Friday, January 27, 2012

Tahun-Tahun Baru

Dalam masa kurang dua bulan ini, kita telah menyambut 3 kali tahun baru. Bermula dengan tahun baru Hijrah, kemudian tahun baru Masihi, terakhir ialah tahun baru Cina. Menjadi rakyat Malaysia, semuanya kita raikan dalam kepelbagaian bangsa.

Menyambut tahun baru, tidak boleh lari daripada membuat azam baru. Kalau menyambut tahun Hijrah, maka kita selalu war-warkan supaya berhijrah. Berhijrah dari perkara buruk kepada yang baik, mencontohi Rasulullah s.a.w. Sambutan di sini biasanya ada perarakan. Ada Tokoh Maal Hijrah. Dan ada lagu-lagu nasyid. Owh, cuti juga.

Kalau menyambut tahun baru Masihi, perkataan azam. Atau resolusi. Azam tahun baru. Apa yang kita mahu kecapi untuk tahun ini. Dan malam tahun baru boleh engok bunga api. Biasanya ada konsert tengah malam. Tapi, tahun ini ada yang buat ceramah dan solat hajat di stadium. Tahniah kerajaan Selangor. Ada juga negeri yang tak cuti i.e Johor.

Kalau tahun baru Cina pula, kena tengok Feng Shui dulu. Macam tahun ni tahun naga, ada artikel dalam suratkhabar tulis, rakyat China terdesak untuk dapat anak dalam tahun naga ini. Tahun baru Cina pula ada banyak makanan, sinonim Eidulfitri bagi kita umat Islam. Awal-awal sudah sampai limau Mandarin. Bukan sebiji seorang,tapi berkotak-kotak. Kemudian, ramai-ramai pulang ke rumah untuk makan besar pada malam tahun baru. Cuti adalah dua hari kecuali untuk Kelantan dan Terengganu. Mercun adalah paling meriah. Dua-tiga hari pun tak habis. Owh, ada tarian naga juga. Dan, angpow merah. Terima kasih kepada bos-bos saya yang isi duit merah juga. :)

Tapi, kita juga harus ingat, kita boleh sentiasa ada azam baru untuk hari esok. Tidak semestinya berhijrah pada awal-awal tahun sahaja. Perkara yang baik atau lebih baik boleh sentiasa dilakukan dari sehari ke sehari, tidak kira awal tahun tengah tahun atau akhir tahun.. Bukankah orang yang lebih baik dari hari semalam ialah orang yang cemerlang dan berjaya? Ya, orang yang lebih buruk dari hari semalam adalah orang yang gagal. Tapi, gagal sekali tidak bermakna gagal selama-lamanya.

Saya menutup sambutan tahun baru dengan berkumpul bersama keluarga di Hari Keluarga DKZ yang telah diadakan di Port Dickson pada cuti tahun baru Cina yang lalu. Semoga ukhwah yang terjalin semakin erat. Bertemu kerana Allah, berpisah kerana Allah. Semoga kita tergolong dalam kelompok itu. InsyaAllah.

Ya, gambar ini senget, sebab jurufoto suruh senget ke kanan. 

Sekian. Selamat Tahun -tahun Baru. Semoga selamat semuanya.

Saturday, January 14, 2012

PhD

Terkejut sekejap sebab dah lama tidak buka blog. Tiba-tiba kak Nor tanya pasal PhD. :)

Kisah mahu buat PhD terlalu banyak masuk ke dalam episod hidup saya. Yalah, saya bukan A++++ student. Jadi, perlu buat ijazah sarjana dulu, barulah boleh buat PhD. Jadi, lepas dah dapat sarjana ni, asyik-asyik PhD saja disebut. 

Masa hari lahir saya pada tahun 2010, emak wish saya dengan mengatakan, "Kalau nak sambung PhD, kahwin dulu.". Saya yang masih single & available ketika itu menjawab, "Itu semua kuasa Tuhan. Kalau dia bagi PhD, Phd lah dulu. Kalu dia bagi husband, husband lah dulu."

Semasa viva, pemeriksa luar juga kata, "..teruskanlah....," sambil memuji kerja saya, "Susah nak cari orang yang sanggup mencerap kromosom banyak-banyak slaid". Selepas dapat skrol, saya pun email Prof. ini. Dia memang saya suka tengok. Hensem. Haha. Tapi, projek dia lebih kepada genetik molekul. Saya tak berapa gemar. Saya mahu cari projek sitogenetik juga, pleaseeeee.........

Azhani di US dan Farah Atiqah di UK sudah hampir 100 kali ajak buat PhD, sama-sama mereka di sana. Azhani cakap, "Sama je kerja dengan buat PhD. Kau kerja pun research-based jugak. Baik kau buat PhD." 

Kemudian, episod lain pula. Setelah mendapat skrol juga, emak suruh beri SMS pada pakngah, ucap terima kasih kepada dia kerana telah banyak membantu semasa belajar sarjana dulu. Setelah lama mengarang ucapan terima kasih, saya pun menghantar satu SMS. Dengan cepatnya, pakngah balas SMS saya. "PhD?". Apakahhhhhhh? Dan, sekali lagi saya pun mengarang SMS untuk balas semula soalan pendek pakngah itu.

Penyelia saya tak boleh kalu jumpa dia. Sejak dua tahun yang lalu, mesti cakap, "Dont forget to do your PhD". "Baik Doktor." jawab saya.

Bulan lepas, emak pergi rumah pakitam. Cakap-cakap pasal anak masing-masing. Pakitam pun cakap, "Fatimah tu apa tunggu lagi, sambung je lah PhD". Baikkkkkkkkkkkkkkkk.

Kemudian, saya cakap kat kakak lab tentang cerita dua pakcik saya itu. Tiba-tiba dia yang mengeluh. "Tak penat ker Siti? Asyik belajar jer?". 

Bulan lepas juga, jumpa orang sales yang jual barang kepada saya untuk projek sarjana. Dia ingatkan saya sedang sambung PhD di tempat kerja saya. Huh? Borak-borak sikit. Saya cakap, universiti-universiti baru sekarang  banyak buka skim latihan pensyarah, lebih-lebih lagi dalam bidang kesihatan ini. Saya agak berminat juga nak apply skim itu lantas dapat peluang sambung PhD. "Yes, good choice", kata Mr. Stanley itu. Erk.

Dan, pada sabtu minggu lepas, saya berkesempatan berborak dengan bos saya, Dr. W. "Go and get your next degree. Once you come back, the demand is higher." Agagagagaga. Baiklah.

Dan, tiba-tiba kak Nor tanya, dah daftar ke belum??? Jawapannya, beluuuum. 

Tapi, bila sebut nak buat projek PhD, musti teringat PSU, Hatyai. Ahhh, rindu. 

Sekian, selamat berhujung minggu. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...