Thursday, December 22, 2011

Di Bawah Lindungan Kaabah

Saya baru tahu bahawa novel Di Bawah Lindungan Kaabah telah difilemkan, di Indonesia. Terkesima saya sebentar. Selepas dihitung, inilah novel pertama yang pernah saya baca yang telah difilemkan. Tidak, saya bukan peminat Harry Potter atau LOTR. Bukan juga pembaca Lagenda Budak Setan dan Ayat-ayat Cinta. Dan juga, tidak membaca Ombak Rindu.

Saya terkejut juga dengan keberanian orang-orang ini membawa karya pak Hamka ke layar. Kerana saya kira novelnya perlukan jiwa yang bukan calang-calang.

Lantas, cepat-cepat saya menonton trailernya. Ya, saya kecewa. Sepertinya beberapa naskhah novel yang pernah difilemkan, kekecewaan juga melanda pada naskhah pak Hamka ini. Manakan tidak kecewa, jalan ceritanya yang diubah telah membuatkan saya tergamam. 


Beberapa minggu lalu, saya juga telah membaca tentang filem Ombak Rindu. Tentang kekecewaan penulis novel itu apabila pengarah telah menukar jalan cerita. Tidak dapat saya gambarkan betapa kecewanya pak Hamka melihat karyanya dirobek sebegitu.

Buku Hamka, tidak akan pernah penuh dengan drama. Hanya emosi yang berat perlu ditonjolkan. Erm, mungkin macam cerita Korea. Lelakinya menangis, sampai kita sebagai penonton pun terus nangis.

Seingat saya, cerita ini ialah kisah cinta antara dua darjat. Maka, apabila dewasa, abangya si Dara ini hendak mengahwinkan adiknya. Disebabkan si Teruna tidak sanggup untuk melihatnya, maka dia pun pergi membawa diri ke Tanah Haram. Ditakdirkan dia sakit dan meninggal di situ. Si Dara pula, tidak jadi kahwin dengan pilihan abangnya, dan juga jatuh sakit. Bukankah emosi sangat-sangat berat di situ.

Tiba-tiba, Tuan Pengarah pergi tukar, si Dara naik basikal, jatuh masuk dalam sungai. Kemudian, si Teruna selamatkan dia. Tapi, perbuatan itu tidak disukai oleh orang kampung, maka menghukum si Teruna dibuang daerah. Dan, si Teruna pun ke Tanah Haram, dan jatuh sakit.

Hah, boleh ker terima nak tukar-tukar macam tu? Dahlah naik basikal jatuh sungai. Tak Hamka lansung.

Sekian.

Tuesday, December 20, 2011

Menghadapi Kiamat?

Terkejut juga saya apabila 8tv menyiarkan tema the end of the world untuk rancangan-rancangan bulan 12 ini. Ya, bagaimana anda mahu menghadapi tamatnya dunia ini?

Sebagai Muslim, kita wajib percaya dan beriman kepada hari Kiamat. Tapi, tidak tertulis dalam kitab mukjizat al-Quran itu tarikh sebenar hari kiamat. Maka, adakah jatuh haram pula untuk kita mempercayai 20 Disember 2012 adalah tarikh kiamat?

Semalam, saya terfikir sebentar. Mengapakah semua manusia pun seperti tidak mahu berbuat sesuatu untuk menghadapi 2012? Sepertinya semua orang tidak percaya. Orang-orang di keliling saya sibuk lagi bekerja. Tidak ada seorang pun yang saya kenal telah berhenti kerja lalu menyediakan senarai perkara yang perlu dibuat sebelum bumi tammat.

Saya juga belum buat apa-apa, walaupun ada kegusaran.

Dulu-dulu, saya ada pernah juga tanya kawan-kawan, "apakah yang akan anda buat hari ini jika anda tahu esok anda akan mati?". Adakah akan duduk atas sejadah sepanjang hari?

Tapi, saya sudah mula berfikir yang baik-baik sahaja tentang manusia. Hendak gaduh-gaduh sesama manusia? Buat apa? Biarlah mereka. Biarlah yang mahu merajuk-merajuk itu, sekejap nanti baiklah. Biarlah Bos yang selalu dalam temporary insanity itu, lama-lama nanti sihatlah. Yang suka berlagak-lagak, layankan saja.

Saya cuma fikir, perlukah saya berhenti kerja, atau at least bertukar kerja, untuk menghadapi 20122012 ini?

Perlukah?
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...