Wednesday, February 25, 2009

Cikgu Zul

Akhirnya, saya menulis tentang satu orang yang saya hormati ini. Dia cikgu saya semasa di STF. Dia mengajar saya Sains menengah rendah dan Fizik menengah atas. Dia juga cikgu penasihat pingpong di mana saya adalah antara ahlinya. Dan, dia juga cikgu penasihat Kelab Rekacipta, di mana kakak senior sedorm saya, iaitu kak Umi dan kak Ezyan menjadi ahlinya. Ya, ini kisah dulu kala.

Selain itu, cikgu saya yang seorang ini juga adalah penulis yang aktif. Saya dengar cerita ini daripada senior2 di sekolah. Pada satu hari, cikgu ini tersenyum riang, dengan membawa sentiasa senaskhah suratkhabar bersamanya. Rupa2nya, ada artikel yg ditulis olehnya tersiar di akhbar pada hari itu. Tapi, tidaklah saya membacanya.

Saya pernah membaca (malah menyimpan) satu cerpen yang dikarang oleh cikgu Zul, beberapa tahun yang lepas. Kisah seorang ibu yang tinggal di UK, sementelah suaminya sambung belajar. di sana. Si ibu menulis surat kepada emaknya di kampung, minta dibelikan banyak buku2 untuk anak kecilnya yang sedang mahu belajar membaca. Ya, cerpen itu tentang budaya membaca yang diterapkan kepada anak2 kecil di UK.

Cikgu saya ini berada sekejap sahaja di STF. Dia pergi semasa saya belum tammat persekolahan di sana. Kemudian, saya tidak mendengar apa2 lagi kisah tetang dia. Namun, dia adalah antara cikgu yang terkesan di hati saya, juga di hati ramai pelajar. Cerita tentang cikgu ini enak2 sahaja didengar, termasuk kesediannya memasak semasa isterinya sedang mengandung. Sesungguhnya, kita wajib menghormati guru. Dan, saya bertambah2 hormat seseorang itu apabila semakin tinggi ilmunya, juga tinggi pekertinya.

Saya telah menemui blog cikgu pada 12092008. Ya, saya gumbira. Apabila cikgu Zul ini telah tulis komen di blog saya, sungguh "tak larat" rasa di hati. Haha. Itu adalah perkataan bagi STFians bagi menggambarkan perasaan hati yang berbunga2, sehingga terbit senyuman yang meleret2. Hehe. Saya juga tidak lupa membaca entri cikgu setiap kali dia mengemaskini blognya.

Namun, sejak seminggu yag lalu, hati saya menjadi gundah gulana. Ini terjadi selepas saya mendapat komen daripada cikgu di entri Uji.an yang berbunyi;

"Fatimah, saya berbangga dengan anda lantaran memandang dunia menerusi lensa rabbani. Dunia sememangnya ujian. Paling payah, dunia senang, ujian senang."

Maaf, cikgu. Perkataan bangga itu telah sangat membuat saya gundah gulana.

Semasa saya kecil, saya faham jika ibu bapa dan guru2 saya punya rasa bangga itu terhadap saya. Saya akui, saya pelajar yang dipermudahkan Tuhan untuk belajar dengan baik. Saya juga merasa gembira apabila dapat membuat ibu bapa dan guru2 saya punya rasa itu terhadap saya.

Tapi, bukan kali ini, Cikgu. Saya tidak dapat merasa gembira apabila cikgu merasa begitu terhadap saya. Malah, saya merasa sedih, gundah gulana dan kadangkala takut.

Sejak menyambung pelajaran ke peringkat sarjana, pelbagai ujian melanda saya. Saya seperti bukan lagi budak bijak itu. Saya seperti telah memberi kesedihan kepada ibu bapa dan guru2 (pensyarah2) saya. Saya berusaha mencari ruang kesilapan saya di mana kadangkala saya tidak tahu di mana. Saya cuma tahu, saya masih hidup, dan saya adalah hamba kepada Tuhan yang esa.

Selepas mendapat komen itu, saya cuba untuk tidak terlalu memikirkannya. Tapi, saya seperti gagal. Saya merasa saya perlu melakukan sesuatu, supaya cikgu tidak akan merasa dukacita apabila cikgu sedar bahawa saya bukanlah seperti orang yang cikgu harapkan. Kerana, saya tahu perasaan bangga akan melahirkan satu harapan. Maka, saya mohon maaf, jika saya benar2 akan mengecewakan cikgu, satu hari nanti.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada cikgu kerana telah memberi komen pada kemusykilan saya, dan juga entri picisan saya. :). Untuk pengetahuan cikgu, saya sedang membaca Online dengan Tuhan.

Saya mohon maaf jika ada tersilap kata. Saya juga ingin mohon maaf jika saya dilihat seperti berlebih2an dalam perasaan saya terhadap komen cikgu itu. Mungkin kerana saya sudah lama tidak membuat orang mempunyai perasaan itu terhadap saya. Itu sebab perasaan yang hadir itu bercampur2.

Semoga Tuhan memberkati kehidupan kita semua. Ameen.

Sekian.

Saturday, February 21, 2009

KTSN 1

Baiklah, kita tinggalkan ceita tentang Embrio Angkat itu. Saya tahu banyak pendapat yang mengarah kepada jawapan tidak boleh. Dulu, saya tanya Encik LPPKN, dia jawab tidak boleh, kerana akan berlaku grey area pada bayi. Dan lagi, akan timbul keraguan kepada bayi itu. Nama ibu yang manakah yang akan dibin/ bintikan kepada dia pada masa ditalkinkan kelak. Saya tahu, perkara2 ini sangat perlu dielakkan supaya tidak timbul masalah keturunan nanti. Dalam Islam, hal keturunan ini akan disebut dalam bidang pembahagian pusaka, nikah kahwin dan sebagainya, sekadar menyebut beberapa. Oleh itu, adalah amat penting bagi kita memelihara keturunan.

Saya juga agak bimbang dengan trend terkini sekarang, di mana ibu angkat berusaha untuk menyusukan anak angkat mereka supaya mereka menjadi ibu susuan. Ada pil dan alat2 yang dapat membantu perkara ini. Itu sebab saya pernah tertanya, apa bezanya mengambil anak anak angkat berusia sehari, dan berusaha menyusukan mereka, dengan mengambil embrio angkat dan mengandungkannya.

Ok, enuf!

Hari ini saya ingin memberitahu tempat saya menetap sekarang. Saya sekarang menetap di UKM kampus Kuala Lumpur iaitu Kolej Tun Syed Nasir (KTSN). Ia terletak di Jalan Temerloh. Dan, terdapat pelbagai bangunan dan tempat yang menarik di sekitar saya.

Di hadapan kampus ini, terletaknya, Taman Tasik Titiwangsa. Sungguh seronok dan indah kawasan ini. Kawasan beriadah, bersenam. Ada tempat menunggang kuda, taman permainan kanak2, litar main control car dan beberapa restoran yang enak. Pelajar2 KTSN sungguh seronok mengadakan aktiviti di sini termasuklah Hari Keluarga (4KL) mereka. Erm, siapa2 yang mahu menukar trek berjogging, silalah datang ke mari. :D

Bangunan yang menarik di sekeliling saya ialah; Istana Budaya, Balai Seni Lukis Negara, Pusat Darah Negara, Hotel Putra, Hospital Pusrawi, Wisma Sejarah, Perpustakaan Negara Malaysia, Institut Jantung Negara dan Hospital Kuala Lumpur. Bangunan ini semua, saya boleh pergi jalan kaki sahaja. Saya cuma pernah pergi BSLN, itu pun beberapa tahun yang lalu.

Jadi, sesiapa yang datang ke tempat2 di atas itu, rajin2lah text/call saya, supaya saya dapat bergumbira bersama kamu2, esp sape2 yang ada tiket lebih untuk ke Istana Budaya itu. :D

Saya mungkin akan berada di sini sehingga bulan 6. Kalaupun saya perlu pindah ke tempat tinggal postgraduate, ia juga amatlah dekat dengan kawasan ini.

So, people, enjoy your weekend! Petang ni saya nak pergi jogging! Yeay!

Tuesday, February 17, 2009

Embrio Angkat

Ini ada satu kisah. Kisah tentang sepasang suami isteri. Setelah berkahwin, tidak mendapat anak. Pergilah ke doktor. Disahkan, bahawa si suami mandul. Tiada sperma di dalam air maninya. Pulanglah suami isteri ini dengan gundah gulana.

"Abang minta maaf, sayang."

"Tidak ada apa2 yang perlu dimaafkan, abang. Abang tiada salah pun. Ini sudah ketentuan Tuhan. Pasti Tuhan punya perancangan yang lebih baik untuk kita. Saya tetap cintakan abang."

"Apa kata kita ambil anak angkat? Kita boleh membantu anak yang yatim piatu. Semoga Tuhan akan merahmati kita"

"Ya, saya pun berfikir elok benar begitu"

Tetapi, tiba2, si isteri terfikir sesuatu yang lebih baik. Dia ingin "mengandungkan" anak angkatnya. Dia seorang yang sihat. Rahimnya dapat berfungsi untuk mengandungkan anak. Lantas, si isteri ke Klinik Kesuburan.

"Doktor, suami saya mandul. Kami ingin mengambil anak angkat. Tetapi, saya ingin mengandung. Saya punya ahim yang sihat. Doktor, bolehkah saya mengambil embryo yang disimpan di dalam tangki nitrogen itu. Saya mohon jasa baik doktor untuk menguruskan perkara ini dan dapatlah saya berjumpa dengan ibu bapa pemilik embryo yang mereka tidak mahukan lagi itu. Maka, daripada saya mengambil anak angkat yang berumur sehari, saya rasa tidak salah jika saya mengambil anak angkat yang berumur satu sel."

"Puan, saya faham keinginan puan. Saya juga risau dengan peningkatan embryo yang ditinggalkan dan tidak dimahukan lagi oleh pasangan suami isteri setelah mereka berjaya mempunyai anak. Namun...

***********************************************************
Apakah pendapat anda dalam kes ini? Apakah pendapat anda tentang embrio angkat, seperti kes di atas?

Jika anda berhadapan dengan situasi seperti di atas, sama ada sebagai si suami atau si isteri, apakah tindakan anda selanjutnya?

*edited on Feb 19: saya fikir Embrio Angkat lebih tepat bagi kes di atas. Ya, apa pendapat anda, jika kita mengandungkan anak angkat kita sendiri?

Thursday, February 05, 2009

Sambal Belacan

Ada orang suka, ada yang tidak suka, dan ada juga yang tidak bolah makan, gara2 ramuannya yang ada udang. Saya? Kadang2 saya makan, kadang2 tidak. Saya lebih suka sambal goreng.

Saya pasti ramai yang ada cerita berkaitan dengan sambal belacan. Cerita saya berlaku pada beberapa tahun yang lalu. Banyak tahun yang lalu sebenarnya, semasa arwah nenek saya masih ada. Dan, ia berlaku pada satu hari raya. Saya (konon2nya) riang menolong di dapur. Menu untuk hari raya kami biasanya ada laksa johor. Dan, menu itu biasanya memerlukan sambal belacan untuk menambah rasa. Hari raya tahun itu, saya telah ditugaskan membuat sambal belacan. Maka, saya pun duduklah menumbuk lada dan belacan, dan akhirnya terpercik ke mata. SEKIAN. :D

Tapi, memang ada tetamu yang memuji kesedapan sambal belacan itu. Saya pun terkejut mendengarnya. Tidaklah saya membangga diri tidak tentu pasal, apatah lagi mata saya masih terasa "lada merah" itu. :P

Erm, saya bercerita kisah ini kerana ada sesuatu berlaku di kafe LPPKN dalam 2 hari ini tentang sambal belacan. Semalam, semasa sedang membeli makanan, ketika itu belum ramai orang, ada satu kakak itu sedang makan, tiba2 bertanya kepada kakak di kaunter, "Siapa yang buat sambal belacan ini?". Kakak itu takut2 nak jawab. Manalah tahu ada yang tak kena dengan rasanya. Tapi, belum sempat kakak itu menjawab, kakak yang bertanya telah berkata, "Sedap, sedap" sambil menunjuk isyarat bagus tangan.

Hari ini pula, saya datang membeli makanan ketika belum ramai orang juga. Ada dua orang kakak sedang memilih2 makanan. Satu orang kakak bertanya, "Takde sambal belacan ker?". "Belum siap lagi", jawab kakak di kaunter. Dan, kakak itu menunggu dan terus menunggu sehingga sampai seorang lagi kawannya, yang juga setia menunggu sambal belacan itu siap.

Saya berlalu pergi dengan lauk ikan keli masak sambal hijau dan sayur paku pakis. Tidak tahu nama masakan sayur itu, tapi hijaunya memikat hati. Setelah makan, terasa sungguh pedasnya. Huh!

Saya ingin memberitahu bahawa saya benci drama politik negeri perak itu.

Sekian.

Monday, February 02, 2009

DeGiL

Akhirnya, abah menghantar nama2 yang kami (saya dan adek) tulis itu pergi ke suatu tempat. Nama yang saya tulis ada sembilan. Nama yang adek tulis ada 4.

Dan...

Nama kedua itu jelas sekali katanya. DEGIL. Itu, abah yang beritahu.

Saya hanya gelak kecil sahaja. Mungkin dia memang terlalu degil, sehingga jelas pada namanya.

Tapi, bila difikir2kan, enchek itu hanya beritahu dia degil. Bukanlah tidak serasi. Masakan budak degil tidak boleh berkahwin.

Apapun, dia sedang jadi milik orang. Tidaklah mahu saya berebut2. Tidaklah saya suka berebut apa2 pun. Semuanya sudah ditentukan Tuhan yang Maha Adil. Jika benar sesuatu itu milik kita, pasti ia akan menjadi milik kita, walau cepat, walau lambat.

Dan, saya musykil kembali. Manusia apakah yang akan serasi benar dengan manusia yang degil? Serasa saya bukanlah manusia yang degil juga yang akan menjaga dia sepanjang hayat. Kerana, manusia yang degil ini bukanlah manusia yang jahat. Dia hanya kurang mahu mengikut kata orang, suruhan orang. Maka, rasa2 saya, manusia dengan punya kesabaran yang tinggi yang boleh menjadi suri hidup dalam manusia degil ini. Dan, mungkin bukan saya orang itu. :)

Erm, saya kira Tun M itu juga manusia degil. Jika dia mengikut kata ramai orang2, tidaklah dia berani membangunkan Proton, apatah lagi KLCC. Malaysia kini, kira2nya hasil "kedegilan" Tun M selama 22 tahun itu. Namun, yang pasti kedegilan Tun diperkukuh dengan kebijaksanaan beliau, anugerah dari Tuhan.

Ya, janganlah degil dan bodoh. Sekian.

Sunday, February 01, 2009

Tipu Bulat-bulat

Dulu2, masa Bush menipu bulat2, mengatakan bahawa Iraq ada senjata pemusnah, maka Amerika perlu mencarinya, lantas melancarkan peperangan, saya terfikir, bagaimana penipuan yang besar itu, berjaya dilakukan. It is obviously tipu. Dia pemimpin Amerika, yang menjadi kuasa besar dunia (kononnya.) Maka, dia juga menipu saya. Tapi, saya tidak boleh berbuat apa2. Saya juga merasa kasihan melihat rakyat Amerika yang dikerah menjadi tentera dan berperang dalam peperangan yang sengaja diadakan. Obama menang pun, sebab dia kempen "CHANGE". Rakyat Amerika, malah rakyat dunia perlukan perubahan.

Rakyat Malaysia tidak terkecuali dalam memerlukan perubahan. Ia jelas ditunjukkan dalam pilihanraya yang lalu, berterusan dengan pilihanraya2 kecil yang berlansung selepas itu.

Di sini, saya menulis bukanlah kerana saya berasal daripada keluarga yang bergiat aktif dalam politik. Tetapi, saya menulis sebagai rakyat Malaysia, yang dapat melihat penipuan yang jelas, terang dan nyata (tanpa dengung) itu dilakukan oleh orang2 yang sedang memimpin masyarakat. Adakah mereka ini juga sudah mempelajari sesuatu daripada Bush, bahawa mereka, jika sudah bergelar pemimpin negara, mampu menipu rakyat bulat2. Apakah mereka tidak melihat bahawa Bush dan partinya telah kalah teruk dalam pilihanraya itu?

Penipuan pertama yang paling jelas dan nyata ialah tentang jambatan bengkok itu. Ia telah diteruskan dan gerak kerja telah dijalankan. Bagaimana boleh tiba2 dibatalkan dan kemudian menyalahkan orang2 terdahulu tentangnya? Saya bukan nak menyokong Tun M dalam hal ini. Tetapi, seingat saya, Pak Lah sendiri yang meluluskan untuk meneruskan projek itu. Kemudian, apabila dia membatalkan projek itu, terus2an dia menyalahkan Tun. Apakah? Semua orang pun membaca sura2 yang ditunjukkan di dada2 akhbar. Tiada apa pun salah Tun yang dikenalpasti dalam surat2 itu. Pada saat itu, saya begitu pasti saya telah ditipu bulat2.

Dan, drama sekarang, cukup menyedihkan. Bala telah hilang. Ingat lagi Bala? Semua orang yang menonton TV pasti dapat melihat Bala tersenyum riang membuat pengakuan bersumpah yang pertama. Kemudian, keesokkan harinya, dia membuat pengakuan bersumpah yang kedua dengan wajah yang muram dan tidak memberi komen pun. Hanya peguam dia sahaja yang berkata2. Semua orang yang menonton 2 episod tersebut dapat menilai mana satu paksaan, mana satu kerelaan. Kemudian, Bala hilang. Sampai hati mereka tipu kita bulat2.

Dan, kejadian ADUN2 Perak ini. Mengapa musti hilang 5 hari untuk meletak jawatan? Adakah kerajaan negeri Perak sekarang ada bom pemusnah, yang akan diletupkan kepada adun2 mereka yang melompat parti? Kenapa pula kalu nak kuar parti UMNO, tak de pulak cerita hilang2?

Anwar jawab kepada pemberita; "Jangan tanya saya. Tanya Najib. Dia......"

Saya rasa gusar. Najib akan jadi PM bulan Mac ini. Jika benar dia sejahat itu......

Saya ingin memberitahu sesuatu kepada pemimpin yang menipu bulat2 ini; "After all, semua ini duniawi...". Kata2 ini dipetik daripada kata2 rakan saya di Facebook. "Mengapa mahu direbutkan negeri Perak iu. Ada banyak lagi negeri yang sedang diperintah. Jangan sampai yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran"

"Siakap senohong, gelama ikan duri. Bercakap bohong, lama2 mencuri."

Sampai hati mereka menipu kita bulat2. Apa salah kita kepada mereka, sehingga mereka tergamak tipu kita, rakyat mereka ini sampai begitu sekali?

Saya hanya mampu berdoa dan berharap mereka akan insaf dan berlaku baik semula. After all, hanya Tuhan yang mampu membalas baik buruk perangai mereka ini dengan seadil2nya. Sesungguhnya, Allah Maha Adil.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...