnyer. Haha.

Saya telah pernah mendengar sekali speech Sheikh muszaphar. Memang sangat inspiring. Saya pergi kat library UKM, masa tu buat ulasan buku yang adek dia tulis itu, sempena bulan membaca. Memang banyak yang saya dengar itu telah banyak ditulis di media massa. Tapi, bila mendengar sendiri, saya memang rasa dia benar2 layak untuk menjadi orang yang pertama itu.

Saya telah menggesa ibu saya menjemput beliau datang ke kampung kami, sementelah dewan orang ramai telah siap di tengah2 bendang di belakang rumah kami. Biarlah dia antara tetamu pertama yang datang memberi ucapan di situ. Walaupun saya cemburu dengan dia kerana saya tidak dapat menjadi angkasawan, tapi saya sangat pasti dia telah menjalankan kerjanya dengan begitu baik sekali.

Kata2nya, "saya rasa saya telah dilahirkan untuk menjadi angkasawan" adalah sangat benar. Bukan saya ingin memuji dia melampau2, tetapi kadangkala kita perlu sangat menerima bukan ramai orang yang boleh menjadi sangat2 extraordinary. Dan sheikh muszaphar adalah salah satu daripada yang sedikit itu.

Kepada kamu2, pergilah mendengar speech dia jika berpeluang. Kamu tidak akan menyesal, kecuali perlu menempuh keadaan bersesak2 sebab ramai orang pun nak ambil gambar dengan dia. Haha. Owh, tidak termasuk saya. Huhu.

Saya telah memilih video ini dalam banyak2 video yang ada di YouTube. Entah kenapa saya tak reti nak upload video hari ini. Heh!

Thursday, October 09, 2008

TPM

Akhirnya, Pak Lah telah mempercepatkan tarikh peletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri Malaysia. Bermakna, akan lebih cepatlah Datin Rosmah itu menjadi Wanita Pertama Malaysia. Owh!

Tiba2, jawatan TPM seperti dipertandingkan. Sebelum2 ini, adalah menjadi hak PM yang naik takhta untuk memilih TPM daripada 3 orang Naib Presiden UMNO yang ada. Tapi, kali ini hak memilih itu telah hilang tanpa dikesan. Huhu. Kesian jugak Najib.

Maka, kita dapat lihat beberapa orang telah menawarkan diri untuk bertanding jawatan timbalan presiden dan beberapa jawatan lain termasuk naib presiden, ahli majlis tertinggi dan ketua pemuda. Tidak kurang juga puteri2 yang ingin menjadi ketuai. Tapi, wanita umno tidak mempertandingkan jawatan tertinggi mereka. Mereka akan serah jawatan baik2 jersss.

Nampaknya, jawatan TPM sangat sengit dipertandingkan. Ada orang muda pun nak bertanding dan telah dipandang remeh oleh lawan mereka. Huhu. SIAPAKAH CALON TPM ANDA? Kak Imah dan Ecah di opis KAB ini pilih Syed Hamid. Amiran dan abang Acol pulaks suker sangat dengan Muhyiddin Yassin. Mak aku dan makcik2 sedara aku memang sangat tak suke dengan Muhyiddin itu. Huhu. Mereka tak keysah kalu pak ngah dilantik jadi tpm, walaupun pak ngah nampaknya tidak mahu pun bertanding. Huhu. Aku pun rase setakat ini pak ngah adalah calon TPM aku. Opsss. Hehe. Erm, ada sape2 nak khairy jamaluddin jadik TPM? OWH!

Pertandingan lambat lagi. Maka, ada banyak masa untuk berkempen. Macam2 perkara boleh jadi. Mungkin kalu calon itu menang pun, Najib boleh pilih sape2 yang dia nak untuk jadi tpm. Dia ada kuasa veto dan hanya perlu perkenan Agong untuk menyokong keputusan dia. Hoho. Itulah politik. Sangat menakutkan.

Semuga semuanya selamat. Ameen.

Wednesday, October 08, 2008

Hujan Hari Ini

Hari sedang hujan
Langit masih keruh
Hari jadi sejuk
Pak Samad (Said) kata;
"Jangan terpengaruh dengan langit yang keruh"

Tidak
saya tidak terpengaruh hari ini
kerana
saya tahu
hujan pasti berhenti
mentari pasti kembali.

Yang saya tidak tahu
bila saya akan melupakan awak
hujan hari ini
buat saya teringatkan awak
awak
yang sukakan
langit yang biru itu.

Langit saya di sini
keruh
tapi
mungkin langit yang bersama awak itu biru
kita tidak melihat langit yang sama
walaupun mentari kita itu satu

Awak
yang jauh di sana
di Selat Tebrau.

07102008.g138.bangunan bio.fst.ukm

Tuesday, October 07, 2008

me.MAAF.kan

Hari raya, kita selalu mengucapkan; "Maaf Zahir dan Batin". Begitu juga saya. Saya telah dapat memaafkan semua kesalahan orang lain terhadap saya.

Tapi, saya tidak pernah memohon maaf kepada diri sendiri. Saya sukar untuk memaafkan diri saya atas beberapa kesalahan (besar) yang telah dilakukan.

Saya benar2 tidak boleh memaafkan diri saya kerana berkawan dengan satu orang itu beberapa tahun yang lalu.

Saya benar2 tidak dapat memaafkan diri saya kerana duduk di sebelah satu orang itu di dalam bas. Bas itu ada 40 tempat duduk. Kami hanya berlima di dalam bas. Tapi, saya duduk berdua. Bolehkah diri saya dimaafkan?

Saya tidak pernah memaafkan diri saya kerana tidak mengunci pintu pada malam itu.

Saya benar2 perlu belajar memaafkan diri saya. Ajarlah saya bagaimana caranya.

Monday, October 06, 2008

06102008

Saya sudah pulang ke kampus yang terchenta semalam. Awal pagi saya sudah bertolak untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas. Kemudian, saya berfoya2 dengan sepupu saya.

Pada mulanya, saya ingin menulis tentang huru haranya Raya saya tahun ini, dengan tajuk " Hari Raya yang Huru Hara". Namun, saya ingin menceritakan tentang hari ini yang lebih banyak huru haranya.

Hari raya saya huru hara kerana open house pakngah saya ditukar ke syawal keempat. Setiap tahun, adalah menjadi kebiasaannya, dibuat pada hari raya ketiga. Maka, saudara mara saya yang lain akan pulang ke kampung pada hari raya kedua untuk bersama2 di rumah yang besar itu pada open house bertemu rakan taulan yang hadir. Setelah lama sudah tidak ditukar hari, keadaan tahun ini jadi huru hara.

Emak dan saya perlu tahu kepulangan saudara mara ini, kerana perlu memasak untuk mereka yang pulang. Tapi, mereka sendiri tidak tahu bila mahu pulang kerana tidak boleh berada lama di kampung. Namun, huru hara yang berlaku masih boleh diterima. Kami memasak ketupat bersama sambal kacang, sayur lodeh, ayam sate dan kari daging pada hari raya pertama. Hari raya kedua: laksa johor. Hari raya ketiga: Soto ayam. Owh, kenyangnyer....

Hari raya keempat: open house makan nasi beriyani gam dan mee rebus. 10 ribu orang datang. Penat dan tidur. Hari raya kelima: pulang.

Hari ini hari raya keenam. Saya keluar awal melakukan sedikit kerja. Saya keluar menghantar baju ke kedai dobi. Saya perlu berhenti di hadapan pintu gerbang UKM kerana lampu merah. Semasa mengingati satu budak itu, saya memandang side mirror. Ya, dia di dalam side mirror itu. Saya jadi sangat marah dengan kebetulan itu. Amiran kata ada 3 ribu kereta di UKM pada satu-satu masa. Kebarangkalian berjumpa adalah 0.0003333. Mengapa musti kereta itu yang berada di belakang kereta saya? Mengapa bukan kereta Amiran atau Kidatau kereta Ain atau kereta Dina atau kereta Prof Mahani atau kereta Pengetua Kacak atau ambulans atau bas UKM atau. HEH!. Ini hari pertama di sini selepas cuti dan berlaku kebetulan sebegitu! Dan, owh, dia kelihatan sangat hensem walaupun saya hanya nampak dia di side mirror. Yup, kill me!

Saya marah sebentar. Kemudian, pergi kelas, yang ternyata batal kerana che'gu tidak mahu datang. Tapi, saya berjumpa dengan satu orang yang baik hati mengajar saya tentang bioinformatik. Hati saya kembali riang.

Saya berada di Bilik gerakan alumni, melihat2 kerja gerak kerja gala aidilfitri. Semua dilihat lancar. Syabbas!

p/s: saya tahu saya sepatutnya tidak lagi menulis tentang dia itu. Maafkan saya. Kebetulan di pagi hari ini membuatkan emosi saya jadi huru hara. Maafkan saya, awak hanya terlalu hensem untuk dilupakan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...