Thursday, March 31, 2011

Kebetulan di HatYai

Ada dua cherita. Kisah pertama, sebelum ke HatYai.

Saya mencari maklumat tentang Prof. yang akan saya jumpa ini. Mencari namanya di laman sesawang. Dan, namanya ada dalam Google Scholar. Nampakna, dia memang Prof. yang dedikasi. Menulis tanpa jemu.

Saya lihat satu persatu artikel yang dia tulis di jurnal-jurnal ilmiah. Tiba2, saya tergamam, rasa mahu menjerit. Satu paper itu adalah clinical report tentang kes yang very rare, iaitu delesi 15q.

 Atas: Artikel jurnal yang diterbitkan oleh kumpulan PSU. 
Bawah: Bab dalam tesis saya menerangkan kejadian delesi tersebut. 

Kes yang sama yang saya jumpa untuk thesis saya. Entah macam mana saya boleh tertinggal artikel yang Prof ini tulis. Mungkin dia telah menekankan satu keyword yang lain iaitu "satellited". Kes saya adalah translocation antara kromosom, tiada "satellited".

Tapi, still lah kan, deletion 15q. Tak sampai 10 kes pun yang telah dilaporkan. Dan, dalam banyak2 kromosom dari 1 hingga 22 plus XY, kenapa nombor 15 jugak yang mereka nak jumpa. Haih.

Ketika itu, saya agak tidak gemar dengan kebetulan yang berlaku. Sangat2 tidak suka.

Itu cherita sebelum pergi. Cerita kedua adalah cherita di sana.

Pada hari kedua saya di sana, saya berkesempatan bertanyakan tentang artikel tersebut kepada Prof. yang segak itu. Dia pun bercherita tentang kes itu. Cherita punya cherita, saya pun tercheritalah tentang projek sarjana saya yang satu itu. 

Tiba2, Prof, cakap, Miss M, iaitu, "che'gu" yang sedang mengajar saya sekarang, juga telah membuat tajuk yang sama dengan tajuk sama. EXACTLY! I repeat, EXACTLY. Tapi, jangan salah sangka, kerana, of course, dia buat subjek (pesakit) di HatYai, dan saya buat di Kuala Lumpur. Jadi, kes2 yang dia jumpa, adalah lain. Jadi, tiada timbul masalah copycat. Tiada, ya.

Atas: Thesis Ms Jariya. Bawah: Abstrak tesis saya dalam bahasa Inggeris.

Ah. What is this coincidence?! Bila cherita dengan abang Herman, dia pun takut. Haha

Terus Prof. ambil thesis itu, dan bagi saya pinjam untuk baca. Tapi, kali ini saya tidak marah pun. Malah, saya telah merasa lega dan sedikit gembira, juga excited. Saya rasa mahu tidur dengan thesis tu. Haha. Kerana, saya tahu bahawa ada orang juga yang telah gigih bersama2 saya.

Keesokkan harinya, setelah saya dapat bertenang tentang kebetulan ini, barulah saya borak2 tentang thesis ini dengan Miss M. Bercherita tentang kegigihan. Ternyata, dia lebih gigh daripada saya. Dia buat lebih banyak kerja daripada saya.

Itulah cherita tentang kebetulan yang berlaku. Sangat2 rare pun boleh sama. Banyak2 tajuk thesis, pun boleh sama. Apakah kebarangkalian untuk sama. Ya, satu dalam berjuta. Tapi, akhirnya, ketemu di HatYai.

:) Bagaimana mungkin saya tidak jatuh chenta dengan PSU ini, kan? Bagaimana mungkin? Memetik lirik lagu yang kawan saya telah menari bersama lagu ini, "Loving you too much, so much, very much right now". Ya, itulah perasaan saya ketika ini kepada lab yang chantek itu. 

Sekian. Selepas ini, mungkin ada satu atau dua lagi cherita di Hatyai itu, ya. :)

edited on 16 April: Bukan satu kebetulan. Kalau ia pun, ia kebetulan yang mengada2. Di satu hari, sedang kami berjalan2, rakan kami dari PSU yang bawa kami ini sering terjumpa kenalannya di tepi jalan. Sepertinya, dia kenal ramai orang. Tiba2, bos berkata, "Entah2, Fatimah nanti pun ada jumpa orang yang dia kenal. Fatimah kan kenal ramai orang." "Apakah, bos?". Dalam hati saya, haih bos ni, macam tahu jer saya ada orang Siam di hati. Haha. Tapi, bos macam cakap ulang2 tentang itu. Maka, akhirnya, saya pun jawab, "Ya, Dr., saya pernah kawan "baik" dengan satu budak Siam. Tapi tak ingat dia dari mana. Tapi, dia dah duduk di Malaysia. Masa saya kenal dia, dia masih PR Malaysia." Ya, akhirnya saya berkata begitu, dengan hati yang berdebar2, moga2 tidaklah terjumpa sesiapa yang saya kenal. Giller ah kalu jumpa Alias kat sana. Giller! Tapi, tak jumpa. Jadi, tak giller. Sekian. :P

Tuesday, March 29, 2011

HatYai, Jepun, Kiamat dan Boss

Rombongan kami ke HatYai adalah sejurus selepas beberapa hari gempa bumi dan tsunami terbesar melanda Jepun. Sangat gusar juga ketika itu. 

Sepanjang kami berada di HatYai, kami tidak boleh mendapat maklumat tentang Jepun ini dengan mudah. Ini kerana kekangan sambungan internet di bilik adalah amat menyukarkan. Masuk hari kedua di sini, saya berusaha mendapatkan suratkhabar English, namun gagal juga. Cuma hari ketiga baru saya jumpa. Masa itu, macam jumpa emas. Terus ambil dan bayar, bersama cokelat yang saya ambil. Tak tahu pun suratkhabar itu harga berapa. Senyum jer sepanjang hari. Hehe.

TV pula, tiada channel bahasa Inggeris, at least at our room. Saya memang agak gusar. Bayangkanlah, kami keluar berjalan2, bermakan2 dan bergelak ketawa tanpa mengetahui risiko sebenar radiasi dari Jepun itu.

Manusia, adalah senang lupa dan perlu sentiasa diingatkan. Dengan kekangan yang berlaku, saya terpaksa menonton TV berbahasa Thai itu, setiap pagi. Sepanjang kami berada di sana, memang rancangan bual bicara pagi mereka membincangkan tentang masalah di Jepun. Ya, setiap pagi. Kalau ada keluar gambar rajah yang ada bahasa Inggeris itu, fahamlah saya sikit2. Jadi, walaupun saya makan sedap setiap hari, bila pagi2 menonton rancangan itu, tidaklah dapat saya merasa selain bersyukur dengan nikmat yang Tuhan telah berikan kepada saya. 

Maka, selama 6 hari saya di sana, menonton TV seawal 5.30 pagi adalah menjadi rutin saya. Subuh di sana lebih kurang jam 5.30 hingga 6.30 pagi.

Malamnya, apabila emak saya call, saya akan tanya juga tentang Jepun. Bayangkan, sepanjang kami berada di sana, 3 loji nuklear meletup, dan saya mempunyai akses yang sangat limited untuk mendapatkan berita. Ia cukup menyeksa jiwa ingin tahu saya ini. 

Semasa dalam perjalanan pulang, sewaktu di lapangan terbang HatYai, tiba-tiba bos tanya satu soalan, "Fatimah, do you believe in the end of the world?".

"Yes. Orang Islam kena percaya, Dr. Itu adalah rukun Iman yang keenam", jawab saya. Macamlah bos tahu pasal rukun Iman dan rukun Islam. Huhu.

"You know, Fatimah, I also believe in it. Ada apa2 tak Quran cakap tentang ini? Bila ia akan berlaku?".

"Ada, tapi tak cakaplah bila akan berlaku. Tapi, ada cerita tentang tanda2 hari kiamat ini. Tapi memang dah dekatlah, Dr. Contohnya, macam volcano yang dekat Iceland dulu tu, yang keluar asap yang banyak tu. Dalam al-Quran cerita, akan keluar asap yang banyak dari bumi.".

"So, Fatimah, it doesnt matter, whether you're rich, or you're poor, the world will be end. All these wheather changes, gempa bumi. You see, in 2012, kapal Noah datang kan.... bla bla bla...." saya lupa ayat boss macam mana. Saya angguk je, tapi saya belum tengok pun filem 2012 tu.

"Owh, kalu dalam Quran cakap, Nabi Isa akan turun, kemudian bunuh orang jahat". Masa ni serious saya lupa nama orang jahat itu Dajal. Haih, macam mana ntah boleh terlupa. "Kemudian, right after that, kiamat pun berlaku. Kemudian, manusia, bermula dari Nabi Adam sehingga manusia terakhir, akan dibangkitkan dari kubur."

"Kemudian, tak tahu berapa ratus ribu lagi, manusia akan kembali hidup semula".

"Owh, bukan Dr. Kemudian, manusia pun beratur untuk kena timbang amalan mereka. Sapa buat banyak pahala, dapat masuk syurga. Siapa buat banyak dosa, akan masuk neraka".

Lepas tu, kawan saya pun balik dari wash room, boss saya pun berhenti borak dengan saya tentang itu. Saya cerita kat boss macam saya sedang masuk pertandingan bercerita kisah-kisah dari al-Quran masa kecik-kecik dulu. Huhu.

Inilah satu serpihan kisah sepanjang saya berada di HatYai. :)

Sekian. 

Sunday, March 27, 2011

Jalan-jalan dan Makan-Makan di HatYai

Saya berada di sana lebih kurang 7 hari. Pegi Ahad, balik Sabtu. Selain masuk lab, jalan2 dan makan2 adalah aktiviti yang tidak pernah gagal dilakukan setiap hari.

Hari sampai (put it as Day 1). Sampai tengah hari. Jadi, malam, Prof. PSU bawak makan.

Ikan belum sampai at this time. Noted the blue rice, seperti nasi kerabu, but no kerabu that nite. Eh, ada, kerabu mangga. 

Day 2: Setelah masuk lab yang chanteks, dari pagi hingga ke petang, Dell bawak kami jalan2 ke downtown HatYai.

1. Jalan2 naik tuk-tuk empat roda. 2. Dinner. Noted the yellow rice, makan dengan ayam goreng sedap. 3. Jalan2 lagi. 4. Makan2 lagi. Celebrate double birthday di BSweet, HatYai. Suka!

Day 3 adalah hari Selasa. Setelah gigih belajar, petang jalan2 ke Buddha temple, atas bukit, macam kat Batu Caves tu. Kemudian, makan di foodcourt. Sangat suka mango juice mereka. Sangat!

 Atas: Bersama Dr. Thanya yang anggun, dan happy Buddha. Bawah: Makan2 dan minum2.

Day 4: Pagi itu, kami free. Jadi, pagi2 dah pegi jalan2, membeli-belah. Tapi, takde gambar pulak. Beli baju banyak2. Selepas masuk lab di sebelah petang, kami jalan lagi. Dan, tengok baju lagi. Exhausted melihat baju. Hehe.

Kawan2 saya membeli-belah

Day 5: Jalan2 di waktu petang Khamis ini sudah memang ada dalam jadual training kami. Pegi jalan2 ke Songkla. Ke pantai Samila, melihat the golden mermaid, kepala naga, dan makan besar di Ko Yo island. Penuh giller perut dengan mix tom yam, clear vege soup dan air kelapa!

5. gumbira dalam perjalanan. 6. Angin pantai bersama kami dengan Golden Mermaid. 7. Gambar kami kecil unuk nampak seluruh kepala naga. 8. Perjalanan jauh ke Ko Yo island berbaloi dengan makanan2 sedap ini. 

Day 6: Adalah hari terakhir dapat masuk lab. Lunch, rakan2 lab bawak makan di luar. Malam juga jalan2 bersama mereka. Ke floating market, HatYai. Kemudian, souvenier-hunting malam itu. Ya, huru-hara. Terima kasih banyak2 kepada "The Driver". Banyak-banyak terima kasih. 

 Atas: Lunch! Saya suka dessert mereka, tapi lupa ambil gamba. Bawah: Klonghae floating market!
Day 7, hari kami pulang. I started miss their lab as early as 4 am. :( Kami bertolak ke airport jam 10 pagi. Makan tengahhari di airport. Tiba di Kuala Lumpur yang hujan renyai, bersama kerinduan hati.

Kaki saya tidak dapat menahan kepenatan pada hari ketiga, sehinggakan saya tidak dapat mengikut berjogging pada awal pagi itu. Jika dikira2, saya rasa masa kami berjalan2 dan bermakan2 adalah lebih sedikit daripada masa kami di makmal. Ya, begitu banyaknya kami berjalan dan bermakan.

Ok, done with jalan & makan part. Will write several more entries about this trip later. 

Sekian. Happy Sunday.

Wednesday, March 23, 2011

23032011

Ms Jariya & Ms Jaew (tiga & empat dari kiri) adalah cikgu2 kami di PSU. Noticed the cute pink lab slippers. Owh, rindu yang amat.

I want  to write about my days in HatYai. Tapi, tanpa saya sedari, saya kena hadiri anenatal test training dua hari berturut2, semalam dan hari ini, for the whole day. Balik satu training, pergi training yang lain pula. Penuh dalam kepala.

But, i must say, kami dapat belajar from the best. Di PSU, HatYai, lab mereka memang buat sampel amnio yang banyak setiap hari. Dan, che'gu yang mengajar kami, sorang had berbelas tahun pengalaman (tak ingat berapa tahun), dan seorang berpengalaman 7 tahun, dan sangatlah cekap, and i must say, sangatlah chanteks. 

Training antenatal test pula, kami dapat chegu yang ada banyak pengalaman dan pengetahuan tentang medical lab. Kalu tulis resume tentang dia, mahu 17 muka surat kot. Dan, dia banyak cerita tentang pengalaman dan kes-kes yang dia alami sendiri. Keysah2 masa tiada ultrasound, semasa ketiadaan vaksin HepB, dan banyak lagi. Sukalah belajar dengan dia. Dia memang cikgu yang bagus. Suara lantang, well-prepared, penuh ilmu. Sukalah.

Ya, antara nikmat yang kita perlu bersyukur ialah mendapat guru yang bagus dan baik, yang memberikan ilmunya kepada kita, tanpa rasa jemu.

On the other notes, tak suka sungguh saya tengok berita sekarang ni. Kesian kanak2 sekarang, baca suratkhabar, berita yang huru-hara. Saya kecik2 memang baca suratkhabar, seingat saya since darjah empat. Kanak2 sekarang, musti jemu baca abaout this politiking issue yang pelik2 sahaja, terutamanya suratkhabar Melayu. 

Ok, akan tulis lagi tentang HatYai, supaya saya tidak lupa. Besok dah hari Khamis, how time flies.

Sunday, March 20, 2011

Cerita latihan dan cinta di HatYai

Saya baru pulang daripada menjalani latihan di HatYai. Lebih tepat lagi, di Human Genetic Lab, Prince of Songkla University, HatYai, Songkla.

Oh people, i must admit, saya telah jatuh chenta dengan lab mereka. Berada lebih kurang 7 hari di sana, terlalu banyak untuk saya cerita. Mungkin seminggu dua ini, akan tulis sahaja tentang PSU di sini. The drama, the "kebetulan", the driver, the lab's slipper. Tolak ketiadaan internet di asrama dan kesusahan untuk mendapatkan suratkhabar English, yang lain2 semuanya saya suka tentang latihan yang saya jalani di sana.

Saya tidak tahu rakan2 yang lain, tapi malam sebelum saya pulang, tiba2 terpacul dari mulut saya, "nak kerja kat sinilah". Dan, esoknya, semasa dalam perjalanan pulang, Prof. cakap, "Maybe Fatimah wants to work here with us? I can pay her double." Hehe. Prof!


Saya tidak tahu di mana mahu bermula untuk bercerita. Yang saya tahu, saya mahu ucapkan banyak2 terima kasih kepada orang2 makmal di sana. "Cikgu2" saya yang sangat hebat dan cantik. "The driver" yang sangat cekap. Dan Prof yang terbaik! Terima kasih!

Tapi, yang pasti saya sekarang, saya sedang merindui lab PSU itu. Meninggalkan jejak langkah di HatYai Airport semalam, seperti meninggalkan chenta hati. Ya, drama!

Sekarang ini, rasa seperti mahu nyanyi, "Chintaku tertinggal di HatYai". Or, "Chintaku tertinggal di Songkhla" sounds better.

Sekian. Nanti saya cerita lagi. Saya kena siapkan report dulu, esok nak hantar.

Tuesday, March 08, 2011

Hari Jadi Ayah dan Ibu

Hari jadi ayah 4 haribulan 3.
Tahun ini, jatuh hari Jumaat.
Hari Jadi ibu 5 haribulan 3.
Tahun ini jatuh hari Sabtu.
Buat majlis sambutan hari jadi hari ahad, 6 haribulan 3.
Kerana,
Tukang masak favorite abah is not available on Saturday.

Majlis mula lepas zohor.
Jemput pelajar tahfiz, lelaki sahaja.
Solat hajat, solat tasbih.
Bacaan Yassin, doa selamat.

Makan jam 4.
Kerana majlis telah tamat.
Dan, Asar masuk sedikit lewat.

Hidangan utama: Nasi beriyani gam kambing.
Beras PUSA extra-long. (Abah is addicted with this beras)
Kambing seekor.
Ayam masak merah. 10 ekor.
Pencor nenas.
Dalca.
Agar-agar Nescafe.
Kuih Ros @ Kuih Goyang?
Kuih bahulu
Buah oren.
Sirap bandung.

Ole2 untuk dibawa pulang;
Kuih kapit.
Kain pelekat Gajah Duduk.

Hampir semua saudara-mara pulang meraikan.
Juga rakan-rakan emak dan ayah.
Juga jemputan orang masjid, datang selepas Asar.

Mendapat hadiah harijadi.
Juga salam keruk.

Ada hadirin yang tak sabar-sabar nak beri salam keruk.
Hehe.
Maaflah makcik.
Saya belum ada boyfriend pun.
Doakan yang baik-baik buat saya.

Person of the day;
Adli
Satu-satunya sepupu lelaki yang hadir dan membantu.
"Ini kakak saya".
"Maklong, cepatnya ambil kuih. Tiba-tiba sahaja dah hilang".

Sekian. Maaf, gamba belum sedia.

Tuesday, March 01, 2011

Berhenti ketika sedang sedap makan

Ketika ini beberapa negara di asia barat sedang bergolak. Bermula dengan Mesir, satu persatu negara ingin dijatuhkan regimnya oleh penduduk negara masing2.

Sekarang, yang agak hangat ialah Libya yang sedang diketuai Muaamar Gadaffi. Daripada tak tahu di mana Libya itu sekarang saya sudah tahu yang Gaddafi itu sudah lebih kurang 40 tahun memerintah. Juga pernah berkahwin dua kali. Anaknya ada yang main bola.

Melihat semua ini, saya hanya teringat pada Tun M. Juga kata2 dia, mengapa dia mahu bersara. Dia kata, dia ikut pesanan emak dia. Berhenti makan jika sedang sedap2 makan.

Mungkin ibu Gadaffi tidak berpesan sebegitu, maka dia pun sedap2 memerintah selama 40 tahun.

Saya mahu cakap, saya bersyukur yang Tun M ikut cakap ibu dia. Kalu tidak, rakyat Malaysia mungkin terpaksa tidur di Dataran Merdeka untuk meruntuhkan rejim.

Semoga cepatlah tammat rusuhan2 itu. Terlalu banyak nyawa melayang.

Sekian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...