Thursday, July 31, 2008

Aiskrim

Pada satu hari di bulan Julai ini, telah ada satu orang pegawai sains, dengan baik hatinya, mengadakan ice cream party di makmal saya. Maka, kami semua telah makan aiskrim dengan riang. Saper nak makan kene ambil sendiri. Walaupun perisa asikrim tidaklah sebanyak maner, tapi kegembiraan sangat terasa.

Kon berbentuk bunga memudahkan peletakan aiskrim. Maka, kurang comot2an.

Parti terasa kemeriahannyer dengan kehadiran botol ini. :)

Riang menuangnyer. Owh, saya sangat sukakannyer. Aiskrim juga akan menjadi chanteks.

Kami juga ada colourful rice ini, dan chocolate chips juger, sebagai penambah kecantikan dan perisa.

Aiskrim yang chanteks, sedia untuk dimakan!

Sudah kehabisan kon? Boleh letak aiskrim lebih banyak dalam gelas ini. :)

SEKIAN.

Wednesday, July 23, 2008

Reaching for the Stars

Program Bicara Buku di PTSL, UKM

Adalah dimaklumkan bahawa Perpustakaan Tun Seri Lanang, UKM akan menganjurkan Program Bicara Buku seperti berikut:

Tarikh: 29 Julai 2008 (Selasa)
Masa: 10.30 pagi – 12.30 tengahari
Tempat: Ruang Legar Aras 4, Perpustakaan Tun Seri Lanang, UKM

Pembicara: YBhg. Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Al-Masrie
Judul Buku: Reaching for the Stars

Semua warga UKM dijemput hadir.

From here.

Owh, saya sudah membaca sekali imbas buku ini di sebuah kedai buku.
Sedihlah jugaks.
Saya berkeinginan untuk membeli, tapi belum berkesempatan puller.
Dan, saya juga berkeinginan untuk pergi ke majlis di atas, tapi, macam tak dapat jer.
Maka, saya rasa sudah sedih.
Owh.
Bagi kawan2 yang ingin hadir, silalah hadir.
Beritahu saya jika ingin hadir ke perbukitan ilmu ini.
:)

Tuesday, July 22, 2008

SAYA YANG TIDAK MENGUNCI PINTU BILIK ITU

Saya tahu saya semakin kehilangan dia.
Dia yang baik.
Dia yang riang.
Dia yang mampu buat ramai orang senyum sendiri.
Dia yang mampu buat orang riang sepertinya.
Tapi, saya tahu saya yang bersalah.
Saya yang tidak mengunci pintu bilik itu.

Saya tahu saya semakin kehilangan dia.
Hari2 saya yang semakin berlalu,
semakin tiada kehadiran dia walau sesaat.
Saya pernah ada kehidupan yang ada dia.
Seawal pagi dinihari.
Selewat malam yang sunyi yang sepi.
Tapi, saya tahu saya yang bersalah.
Saya yang tidak mengunci pintu bilik itu.

Saya tahu saya semakin kehilangan dia.
Batas-batas itu telah dilangkaui.
Oleh dia. Oleh saya.
Telah berbuat satu perkara nakkal.
Oleh dia. Oleh saya.
Tapi, saya tahu saya yang bersalah.
Saya yang tidak mengunci pintu bilik itu.

Saya tahu saya semakin kehilangan dia.
Dan kesedihan amatlah dirasai.
Amatlah meruntun hati.
Pedih, pilu dan perit sekali.
Tapi, saya tahu saya yang bersalah.
Saya yang tidak mengunci pintu bilik itu.

Saya tahu saya semakin kehilangan dia.
Tapi, sesungguhnya, saya belum kehilangan dia, secara total.
Maka, saya mohon pada Tuhan Yang Esa.
Semuga diampunkan dosa saya.
Agar sisa2 persahabatan yang masih ada itu,akan kekal.
Biarlah sekelumit cuma yang tinggal,
setidak2nya masih ada.
Kerana, dalam hal yang telah berlaku ini,
Saya tahu saya yang bersalah.
Saya yang tidak mengunci pintu bilik itu.

SEKIAN.
22072008
OPIS.KAB.UKM

p/s: Saya perlu menulis kerana ia berlegar2 di dalam benak fikiran saya sekarang. Senantiasa...

Monday, July 21, 2008

21072008

Sebenarnyer, aku nak tulis entri ttg perkara lain. Tapi, tak bleh upload gamba2 riang memakan aiskrim itu. Entah kenapa ada error di sana-sini. Dari semalam aku cuba, tapi gagal. Maka, perlulah aku menulis corat-coret beberapa perkara lain (dalam bahasa Tun Mahathir; snippets). Sebelum nanti, ada orang yang akan marah kat aku sbb aku tak update blog, perlulah aku update dulu. Huhu.

1. Semalam, Ema SMS nak datang, sbb kawan dia mcm nak kenal2 kami2 kat kolej ni. Maaflah Ema, aku sebenarnyer mmg tgh ada tetamu lain di bilik. Dan, mmg sedang membaca pun, sbb dah dapat tajuk untuk assignment. Lain kali, kita berjumpalah, k. Lagipun aku tahu sume2 di kolej pun mmg sedang busy2. Aktiviti2 di kolej dan kampus untuk para pelajar sudah bermula dengan rancaknya. Maka, kawan2 kau yang jadi felos ini perlulah bersama2 para pelajar. Huhu.

2. Tentang assignment, aku dapat tajuk sarcoma. Ini untuk kelas biologi sel kanser. Maka, tajuknyer sume pun ttg jenis2 kanser. Prof yang mengajar ni mmglah sgt bagus. Dia selalu dapat pingat untuk kajiannya ttg kanser dan ubat kanser; the famous Prof Azimahtol Hawariah Lope Pihie. Aku akan present dalam awal bulan 8 nanti. Kalu dah siap nanti, blehlah aku upload kat sini utk korang baca. :)

3. Pagi semalam, aku telah pergi satu career talk bersama rakan felos yang lain. Sesi yang kedua adalah seorang laki2 ini, diploma holder, umur 24 tahun. Dia jadi CIMB wealth advisor baru 2 tahun setengah. Dan, dengan hebatnya, dia telah memiliki kete mercedes CLK compressor yang chanteks. Huhu. Aku kagumlah dengan kejayaan itu. Tapi aku tahu dan boleh nampak dia sgt keje keras untuk berjaya itu. Daripada hanya ada motorsikal lama, lepas 2 tahun setengah jer, dia dah jadi orang kaya. Nampak macam senang jer dia jadik orang kaya. Tapi, semua itu mmg perlukan kerja keras. Dan, aku nampak dia sgt berkobar2 supaya orang lain juga boleh jadik kaya mcm dia. Seperti yang aku pernah tulis, rezeki orang lain2. Yang penting kita kene berdoa, supaya Tuhan mengurniakan kita rasa kecukupan itu. Ameen.

4. Aku ada baca blog Tun Mahathir. Aku sgt terkejut dengan cerita MV Agusta itu? Sgt pelik betul ceritanya. Mcm cerita dongeng puller. Huhu. Bagaimana sahaja penjualan satu Euro itu boleh berlaku? Heh!

5. Di sini juga aku ingin mengambil kesempatan utk mengucapkan terima kasih kepada Asyuk yang datang program kolej last Friday. Tak sangka betul kau datang dalam kesibukan hidup kau itu. Aku sgt menghargai kehadiran kau itu. Untuk kesekian kalinya, Terima Kasih. :D

6. And, owh, i must add, saya sedang rindu untuk membaca karya HAMKA. Owh, entah kenapa rasa rindu ini meruntun2. saya akan siapkan cepat2 assignment saya, supaya saya boleh terguling2 membaca karya2 HAMKA yang selalunya meruntun hati. Huhu. By the way, saya baru selesai mebaca buku cerita Sepasang Kasut dan Sepasang Selipar Jepun by Jackson Sawatan. Ia adalah sebuah kisah benar seorang wartawan BERNAMA yang telah masuk ke kem Abu Sayyaf untuk mendapatkan berita. Sangatlah berdebar2 membacanya. Huhu. (Entah mengapa saya menulis SAYA disini instead of AKU. :P)

Sekian untuk kali ini. Akan aku update lagi selepas error2 segala itu sudah hilang2. Heh!

Thursday, July 17, 2008

dEbAt

Owh, inginkah bercakap ttg soal debat kelmarin? Huhu.

Klakar.

Tapi, debat itu adalah lebih bagus daripada demo yang akan menyebabkan kesesakan lalulintas. Debat begitu juga nampak lebih baik drpd sidang parlimen, di mana YB2 itu sgtlah tak senonoh bercakap2. Heh.

Saya lihat debat Anwar-Shabery tidak mempunyai fakta2 yang kuat. Tapi, kalu ingin dipilih pemenang, Anwar boleh ada point yang lebih sket drpd Shabery. Dia tidak menyerang peribadi dan dia menjawab semua soalan yang dikemukakan.

Mungkin sejarah lampau Anwar yang berwarna-warni telah menyebabkan Shabery tidak dapat menolak untuk mengatakan ttg kisah2 silam itu. Bila Anwar byk sgt cakap, kita pun tidak dpt menahan2 diri utk cakap "Sudahlah awak. Dulu2 begini2, sekrang nak ckp begitu2 puller". Haha. Dan Shabery juger tidak menjawab (lansung) soalan daripada moderator Anwar itu. Dia merapu2 dan meraban2 sahaja. Hoho.

Dan, sesungguhnya, saya amat melihat kecomelan mereka berdua teutamanya Anwar. Anwar mmg seorang lelaki yang tegap dan tinggi. Itu fakta, tidak dapat dinafikan, kan? Dan, malam itu, dia banyak senyum dan membuat aksi2 yang comel. Tiada muka stress atau takut2 lansung. Bukankah? Haha. Yup, kill me. :P

Apapun, perkara begini akan banyak membuka perkara2 yang sgt menakutkan. Banyak kebenaran yang akan dikeluarkan. Entahlah. Kadangkala, mmg benar, kebenaran itu amat perit.

Semuga semua orang akan insaf dari berbuat jahat. Dan semuga, semua orang akan terus melakukan kebaikan. AMEEN.

Monday, July 14, 2008

kArMa

Bagi saya, karma adalah peraturan hidup di mana buat baik akan dibalas baik, dan buat jahat akan dibalas jahat.

Selama telah hidup ini, balasan untuk kejahatan yang dilakukan, saya akan terus dapat. Kecik2 dulu, sgt baik, maka tidaklah sedar perkara ini. Tapi, semenjak tahu menjadi nakkal, dan terus mendapat balasan Tuhan, barulah sgt sedar akan KARMA ini. Pernah jer nakkal, dan sesaat lepas tu jatuh tangga. Terlalu cepat balasan itu. Maka, takutlah jugak nak berbuat nakkal.

Tapi, manusia, sering lalai dan lupa. Perlu sentiasa ingat mengingati. Buat nakkal, dan kene balasan Tuhan, tpi, insafnyer sekejap jer. dan kemudian telah berbuat nakkal lagi. Pada satu hari, setelah berbuat nakkal, tiba2 balasan Tuhan itu dirasakan tidak sampai2. Dan, terus2an berbuat nakkal. Dan, akhirnya, balasan Tuhan yang amat berat dan perit dirasakan. Owh.

Apabila Tuhan memberikan balasan terhadap kejahatan saya, saya dapat merasakan Kasih Tuhan terhadap hamba-Nya itu. Bukankah Tuhan Maha Pengasih? Maka, jika Tuhan tidak memberikan balasan kepada saya, selepas melakukan kejahatan, saya cukup terasa kehilangan kasih sayang itu. Owh.

Tapi, saya melihat orang2 di sekeliling saya, yang sudah tidak mahu percaya karma ini. Yang merasakan semua orang lain itu, bila tidak berbuat baik kepada mereka, orang2 itulah yang jahat bagi mereka. Orang2 ini tidak sedar, bahawa merekalah sebenarnya, diberi balasan Tuhan, kerana telah berbuat nakkal. Maka, orang2 lain tidak mahu kawan lagi dengan mereka atau tidak mahu berbuat baik lagi kepada mereka. Kadangkala, mereka merasakan dunia ini tidak adil kepada mereka. Walhal, mereka telah melupakan banyak tugasan sebagai hambaNya.

Apbila mereka tidak nampak lagi peraturan KARMA ini dalam hidup mereka, saya melihat seperti hati mereka seperti sudah mati. Ia adalah sesuatu perkara yang sangat menakutkan saya. SANGAT! Sesungguhnya, jika KARMA itu sudah tidak berlaku dalam kehidupan ini, hidup akan menjadi tunggang-langgang. Owh.

Semuga kita semua masih dapat merasai kasih sayang Nya. Semuga kita semua dijauhkan daripada penyakit hati mati itu. AMEEN.

Saturday, July 05, 2008

Gamba2

Baju bateks felos perempuan yang berbunga2 berwarna-warni. Kami ditugaskan untuk menyerahkan t-shirt kolej, tali tag dan kunci bilik bagi pelajar perempuan.

Baju bateks felos lelaki yang tiada bunga, hanya berdaun sahaja.


Adeks lelaki saya yang telah kurus yang amat!

Zuhri (kanan sekali) yang senang menari, pada pembukaan majlis, dengan penuh gemalai.

Kid Kacak sedang menyanyi Kian. Maaflah, gamba gegar2...

Zuhri dan rakan sedang menyanyi pula. Lagu: Berdua Lebih Baik.


Kid Kacak dan Amiran Buncit pula sedang menyanyi sementelah semua hadirin pulang. Saya tidak tahu lansung lagu yang mereka nyanyikan. Lagunya sangatlah tangkap leleh. Huhu...

SEKIAN :)

Thursday, July 03, 2008

03072008

Entri ini mungkin agak panjang. Saya sebenarnya bukanlah ingin menulis. Tadi, saya keluar lunch tanpa membawa handphone, dan pulang melihat Erma telah pernah menelefon sebanyak 4 kali. Saya call dia semula, hanya untuk dimarahinya, hanya kerana saya sudah seminggu tidak update blog ini. Dia sangat marah, seperti saya sudah berbuat jahat kepada boyfren dia. Haha.

Banyak faktor yang menyumbang kepada perkara ini. Alasan yang tipikal ialah busy. Dan juga, ketiadaan talian LAN di bilik adalah amat membuhsankan. Dan, saya juga telah pulang ke kampung pada hari isnin hingga rabu. Bila di rumah, saya amatlah malas mengadap PC. Lebih senang nonton TV. :)

Maka, saya akan cerita apa yang telah berlaku seminggu ini. Setelah saya berasa marah selepas dari makmal, rasa marah itu terbawa sampai ke kolej. Kid jadi konpius. Dan kekonpiusan itu dinyatakan kepada Erma, lantas berborak panjanglah kami berdua pada malam itu. Huhu. Saya akui saya terlebih emosi pada hari itu. Maaf telah beribu kali dipohon. Maaf dipohon untuk kesekian kalinya. Huh. Hari Jumaat, tidak ke lab, dan telah berfoya2 bersama kawan saya yang seorang ini, Anif. Saya juga telah ke rumah adeks2 saya yang kembar itu. Memakan durian. Merompak kasut dan tudung. Pulang.

Hari sabtu, saya mengemas bilik dan blok saya. Menolong mengemas t-shirt kolej yang baru sampai. Persiapan rancak dijalankan untuk menyambut ketibaan para pelajar yang baru. Secara amnya, keadaan kolej pada tahap yang memuaskan. Maka, pada hari Ahad, saya bangun dan bersiap memakai baju bateks chanteks untuk membantu pendaftaran pelajar. Saya telah ditugaskan untuk memberi kunci bilik kepada para pelajar perempuan. Pagi yang menarik, kerana satu orang pelajar junior ini, yang merupakan kekasih hati kawan saya, Nasrul Azizi, telah mendaftar di kolej saya. Hebohlah satu Malaya. Dan, gerunlah hati rakan saya itu, takut, jika kekasih hatinya akan diapa2kan. Haha.

Hari Ahad dirasakan sangat panjang. Tidaklah sesibuk mana, maka saya dan rakan2 ada masa untuk mengumpat. Matahari tidak memancar terik, malah hujan sekejap2 membuat mata rasa mengantuk. Tapi, tali pinggang doktor kacak telah membuat saya bergelak2 kecil dengan rakan2 yang lain. Hehe. Sowi. Malam itu diakhiri dengan pelbagai emosi. Marah dengan Doktor kacak yang tidak memperkenalkan kami felo2s kepada pelajar baru. Gundah gulana dengan En. Fairus yang mengatakan "kanak2 riang" itu kekasih hati saya. Geram kepada "kanak2 riang itu" kerana entah apa2 sahaja yang telah dilakukan sehingga En. Fairus berkata begitu. Heh. Musykil dengan En. Kid yang "keras". Haha. Peliks2 dengan Amiran yang tak pandai nak edit tesisnya. Gumbira dengan Mike yang telah berjanji akan downloadkan Grey's Anatomy for all season untuk saya. Saya tidur, dan Spain menang. Yeay!

Isnin dirasakan telalu penat. Tiba2, adek lelaki saya call, mengatakan dia sudah dalam perjalanan pulang dari Lumut. Mungkin dapat cuti esok dan boleh pulang ke kampung. Maka saya perlu bersedia. Saya selesaikan beberapa perkara di fakulti. Petang, berborak dengan rakan saya, Ayuni. I miss u too, Sis. Hehe. Malam, adek saya call, "Boleh balik sekarang. Kau siap, KakLong."

Saya tiba di Muar jam 1 pagi. Surprise untuk mak ayah, sementelah adek saya tidak memberitahu berita kepulangannya kepada mereka. Heh.

Musim durian di rumah sudah lama. Tapi, abah telah berkata kepada satu batang pokok, jangan gugur dulu, tunggu samapai Farid pulang. Sehari sebelum Farid pulang, buah durian dari pokok itu gugur.

Maka, Farid pulang dengan makan buah durian untuknya. Farid sangat kurus, maka mak sangat risau. Ya, saya juga sangat pelik melihat adek saya sangat kurus. Owh. Saya berfoya2 sahaja di rumah. Shopping. Nonton cerita korea dengan ibu. Huhu.

Saya pulang petang semalam. Kid ajak Amiran ke dinner kolokium FST. Amiran ajak saya. (Kid tidak ajak saya). Maka, saya pergi meneman Amiran. Banyak lagu sedap2 dinyanyikan pada malam itu. Kid menyanyi, sementelah tiada wakil pelajar. Lagu: Kian oleh Mawi. Kid kacak, berbaju bateks, berseluar berkasut putih, berambut cacak2. Zuhri, kawan felo saya menari dan menyanyi juga malam itu. Saya pulang setelah kacau2 Mike di opis. Mike sudah hampir siap mendownload Grey's Anatomy untuk saya. Suke!

Bangun pagi ini dengan mesej Neila yang sudah ada di LPPKN untul mesyuarat. Neila PTD kementerian Wanita. Maka, saya bersiap cepat. Owh, dinding rahim saya runtuh pula, maka saya tidak dapat menyambut 1 Rejab esok. Huh. Saya perlu membatalkan puasa saya hari ini.

Saya lunch dengan Neila, dan menghantar dia pulang ke opis menaiki kereta, kerana hari hujan, dan Neila tidak suka jalan kaki. Thanks for the lunch, Neil.

Ok, Ema? Sila beri komentar anda untuk semua aktiviti di atas. Akan ku upload gambar kacak Kid itu. Ema beritahu saya dia hanya comentator. Saya blogger. Maka, saya perlu menulis, sementelah itu kerja saya. Maka, dengan itu, dia boleh melakukan kerjanya, mengomen. Heh!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...