Thursday, August 30, 2012

Ramadan & Syawal 2012

1. Ramadhan saya kali ini mempunyai 8 hari tanpa air. Yup, EIGHT freaking day. Mula-mula, in denial. Tak nak tadah air beramai-ramai kat tangki bawah tu. Maka, saya telah ke rumah sepupu , kemudian rumah adek saya. Kemudian, berteleku di Masjid Putra, Putrajaya dari Zohor ke Isyak. Hari berikutnya ke Masjid Tuanku Mizan. Saya juga pernah berbuka di Masjid Hasanah, Bangi. Selepas 5 hari tu, barulah menerima kenyataan, lantas menadah air dan mengangkutnya ke rumah, bersama-sama penghuni yang lain. 

2. Tahun ini adalah tahun pertama saya berbuka di masjid. Dan, kali pertama saya tahu bahawa makan di masjid yang percuma itu adalah SEDAP! Masjid Hasanah: nasi ayam. Masjid Putra: nasi minyak. Masjid Besi: nasi putih lauk sedap. Haha. Ada makcik yang telah berbuka di masjid selama tiga tahun. Tak perlu fikir nak berbuka apa pun. Dan, tak akan tertipu dengan penjual di PARAM. 

3. Saya mengambil cuti paling PANJANG di opis saya. Dari 15 Ogos sehingga 27 Ogos. Tapi, cuti ini bukan utuk raya sahaja. Ada banyak perkara yang perlu diuruskan.

4. Cuti saya dimulakan dengan pergi ke "lab lama saya", di Jalan Raja Laut itu. Ada orang propose projek PhD, ehem. Maka, pergilah berbincang kejap. Semoga dipermudahkan. Amin.



5. Warna tema raya kami sekeluarga tahun ini adalah warna cokelat. Walaupun banyak episod drama dalam mencari baju, tapi dalam gambar nampak chantek. Blend nicely with our skin colour, kan?

6. Ini raya pertama tanpa maklong dan pakngah (sebelah abah). Sedih. Jadi, kami beraya ke Parit Raja, Batu Pahat pada hari raya pertama. Raya kedua, tunggu orang datang. Raya ketiga, open house. Raya keempat, berehat sekejap jer. Petang beraya ke Parit Sangit dan Parit Bunga. Raya Kelima, barulah beraya ke Parit Unas, yang mana biasanya pergi raya pertama. Raya keenam, berehat, sambil tengok emak masak lengkong nescafe satu periuk besar. Ya, BESAR yang guna 30 biji telur kuning. 

7. Raya ketujuh, kenduri kawen sepupu di Klang. Berangkat seawal 6.45 pagi dengan hujan lebat di rumah. Dan, pulang sekitar jam 6 petang. Singgah lama di RnR Ayer Keroh, makan aiskrim BR. Sampai rumah jam 10 malam. Penat, tapi majlis berjalan lancar, alhamdulillah. Tahniah kepada pengantin dan keluarga.

8. Raya kelapan, saya pulang ke Kuala Lumpur dengan seorang adik. Terus ke Batu Caves, makan lunch. Hehe. Penatlah, lantas berehat sahaja, tidur awal. Tapi, terbangun juga jam 4 pagi, terus ke laptop buat paperwork sedikit.

9. Raya kesembilan, ramai orang sudah naik kerja. Saya telah ke JAKIM, Putrajaya dan UMMC, Petaling Jaya. Ke JAKIM menguruskan tentang persoalan pemilihan jantina. Ke UMMC, melawat kawan lama dan menolong kawan baru. Mereka ada lab baru yang sangat cantik dan sangat luas dan sangat putih bersih suci.

10. Raya ke-10, saya mula kerja. Gigih! Raya ke sebelas, makan-makan di jamuan Aidilfitri MTDC. 


SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR & BATIN.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...