Friday, May 24, 2013

Full Moon Baby Jason

Ini adalah kali pertama saya dijemput ke majlis Baby Full Moon. Mestilah saya excited!


Saya diberitahu, orang Cina akan buat majlis full moon setelah genap usia anak mereka satu bulan. Cindy, kawan saya di pejabat telah melahirkan bayi lelaki comel, baby Jason pada bulan April yang lalu. Jadi, kami semua dijemput ke majlis full moon ini yang diadakan di Bukit Jalil Golf Club. 

Hot Mama Cindy!

 Telur tradisi, warna pink!

Sampai saja, terus makan buffet.

Tiada upacara rasmi dijalankan. Hanya memperkenalkan baby Jason dari meja ke meja. Semua kaum keluarga sangat gembira, lebih-lebih lagi atok-atok dan nenek-nenek. Saya difahamkan baby Jason adalah cucu pertama both side Cindy dan husband.

Bersama bos kacak.(yes, i look really really fat in that blouse T_T)

Pergi bersama adik saya yang juga jurugambar saya malam itu.

Terima kasih Cindy dan keluarga kerana menjemput saya. Tahniah sekali lagi atas kelahiran ini. :)

Wednesday, May 22, 2013

Mei 2013

Bulan penuh warna-warni.

Belum pun tamat bulan ini, tapi terlalu banyak perkara yang telah berlaku.Terlalu pantas semuanya. Dan, dengan izin Allah, semuanya berjalan lancar.

Saya baru dapat komputer riba, pinjaman dari adik saya. Maka, bolehlah saya lepas gian menulis di sini. Saya sayang tempat ini.

Saya tahu saya perlu menulis tentang pilihanraya. Lebih-lebih lagi pakcik saya antara menjadi tumpuan dalam pilihanraya kali ini. Saya banyak juga menulis di FB dan Twitter. Apa yang penting, ketakutan orang ramai akan berlakunya huru-hara telah terpadam. Saya pun takut. Siapa-siapa pun kalah, ia bukan berakhirnya sebuah kehidupan. Kita semua masih hamba Allah. Perlu solat lima waktu, perlu puasa dan zakat.

Dan, 12 Mei 2013, telah menyaksikan saya sah bergelar tunangan orang. Setelah banyak drama berlaku, akhirnya majlis telah berjalan tanpa banyak ragam. Saya akan muat naik beberapa gambar di post yang lain nanti. Menjadi tunangan orang, ramai sangat yang berpesan supaya berjaga-jaga. Darah sangat manisss, kata mereka.

Kemudian, sambung lagi cerita politik tanah air. MB/KM dilantik. Seterusnya, menteri-menteri kabinet. Saya masih di opis ketika pengumuman dibuat. Terus ada orang komen tentang barisan itu."Saya tak percaya "dia" masih pegang kementerian pendidikan. Ragu-ragu nak hantar anak ke sekolah.". "Bestlah KJ jadi menteri KBS. Kita percaya kat dia". Wow, dua ulasan ini saya tidak percaya datang dari opismet saya.

Minggu lepas ada dua event. Satu Full Moon Celebration. Satu lagi majlis housewarming. Nanti saya cerita entri lain.

Hujung minggu ini ada kenduri kat rumah paklong, tapi saya tak dapat balik pula. Saya kerja on Saturday. Dan, paklong pula buat majlis lepas Subuh. Majlis aqiqah dan khatam Quran cucu-cucunya. Sedihlah tak dapat balik.

Dan, minggu depan juga saya ada satu presentation yang perlu dilakukan. Harap-harap semuanya berjalan lancar. Amin.

Selamat bulan Mei, rakan-rakan. Semoga maju jaya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...