Tuesday, October 07, 2008

me.MAAF.kan

Hari raya, kita selalu mengucapkan; "Maaf Zahir dan Batin". Begitu juga saya. Saya telah dapat memaafkan semua kesalahan orang lain terhadap saya.

Tapi, saya tidak pernah memohon maaf kepada diri sendiri. Saya sukar untuk memaafkan diri saya atas beberapa kesalahan (besar) yang telah dilakukan.

Saya benar2 tidak boleh memaafkan diri saya kerana berkawan dengan satu orang itu beberapa tahun yang lalu.

Saya benar2 tidak dapat memaafkan diri saya kerana duduk di sebelah satu orang itu di dalam bas. Bas itu ada 40 tempat duduk. Kami hanya berlima di dalam bas. Tapi, saya duduk berdua. Bolehkah diri saya dimaafkan?

Saya tidak pernah memaafkan diri saya kerana tidak mengunci pintu pada malam itu.

Saya benar2 perlu belajar memaafkan diri saya. Ajarlah saya bagaimana caranya.

10 comments:

Anonymous said...

owh..saya konfius
ko kate poem tu bukan tuk budak hingusan itu...
tapi aku rase entrie ni tuk die..

btw,sbnrnye ikut hati...
kalu hati kate ah~!tak layan~!!
tak layanla jadinye

SITI said...

erma: entri ini bukan berkaitan dengan satu orang sahaja. Ada ramai orang yang aku telah berbuat salah. Entri ini adalah untuk aku sendiri. Aku yang bersalah. Sangat bersalah.

Anonymous said...

hehehe..cik erma, saya sokong awak..saya macam faham jer plot cerita dalam bas dan mengunci pintu itu..hehehehehe...cik Tim, nasihat saya awak boleh maafkan diri dengan mengatakan yg semua peristiwa itu adalah pengalaman hidup saje dan cuba jadikan ianya pengajaran utk masa depan. Sorry tak berapa pandai bg nasihat...

Marliza Radzi said...

mulakan dengan lupakan.

SITI said...

nephenthes: tidak, kejadian dalam bas dan tidak mengunci pintu bilik adalah 2 orang yang berbeza. Saya telah bersalah pada ramai orang.

kak Yanti: makin kuat saya ingin lupakan, makin kuat ingatan saya kepadanya.

nway, terima kasih atas semua nasehat. Saya akan berusaha bersungguh2.

Anonymous said...

Tim,
Aku sangat rase ko hanya concern ttg budak hingusan itu..
Yang len2 emm mebi concernla..tapi ade 2-3% sahaja..
Tak gune kau nak mendowngradekan diri kamu sangat2 hanye kerana die..
mmg sumtimes sgt ssh nak maafkan diri sndr..tapi diri sendiri je yang tahu mengapa..
Selalunye sbb masih berharap...
Kalu ye, maka berhentila berharap...
Muv on...tim..Muv on

SITI said...

Erma: sebetulnya, aku tulis entri ini sebab aku sangat rasa bersalah kerana tidak mengunci bilik pada satu malam itu. Dan, secara benarnya, bukanlah tentang kanak2 riang itu. Kau tidak akan ingin tahu siapakah dia.

Kelemahan aku pada budak itu adalah dia memang nampak hensem di mata aku. Tapi, aku sangat tahu hidup dia sangat complicated, tidaklah sesuai dengan aku yang sangat selalu mengharapkan kesempurnaan.

Aku hanya yakin, Tuhan mahu tunjukkan sesuatu di seblaik perkenalan aku dengan dia.

Dan, ada sesuatu juga di sebalik kejadian aku tidak mengunci bilik itu.

Anonymous said...

"..tidaklah sesuai dengan aku yang sangat selalu mengharapkan kesempurnaan.."..

sesempurna manakah anda sehingga kan mengharapkan kesempurnaan..??

sedar2lah dunia ini hanya pinjaman yang kekal abadi itu di akhirat jua..!!

tiada yang sempurna 100% dalam dunia ini melainkan hanya DIA..ALLAH YA RABBI..!!

Anonymous said...

ko naik tgkt 20 mane2 bangunan,ko lompat ke bwh...org mcm ko mampos lg elok...

SITI said...

back bones: saya hanya mengharap sesuatu yang saya pasti saya tidak akan pernah dapat. Biarkan saja.

Anon: Saya pasti mati. Terima kasih kerana memberitahu mati itu baik untuk saya.

Tapi, saya gayat. Terlalu. Maka, maafkan saya kerana saya tidak akan mungkin terjun bangunan. Doakan saja saya mati dalam keadaan yang lebih mudah. Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...