Tuesday, April 21, 2015

Majlis Kenduri Kahwin sebagai Satu Wadah Penyatuan Masyarakat

Saya tak selalu jadi peneman abah pergi majlis kenduri kawen. Emak saya memang dah "malas" nak ikut selalu. Dia hanya akan pergi jika benar-benar dia kenal orang tu, dan area sekitar Muar sahaja. Yang jauh-jauh lagilah dia "malas" nak ikut. Haha.

Yang selalu pergi pastinya adik-adik saya. Fataya dan Farid always willing to go. If tinggal Fadila dan saya, saya akan buat Fadila yang pergi, using my power as kaklong. 

But, now my sisters and my brother are not around. So, last Saturday, i need to bring my father pergi kenduri kawen, kat area kampung dia, Parit Payong, Muar.

Seperti biasa, abah akan salam dengan ramai orang. Kami duduk terus makan dengan orang-orang kampung yang dia kenal. Borak-borak dan borak lagi. Ada yang lama sangat tak jumpa. Maklumlah, abah tak duduk situ, jadi ramai yang dah lama tak jumpa abah.

Lepas makan, pergi meja lain pula. Duduk lagi dan borak-borak lagi. Dan borak lagi. Mula-mula saya kena berdiri, sebab tiada kerusi. Lepas ada kerusi kosong, saya duduk sambil makan kerepek. Datang lagi kawan abah, dan borak lagi dan lagi. Sehingga hampir dua jam kami berada dalam majlis itu. 

Saya nampak memang macam reunion. Terutama kepada yang bukan pemasutautin di kampung itu. Biasanya yang join perkumpulan di situ dah tak jadi tetamu, malah mereka yang jadi kendarat, yang tolong-tolong buat kerja kat majlis tu.

Itulah kenduri sebenarnya. Itulah masa untuk berjumpa kenalan yang dah lama tak jumpa. Mereka tak buat reunion khusus nak jumpa. Tapi, mereka akan jumpa dalam majlis seperti ini, terutama majlis kenduri kawen. 

Dalam majlis ini, abah jumpa ramai jiran-jiran dia masa dia kecil dulu. Kawan sepermainan. Abah saya anak penghulu. Jadi, adik-beradik abah memang orang kenal. Sebut sahaja anak penghulu Hasrin, mereka mereka kenal walaupun seorang. 

Itu sebab saya tidak pernah menggambarkan majlis kawen saya dahulu akan menjadi majlis yang kecil. Sebab abah saya suka pergi majlis jumpa kawan-kawan. Semestinya dia nak jumpa kawan-kawan di majlis dia pula. Dan lagi, mak saya bekas guru, jadi guru-guru sekitar kawasan Muar kebanyakkannya kawan-kawan emak.

Majlis perkahwinan bukan sahaja untuk 2 orang yang digelar raja sehari itu. Kenduri kahwin adalah lebih bermakna dari itu. Dengan majlis-majlis inilah, kita akan menjadikan sesebuah komuniti itu lebih sihat dan berfungsi. Daripada satu keluarga kecil yang pergi menjemput saudara-mara dekat dan jauh, rakan-taulan sahabat handai yang dah lama tidak jumpa, sebuah komuniti yang membantu dalam banyak hal kenduri, memasak, menyediakan goodies bag, melayan tetamu, dan seterusnya memberikan impak yang besar dalam  masyarakat. 

Itu sebab saya memandang serius apabila membaca artikel sepasang kekasih yang mahukan majlis perkahwinan mereka hanya ada mereka berdua sahaja. Ini adalah tanda-tanda "kebejatan" institusi masyarakat. Pasangan ini telah hidup dalam masyarakat yang tidak berfungsi lagi. Dan komuniti mereka juga bukan komuniti yang sihat, menjadikan mereka berfikir dan mengambil keputusan begitu. Menjadikan mereka berfikir secara self-centered. Mereka tidak dapat berfikir mengapa perlu ada orang lain dalam majlis mereka. 

Saya sedar bahawa masyarakat Melayu zaman ini telah terpengaruh dengan beberapa perkara pembaziran dalam mengadakan majlis perkahwinan. Saya harap, kita dapat membuang pengaruh bermegah dan bermewah ini, dan menjadikan majlis perkahwinan sebagai satu perkara yang berfungsi dalam penyatuan masyarakat. 

Sekian. 

18 April 2015, Parit Payong, Muar. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...