Thursday, October 28, 2010

Sempurna

1. Saya kurang gemar lirik2 lagu yg memaparkan kesempurnaan, which is tidak akan pernah berlaku. Hoh. Lagu2 seperti Cinta Sempurna by Yuna dan lagu yang digilai satu masa dahulu, Sempurna by Andrea and The Back Bone. Ya, saya tidak suka first line lagu itu, "Kau begitu sempurna". 

2. Tapi, saya tidak boleh pula lihat cerita yang mempunyai sad ending, lagi2 jika mempunyai ending yang agak kejam like The Little Nyona. Wah, saya sangat terbawa2 dengan cerita ini, sehingga sekarang, walhal dah hampir setahun cerita ini saya tonton. Hoh. Kalau pun tidak mahu buat happy ending, janganlah buat ending yang kejam. Ia seperti telah membunuh semangat manusia2 yang menonton.

3. Cuma, kadangkala, cerita yang happy-ending kadangkala tidak logik. Saya juga sangat tak suka cerita ultraman. Dulu2, kalau nonton, saya pasti berharap raksasa akan menang, waima satu episod pun cukuplah. Kenapakah ultraman akan menang ketika saat lampu di badan dia sudah menyala2, di mana menunjukkan dia sudah kurang tenaga. Tidak bolehkah ultraman terus lawan dan menang sebab dia memang ultra man? 

4. Ya, ketidakogikan happy ending juga dalam citer2 lain, tapi saya tak ingat skrang.

5. Saya tulis tentang ini, sebab semasa lunch tadi, kami berborak tentang drama dan filem. Tiba2, LCY cakap, dia suka ending "Autumn in my heart". Saya cakap saya tak suka sangat ending dia. "Owh, saya suka ending dia. Ketidaksempurnaan ending cerita itu adalah kesempurnaan bagi saya". Ok, seriously, LCY cakap macam ni. Betul, kan Ros? (ya, Ros akan baca dan jawab nanti ;p). Kagum, ok?

6. Owh, it is not kagum about LCY suka cerita itu. It is kagum sebab LCY cakap macam tu. Hoh.

7. Saya tengok citer cina malam2 skrang. Kebetulan, dua2 cerita adalah drama kepolisan. Satu dari Singapore dan satu lagi dari TVB. Tiba2, ada satu skrip yang sebut perkataan sempurna ini. (Eh, sudah tak ingat apa ayatnya. Hoh. Blame the aging. Will write it later).

8. Mencari kesempurnaan itu pasti. Tapi ia tidak akan pernah. (tiba2, macam nak nyanyi, "I don't love you, but i always will". Lagu ini menerjah kembali dua tiga hari yang lalu.)

9. Maafkan saya di atas kecacamarbaan entri ini. Sekian.

Saturday, October 23, 2010

Shooting Stars




Can we pretend that airplane in the night sky are like shooting stars
I could really use a wish right now

Ia berlaku ketika kami di matrikulasi. Ya, di bandar Kuantan. Masa tu, ada kelas malam. Kelas apa ntah. Maybe masa tu ada kelas ganti atau kelas tambahan sebab rasanya agak stress nak exam. 

We were waiting for the bus to come untk balik hostel yang agak jauh dari kolej. Ida sedang duduk dan saya berdiri di bawah langit yang cerah. Kitorang borak2, and the mood was not good. Moody semacam kot. Both of us. So, kitorang borak2 berangan. Haha.

And suddenly, SHOOTING STARS!. Dan, dua2 diam. Dan.....

Haha. I know, I know. Tak bagus. Mana boleh wish sbb nampak shooting stars. Kalu nak mintak, doa saja pada Tuhan. InsyaAllah, Tuhan akan makbulkan. Tapi, entah kenapa, we cant reject the idea that time. We just..........

Lepas tu, bas pun sampai. Saya dan Ida duduk kat belakang sekali. Tiba2, Ida terima SMS ker call ntah. Lepas tu dia jeri kegembiraan. Haha. You know, ida's wish telah dimakbulkan dengan sangat cepat. Dia rindu sangat kat family and wish supaya mereka boleh datang. Dan, mereka akan datang pada hujung minggu itu!!!

Haha. I am so happy for her at that time. And? Hoping my wish to become true! Hey, we were seeing the same stars. If Ida's wish can be answered, why not me,kan?

But......

Haha. Of course, it is not work like that. Tapi, saya pernah rasa macam wish saya telah dimakbulkan. Cuma? Takda jodoh. Haha. Ya, sepak me.

After that nite, saya tak pernah nampak lagi shooting stars. 

Thursday, October 21, 2010

Mewarisi gen keturunan

Minggu lepas, saya nonton GA s07e04. Ya, yang paling terbaru, sudah download dan sudah tonton. Tajuknya “Fight the Biology”. Ia berkenaan keletah manusia yang menghadapi peyakit2 keturunan yang dialami mereka. Bagaimana mungkin kita ingin melawan gene yang sudah ditakdirkan untuk kita.

Ada satu orang pesakit meredith, mendapat gene Huntington's disease daripada ibunya. Ibunya mati umur 45. Dia melihat semua simptom yang dialamiya, bermula dengan tangan terketar2, diikuti dengan pertuturan tidak jelas, susah nak berjalan, dan kemudiannya bedridden.

Pesakit di atas tidak berkahwin. Umurnya 35 tahun. Dia melancong ke sana ke mari. Dia kira, umurnya tinggal 10 tahun sahaja, tolak tak boleh jalan nanti, tinggal 5 tahun. Pada ketika itu, dia sudah pun mempunyai simptom tangan terketar2.

Meredith telah menghantar darah dia sendiri ke makmal untuk diuji sama ada dia mewarisi gen alzheimer daripada ibunya atau tidak. Derek tidak mahu tahu keputusannya.

Saya juga sedang tonton (online) cerita korea, Playful Kiss yang sangat hot hot itu. Sangat2 hot. Haha. Ia berkenaan budak2 genius dan budak2 kelas nombor tujuh tapi kreatif. Datuk seorang budak perempuan genius suruh dia berkahwin dengan budak lelaki genius. Dia cakap kat bapak budak lelaki itu, pasangan ini akan menghasilkan anak2 yang genius dan bagus2. Dia kata juga, kalu satu pekerja yang genius buat kerja adalah menyerupai kerja 100 orang pekerja tidak genius. Hoh.
g
Kita diarahkan oleh agama Islam kita supaya memilih pasangan daripada keturunan yang baik2. Saya telah mewarisi beberapa penyakit keturuan eg eczema, sinusitis. Keluarga saya juga ada strong family history of sakit jantung. Nenek dan datuk saya dua2 menghidap penyakit jantung.

How?

Satu konsortium dipanggil Projek Variasi Genom Manusia 1Malaysia telah ditubuhkan diketuai oleh HUSM. Antara objektif utamanya ialah untuk mengumpulkan data gen rakyat malaysia suapaya dapat mengelakkan penyakit keturunan. Ini kerana kerajaan tepaksa membelanjakan sejumlah wang yang besar bagi penyakit keturunan yang dihadapi oleh rakyat. Oleh itu, baguslah jika dapat dielakkan. Contohnya, bagi kes talasemia. Perlulah jalani ujian saringan sebelum berkahwin.  

Semasa berjumpa rakan2 semasa di reunion, Aliza Ali telah tanya saya di mana saya bekerja. "Lab", jawab  saya. "Kau chemist ker?". "Tak, aku geneticist". Aliza Ali terus mintak mahu anak mata biru lepas dengar jawapan saya itu. "Bolehlah, Tim".

Haha. Boleh? Boleh. Meh bagi ovum.

Sunday, October 17, 2010

9600 selepas 10 tahun

Banyak sangat cerita2 nak updates tapi.... ya, excuses again.

Cerita yang perlu dicoretkan sebelum basi ialah majlis reunion sekolah saya yang diadakan malam tadi di Bora Ombak.

Ini adalah reunion rasmi yang diadakan untuk batch kami; 9600 selepas genap 10 tahun meninggalkan sekolah.

Seronok. Seronok. Seronok!

Walaupun hanya 40 orang yang hadir, tapi malam tadi sangat happening. Cerita2 yang tak pernah habes untuk diceritakan. Maklumlah, ada kawan2 yang memang 10 tahun tidak berjumpa. Bagi saya, Aliza Ali dan Bob memang tak juma lansung lepas sekolah. Yang lain2, ada juga jumpa di kenduri kendara. Paling tidak pun, kamu berjumpa pada perjumpaan khas 9600 untuk Munirah tidak lama dahulu.

Food adalah sedap. Goodie bags juga seronok. But, Mimi is highlight of the nite, sebab dia pakai baju kuning hijau itu ke reunion semalam. Sangat nolstalgia! Dan, Mimi akan bernikah on this coming christmas. Semua orang macam nak pergi sebab semua orang macam nak tengok Mimi as pengantin tersipu-sipu di atas pelamin.

Saya telah menjadi blogger "hampeh" dengan tidak membawa kamera ke majlis malam tadi. Haha. I am waiting for the girls to upload the pictures utuk ditampal di sini. I am truly sorry for that.

Nway, million thanks to the organizer; Atie, Aliza & Kaydotte kerana telah menjadikan reunion ini menjadi realiti. Lepas ni, tunggu reunion untuk 20 years pulaks. Hopefully boleh kembali ke sekolah. :)

Sekian.

Monday, October 04, 2010

Jenayah di Negara Maju

Malaysia telah menetapkan sasaran untuk menjadi negara maju pada tahun 2020 which is lagi 10 tahun. Sekarang ini, PM berkata kita musti bekerja bersungguh2 untuk mencapai sasaran itu. Kita sudah tidak banyak masa lagi.

Saya tidak tahu sangat mengenai ekonomi. Apa2 yang media beritahu, saya akan percaya. Kalu kata merudum, merudumlah. Kalu kata pesat, pesatlah. Jadi, dari segi ekonomi, untuk mengatakan sama ada kita mampu mencapai status negara maju, saya tidak tahu.

Tapi, saya rasa ita semakin hampir dengan status negara maju ini, jika saya lihat dari sudut lain. Jenayah. Ya, dari sudut pelakuan jenayah, kita seperti sudah semakin dekat dengan jenayah2 yang dilakukan di kebanyakkan negara maju.

Saya suka menonton cerita CSI baik Vegas, Miami atau New York. Banyak perkara2 yang pelik2 dipaparkan. Itu belum lagi tengok channel Crime & Investigation kat Astro tu. Saya tak penah tengok pun. Tapi, pastinya banyak kes yang "menarek", sehinggakan boleh ada satu channel khas untuk jenayah.

Kes paling terbaru yang sangat "menghampiri jenayah di negara maju" ialah kes pembunuhan jutawan kosmetik dan tiga yang lain. Kes ini juga  telah membuka jalan kepada siasatan kes-kes kehilangan dan pembunuhan individu2 yang lain dari dalam mahupun luar negara. Adalah sangat menakutkan. 

Malaysia juga telah mempunyai rancangan jenayah "menakutkan" ini apabila TV3 telah menyiarkan rancangan KES, yang mula disiarkan pada Rabu lalu, jam 9 pmalam. Rancangan ini akan memaparkan beberapa kes yang mnggemparkan negara termasuk kes rogol, bunuh, dan bakar yang telah berlaku beberapa tahun yang lalu. 

Bukankah dengan adanya rancangan di atas menunjukkan bahawa kita boleh menjadi negara maju?

Hoh!

Hari ini juga, saya telah dikejutkan dengan satu berita. Superior saya di opis telah terlibat dalam satu kecelakaan. Semasa dia sedang menunggu di lampu isyarat, cermin sisi penumpang depan telah dipecahkan dan tas tangannya telah diambil? Like, seriously jahat? Sangat takut, ok?

Kita sudah bersedia untuk menjadi negara maju dari segi ekonomi. Namun adakah kita juga sudah bersedia untuk menghadapi jenayah di negara maju?

Semoga Tuhan sentiasa melindungi kita. Amin. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...