Thursday, June 26, 2008

25062008

Semalam melalui hari yang buhsan. Kromosom dicerap tidak memberikan hasil yang baik. Penat sungguh mata melihat warna2 indah. Namun, hasilnya tidak begitu menggembirakan. Menaiki komuter, dan bersesak2 ketika pulang. Dan sedih, melihatkan seorang kakak yang sedang mengandung, kepanasan dalam gerabak. Kelihatan air mata kakak itu keluar, lantaran terpaksa berdiri agak lama, sebelum diberikan tempat duduk. Dugaan Tuhan, kecil atau besar, di mana2 sahaja.

Aku akhiri kedatangan di lab semalam dengan satu perdebatan idea. Ada satu orang lelaki di lab aku yang baru sahaja kahwin, sangat berbanggga dengan perkahwinannya, lantas meyuruh aku mencari segera lelaki, supaya aku tidak semata2 mencerap kromosom.

Apa dia fikir mencari lelaki baik itu sama seperti mencari ikan segar di pasar? Heh!

Apa dia fikir mencerap kromosom itu satu perkara yang sangat sia2 berbanding mencari lelaki baik untuk dijadikan suami? Heh!

Aku tidak pernah menolak untuk berkahwin, tetapi tidak juga memandang serong kepada orang yang tidak berkahwin. Dalam 25 tahun kehidupan ini, sudah ramai jer aku jumpe manusia yang tidak berkahwin, sama ada lelaki mahu pun perempuan. Masing2 ada sebab tersendiri. Dan, yang pasti, jodoh di tangan Tuhan.

Dan, Tuhan Maha Adil. Allah telah memberikan rezeki manusia itu berbeza2. Ada yang mendapat isteri, tapi belajar setakat pandai 3M. Ada yang belajar sampai PhD, tapi tidak dikurniakan isteri. Ada yang mendapat isteri dan PhD, tapi menjadi anak yatim piatu pada usia awal. Itu hanya secebis contoh. Kehidupan manusia sangat pelbagai. SANGAT!

Maka, belajarlah bersyukur dengan apa yang telah diperolehi. Kerana semua yang diperolehi bukanlah hak milik, tapi anugerah, yang boleh ditarik oleh Yang Maha Esa, bila2 masa sahaja. Maka, belajarlah berdoa, semuga dimurahkan rezeki. Kerana Dialah sahaja yang boleh mengurniakan rezeki, sama ada secara terus kepada kita, atau melalui orang lain. Maka, belajarlah berdoa, dipermudahkan kehidupan ini, di dunia yang sementara ini. Kerana sesungguhnya, akhirat juga yang kekal abadi.

Sekian.
*edited on Friday; June 27th, 2008 atas segala kesalahan perkataan dan ejaan.

Monday, June 23, 2008

Snippets

Beberapa episod yang telah berlaku yang mungkin berkaitan dengan saya secara tidak lansung.

1. Apabila Doktor kacak menyebut perkataan "chomel", Kid dan Anif gelak seperti Doktor kacak membuat lawak besar. Anif menunjuk2 ke arah saya, semacam sayalah orangnya yang telah membuatkan Doktor kacak menyebut perkataan itu. Bukanlah Doktor kacak tidak boleh menyebut perkataan itu, dia hanyalah manusia biasa, tetapi, agak tidak sesuai untuk dia, lebih2 lagi dalam mesyuarat bersama felo2 penghuni. Saya juga agak musykil, dan rasa bersalah, jika benar2 saya yang telah mempengaruhi Doktor kacak berkata perkataan itu.

2. Apabila Mike, rakan felo baru, telah menyanyi lagu kami, felos lama, "lalala...", semasa bermain UNO. Kid telah mengatakan saya sangat berjaya mempengaruhi orang yang agak sukar dipengaruhi. Haha. Apakah? Erm, Mike adalah Sabahan yang amat jelas Sabah nya, kerana dia masih bercakap dalam slanga Sabah. Maka? :P

3. Saya rasa semacam gumbira bila saya membaca satu perenggan dalam chedet.com;

"Saya bukan nujum dan saya tidak dapat teka apa yang akan berlaku lima tahun dari sekarang. Tetapi saya boleh ramal memandangkan prestasi buruk UMNO dan Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum ke-12 dibawah pimpinan UMNO Dato Seri Abdullah Badawi yang di pengaruhi oleh anak dan menantunya. Selain daripada memberi gula-gula kepada Bahagian dan Cawangan, dan berbillion Ringgit kepada Sabah dan Sarawak tidak ada usaha yang menepati kehendak dan mesej pengundi dalam Pilihanraya Umum ke-12. Hanya dengan meletak jawatan barulah Dato Seri Abdullah dapat pulih UMNO dan prestasi Kerajaan Malaysia. Tetapi ini tidak sanggup dibuat oleh Dato Seri Abdullah. Oleh itu tidak ada harapan yang UMNO akan dipulihkan dan Dato Seri Najib menjadi Perdana Menteri. "

Ya, saya juga selalu sangat suka memberi gula2 dan ingin sahaja memberi gula2 kepada rakan2 dan kanak2 riang. Saya rasa riang bila Tun juga menggunakan perkataan yang riang ini. :D

4. Saya rasa semacam diperli oleh Kid dalam gambar di bawah ini. Haha.

Saya selalu menutup mulut secara tiba2 bila mana saya terasa ingin menunjukkan lidah atau terlepas berkata sesuatu yang tidak sepatutnya. Owh, mengapa saja kamu begitu dalam gambar ini, Kid. Heh.

Sekian.

Thursday, June 19, 2008

Harapan

Saya bukanlah dalam mood ingin menulis. Maka, maaflah jika entri ini agak tidak terfokus.

Kepada kawan saya yang seorang ini, seringkali saya berkata kepada dia sekarang;

TIADA HARAPAN ITU LEBIH BAIK DARIPADA HARAPAN PALSU

Bukankah ia benar? Bukanlah kawan saya yang seorang ini selalu memberi harapan, tetapi saya sejak kebelakangan ini, saya selalu meminta pertolongan daripada dia. Bagi saya, dia adalah seorang yang baik, dan kebarangkalian untuk dia membantu saya adalah tinggi. Maka, saya telah memohon pertolongan dia dengan penuh pengharapan.

Tapi, sejak kebelakangan ini, dia selalu melengahkan bantuan itu kepada saya. Membuatkan saya terlalu tertanya2, adakah dia akan benar2 membantu saya? Maka, telah beberapa kali saya mengucapkan kata2 dia atas. Kerana, jika benar2 tiada harapan, saya perlu berhenti berharap.

Harapan; adalah perkara/ benda yang diharapkan. Bila kita berharap, saya pasti akan ada satu saat tertanya2. Adakah ia akan benar2 berlaku? Adakah benda itu benar2 kita akan dapat?

Saya telah mengalami episod harapan palsu yang sangat berat, yang telah membuat jiwa saya sangat gundah gulana. Perasaan itu sangat sakit, membuatkan saya sangat menangis. Harapan palsu itu benar2 lebih perit daripada tiada harapan.

Tajul call saya tadi. Dia berdolak-dalih untuk tidak singgah berjumpa saya, dengan alasan terlalu sibuk. Bila saya katakan saya rindukan dia, barulah dia nyatakan dia akan singgah ke Bangi nanti. Maka, sekali lagi, pada hari ini, telah saya ungkapkan kata2 di atas kepada Tajul.

Kepada kawan saya yang seorang itu, (bukan kawan saya yang seorang ini, Anif), saya minta maaf jika entri ini membuat kamu kecil hati. Blog ini memang tempat saya meluah rasa saya. Walau apapun yang terjadi, kamu tetap kawan saya. Kawan yang baik.

Kepada kamu yang telah memberi harapan palsu yang berat itu, saya pinta, janganlah berikan apa2 kepada saya lagi.

Kepada Pak Lah dan barisan wakil rakyat yang lain, tolonglah sedar, kata2 harapan daripada kamu semua semakin menjengkelkan.

Sekian.

Tuesday, June 17, 2008

Sentuhan Jari-jemari

Ibu saya mmg seorang yang celik IT. Tidak spt ramai rakan2 seusianya yang lain, ibu saya boleh mempelajari teknologi terkini dan menunjukkan minat ke arahnya. Berbanding abah saya, ibu saya sangat cekap menggunakan komputer (dan laptop), telefon bimbit dan kamera digital.

Saya dan adek2 rasa senang dengan kemampuan ibu menggunakan teknologi ini. Kesannya, kami boleh mendapat apa yang kami mahu, kerana ibu akan faham. Malah, ibu yang akan bertanya. "Kamu memerlukan laptop?" semasa adeks saya di matriks. Saya juga mendapat sebuah laptop sendiri semasa di matriks. Kami juga akan seronok mengajar ibu teknologi terkini kerana ibu cepat faham. Dan, terakhir, kami telah mengajar ibu cara membuat video call dengan teknologi 3G.

Kerana merasa seronok dan excited, ibu telah membeli sebuah telefon bimbit baru lengkap dengan teknologi 3G, kaler purple, jenama Sony Ericsson.

Kesannya? Owh, sungguhlah dahsyat.

3G hanya boleh digunakan di bandar Muar sahaja, dan tidak di kampung (rumah) saya. Maka, jika ibu ke bandar sekarang, dia tidak akan melepaskan peluang membuat video call dengan semua anak2nya. Semacam spot check. Heh. Owh, tidaklah dapat kami mengelak untuk menjawabnya, kerana ibu akan mengesyaki sesuatu. Maka, kami tidalah boleh berada di tempat yang tidak sepatutnya, kerana ibu akan tahu. Tidaklah boleh kami menipu berada di tempat yang lain kerana ibu akan nampak. Owh.

Dan, ibu sgt suka menghantar MMS. Semasa usia handphone barunya seminggu, setiap hari dia menghantar gambar. Penat menghantar gambar sendiri, ibu telah menghantar gambar abah. Setelah seminggu, saya telah mendapat 7 gambar. Owh.

Teknologi begini, dilihat semakin mendekatkan kita. Tapi, bagi saya, ada yang hilang. Walaupun kita dapat mengetahui khabar berita dan dapat melihat gambar terbaru setiap hari, atau secara live, kita telah kehilangan sentuhan. Teknologi begini akan menyebabkan tiada keperluan untuk pulang (ke kampung) lagi. Maka, anak2 hanya akan membuat panggilan, dan tidak pulang menjenguk, dengan alasan sibuk dan sebagainya.

Dan lagi, pernahkah anda melihat satu iklan, di mana seorang ayah yang sedang bekerja, memainkan anak patung di hadapan handphone, supaya anaknya dapat melihatnya dan tidur. Semuanya ada, kecuali sentuhan kasih sayang untuk mengucapkan selamat malam. Tidakkah ia satu perkara yang menyedihkan?

Saya fikir, ia bukanlah perkara yang baik. Hilanglah sentuhan melalui bersalaman dan peluk cium dari anak kepada ibu ayah. Tidakkah anda merasa bahawa sentuhan dengan jari-jemari itu satu keperluan untuk mengeratkan kasih sayang? Tidaklah dapat rasa kasih dan sayang itu dirasa dengan sepenuh hati, melalui video call dan MMS itu.

Tapi, saya sedar, teknologi ini tidak boleh dijadikan alasan kekurangan kasih sayang. Kita perlu memandang positif kepada teknologi seperti ini. At least, kerinduan ibu ayah yang berjauhan, sedikit sebanyak terubat dengan kemudahan canggih ini. Dan lagi, jika anak2 benar2 jauh dari ibu bapa, seperti ke luar negara, teknologi seperti inilah yang mampu mengubat lara rindu.

Semuga kita semua sentiasa dapat merasa kasih dari Tuhan yang Maha Esa. Ameen.

Tuesday, June 10, 2008

.garang.

Saya baru pulang dari kursus utk JAKSA baru kolej saya di Pulau Jerejak, Pulau Pinang. Akan saya kisahkan setelah saya mendapat beberapa keping gamba yang berada di kamera kawan saya nanti.

Saya telah melalui episod2 orang2 yang telah berlaku garang dengan/ di hadapan saya sebelum, semasa, dan selepas ke Jerejak. Saya sangat takut dengan orang2 yang garang ini. Terutama, bila hati saya menjadi cepat sensitif. Saya boleh nangis, dan dilihat terlalu emosional. Dan, definisi GARANG bagi saya amatlah kecil spektrumnya. Bagi saya, bila seseorang telah sedikit meninggikan suaranya bila bercakap, maka saya kira, dia telah berlaku garang dengan saya. Lantas, saya selalu akan berkata "Tak payah lah garang". Tapi, ada satu orang itu selalu menjawab semula. " Awak ni kan, kadangkala, sengaja buat orang nak marah/ garang dengan awak", dengan intonasi suara yang tinggi. Eeeee, takut! (Mana ada saya sengaja buat orang garang. Awak tu yang suka marah2 saya. Heh!)

Ya, saya agak takut bila orang garang. Esp, bila org garang dan marah kepada saya. Masa kecik2 dulu, saya adalah kanak2 yang baik, tidaklah pernah saya kene marah dengan ibu, bapa, nenek, atau pun che'gu. Saya mula dimarahi bila perangai tidur dalam kelas saya menjadi2. Huh.

Sebelum pergi ke Jerejak, saya telah berlawan cakap dengan kawan saya yang seorang ini, K**. Kami telah berbincang ttg satu prog yang akan dilaksanakan di kolej. Selepas satu ketika, masing2 ingin mempertahankan idea masing2, lantas meninggikan suara. Owh, sangat menakutkan bila En. K** yang seorang itu diam, dan tidak mengucapkan selamat malam kepada saya semasa saya beredar keluar. Walhal, telah saya ucapkan, "Owh, kau sangat garang. Aku tak bermaksud pun nak buat kau garang. Owh. Gudnite, aku pulang dulu".

Beberapa hari selepas itu, saya telah ke Jerejak, bersama En. K** dan rakan felo yang lain, bersama adek2 JAKSA. (En. K** sudah tidak garang lagi kepada saya). Pengetua kacak pergi bersama keluarganya menaiki kereta. Di malam terakhir (malam kedua) kami di sana, sedang saya sampai di cafe utk mengambil makanan, tiba2 terdengar suara pengetua yang kacak itu meninggikan suara kepada pekerja resort itu. Owh, saya amatlah terkejut sampai menggeletar. Sepanjang saya di kolej, dari kecil sampai besar, tidaklah pernah saya melihat pengetua yang kacak itu, segarang itu. Owh, sangat garang, sehingga saya takut untuk memandang ke arah dia. Bergegas Manager On Duty datang ke arahnya. Itupun, masih terdengar suara pengetua yang kacak itu meluahkan ketidakpuasan hatinya. Saya duduk, sambil memandang hidangan. Menggeletar sampai tak boleh makan. Saya mengambil nafas dalam2 dan menenangkan perasaan sendiri. Wei, TAKUT giller, OK?!

Dalam perjalanan pulang dari Jerejak ke KL, kami telah dapat nonton filem Dunia Baru di dalam bas. Saya belum nonton cerita ini, lantas menontonnya sehingga tamat. SANGAT menakutkan bila mana scene Darius marah2 dengan menendang2 kereta dan cermin kereta. Owh, mengapa perlu garang sehingga begitu. Owh, saya tutup telinga bila lihat adegan itu. Takutnya lihat orang garang2 begitu.

Hari ini, ibu pula garang dengan saya. Saya tahu dia penat, ditambah dengan masalah di rumah yang besar itu. Tapi, kecil juga hati saya. Tak pasal2 kene marah. Dia marah orang lain, saya pula turut dimarahi. Owh.

Dan, i must add, kawan saya yang seorang itu, Anif, selalu sahaja berlaku garang terhadap saya. Wpun, dia telah pernah berjanji ingin belajar kemahiran memujuk, nyata ia hanya harapan palsu buat saya. :(

Semua kita semua dijauhkan dari kemurkaan Tuhan. Ameen.

Thursday, June 05, 2008

Setitis Minyak

Aku menulis entri ini selepas setengah jam harga minyak dinaikkan. Semenjak kenaikan harga bahan bakar ini diumumkan, pelbagai reaksi berlaku di sekeliling aku.

Petang tadi aku terlelap. Aku bangun, sesaat selepas berita itu diumumkan . Abang sepupu aku menghantar SMS. Sambil suruh isi minyak kete sebelum malam ini, sempat jugak di mengutuk2 k*erajaan. Aku tak terkejut pun dia nak marah, sbb ini mmg bukan berita baik pun. Aku pun tgk berita online. Mmg sahlah kenaikan itu pada malam ini. Dan, aku pun ajaklah Ain pegi isi minyak. Kitorang lambat rupanya. Stesen minyak dah penuh dah. Aku call Kid. Dia pun tak puas hati. Dahlah sdg pergi kursus, mcm mane nak pegi isi minyak murah. Huhu. Aku dan Ain tak beratur pun, sbb kitorang ade program kat kolej malam ni. Ain cakap dia pasrah je lah. Aku pun call adek aku, suh dia amek kete aku dan beratur utk aku. Alhamdulillah, sempat. Dahlah mmg tank dah nak kosong. So, dptlah untung sket.

Apa kamu rasa? Huhu. Aku tak marah minyak naik, sbb kita mmg terikat dengan harga minyak dunia. Tapi, mcm kata Pakatan Rakyat, duit Petronas boleh tampung kenaikan harga ini. Entahlah, aku tak tahu duit tu mereka buat apa. Tapi, mmg harga minyak melambung sangat tinggi. Duit subsidi yang mengalir keluar sangat banyak. Mmg kene ada cara lain utk subsidi itu.

Yang aku marah ialah mekanisme pemberian subsidi. Perkataan yang bagus ialah BODOH. Tak bijak. Tak pandai. Tak bagus. Apa lagi? Erm.... Lalala....

Kenapa beri subsidi utk setiap kereta? Kenelah beri subsidi ikut penggunaan minyak. Mana sama orang yang duk Seremban, keje KL dengan orang yang jadi felo kolej, keje kat ukm. Minyak kete org keje ukm tu tak gerak pun hari2, kecuali kalu dia pergi warta hari2. Tapi, org keje kl tu, kene bayar tol lagi, kene bayar minyak yang banyak lagi. Pastu, ada jer pakcik aku, yg kete dia gerak masa wiken jer, sbb hari2 keje, gune kete syarikat. Bini dia pun pegi pasar seminggu sekali. Dia ada dua kete yang jadi perhiasan kat garaj umah dia. So, nanti kete tu memberi dia hasil sbb akan dpt subsidi, wpun dia tak isi minyak selama sebulan. Hoho. Kete2 dia pun kategori 2000cc, bukan kete2 mewah pun. Heh!

Aku agak marahlah dengan mekanisme yang tak bijak tu. Dan lagi, berita kenaikan tarif elektrik juga agak membebankan. Aku tidaklah gemar akan berita itu.

Setelah berborak2 dengan Ain, aku rasa mcm nak terus jadik felolah. Sbb, tak payah bayar bil. Pastu, carik je keje kat ukm ni. So, pegi keje jalan kaki jer. Kete tu utk pegi beli barang dan balik kampung. Itu pun, sbb jauh dari stesen bas. Kalu tak, boleh jer naik bas. Mmg lagi murah lah compare dgn naik kete, dgn tol lagi. Lagipun, felo ukm, khabarnya akan menerima elaun. Boleh ker aku jadik felo lagi? Hehe. Rasanya, Doktor Kacak benarkan ker aku terus kat kolej terchenta ini?

Ain nak duk Jerman, dgn husband dia.

Tuesday, June 03, 2008

Diba Alwa's Wedding

Saya mohon maaf kepada rakan2 yang mungkin telah ke sini untuk mendapatkan gambar2 perkahwinan Diba Alwa yang lalu. Baru sekarang saya berkesempatan menulis. Jika sesiapa yang inginkan gamba2 yang lain, sila beri email kamu kepada saya.

Diba Alwa rakan sekolah saya di STF. Dia adalah budak yang sangat bijak dan chanteks dan baik hati. Saya bukanlah rapat sangat dengan dia. Tapi, disebabkan rasa ikhlas dia menjemput saya ke majlis perkahwinan dia, dan saya juga ada kesempatan waktu, maka saya telah pergi ke majlis perkahwinannya bersama adek saya yang telah diadakan di Subang Jaya.

What a LOVELY wedding ceremony! Dengan telur pindang bersama bekas yang chanteks. Dengan nyanyian ghazal yang indah. Dengan makanan yang dihidangkan, bukan secara buffet. Dengan makanan yang sungguh enak, sehingga ada rakan saya yang menambah. Dengan pelamin yang indah dan pengantin yang sangat cute. Ya, Diba sangat chanteks juga pada hari itu. Dengan persembahan slide multimedia yang terus-terusan menunjukkan gambar2 mereka berdua.

Saya sangat sukakan majlis ini. Terutamanya konsep menghidangkan makanan untuk para tetamu. Sangat susah dah nak jumpa cara begitu sekarang. Di mana2 pun buffet. Kecualilah jika majlis itu adalah wedding dinner. Saya sangat kagum dengan ahli keluarga mereka yang memilih untuk mengekalkan adat majlis perkahwinan melayu ini. Dulu2, semasa stail buffet sedang diperkenalkan, nenek saya cukup marah dan tidak suka. Dia kata, orang datang rumah kita, kita mesti, dengan sopan menghidangkan makanan. Jika di ke majlis perkahwinan secara buffet, dia hanya akan duduk, sambil kami (orang yang menemankannya) mengambilkan makanan untuk dia. Dia cukup tidak gemar stail buffet. Open house hari raya rumah saya hanya selepas bbrp waktu, barulah menukar stail. Daripada menghidang kepada konsep gerai. Ala buffet lah jugak, kan? Tetamu perlu beratur untuk mendapatkannya.

Tahniah kepada Diba dan suami. Semuga, hanya mati yang memisahkan kamu berdua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...