Monday, January 26, 2015

10 Ways to Boost Your Brain Power. Part 2.

Let's continue!

6. Exercise

Body exercise, ya kawan-kawan. Ini kerana bila badan sihat, fit dan tough, brain juga akan power. 


7. Meditation

Mr. Sio memang pengamal meditasi. Dia ada belajar yoga. Dia cakap dia bangun jam 4 everyday buat meditasi. Muslim have our routine prayer. Kita boleh buat Tahajjud, untuk boost brain power. If cari scientific paper, memang ada yang buat kajian dan menemui kanser akan mengecut bila konsisten buat solat malam. 


8. Repeated Visualisation

Apa yang dimaksudkan dengan ini ialah, kita mesti selalu bayangkan apa yang kita mahu. This is a way to keep positive, which is to visualise the positive things. If kita mahu rumah yang besar, kita perlu sentiasa bayangkan rumah itu. 


9. Stimulate more sense

Kita ada 5 deria rasa, kan? Adalah sangat bagus jika kita guna semua deria ini dalam satu2 masa. Selalunya, kita banyak guna deria penglihatan, kecuali tidur. Biasanya, kita kurang stimulate deria bau. Oleh itu, bagus jika ada bau-bauan aromatherapy di rumah, atau dalam kereta. Sebagai contoh, kita sedang memandu. Mata lihat depan. Tangan (deria sentuhan) pegang stereng. Telinga dengar radio. Jadi, if ada pewangi dalam kereta, akan stimulate deria mahu. Deria rasa? Makanlah fruits semasa memandu!


Dan yang terakhir.....
10. Good Food!

Mr. Sio bagitahu, food yang biasanya untuk brain ialah omega-3. dan Algae (?!). Jadi, korang bolehlah gugel foods lain yang bagus. Gugel juga food yang tidak bagus, supaya dapat elakkan. Seperti yang ramai tahu, fruits and raw food should be taken a lot, and avoid processed food, untuk kesihatan tubuh dan minda. 


OK, tamat sudah perkongsian untuk topik ini. Next Wednesday will have another session with Mr. Sio. I will share them here, definitely. :)

Have a blessed Monday, everyone. I have sort of gloomy Monday sebab puasa, tapi semalam kurang minum air. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa saya bak pepasir itu.

Sekian.

Friday, January 23, 2015

For Life Emergencies, Please Read...

Saya jumpa perkara ini dalam satu brochure bank Al-Rajhi. Tapi, bila saya nak print sreen, saya dah tak jumpa kat mana brochure yang saya baca di alam maya tu. Saya hanya ada gambar yang saya ambil dengan telefon saya yang rendah kualitinya. Maka, sempena hari Jumaat ini, saya tuliskan di sini. InsyaAllah, saya akan sertakan ayat-ayat penuh pada minggu-minggu akan datang. 


When you're sad : al-Baqarah 2:25
When you've sinned : az-Zumar 39:53
When you're seeking peace : al-Maidah 5:16
When you're seeking guidance : al-Baqarah 2:257
When you're genderly discriminated : al-Ahzab 33:55
When you're racially discriminated : al-Hujurat 49:13
When you're seeking love & tranquility : ar-Rum 30:21
When you're depressed : ar-Ra'd 13:28
When you're yearning for a close friend : Qaf 50:16
When you feel you're not appreciated : al-Insan 76:22
When you feel like a loser : Yusuf 12:87
When you feel underprivileged : Ibrahim 14:34
When you're tired of hardships : ash-Sham 94:5
When people come to come with you : al-Furqan 25:63
For deliverance from fear : al-Baqarah 2:62
For assurance of forgiveness : Ali-'Imran 3:135
For double assurance : al-Hijr 15:49

Semoga memberi manfaat. Salam Jumaat.


Thursday, January 22, 2015

10 Ways to Boost Your Brain Power

Boss telah panggil seorang consultant untuk beri kami semua motivasi berterusan, sejak pertengahan tahun lalu. Dia mulakan dengan 7 Habits of Highly Effective People.

Setelah tamat, satu habit satu minggu, dia ajar kami topik lain semalam. 10 Ways to Boost Your Brain Power.

Saya gugel topic ini. Tapi ada macam-macam version. Jadi, saya tulis di sini versi yang Mr. Sio berikan kepada kami semua semalam.

1. Mind Exercise - Brain teaser


Can you read it loud? Ahaha. Must do this always. Ini contoh untuk exercise minda. Jika exercise badan untuk sihatkan badan, jadi exercise minda untuk sihatkan minda. Ada banyak lagi jenis brain teaser ini from Encik Google. Boleh cuba the type you like. 

2. Take a Nap - Attention Span

Mr. Sio told us, selepas buat kerja 90 minit, kita dah tak focus. Jadi, selepas 90 minit, kena ambil rehat 20 minit. Mr. Sio guna graf supaya lebih faham.


3. Spend time in nature

Nature means green. Kalau tempat kerja kiorang ni, memang dekat dengan nature. Dalam perjalanan pergi balik kerja, masih banyak pandangan hijau yang kami nampak, walaupun semakin berkurangan, by time. 

Dulu masa zaman degree, saya ada banyak aktiviti kerjalapangan. Masuk hutan, tangkap serangga. Tengok tasik. Yang paling saya ingat ialah bau nature. So refreshingggg. Ahhhh. Suddenly i miss autumn in Nami Island!



4. Write Down to Remember

Dalam semua slot Mr. Sio, saya mesti bawa buku nota saya nak catit. Salah satu sebab untuk elak ngantuk. Haha. So, last slot, saya duduk depan, Mr. Sio tengok saya tulis. Dia kata bagus. Tapi, jangan tulis one line. Kena take note on gridline. Lepas tu kena banyak letak graphic. Saya daru dulu memang lemah bila nak suruh buat carta minda (betul ker term tu?) Tapi, seronok tengok orang pandai lukis-lukis conteng-conteng, or they nowadays they call it as doodle/ doodling. 


5. Eliminate Stress

Stress diperlukan supaya kita ada motivation untuk siapkan kerja. That's it. Lebih dari itu, tidak diperlukan dan perlu dinyahkan dari diri. If not, nanti akan jadi monster. Atau green hulk. Haha. 

If refer graf di bawah, kalau takde stress akan rasa bosan. If cukup-cukup stress, kita boleh capai optimum performance. 


Ok, hari ni 5 ways. Kita sambung esok lagi 5, ya. 




Wednesday, January 21, 2015

Happy Granola Bar Day!

I am surfing the net and stumbled upon this! Funny Days, Weird Holidays & Celebration!

And guess what? Today is Granola Bars Day!

Saya dah pernah buat granola bars. Kawan saya post satu resipi di Facebook. Sedapppp sangat. Walaupun bars saya lembik sikit, tapi cukup rasa. Please try it!


I love banana. I love delicious peanut butter. And i love chocolate chips! So, it is hard not to love the recipe above.

Granola bars dah jadi popular sejak dua menjak ni. Dulu mula2 belajar makan bar, asyik beli quaker chewy bars tu. Sedap sangat. Ada bermacam flavour. Semua pun pernah saya cuba.

Nowadays, sebab dah reti sikit masuk dapur, bolehlah buat sendiri. Nyum nyum nyum. If buat sendiri, bolehlah simpan stok untuk breakfast.

OK, jangan lupa try, ya. And do share other Granola Bars recipe yang sedap-sedap, sempena Granola Bars today!


p/s: 21st January also is Squirrel Appreciation Day and Hugging Day!

Monday, January 19, 2015

Makndak saya yang satu ini

Saya hanya ada seorang makndak, dan pakndak. Iaitu sebelah abah. Sebab sebelah mak, mak dan ayah saya ialah makndak pakndak. 

Makndak saya ni dah lama sakit. Saya tak ingat masa saya tingkatan berapa, tapi masa tu dia diserang angin ahmar. Keadaan dia jadi lemah. Anak dia balik kampung, and stay with her parents, take care of her mother.

Time flies away.

Makndak saya mengidap penyakit kencing manis. Dalam keadaan lemah itu. Kakinya dipotong. Mula-mula ibu jari, kemudian kaki kanan. Kemudian kaki kiri. Dia kemudian menggunakan kerusi roda sepenuhnya.

Tapi, pakndak saya jaga dia sungguh-sungguh. Kami semua kagum dengan sifat pakndak saya. Dia kelek, dukung makndak. Mana saja dia pergi berjalan, dia akan bawa. Dalam kesihatan yang lemah itu, makndak pergi umrah. Pergi Australia. Pegi Indonesia beberapa kali. Pakndak yang sorong kerusi roda. 

Makndak teringin nak pergi Sarawak, sebab itulah satu2nya negeri dia belum pergi. Jadi, kakak sepupu tempah tiket untuk satu family. 

Benarlah, bahawa sesungguhnya, kita tidak akan pernah tahu bila dan di mana kita akan mati. Bila dan di mana kita akan dikebumikan.

Makndak saya telah menghembuskan nafasnya yang terkahir dalam perjalanan pulang ke Senai. Ya, dia meninggal di atas kapal terbang Ai*Asi*.

Menurut kakak sepupu dan pakndak saya, makndak memang kurang selera makan sepanjang berada di Kuching. Flight pulang adalah flight awal pagi. Jadi, seperti biasa kakak sepupu siapkan makndak. 

Memang tidak banyak cakap. Masuk saja badan kapal terbang. Makndak terlentok. Semua pun ingatkan makndak tidur. Bila tiba masa makan, pakndak kejut makndak, tapi dia tidak terjaga. Mulai risau, pakndak memangil pramugara. 

Pramugara kata nadi dah lemah sangat. Dia minta standby ambulans di airport. Berhenti sahaja kapal terbang, pakndak dan makndak diturunkan dahulu. Ambulans dan doktor sudah standby di bawah. Setelah diperiksa, doktor announce Time of Death.

Inilah secebis cerita, dalam ribuan cerita setiap hari.

Saya akan sentiasa kagum dengan pakndak saya, yang menjaga makndak dengan amat baik, sehingga akhir hayatnya. 

Sekian. 

Thursday, January 15, 2015

15012015

Lagi beberapa minit sudah waktu pulang.

Tapi, saya terima beberapa khabaran tidak enak petang ini.

Adik saya denggi. PakLong saya pula dalam perjalanan ke IJN dengan ambulans.

Semoga Allah beri kemudahan atas keadaan mereka.

Sihat adalah satu nikmat. Tetapi, ramai yang tidak ambil peduli, sehinggalah jatuh sakit.

Saya sekarang pasang niat mahu istiqamah puasa sunat isnin khamis. Semoga dengan praktis ini, akan lembutlah jiwa-jiwa yang keras dalam diri ini.

Saya ada jumpa satu ayat dalam buku kesihatan. " I changed. From fast food to fasting...."

Bila terbaca ini, saya punya satu rasa. Betapa beruntungnya kita sebagai umat Islam yang telah mempunyai amalan berpuasa ini. Ada banyak agama dan fahaman yang tiada malan berpuasa. Jadi, mereka perlu belajar sendiri.

Kita juga, sebagai umat Islam kena banyak belajar agama sendiri.

OK, it almost time to go home. Balik nanti kena masak nasi. Lauk beli sahaja.

Tata.

Wednesday, January 14, 2015

2015



The first post of this year.

This year, i have new tasks at my workplace.

Bila cakap tentang benda baru, boleh jadi ia menakutkan. Boleh jadi ia perkara yang riang.

Buat masa ini, masih banyak uncertainty. Jadi, saya masih banyak waktu senggang. Maka, harapnya saya boleh menulis dengan lebih banyak pada tahun ini.

Saya memang rindu menulis. Kadangkala tulis di Facebook saja. Berjela-jela.

Nanti kita tulis perkara-perkara lepas, ya. Ada banyak tak tulis kat sini.

Bermula pada tahun lepas, boss ada bagi kami beberapa orang kat opis ni masuk kelas leadership. Sort of motivation class lah. Maka, banyaklah input motivasi yang telah meluap-luap dalam diri. Haha. Kelas itu akan bersambung untuk tahun ini.

Walaupun speakernya tak best sangat, tapi bila baca lagi di alam maya, memang seronok topik yang dia kupas. Jadi, bila balik rumah, sambung study pasal motivasi dan leadership, akan bersemangatlah nak jadi macam yang dia tulis tu. Haha.

Bermula Disember 2014 juga, alumni STF 9600 ada buat book club. Diasaskan oleh one of the best student, memang sentiasa semangat sungguh budak ni. sangat committed dan bagus. Mudah-mudahan akan ada rahmat dan barakah dengan aktiviti ini.

Bila nak menulis, kenalah banyak membaca, kan?

Jadi, tahun ini, mudah-mudahan bertambah-tambahlah ilmu di dada, dengan adanya aktiviti-aktiviti seperti yang disebut.

Happy Year 2015, people!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...