Wednesday, August 27, 2008

Anwar

Akhirnya, Anwar Ibrahim menang dan bergelar ahli Parlimen Malaysia.

Saya telah dibesarkan dalam keluarga yang memang sangat dekat dengan politik Malaysia ini. Dan, saya telah dibesarkan dalam family Kerajaan. Maka, kami tidak akan cenderung untuk menentang kerajaan. Agak sukar.

Namun, sekarang, politik Malaysia sudah masuk fasa yang lain. Atmosphere sangat lain. Sangat pelik, then.

Kita semua tahu, ura2 16 Sept ini. Apa yang sedang diusahakan oleh orang yang bernama Anwar Ibrahim ini. Ada yang takut. Ada yang tidak sabar menunggu apa yang belaku. Tidak kurang juga yang tidak ambil peduli. Yang penting hidup mesti diteruskan.

Ya, hidup memang perlu diteruskan. Walau hidup itu susah, walau hidup itu senang. Tapi, pimpinan negara sedikit sebanyak memberi impak kepada satu2 kehidupan manusia. Bukannyer kita tidak pernah mendengar PATI2 yang dtg ke negara kita, esp dari Indonesia, memuji2 negara kita sbg negara yang cukup bertuah. Negara yang kaya, negara yang maju. Politik yang stabil merupakan antara faktor yang penting dalam pujian itu.

Apa yang saya ingin katakan di sini ialah, walau apa pun yang terjadi, walau siapa pun yang memerintah, silalah berlaku baik, silalah berbuat baik, silalah menjadi baik.

Cerita2 yang saya dengar, baca dan lihat adalah semakin lama semakin kurang enak. Walau cerita Pak Lah, walau cerita Najib, walau cerita Anwar. Bagi melihat sesuatu dengan positif, saya hanya memujuk hati, bahawa semua yang berlaku itu, ada hikmahnya. Harap2, yang baik2 sahaja akan berlaku nanti.

Semalam, dalam suratkhabar utusan, saya terbaca satu petikan ucapan Tunku Abdul Rahman, semasa kemerdekaan."Bahawa rakyat malaysia yang berbilang kaum ini perlu bersatu-padu dan bertolak ansur untuk mencapai kemerdekaan. Bahawa negara Malaysia ini adalah negara yang unik, yang tiada negara lain di dunia ini yang seumpama dengannya". Semakin menjadi dewasa ini, semakin saya sedar, betapa perpaduan itu sangat bernilai, antara aset yang berharga kepada negara ini.

Semuga yang baik2 sahaja akan berlaku kepada negara ini. AMEEN.

Monday, August 25, 2008

Rakyat

People, please help me for this one stupid question. saya telah menyenaraikan panggilan untuk rakyat negeri2 di malaysia dalam English dan saya telah gagal untuk 2 negeri. Sila betulkan jika ada antara senarai saya ini yang salah, termasuk kesalahan ejaan.

perlisian
kedahan
penangite
perakian
selangorean
negeri sembilanese
malaccan
johorean
kelantanese
sabahan
sarawakian

what do we call "rakyat terengganu" and "rakyat pahang"?

TQ.

*edited on September 18, 2008; the answers are "terengganuan" and "pahangite".

Friday, August 22, 2008

Chong Wei


Saya rasa saya tidaklah terlalu lewat untuk menulis tentang pemain badminton negara yang seorang ini.

Saya memang menonton perlawanan akhirnya menentang Lin Dan dalam usaha mendapatkan pingat olimpik. Begitu penat menunggu, kerana diberitahu dia akan bermain seawal 6.30. Namun, saya hanya turun jam 7, sementelah sedang melakukan kerja di bilik. Saya turun ke opis menonton bersama teman2. Tetapi, masing2 hampa, malah ada yang terlalu hampa. "Sudahlah Chong Wei, harapan palsu". Ahaha...

Namun, saya tidak menyalahkan Chong Wei. Lin Dan memang pilihan utama kejohanan. Lin Dan sedang bermain di negara sendiri. Negara dia sedang menjadi tuan rumah Olimpik. Maka, itu sebab Lin Dan punya kekuatan luar biasa. Disebabkan semangat luar biasa itu, ternampaklah Chong Wei itu seperti sangat kalah. Ya, kekalahan itu nampak terlalu mudah. Namun, saya yakin, ia hanyalah gara2 semangat Lin Dan yang sangat luar biasa itu. Cuba bayangkan kalu Lin Dan kalah. Sangatlah memalukan dia. SANGAT! Jika Lin Dan pilihan kedua kejohanan pun, dia pasti boleh menang kerana semangat luar biasa dia itu.

Dan, memenangi pingat Perak sukan Olimpik bukanlah terlalu menyedihkan. Kita berasa terlalu sedih kerana mungkin kita terlalu berharap. Dan mungkin, Lin Dan menang dan menunjukkan muka sedikit riak. Maka, kita jadi marah. Huhu.

Tahniah, Chong Wei, atas segala ganjaran. Kami memang nampak telah pernah bekerja keras. Owh, tahniah juga atas gelaran Datuk itu. Tahniah.

...

.

Friday, August 15, 2008

Pankreas Amiran



Saya mohon maaf. Saya tidak dapat mengelak untuk menulis tentang perkara ini. Saya mohon maaf.

Saya tahu, kematian seseorang itu tidak diketahui. Tapi, mungkin kita boleh mengurangkan risiko untuk mendapat penyakit. Maka, kita boleh mengurangkan risiko untuk mati akibat penyakit. Sekurang2nya kita berusaha.

Saya tahu saya bukannya mengamalkan gaya hidup yang sangat optimum. Saya malas2 untuk bersukan. Tapi, saya agak menjaga makanan saya. Tidak terlalu manis. Tidak terlalu masin. Tidak juga terlalu masam. Dalam Islam, kesederhanaan sangatlah dititiberatkan.

Amiran, kawan saya itu, punya addicted terhadap minuman bertin. Dia boleh minum banyak tin dalam satu hari, berhari-hari. Seperti semua orang sedia maklum, kandungan gula minuman bertin sangat tinggi. Saya dan rakan2 banyak kali sudah berkata2 nasihat kepada dia. Tetapi, pada satu hari, dia sudah mula memarahi. Katanya, "Mati, bila2 pun boleh". Maka, maksudnya, Amiran sudah marah kepada orang2 yang menasihatinya.

Sesungguhnya, Amiran, kami memberi nasihat kerana, sesungguhnya, kami sayangkan kamu. Kamu sangat perlu tahu itu.

Maka, Amiran, di sini, kata2 nasihat akan dikeluarkan buat kesekian kalinya.

Saya tahu, jika kita sudah addicted mengenai atau ttg sesuatu, sangat sukar untuk lari dari habit itu. Namun, mesti ada cara untuk mengatasinya. Bukanlah saya melarang sama sekali Amiran meminum minuman dalam tin itu, hanya perlu dikurangkan sahaja.

Kasihanilah pankreas kamu. Bayangkanlah betapa teruknya organ kecil kamu itu bekerja merembeskan insulin. Sehingga pada satu tahap, ia tidak dapat merembeskan insulin lagi, maka di saat itu, kesedaran kamu telah terlambat.

Maka, pada saat kamu sedang mengumpul syiling untuk membeli minuman di "push-push machine" itu, bayangkanlah pankreas kamu, dan kasihanilah ia.

Sekian.

Thursday, August 14, 2008

Corat-coret


1. Ya, saya perlu meminta maaf kerana tidak menulis untuk satu jangka masa yang agak lama. Saya terlalu khusyuk menonton Grey's Anatomy. Terima kasih kepada Mike yang telah memuat turun all the 4 season utk saya. Saya tidak perlukan cerita lain lagi. Tgk citer GA ni, ulang2 pun takpe. Huhu. Saya dah tammat tgk season 4. Malah, saya telah nonton episod akhir itu sebanyak 2 kali. Sangat menakutkan melihat budak yang kene simen tu. Sangat. Owh. Dan, saya juga telah tidak sabar2 untuk menunggu season baru citer ini. Owh, Mike, silalah berlaku baik pada saya lagi, pada satu hari yang lain, setelah musim baru itu telah ada, maka, muat turunlah lagi utk saya. Owh.

2. Saya telah menonton majlis pembukaan olimpik Beijing itu. Awesome, kan? Sangat hebat. China telah menjadikan saya bangga menjadi rakyat asia. Hehe. Tapi, nampak mcm sgt show off bila mana sgt banyak bunga api. Tahulah kamu mmg pembuat bunga api, wahai negeri China. Heh. Perkara yang saya tidak gemar ttg malam itu ialah baju kontijen Malaysia. Warna oren itu nampak tidak chanteks Dan tidak melambangkan apa2 pun. Tiada nampak semangat Harimau Malaya itu. Tiada. Hurm...

3. Saya nak tulis jugak walaupun ini cerita sudah agak beberapa hari. Pada satu hari, Buletin Utama "berkata", Pak Lah marah kat Anwar sbb dia kata Anwarlah sebab berlakunya kemeruduman ekonomi Malaysia. Haha. Kelakar, kan? Dah yang tak pandai ekonomi, pastu nak salahkan orang lain pulaks. Heh. Nampak lagi tak pandai bila dia berkata2 begitu.

4. Dan, sekarang, masalah UITM. Obviously, ada semacam orang yang menyuruh2 untuk berpiket itu. Kalulah NC mereka tidak gemar pelajar berpiket, takkan jadiyer. Mengapa saja pihak pentadbiran boleh membenarkan mereka begitu. Erm, saya tahu saya orang melayu. Saya bukannyer tak sayangkan bangsa. Tapi, bila kita buat begitu, nampak sangat kita takut. Nampak sangat kita tak kuat. Bukannyer nak buat meritokrasi utk uitm. Buat kouta lagi, 10% je pun.

5. Saya sebenarnya tidak mahu bercakap sangat banyak ttg melayu itu. Kerana mmg isu ini sensitif. Tapi, bagi saya, sebagai orang melayu, satu persoalan yang timbul ialah, sampai bila kita nak hidup dalam ketakutan begini. Kita perlu menghadapainya. Kita perlu berusaha dengan bersungguh2 untuk bersedia. Dan kita tak kan tahu bila kita sudah cukup bersedia untuk menjadi sangat terbuka kepada kaum lain itu. Kita sangat takut kerana kita tidak kuat. Jika kita kuat, kita tak kan keysah pun untuk membuat meritokrasi, kerana, kaum kita akan dapat menjadi dominan juga di universiti itu. Maka sekarang ini, kita hanya perlu membina kekuatan. Hidup dalam subsidi ini hanya membuatkan kita terus lemah. Kita mungkin akan ketinggalan dalam beberapa tahun. Tapi, jika kita benar2 bangsa yang kuat, kita akan berjaya bangkit satu hari nanti. Seperti Jepun yang pernah kalah dan gagal selepas dibom dengan bom atom itu. I've read somewhere, citer benar ttg seorang rakyat Malaysia yang berada di sana semasa pengeboman itu. Kawannya orang Jepun telah berkata kepada dia, "Kau pulanglah dulu ke Malaya. 10 tahun lagi kau datanglah semula ke Jepun. Semasa itu, aku yakin bangsa ku sudah lebih maju daripada Amerika". Dan, ia sangat benar. Jepun telah dapat bangkit dengan cepat, dan telah dapat bersaing dengan Amerika.

5. Mungkin saya salah. Tapi, mungkin saya juga benar. Saya pernah berkata kepada kawan saya, kita perlu jatuh untuk kita bangun. Tapi kita perlu tahu bagaimana untuk bangun dengan cepat dan menjadi sangat stabil selepas itu. Saya rasa agak penat melihat orang melayu yang nampak terlalu takut dan memperjuangkan hak orang melayu dengan begitu taksub. Mungkin saya silap. Tapi, tak semestinya mereka benar.

6. Pak Ngah saya dalam siri jelajahnya memberi penerangan selepas prestasi teruk BN telah menjelaskan beberapa perkara. Bahawa kekalahan itu bukanlah disebabkan oleh orang melayu. Berapa banyak sangatlah orang melayu yang telah memangkah pembangkang. Dan, Johor telah mencatat undi rosak tertinggi kerana orang melayu Johor sangat tidak sanggup untuk mengkhianati perjuangan UMNO, tapi tidaklah juga sanggup mengundi pembangkang Yang telah membuat prestasi teruk ini adalah kaum cha ya nun alif itu. Malah, telah diberitakan, mereka tidak keluar rumah 2 hari, takut2 orang melayu keluar memberontak. Memang analisis telah menunujukkkan bahawa, jika majoriti pengundi kawasan itu adalah kaum cha ya nun alif itu, maka, memang calon BN telah kalah. Saya sangat yakin kebenarannya. Tapi, analisis ini tidak boleh sangat ditunjukkan kerana keputusannya memang sangat berbaur perkauman. Dan sekali lagi kita sangat merasakan ketakutan itu. Sangat. Tapi, sampai bila? Kita tidak boleh ingin mempertahankan lagi. Kita mesti belajar bersedia dan membina kekuatan.

7. Hari ini, saya telah diserang satu masalah, "cold bone". Walaupun ia bukanlah satu perkara yang luar biasa bagi saya, tapi kali ini ia telah menyebabkan tumit saya sakit. Saya tidak pernah diserang di tumit sebegitu. Ia terlalu aching dan lenguh. Saya telah bercerita kepada En. Kid dan En. Anif. En. Anif suruh saya pergi bermain ragbi. Apakah? Saya sungguh penin dengan suggestion itu. Heh!

8. Tahniah kepada rakan2 yang telah selamat berkonvokesyen. En Anif= Sarjana Ekonomi. En. Amiran= Sarjana Sains. En. Mike=Sarjanamuda Teknologi Maklumat. Cik Azizah= Sarjanamuda Sastera. Dan juga adek saya= Sarjanamuda Sains (Sains Bahan). Doakan saya dapat konvo pada sesi depan. Ameen. Buat En. Eff, saya maafkan kamu. :)

9. Semua perkara di atas adalah pandangan peribadi yang tidak ada kena mengena dengan sesiapa pun. Sekian.

Thursday, August 07, 2008

60 hari

7 Ogos 2008 bersamaan 5 Syaaban 1429, Khamis...

Akhirnya, hari itu telah tiba...

Akhirnya, telah tammat saya membayar nazar berpuasa selama 60 hari...

Saya sepatutnya gembira, atau sangat gembira...

Tapi, saya menghabiskan hari terakhir ini dengan penuh debaran...

Mengalahkan perasaan berdebar masa kira countdown nak exam dulu...

Huhu...

Kepada awak,

Yang mungkin tidak akan membaca...

atau lewat membaca post ini... (jika awak membaca, janganlah marah2)

Saya kira langsai sudah hutang antara kita...

Saya sudah mendapat kembali selimut kesayangan saya...

Dan saya juga telah tammat berpuasa nazar yang jelasnya ada kaitan secara lansung dengan awak...

Maka, bolehlah saya menulis cerita antara kita sebagai...

-THE END-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...