Sunday, June 26, 2011

Tentang Viva Sarjana

Saat ini saya sedang menyiapkan pembetulan tesis Sarjana. Sudah kekeringan idea mahu tulis apa lagi. Saya rasa sudah cukup banyak saya tulis pada masa lalu.

Viva yang diadakan Isnin lepas sepatutnya menjadi hari yang sangat gerun bagi saya. Tapi, saya sudah berkira-kira, semua yang masuk itu adalah soft-spoken semuanya. Ya, profesor-profesor yang menjadi penyelia dan pemeriksa tesis saya adalah yang baik-baik sahaja. Tiada yang garang-garang. Jadi, bagi saya, jika pun mereka mahu garang-garang, mereka tetap akan berhemah.

Saya siapkan slaid pada akhir-akhir waktu. Sampai di bilik pembentangan agak awal. Tetapi, ada rajah yang tidak keluar. Walaupun agak kalut, saya berjaya edit slaid saya sekali lagi. Takut juga masa itu. Sudahlah tidak sempat tunjukkan kepada penyelia-penyelia saya yang chantek itu. Naseb badanlah dapat penyelia yang lemah-lembut dalam ketegasan. Haha.

Prof. Mahani memang suruh bersedia beberapa soalan yang mungkin akan ditanya. Saya juga buat begitu semasa undergraduate dulu, dan ada beberapa soalan keluar ketika itu. Tapi, untuk sarjana ini, saya tidak sempat, malah ketandusan idea untuk menjangkakan soalan daripada pemeriksa.

Apabila soalan pertama ditanya, saya sangat musykil dan berkerut dahi. Pemeriksa luar yang kacak itu sungguhlah panjang kata-kata pembukaannya. Dan, akhirnya saya hanya gelak-gelak kecil sahaja. Haha. Dia sangat bertanya kenapa banyak ayat-ayat saya tiada "scientific-based". Haha. Apakah? Dia siap tulis lagi pada perenggan akhir tesis saya, "This thesis is about science, not about national policy".

Saya tidak sempat mahu jawab semasa itu. Jadi di sini, saya mahu jawab. 

Kepada Prof. yang kacak lagi dihormati, saya minta maaf jika tersalah tulis. Sememangnya saya telah menulis thesis ini dari hati saya, maka ia telah nampak seperti tesis kemasayarakatan. Bagaimana saya boleh tidak menulis sebegitu. Tesis ini penuh dengan pertolongan ramai pihak.Terlalu ramai. Lihat sahaja muka surat Penghargaan saya itu. Seluruh pihak telah memberikan pertolongan kepada saya. Itu sebab tesis ini sudah seperti kurang nilai saintifiknya. Saya mohon maaf jika ia telah menjadikan Prof. gusar. Terima kasih kerana telah meluluskan saya.

Akhirnya, hari yang sepatutnya saya gerun, telah menjadikan saya gelak-gelak kecil dan tersenyum sampai telinga hingga waktu malam. Esoknya juga masih senyum-senyum membaca komen dan sokongan daripada rakan-rakan di Facebook. 

Prof. yang kacak itu telah tidak garang selepas saya diumumkan lulus viva itu. Malah, kesemua pun memuji-muji saya. Haha. Rasa kelakar sebab hanya saya saja yang tahu tahap kerajinan saya. Mereka puji salah satu sebabnya ialah tidak ramai yang gigih mahu mencerap kromosom, dalam bilik gelap lagi tu! Dan, Prof. yang kacak mahu tawarkan saya projek untuk Doktor Falsafah! Perlu saya istikharah dulu, ya Prof. :)

Mendapat ucapan tahniah daripada professor-professor adalah sangat menyamankan hati di kala bos sedang memandang hina kepada kita.

Saya perlu betulkan tesis ini secepat mungkin supaya saya dapat konvo bulan sembilan nanti. Sambutan pre-convo juga telah dijalankan, maka wajiblah saya konvo tahun ini. Sila baca di sini dan sini tentang sambutan itu.

Ingat, ya bulan sembilan. Sediakan hadiah untuk konvo saya. Eh, ada tak saya beritahu yang hari jadi saya juga bulan sembilan? ;p



Monday, June 20, 2011

Penghargaan


Syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin-Nya dapatlah saya menyiapkan kajian ini. Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga kepada semua pihak yang telah membantu saya dalam menyiapkan kajian ini.

Penghargaan dan terima kasih buat kedua-dua penyelia saya iaitu Prof. Dato’ Dr. Mahani Mansor Clyde dan Dr. Siti Norlasiah Ismail atas bimbingan dan nasihat yang telah diberikan. Juga kepada pensyarah-pensyarah yang lain yang telah mengajar saya subjek-subjek Kaedah Penyelidikan, Bioinformatik, Biologi Sel Kanser dan Interaksi Ubat-ubatan.  

Penghargaan dan terima kasih buat En. Abdul Wahaf Abdul Wahid, Cik Noor Azreena Aziz, Puan Noriha Barawi dan Encik Abu Bakar Ardi di Makmal Genetik Reproduktif, BRM, LPPKN yang telah bersama-sama saya sepanjang kerja makmal dilakukan. Juga kepada Dr. Roziana Ariffin, Dr. Shanti Balasubramaniam dari Hospital Kuala Lumpur dan kaum keluarga pesakit atas kerjasama yang telah diberikan dalam melengkapkan kajian ini.

Penghargaan dan terima kasih buat kaum keluarga saya. Kepada kedua ibu bapa dan adik-adik saya yang telah banyak bersabar sepanjang kajian ini dijalankan. Terima kasih khas ditujukan kepada Pak Ngah sekeluarga, Pak Itam sekeluarga, Pak Usu sekeluarga dan Abang Hafiz sekeluarga atas pertolongan yang tidak berbelah-bahagi kepada saya untuk menyiapkan kajian ini.

Penghargaan buat rakan-rakan yang saya temui sepanjang perjalanan untuk kajian ini. Rakan-rakan yang saya temui dalam bas dan komuter. Rakan-rakan di Kolej Aminuddin Baki, Kolej Tun Syed Nasir, Plaza RAH, LPPKN dan juga rakan-rakan di kelas-kelas yang saya hadiri di FST.

Penghargaan dan terima kasih buat seluruh orang-perseorangan yang telah saya kenali dalam perjalanan selama kajian ini dijalankan. Kakitangan di Universiti Kebangsaan Malaysia terutamanya di FST, PPS, Kolej Aminuddin Baki, Kolej Tun Syed Nasir, PTSL, PATMA, PPU, PPPUKM, dan PDAL. Warga kerja di LPPKN terutamanya di unit makmal, unit klinik dan unit pentadbiran BRM, perpustakaan LPPKN, Bahagian Teknologi Maklumat dan Bahagian Keselamatan. Tidak dilupakan, pihak HKL, DNA Laboratories Sdn. Bhd., Hi-Tech Instruments Sdn. Bhd. dan Bio-Diagnostics Sdn. Bhd.

Kesediaan semua pihak dalam membantu saya secara langsung mahu pun tidak langsung dalam proses saya menyiapkan kerja makmal ini amat saya hargai. Hanya Tuhan yang dapat membalas budi kalian. Semoga Tuhan sentiasa memberkati dan merahmati kamu semua.


Saya telah berjaya membentangkan kajian saya petang tadi. Juga telah dianugerahkan Ijazah Sarjana Sains (Genetik) dengan pembetulan. :) Terlalu gembira. Bukan kerana memiliki Sarjana. Tetapi, kerana perjalanan yang panjang ini, tammat jua akhirnya. Apa lagi yang boleh saya katakan lagi selain terima kasih. Ya, ribu-ribu terima kasih. 

Saturday, June 11, 2011

10062011

Mahu juga tulis dua perkara ini. Sebenarnya mahu tulis malam tadi. Mahu tulis panjang-panjang. Tapi, letih benar. Jadi, tulis pendek sahaja. Janji tulis.

Satu: Saya ini sedang masih ada sindrom malas-malas. Perlu rajin-rajin. Perlu. Lebih-lebih lagi dengan perkara yang telah berlaku di makmal semalam. Kalau enchek majikan besar (yang kecil) itu tahu, habislah cik Siti. Maka, di sini, mahu beritahu, saya akan letak gambar serakan metafasa saya setiap hari. Jadi, saya perlu mencera setiap hari. Saya akan letak gambar terbaik saya setiap hari. Ya, gigih! Saya akan letak sehingga satu masa, iaitu sehingga majikan yang tiga itu "setuju" akan satu perkara itu. Doakan kejayaan saya.

Serakan terbaik 10062011

Dua: Tiba-tiba mahu letak lagu Never Say Never ini. Haha. Bukanlah bermaksud saya sekarang sudah jadi Belieber. Haha. Tapi, rasa macam mahu dedikasikan lagu ini kepada enchek majikan yang seorang itu. Ya, sekian. Tidak tahu lagi bagaimana mahu elaborate. Enjoy the song! Owh, dedikasi juga buat Ms. Tan YR. Dia juga seperti suka lagu ini, walaupun bukan Belieber. :)




See I never thought that I could walk through fire. 
I never thought that I could take the burn. 
I never had the strength to take it higher, 
Until I reached the point of no return. 
And there's just no turning back,
When your hearts under attack,
Gonna give everything I have,
It's my destiny. 
I will never say never! (I will fight) 
I will fight till forever! (make it right) 
Whenever you knock me down, 
I will not stay on the ground.
Pick it up,Pick it up,Pick it up, Pick it up up up,
And never say never. 
I never thought that I could feel this power. 
I never thought that I could feel this free. 
I'm strong enough to climb the highest tower. 
And I'm fast enough to run across the sea. 
And there's just no turning back, 
When your hearts under attack, 
Gonna give everything I have, 
Cause this is my destiny. 
I will never say never! (I will fight)
 I will fight till forever! (make it right) 
Whenever you knock me down,
 I will not stay on the ground. 
Pick it up,Pick it up,Pick it up,Pick it up, up, up, 
And never say never. 
Here we go!
Guess who?
JSmith and JB!
I gotcha lil bro.
I can handle him.
Hold up, aight?
I can handle him.
Now he's bigger than me,
Taller than me.
And he's older than me,
And stronger than me.
And his arms a little bit longer than me.
But he ain't on a JB song with me!
I be trying a chill,
They be trying to side with the thrill.
No pun intended, was raised by the power of Will.
Like Luke with the force, when push comes to shove.
Like Cobe with the 4th, ice water with blood.
I gotta be the best, and yes
We're the flyest.
Like David and Goliath, I conquered the giant.
So now I got the world in my hand, I was born from two stars
So the moon's where I land. 
I will never say never! (I will fight)
 I will fight till forever! (make it right) 
Whenever you knock me down, 
I will not stay on the ground.
Pick it up, Pick it up, Pick it up, Pick it up, up, up,
And never say never.
I will never say never! (I will fight)
I will fight till forever! (make it right)
Whenever you knock me down,
I will not stay on the ground.
Pick it up, Pick it up, Pick it up, Pick it up, up, up,
And never say never.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...