Tuesday, September 30, 2008

Aidilfitri 1429H

Saya menulis setelah selesai bertakbir seusai maghrib dan isyak tadi.

Tammat sudah puasa Ramadhan tahun ini. Esok, bermula sambutan Syawal pula.

Baju raya saya sudah siap untuk dipakai, dengan niat mengikut sunnah memakai baju baru, berchanteks2, dan berwangi2an.

Owh, sesungguhnya, saya tiada idea untuk menulis dengan lebih panjang. Esok, jika diberi ilham dan kesempatan oleh Tuhan, saya akan bercerita sambutan Aidilfitri. Saya akan menyambutnya di Muar, sementelah kampung ibu dan kampung ayah kedua2nya di Muar.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan kepada semua para pembaca, terutama sahabat handai dan saudara mara;

"SALAM AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN"

Saya juga ingin menjemput rakan2 yang berkesempatan untuk hadir ke rumah terbuka (anjuran PakNgah saya) di rumah Sg. Mati ini. Mula jam 10 hingga 4 petang. Direction? Kuar tol Tangkak, belok kiri. Dalam masa 10 minit, jumpa traffic light simpang 4, terus tegak. Dah sampai. Huhu. Kalu nak datang hari lain pun boleh. Just SMS me. Saya akan pulang ke kampus selepas Subuh hari isnin. Insyaallah.

Sekian.

Thursday, September 25, 2008

the.day.you.wrote.it

it was
sept 23rd, 2008
i've found it
with 3 entries
u've started blogging?
seriously?

i felt "bengang"
bcoz u didnt tell me
but...
yeah...
we are not frenz...
but, then...
i feel "hebat" for myself
becoz
i've found it
by myself
but
seriously?
i've found it
the day u start blogging?

it is not called chemistry
it is just
a stupid "kebetulan"
but
seriously?
i've found ur blog
at the very first day
u write it?

i wish
"kita tidak melihat bulan yang sama"
so...
the day i've found ur blog
was not the same day
u've started write
the very first entry

i hate you...
seriously...

Tuesday, September 23, 2008

23092008

Saya sudah ada di rumah. Itu adalah salah satu sebab mengapa saya malas2an update blog. Lebih gemar nonton tv. Malam tadi, saya nonton satu citer Jepun kat ABO. Sangatlah hopeless romantic. Tajuk: Sky of Love. Teringat sekejap zaman matriks, zaman "langit biru, aku terharu". Haha.

Saya di rumah dengan abah dan emak sahaja. Adek2 saya yang lain belum pulang. Saya perlu pulang awal kerana sabtu yang lalu ada kenduri. Emak buat majlis khatam untuk umno cawangan as emak adalah ketua wanita umno bahagian. Majlis khatam ketiga yang saya hadiri. Huhu. Dan, ketiadaan kereta juga menyebabkan saya perlu pulang awal. Lagipun, mmg UKM sudah bercuti. Itulah seronoknyer jadi student, cuti tidak perlu dimohon, malah diberi. :)

Saya berasa teruja untuk menulis kerana ada beberapa orang kenalan saya mula menulis blog juga. Saya sangat ingin pautkan dalam blog ini. Tapi, saya punya satu rasa ketakutan. Negative-thinking sebenarnyer. Bahawa, mereka ini akan tidak lama untuk menulis. Nakkal betul saya berfikiran begitu, kan? Maafkan saya.

Maka, sudah saya pautkan apa yang perlu. Moga kalian akan terus menulis dengan baik.

Selamat menempuhi malam2 terakhir Ramadhan ini. Semuga bertemu "malam terbaik" itu.

Sekian.

Friday, September 19, 2008

Hari Lahir: 25

19 September 2008; hari lahir saya yang ke 25.

Saya cukup gembira kerana tahun ini Pengetua Kacak telah ucap selamat pada saya seawal jam 12.26 pagi; siap dengan smiley face. Hehe. Setiap tahun saya sangat menantikan ucapan daripada beliau. Sebab birthday dia 18 Sept, setiap tahun saya wish tepat jam 12. Jadi, bila tiba 19hb, saya akan tunggu dia wish saya pula. Haha.

Kenapa saya sangat gumbira? Sebab tahun lepas, Pengetua Kacak ucap selamat pada saya sangat lewat. Seharian saya menunggu dari jam 12 pagi hingga jam 12 pagi keesokkan harinya. Bila hati mula ingin merasa sedih, baru sampai ucapan daripada Pengetua kacak dengan ucapan maaf sebab dia sibuk meeting dengan TNC. Haha. Itu cerita tahun lepas. Tahun ini Pengetua Kacak tidak membiarkan saya menunggu lama. Maka, saya sangat gumbira.

Ya, saya juga sangat menghargai ucapan2 selamat daripada saudara-mara dan rakan taulan yang lain. Terima kasih semuanya.

Terima kasih juga kepada Celcom dan Maxis.
:D

Thursday, September 18, 2008

Utuh

Masih ingat gambar yang popular ini satu masa dahulu? Gambar masjid di Acheh yang utuh selepas bencana tsunami. Betapa gambar ini menunjukkan kekuasaan Tuhan yang Maha Besar.


Semasa saya membaca suratkhabar beberapa hari yang lalu, saya melihat gambar di atas. Gambar kesan daripada bencana taufan Ike. Teringat saya gambar masjid di Acheh itu. Semacam ada persamaan, kan? Berdiri utuh, walaupun yang lain telah hilang dimamah bumi.

Pasti ada cerita di sebalik rumah ini. Cerita yang pasti juga akan menunjukkan kekuasaan Tuhan yang Maha Esa itu. Jauh di sudut hati ini, kepingin sekali saya ketahui cerita itu. Sungguh.

Subhanallah!

Tuesday, September 16, 2008

Nuzul Al-Quran

Esok Selangor cuiti, sempena hari nuzul al-quran. Tapi, KL tak cuti. Musti KL sgt meriah dgn org2 Selangor. Cuti, yang sepatutnya memberi peluang untuk kita isi dengan bacaan tadarus, sempena mengingati hari turunnya al-Quran, akan diisi dengan kegiatan membeli-belah.

Tahun ini saya telah pergi ke dua majlis khatam al-Quran. Yang pertama pada hari sabtu yang lalu. Majlis oleh keluarga. Sanak saudara semuanya berkumpul di rumah pakcik. Selesai solat asar, kami membaca bersama2 juzuk 30 beramai2. Ayat2 lazim, baca secara individu. Saya kene baca surah Al-'Adiyah. Kemudian, sedikit tahlil. Berbuka bersama2. Maghrib, Isyak dan Terawih berjamaah (diselangi dengan nonton MU kalah, hehe). Kemudian, bersahur bersama2 sebelum pulang kembali ke rumah masing2.

Yang kedua, semalam, di kolej ada sedikit majlis. Tapi, lelaki sahaja yang baca ayat2 lazim itu. Kami, kaum perempuan, hanya dengar, semak, dan menyambut dengan membaca ayat2 terakhir itu.

Malam ini, ada sambutan Nuzul al-Quran di Masjid UKM. Ada ceramah. Insya'Allah saya akan pergi.

Saya memang rasa seronok dengan majlis2 ini. Entah kenapa, pada dua majlis khatam itu, saya terbayang, penuhnya malaikat memenuhi ruang yang ada. Semoga Tuhan merahmati majlis2 itu.

Sekian.

Monday, September 15, 2008

Kereta Emak

Wiken yang lalu ada majlis khatam family di umah uncle saya di Batu Caves. Setelah semuanya hampir selesai, ada ujian Tuhan melanda keluarga saya.

Semuanya sedang siap untuk pulang, tiba2 emak bertanya tentang kereta dia kepada adeks. Emak kata dia bermimpi di Mekah, keretanya hilang. Emak dan ayah saya baru pulang mengerjakan umrah pada hari sabtu itu, dan terus ke rumah pakcik saya. Kereta emak dalam simpanan adek2 saya yang tinggal di apartment. Disebabkan ketiadaan parking dlm kawasan apartment, kereta emak di letak di kawasan luar apartment.

Tiba2 adek2 saya yang kembar itu terkejut, lalu bertanya sesama sendiri. Setelah menelefon ke sana ke mari, jawapannya hampir pasti, HILANG.

Emak tidak terkejut sangat sebab dah mimpi. Tapi, abah agak marah. Dia dah suruh letak di UKM. Tapi, kami diam saja. Laporan polis pun dibuat.

Kehilangan, perkara yang perlu kita bersedia jika kita memiliki sesuatu, kerana semuanya tidak kekal.

Maka, di sini, ingin saya beritahu, jika sesiapa ternampak kereta waja berwarna beige, plat nombor JJL 177, maklumkanlah ke balai polis berhampiran.

adek2 saya bersama seorang rakan mereka bergambar di hadapan 177 yang kami kehilangan itu.

Friday, September 12, 2008

12092008

Saya sangat gumbira hari ini. Saya telah menjumpai blog cikgu saya di STF dulu. Cikgu Zul ini adalah antara manusia yang hebat yang dapat menggunakan otak kiri dan kanannya dengan begitu baik sekali. Dia mempelajari ilmu fizik dan dapat menyampaikannya semula kepada pelajar. Dan dapat juga mengaplikasikannya kepada beberapa ciptaan. Dan, dia juga telah menjadi penulis yang baik. Lihat di blognya, untuk melihat karya2 oleh beliau. Saya yakin banyak lagi karya yang tidak terbit. Dan, dia sedang menjadi pensyarah sambilan dalam bidang penulisan kreatif? Owh, its awesome, kan? Fizik dan penulisan kreatif bersatu dalam jiwanya. Tahniah, cikgu. :)

Dalam sibuk2 isu2 pelik di Malaysia, saya lebih suka melihat huru-hara di Thailand itu.


Saya berasa agak kasihan melihat PM nya itu, Samak Sundaravej. Isu di Thailand itu, adalah bila mana PM itu sangat suka memasak. Dia tidak dapat melupakan kecintaan itu walaupun dia telah menjadi Perdana Menteri. Dia bukan memasak hanya untuk isteri dan anak2, tetapi punya rancangan memasak sendiri. Akibat kecintaan dia itu, dia sekarang akan kehilangan kuasa Perdana Menteri.

Orang2 di Thailand itu macam marah kat Samak, sbb dia masih dibayar oleh syarikat tv itu, untuk rancangan memasak itu, sedangkan dia seorang PM. Mereka kata itu rasuah. Tapi, Samak kata itu adalah honorium. Huhu.

Adakah anda fikir dia masih masuk tv show itu untuk duit? Saya tidak fikir begitu. Saya rasa dia terlalu mencintai dunia masakan itu. Dia memang seorang tukang masak, lalu kempen jadi PM lalu menang. Saya pernah baca, dia datang Malaysia, lalu sempat ke pasar di KL, dan merasa beberapa makanan Malaysia.

Bagaimana kalu PM Malaysia ada rancangan memasak di tv pula? Haha. Kelakar jugaks, kan?

Thursday, September 11, 2008

.blogging.

Bukan mudah untuk maintain menulis blog rupa-rupanya. Kita hanya orang kebanyakan, bukannya ada setiausaha yang boleh menaipkan penulisan dan idea yang kita coretkan. Atau membuang segala spam, atau kata2 nista yang ditulis oleh orang2 yang tiada budi bahasa di blog kita. Maka, blogging menjadi perkara yang bukan mudah.

Semakin hari saya rasa semakin sedih dengan rakan2 saya yang tidak mengemaskinikan blog mereka. Namun, saya perlu lebih positif, kan? Buat apa difikirkan yang tiada. Bacalah yang ada. Tidak cukupkah dengan yang ada? Bukan, hanya merindui pemikiran mereka. Lain orang, lain gayanya, lain ideanya.

Saya harap rakan2 saya ini dapatlah menulis kembali. Memang alasan utama ialah sibuk. Lain2 alasan yang dinyatakan termasuklah tiada idea dan malas. Wahai rakan2, saya merayu, tulislah sepatah dua kata, sebagai pengubat hati yang luka.

Semalam, blog saya ini telah dikunjungi oleh tuan punya blog yang selama ini saya hanya membaca, tanpa pengetahuannya. Saya rasa gembira dengan kehadiran itu. Dia memang penulis yang baik dan kreatif. Daripada apa yang saya baca, dia digambarkan sebagai seorang yang baik, dan mampu buat rakan2 mengeluarkan air mata ketawa. Welkam here, abg kimi. :)


Kehadiran itu telah memberi semangat kepada saya, sementelah kesedihan saya melihat rakan2 yang telah mengelak untuk menulis lagi. Kedatangan itu juga telah menjadikan saya untuk lebih berhati2 dalam menulis. Tidak bolehlah saya tulis merapu2 lagi. Sebabnya, sudah ramai peguam2 yang handal dan bijaksana membaca setitisrasa ini. Owh!

Mungkin saya perlu lebih banyak menulis tentang kromosom saya, maka tuan2 peguam ini akan lebih berinformasi tentang ilmu perwarisan ini. Satu hari nanti, saya akan menulis tentang Hukum Mendel, maka mereka2 ini akan mulai kenal Gregor Johann Mendel pula. :)

Sekian.

Wednesday, September 10, 2008

10092008

Penat saya menunggu untuk kelas ganti petang ini, rupa2nya batal. Huh. Tidak sempat sudah jika ingin ke makmal. Esok ada kelas juga. Jumaatlah baru saya boleh ke makmal.

Saya tidak dapat memuat naik gamba2 atas sebab2 tertentu. Maka, kamu2 yang nak tgk gamba bayi2 rakan2 saya itu, bolehlah lihat di friendster mereka. Yus, Fatin, Irmazian. Saya upload satu gamba je lah. Gamba Amiza, si preggies. Hehe.

Famili saya akan mengadakan Majlis Khatam al-Quran pada hujung minggu ini. Saya sudah tamat membaca juzuk yang diberi, juzuk 14 bersama sepupu saya di ukm, hujung minggu lepas. Masalah saya sekarang ialah, saya ditugaskan untuk memberi tazkirah pada majlis itu. Walaupun ia tazkirah pendek, tapi saya agak buntu. Audiennyer adalah pelbagai lapisan umur, dari umur 70 tahun sampailah yang paling muda umur 1 tahun. Tahun ini tahun keempat, maka tahun2 lepas, yang basic2 sumenyer sudah dicakapkan. Saya tak bolehlah cakap ttg kebaikan puasa dari segi kesihatan. Sume orang pun dah tahu. Owh, people, help me. Owh.

Bulan september sudah masuk hari ke-10. Ramai kawan2 saya yang menyambut hari lahir pada bulan ini, terutama rakan2 di matriks dulu. Tapi, ramai yang dah tukar no phone, maka saya tak dapat nak wish ramai orang. Hari ni, 10 hb, sepatutnya ada 10 orang yang genap berumur 25 tahun. Huhu. Dan, semalam ialah hari lahir kawan baik saya. Erm, salah kot. Kawan yang PERNAH menjadi kawan baik saya. Terlalu baik. Terlalu. Selamat Hari Lahir. :)

Something keep bothering me. Saya tahu ia bersifat sementara. Tapi, saya rasa sungguh gundah gulana. *sigh*

Tiba2, saya sedar
sangat sedar
bahawa
saya yang sepatutnya pergi
jauh dari sini.
Maafkan saya,
kerana
menyuruh awak pergi.
Saya akan pergi
jauh
supaya nanti
awak tidak akan boleh muncul
walau sesaat pun
di depan saya.
Maka,
selepas saya pergi,
tiada satu alasan pun untuk awak muncul.
Walaupun ia atas nama kebetulan.
Kerana,
kebetulan yang lalu,
adalah amat memeritkan.

Saya akan pergi, selepas teduhnya hujan.
Saya akan pergi, selepas redupnya mentari.
Tetapi, saya tidak akan menunggu hadirnya pelangi.
Saya pasti akan pergi.
Pasti.


Friday, September 05, 2008

05092008

Akhirnya, saya sampai di makmal. Hoho. Sudah sebulan saya tidak ke sini. Berada di tengah2 kotaraya yang sesak ini. Owh, sgt sesak. Sogo sedang sale. Owh! SOGO sale!

Saya mohon maaf kerana tidak dapat menulis sejak 27 Ogos yang lalu. Sebelum menyambut merdeka itu, saya telah berjumpa dengan rakan2 saya, di rumah kawan saya, Yus. Yus baru sahaja melahirkan anak lelaki. Ada juga Fatin dan anaknya, Qaseh Qaisara. Dan, Irmazian sampai dengan anaknya, Amanina Syifa'. Amiza pula sedang mengandung 7 bbulan. Dengar kata, Azhani yang jauh di New York itu juga sedang mengandung 5 bulan. Huhu. Dia sengaja tidak mahu memberitahu kami. Mengapa saja kamu, Azhani? Bukankah mengandung itu satu perkara gumbira? Baby Yus tidur saje. Baby Fatin baby yang baik. Baby Irmazian sedikit suka menangis. Doktor cakap dia baby colic. Kesian jugak Irmazian. Namun, percayalah semua yang berlaku ada hikmahnya. :) Owh, Afzan juga selamat melahirkan anak. Tahniah! Maka, tinggal saya dan Rajihah sahaja yang belum. Anne, we miss you!

Saya menyambut kemerdekaan di bilik sahaja. Petang sebelum masuk bulan Ramadhan, sesuatu telah menyentap emosi saya. Saya sangat beremosi petang itu. SANGAT! Owh, pergilah berlalu memori pahit. Jangan datang walau sesaat pun. Saya cukup penat. Terlalu. Sudahlah, tidak mahu saya cerita lebih panjang lagi tentangnya. Dan, saya tahu saya terlewat. Tapi, Salam MERDEKA saya ucapkan. Better late than never. Huhu.

Kemudian, saya berpeluang berterawih di malam pertama Ramadhan. Entah kenapa Ramadhan kali ini cukup sayu bagi saya. Selesai solat, ada pelajar datang memberitahu satu perkara yang menakutkan. Satu orang jahat yang selalu (dapat) masuk ke asrama perempuan sudah mula merompak. Ia adalah perkembangan yang tidak baik. Gusar hati saya. Dan lagi, setelah 5 hari berpuasa, saya telah mimpi beberapa perkara. Risau juga hati ini. Semuga Tuhan memberkati sisa2 hidup ini. Owh, tidak terlalu lewat saya kira untuk mengucapkan Happy Ramadhan untuk semua. :)

Isnin, saya dan adek2 saya yang bertiga itu telah berbuka puasa buffet di Mines Hotel & Spa. Owh, sangat kenyang. Owh, sedap sungguh. Saya suka blueberry cheesecake di situ. Yummy. Owh.

Takziah kepada keluarga Pak Samad. Saya membaca2 beberapa karya beliau, malah sangat mencintai antologi cerpen "Ingin Jadi Pujangga" yang berada dalam simpanan saya. Kamu akan dirindui, Pak Samad.

Saya telah dapat mendatangkan diri ke makmal hari ini, walau lewat. Saya gumbira. Tapi, saya dilanda badai dalam perjalanan pulang. Dimulai dengan tayar kereta yang tiada angin, pancit, saya memberanikan diri memandu pulang dalam keadaan yang hujan dan penuh sesak. Sampai di stesen minyak, saya mengepam tayar. Melihat tayar sudah penuh angin dengan chanteksnya, saya memecut laju kereta dengan yakin. Tapi........

kereta di hadapan membrek mengejut. Brek kereta saya tidak berfungsi dengan baik, dan saya perasan ada asap2 terhasil dari tayar. Owh, sangat mendebarkan. Nasiblah kereta saya sempat berhenti, tidaklah melanggar kereta di hadapan. Apa sahaja dah berlaku pada tayar itu, terus sahaja saya memberhentikan kereta. Dahlah kat fast lane. Haha. Tapi, takde apa2 pun yang berlaku kat tayar itu. Tak kempis pun. Heh. Orang lalu lalang tengok jers. Saya call adek, tak dapat. Melihat keadaan tayar yang takde pape tu, saya teruskan pemanduan saya. Cuma tak boleh laju je lah. Dan, akhirnya saya selamat sampai. Owh.

To
Neila, Happy Birthday!

(maaflah, entri ini agak caca-marba. gamba2 akan diupload sementelah rajin. Haha)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...