Monday, August 30, 2010

Merdeka 2010

Terasa macam nak tulis tentang merdeka.

Semalam TV2 tayangkan filem Hati Malaya:1957. Dan, sekali lagi saya nangis. Haha. Part bila all the women bukak gelang masing2 to give to Tunku nak pergi London. Sedih betul.

Sebenarnya, saya pernah mengikuti satu slot bersama pengarah filem ini, Shuhaimie Baba berdiskusi tentang filem ini. Lepas dia terangkan, our NC cakap, bayangkan pengorbanan yang teah dilakukan oleh perempuan2 itu. Bagaimana seorang perempuan sanggup nak serahkan barang kemas mereka. Bukankah all the jeweleries are our best friends? Huhu. BTW, diskusi itu menceritakan peranan wanita dalam kemerdekaan.

Saya rasa filem ini dan novel Interlok oleh Abdullah Hussein adalah antara karya yang boleh mengingatkan kita atau memberitahu kita bagaimanakah merdeka kita ini. Bagaimana mulanya perpaduan kita antara kaum2. Bagaimana mashyurnya bumi Malaya ini sejak dulu. Dari zaman dahulu sehingga kini, negara kita ini mashyur sebagai bumi penuh rezeki. Bolehkah kita mengira orang yang mendatang sejak dulu hingga kini?

Sebentar tadi juga, ditunjukkan sedang ada satu majlis kesyukuran sempena merdeka yang disambut dalam bulan Ramadan ini. Ya, bersyukur untuk keamanan itu perlu. Bila bercakap tentang perkara ini, saya teringat wawancara dengan Tun M sewaktu dia mahu bersara dulu. Ditanya apakah yang dia paling berterima kasih kepada rakyat negara ini. Jawabnya, terima kasih kerana dapat mengekalkan keharmonian dalam berbilang agama dan kaum ini. Terkejut benar saya mendengar jawapan itu. Sekarang, barulah saya tahu apa maksud Tun M itu. Sememangnya, kita tidak boleh menerima mana-mana pihak yang sengaja mencetuskan sentimen perkauman dan agama di negara ini. Walaupun ada sedikit spark yang wujud, ia boleh mencetuskan huru hara yang sangatlah huru hara. Huh!

Silalah tonton dan baca dua karya ini, Hati Malaya:1957 dan Interlok, sempena menyambut merdeka esok.

Sekian. Selamat menjana transformasi. ;p

Saturday, August 28, 2010

Buka Puasa dan Solat Maghrib

Alhamdulillah, sudah hampir 20 hari kita berpuasa untuk tahun ini. Saya sudah dua kali berbuka puasa percuma. Pertama, anjuran MTDC di UPM. Dan yang kedua, anjuran company saya, makan di Puri Pujangga. Kedua2nya, buffet dengan makanan yang banyak. Ya, kebiasaan jika kita katakan hidangan buffet.

Namun, saya menemui satu perkara yang agak menyedihkan. Dalam buka puasa percuma saya yang pertama, majlis dijalankan termasuk tazkirah, buka puasa, solat Maghrib, makan malam, solat Isyak dan terawih. Hadirin diberikan goodies bag berisi kurma, sepotong kek, air kotak dan air mineral kecil, supaya dapat berpuasa dalam surau, sejurus sebelum solat Maghrib. Orang kata, buka ringan2 dulu. Seusai solat, barulah kami makan beramai2 lauk-pauk beserta kambing panggang beramai2. Tetapi, saya dan Ros terkejut apabila ada hadirin yang tidak bersama2 kami mengerjakan solat maghrib pun. Datang hanya makan free. Dan, sebelum jam 8.30 cepat2 beransur pulang. Apakah? Like, SERIOUSLY?

Kepelikan diteruskan dengan hadirin yang menyertai solat Isyak dan tarawih. Walaupun bermula lewat, namun ia tetap dilaksanakan. Yang sedihnya, jika maghrib bolah dapat penuh 7 saf, solat Isyak hanya ada dua saf. Itu pun saf kedua tidak penuh. Sekali lagi saya muskil. Mengapakah kita boleh makan secara berjemaah, tetapi tidak boleh solat secara berjemaah selepas itu. Bukankah cara untuk kita bersyukur atas nikmat makanan percuma tadi, boleh kita lakukan dengan bersolat jemaah?

Saya menulis ini juga untuk mengingatkan diri saya yang kadangkala lupa. Lupa itu memang fitrah manusia. Itu sebab kita perlu berkawan dengan orang2 yang baik kerana mereka akan mengingatkan kita kepada jalan kebaikan. Saya pun bukanlah orang yang selalu berbuka dengan kurma dan solat maghrib dulu. Di rumah, seorang diri mahupun dengan keluarga, saya akan makan dulu dan solat kemudian. Tapi, jika ada jemputan makan buffet, saya rasa, solat maghrib dahulu akan memberikan kita ketenangan untuk makan bersama rakan2. Makanan buffet tidak pernah tidak cukup. Semalam, semasa makan bersama rakan2 opis, saya dan Ros terkejut juga apabila kami datang dan ayam goreng habis. Haha. Tapi, dengan sekelip mata sahaja, petugas restoran menambah ayam goreng itu. Ya, kami makan dengan riang kerana sudah selesai tanggungjawab dengan Tuhan, maka sekarang kami jalankan tugas dengan insan pula, iaitu berbaik2 sesama manusia.

Sering saya ingatkan dalam diri tentang kata2 yang pernah saya dengar. Kita perlu mengingatkan diri bahawa bulan Ramadan ini bukanlah bulan pesta makanan, ia adalah bulan untuk beribadah. Walaupun promosi yang sangat hebat dijalankan untuk buffet Ramadan dan bazar yang sangat banyak dimana-mana, kita tidak boleh menafikan bahawa kemampuan kita untuk makan ada limitnya.

Saya akhri entri ini dengan rakaman wawancara "Sains dan Solat" di bawah. Walaupun ia rakaman yang sudah lama, namun, baru saya dapat nontonnya pagi tadi. Semoga ia dapat membantu kita dalam menjawab mengapa kadangkala kita akan menjumpai orang yang dalam hidupnya suka marah2 dan gagal mengawal emosi.





Saya agak musykil, mengapa buku2 hasil kajian ini tidak dijual secara menyeluruh di seluruh negara, hanya terdapat di jabatan tersebut. Ada jual tak di kedai buku UM? Anyway, selamat menonton. Selamat menjalani 10 hari terakhir Ramadan. Selamat mengejar malam seribu bulan itu. Sekian.

Friday, August 20, 2010

19082010

Mahu menulis sedikit tentang semalam.

Saya bersahur sambil menatap laptop. Membaca email Yahoo membuatkan saya seperti mahu menjerit kegembiraan. Berita yang dinanti akhirnya telah dipost oleh abang saudara saya. InsyaAllah, kami sekeluarga akan ke Johor Bahru pada 4 dan 5 Sept ini. Semoga majlis kami ini akan berjalan lancar.

Saya benar-benar tersenyum gembira. Tiba-tiba, terdetik di hati saya, hari baru ingin bermula. Tidak semestinya segala-galanya akan gembira. Bak akata orang lama-lama "jangan gembira-gembira sangat, nanti menangis".

Ternyata sangkaan saya ada benarnya.

Sampai di makmal, makmal saya banjir. Bertungkus-lumus saya dan rakan-rakan membersihkannya, supaya kerja harian kami tidak terjejas.

Penat mengemas, saya dikhabarkan satu berita buruk lagi. Saya telah dikesan membuat kesilapan dalam kerja rutin saya. Rasa mahu nangis depan bos. Saya telah tersilap menginterpretasi tulisan doktor/nurse dalam borang. Maklumlah, mereka sibuk. Ada orang yang tidak sibuk pun, tulisan huru hara. Tapi, saya tidak salahkan siapa-siapa. Memang silap saya, tidak mahu bertanya. Kalupun saya dipecat, saya terima, kerana saya yang bersalah.

Saya juga mengantuk sungguh semalam. Mahu sign report pun, saya boleh terlelap. Rehat zohor, saya boleh tidur dengan lenanya. Saya berdoa semuga tiada lagi berita buruk buat saya.

Petang, saya perlu ke bazar ramadan untuk membeli juadah lantaran tiada apa-apa di rumah. Malas benar mahu fikir nak beli apa. Saya ke tempat biasa, seksyen 16 BBB. Tiba-tiba rasa mahu kuih akok. Tiba-tiba nampak roti jala seperti nampak jala emas. Gosh! I'm craving for all these sweet desert from Pantai Timur, which is I know tiada kat bazar ini. Maka, saya jadi rindu bazar ramadan kampung baru. Kat sana, ada satu stall yang jual semua kuih-muih dari pantai timur, dan saya beli hari-hari. Haha.

Hari ini, Jumaat, insyaAllah, saya akan makan free.

Selamat meneruskan ibadah di bulan yang penuh berkat ini. Sekian. :)

*penat saya tulis, tiba-tiba hilang separuh. Urgh! Ayat dah jadi tak best, sebab nak cepat.

Saturday, August 14, 2010

Pertama di Ramadan Ini

Sudah masuk hari kelima kita berpuasa untuk tahun 1431 ini. Belum lewat lagi sekiranya saya ingin mengucapkan selamat beribadah dalam bulan Ramadan ini. 

Saya telah melalui beberapa perkara pertama sejak menyambut Ramadan kali ini.

Ini adalah Ramadan pertama saya sebagai seorang yang sudah bekerja. Ya, Pegawai Makmal. :p

Saya mulakan Ramadan tahun ini dengan solat Terawih di masjid Seksyen 9, Bandar Baru Bangi. Pertama kali terawih di masjid ini, namun bukan pertama kali ke masjid ini. Saya pernah menyambut awal muharram, membaca doa akhir dan awal tahun di masjid ini beberapa tahun yang lalu. Malam itu,  saya tiba lewat, susah benar mencari parking. Masjid sudah penuh. Mujurlah ada ruang atas untuk muslimat. 

Keesokkan harinya, saya diserang demam, sakit tekak dan selsema, iaitu pada hari pertama Ramadan. Ini kali pertama Ramadan saya diuji dengan masalah kesihatan. Sehingga hari ini saya belum benar-benar pulih. Hidung saya rasa tersumbat lagi. Semoga sakit ini dapat mencuci dosa.

Juga, pada ramadan kali ini, pertama kali saya telah dapat melihat janin bayi berusia 3 bulan. Kami terima sampel pada ramadan kedua yang lalu. Sedang sibuk berita tentang pembuangan bayi dan janin, tiba-tiba, saya dapat melihat sendiri "manusia kecil" ini. Ia terlalu kecil, lebih kecil dari tapak tangan saya,  tapi cukup sifatnya. Jangan salah sangka pula, sampel yang kami terima ini ada cacatnya, dan kami di pihak makmal kurang mengetahui ceritanya. Yang kami tahu, kami perlu menyiasat apakah punca kecacatannya, supaya ia dapat dielakkan daripada berlaku pada progeni akan datang.

Semoga kita sentiasa diberi kesempatan oleh Allah untuk memperbanyakkan ibadat pada bulan Ramadan ini.

Sekian. :) 

Sunday, August 01, 2010

Pindah

InsyaAllah, esok saya akan berpindah. Ini bermakna saya akan meninggalkan KLCC, Genting yang bersinar2 setiap malam, dan HKL yang ada di depan mata ini. Dan, The Mines terbentang luas untuk saya di tempat baru nanti.

Saya juga telah berjaya memberikan buah tangan kepada ustaz yang ajar saya berzanji di mesjid Kg. Baru. Ustaz saket sebenarnya dan ditahan di wad KBMC. Saya hanya sampaikan kepada anaknya. Sayu benar hati saya untuk meninggalkan kawasan ini terutama masjid itu. Saya akan solat Terawih di masjid lain tahun ini. Tadi, saya telah dapat solat Maghrib dan Isya' di sana. Terima kasih kepada Fairuz yg sudi temankan saya. Terima kasih juga kepada makcik2 yang ada tadi. Gonna miss all of them. Owh!

Doakan perpindahan saya esok berjalan lancar.

Btw, saya mahu cari seorang rakan serumah. Emak saya sangatlah garang, tidak bagi saya duduk sorang2. Just be a good girl, maka, sudah boleh jadi housemate saya.

Ramadhan yang hampir tiba ini telah membuat hati saya benar2 sayu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...