Wednesday, October 22, 2008

Matlamat (kecil)

013-450****- Betapa indahnya hidup ini, salah satu matlamat dah tcapai. Ia dicapai pd mlm ni. Hangpa nak tahu apa matlamat itu?
013-374****-Apakah?
013-450****- Sy dah dapat tandatgn tun dr mahathir jam 1.35 mlm td. Betapa gembiranya. Ada beberapa tokoh sy nak dptkan lg.
013-374****- Congrats! :)
013-450****- Tq. Hidup kita mesti mencapai matlamat.


Semasa saya sdg menonton tv lewat semalam, saya mendapat SMS pertama di atas jam 12.30 malam dari abang Firdaus, bekas felo di kolej ini. Terkejut juga saya.

Kegembiraan yang terpancar dalam SMS pertama sangat jelas. Dalam fikiran saya, abg Firdaus itu kelihatan tersenyum2. Tidak mampu untuk berhenti senyum. Saya hanya fikir sama ada dia sudah lulus peperiksaan atau mendapat anak. Tekaan kedua agak mustahil kerana isterinya baru bersalin anak pertama beberapa bulan lalu. Maka?

Matlamat dia nampak seperti kecil. Mendapat tandatangan. Maka? Kemudian? Tapi, itulah tanda kita pernah bersua muka dengan orang yang kita suka. Yang kita cinta. Yang kita sanjung. Yang kita kagum.

Apakah matlamat (kecil) anda? Saya? Bergambar (sedondon) dengan NC UKM sekarang. Dia sangat chanteks, pandai dan sebagainya. Saya sangat kagum dengan dia.

Ada juga matlamat (kecil) saya yang telah tercapai. Saya ada signature bekas NC UKM, Datuk Mohd Salleh. Malah, dia yang telah menyampaikan skrol semasa konvokesyen saya sementelah Pro Canselor penat berdiri. Maka, gambar konvo saya adalah bersama dia. :) Saya juga telah bergambar dengan Dr. Harlina Harliza Siraj dan Dr. Sharifah Hayati pada tahun ini. Saya gumbira. Sungguh!

p/s: maaflah, gambar2 yang telah diambil tidak dapat dimuat naik atas sebab2 teknikal. Akan saya muat naik jika masalah selesai.


5 comments:

Anonymous said...

matlamat kecil....
ehmmm....belum terfikir..

but i do really know how's bro firdaus felt rite now..

Saya ade pengalaman begitu juga tapi..bukanlah dengan PM,TPM,NC,TNC etc...

Suatu ketika dahulu, saya sangat sOOka dengan SO7..
Dan pada suatu hari yang indah, setelah selesai menonton mini konsert mereka di Hard Rock, kami telah di jemput oleh Duta sendiri utk berehat2 sebelum pulang..Ye..dibilik kediaman mereka waktu itu di Concorde Hotel..Sebenarnye, SO7 telah pun mengenali kami sehari sebelum konsert tersebut kerana kami telah menceroboh bilik mereka di Grand Continental Hotel..Waktu tu mereka tade..sedang sakan mengambil gambar dengan barang2 pribadi mereka,tetibe je diorang pulang..

So we became friends and sll gak la men msg2 wif Dut n Anton..Tapi kami lagi baik dengan Body guard mereka..HahHahHa..

Sangat tersenyum setelah kejadian itu..

Sekarang saya sudah tidak minat dengan mereka lagi..

Kenape ntah...hhuuhuhu..

Zam's Beauty House said...

salam siti...

siti ni pelajar atau pekerja di UKM..ambil dalam bidang apa..sebab intro siti suka tentang kromosom...

saya dari Institut Perubatan Molekul UKM (UMBI)...

SITI said...

74459: Kamu, janganlah tak suka sebab kenegaraan. Kan lagu2 mereka best2. Huhu.

zamzureena: saya pelajar master di UKM. Kajian saya tentang kromosom manusia. Tapi, saya perlu buat kerja makmal di makmal genetik LPPKN, Kuala Lumpur. Saya juga jadi felo penghuni di UKM ini. :)

Marliza Radzi said...

matlamat kecil hari ini mahu berbuka puasa makanan yang enak.

juga mahu pulang bertemu ibubapa hujung minggu ini.

SITI said...

kak Yanti: pastinya akan tercapai semua matlamat itu. Ameen :)

Saya juga akan bertemu ibubapa hujung minggu ini. Mereka akan ke KL. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...