Friday, December 31, 2010

Case from IMR with Love

Saya telah memberitahu emak saya, yang saya musti menulis tentang kes makcik ini.

Saya telah pergi latihan selama 2 minggu di IMR untuk Bone Marrow cytogenetics. Basically, kes-kesnya ialah daripada pesakit2 leukemia. Saya dengan riangnya belajar di sini selama dua minggu, menutup tahun 2010 saya dengan jayanya.

Namun, ada satu kes yang telah menjadi ingatan untuk saya di sini. Sepatutnya, pada hari Jumaat, para doktor tidak sepatutnya menghantar sampel. Namun, kadangkala, ada juga yang terlepas pandang lalu menghantar juga sampel. Sampel pada hari Jumaat hanya akan diproses pada hari Isnin, lalu akan mengurangkan kebarangkalian mendapat serakan metafasa yang baik, kadangkala tak dapat lansung.

Saya rasa macam sedih, sebab, ambil sampel bone marrow tidak seperti ambil darah periferi. Saketnya, amatlah saket.

Semasa hari Jumaat itu juga, saya telah membaca buku, lantas menemui kaedah mengkultur selama satu jam sahaja. Setelah berbincang dengan pegawai berkenaan, dia menggalakkan saya untuk mencuba pada hari itu. "Dulu2, pernah buat tapi sebab banyak sangat kes, jadi dah tak buat dah", terang pegawai tersebut.

Pada hari Jumaat itu, ada tiga sampel sampai. Tetapi kes yang satu ini memang menarek perhatian. Doktor perubatannya telah menghantar sendiri sampel tersebut, nun jauh dari Selayang. Tidak tahulah kenapa. Ya, doktor muda, dengan penuh semangat dan dedikasi. Saya dan orang lab, bisik2, mungkin itu ahli saudaranya. Mungkin.

Saya telah memilih untuk menjalankan teknik "1 jam" itu ke atas sampel tersebut. Terima kasih kepada Encik Faiz kerana sudi membantu. 

Pada hari Isnin berikutnya, adalah berdebar2 mahu mencerap. Ini kerana, sampel yang diberikan amat sedikit. Mula2, sudah rasa sedih, tapi tetap teruskan juga, namun bersedia untuk menerima kegagalan. Tetapi, akhirnya kami berjaya dapat spreads yang chantek2. Saya senyum lebar pada pagi Isnin itu. Terus mesej pegawai, walaupun dia sedang bercuti, jauh di negara Panda sana.


Kemudian, diteruskan dengan proses "aging" yang mengambil masa 3 hari. Jadi, hari Khamis yang lau, saya banding dan terus mencerap. Tiba2, jumpa interphase bentuk love. Haha. Like, perfect love. Mahu ambil gambar, tapi phone tertinggal kat kereta. Akhirnya, En. Faiz juga yang ambil gambar tesebut. Terima kasih, ya. Sebenarnya, ada banyak interphase makcik ini yang menyerupai bentuk love, yang senget, yang tebalik, sume pun ada. Tapi, gambar (sebelah kiri ini), semacam sempurna. :)


Saya telah susun hampir 20 spreads makcik ini, tapi tidak nampak apa2 aberasi.

Saya tidak kenal makcik ini. Juga tidak tahu apa yang berlaku. Dia pastinya seorang anak kepada seseorang. Mungkin juga seorang ibu kepada ramai orang. Seorang kakak, atau seorang adek. Hanya Tuhan saja yang tahu mengapa sampel sum-sum tulanya diberi perhatian sebegitu rupa oleh doktor dan orang makmal. Mungkin makcik ini telah banyak berbuat kebajikan. Mungkin makcik ini juga penuh dengan kasih sayang. Melimpah ruah sampai sel-sel dia pun bentuk love. Hehe. Her number is BM1688/10.

Di sini, saya mahu ucap terima kasih kepada semua orang di IMR yang sudi membantu saya dalam pembelajaran saya. Walaupun hanya 9 hari berada di sana, saya dapat merasa sebegitu banyak "kasih sayang" daripada sebegitu ramai manusia. 

Sekian. Selamat menyambut tahun baru dengan kasih sayang. :)

unedited picture, taken directly from microscope by En. Faiz.
updated on 6/1/11: disebabkan macam ramai je tak percaya, saya muat naik raw picture yang dimabil directly from microscope. Saya tak tipu, kan? :)

Monday, December 27, 2010

Penutup Majlis 2010 - Perjumpaan Anak2 Moyang Sebelah Abah

Walaupun kerja kawen sudah tamat, tapi hujung minggu yang terakhir tahun ini diakhiri dengan majlis hari keluarga yang besar.

Ini kali pertama keluarga abah mengadakan hari keluarga. Sebenarnya, bukan hari keluarga pun. Ia lebih kepada perjumpaan keluarga yang besar. Ya, memang sudah ada orang buat, menghimpunkan 300 hingga 500 orang, bukan kerja yang agak mudah.

Ini inisiatif keluarga Pak Ndak sekeluarga. Dia telah meghimpunkan keluarga sebelah ibu dan ayahnya beberapa bulan lalu. Jadi, dia mahu kumpulkan pula saudara sebelah ibu dan bapa mertuanya. Dan, pada krismas tahun 2010 ini, saudara sebelah bapa mertuanya dikumpulkan.


Bagi saya, ia perkumpulan sebelah arwah atuk sebelah abah. Perjumpaan yang dinamakan perkumpulan keluarga Abdullah dan Masyitah ini mensasarkan 300 kehadiran. Mesyuarat beberapa kali juga diadakan di rumah maklong. Tapi, kami anak2 tidak terlibat. Semua yang terlibat dalam mesyuarat ialah adek-beradek abah.

Atuk saya itu punya 10 adek-beradek. Huh! Dan dua daripadanya berkahwen dua, termasuklah atuk saya. Dia mempunyai 19 anak. Huh.

Mula2, Pak Ndak risau juga kerusi lebih banyak daripada orang. Tiba2, tak cukup kerusi pulaks. Kiranya yang datang ni semua sepupu -sepapat abah. Ada separuh yang tak datang. Tapi, yang datang ini mebawa segala anak cucu. Jadi, penuhlah 5 buah khemah yang ada.

Terlalu banyak untold stories to be heard that day. Ada yang tidak pernah berjumpa dalam 20 tahun ini, walhal kecik2 dulu main sama2. Arwah datuk saya dulu penghulu kampung, jadi bela ramai anak saudara. Tapi, bila dah besar ramai yang merantau. Itu sebab jarang berjumpa. Abah saya nangis banyak kali. Setiap kali ada saudara yang tiba, musti dia sebak. 

Ada beberapa perkara yang mahu saya catitkan di sini. Pagi2, masa pendaftaran, tiba2 ada pakcik tua datang. Dia perlahan2, keluarkan dua keping kertas yang telah siap ditulis salasilah keluarganya. Tapi, dalam tulisan JAWI yang chanteks. Made me miss my nenek. Huh. Nenek dulu tulis senarai barang2 dapur dalam jawi. :)

Abah berucap bagi pihak keluarga sekejap sahaja. Tapi, lepas tu abah cakap lagi. Hehe. Mula2, abah cakap tentang kembar. Ya, dalam family sebelah abah ada keturunan kembar. Ada adek beradek datuk kembar. Lelaki. Kemudian, uncle saya juga kembar. Lelaki. Kemudian, adek saya juga kembar. Perempuan. Abah pun sebutlah lagi beberapa pasangan yang kembar dalam keluarga besar itu. Abah cakap, kalu kawen nanti tiba-tiba beranak dapat anak kembar, janganlah terkejut sebab memang keluarga ni ada keturunan kembar. :)

Kemudian, abah cakap pula tentang salin tikar. :) Ada atuk saudara saya yang salin tikar dengan dua nenek saudara saya.

Mak saya, memegang erat carta salasilah yang disediakan. Setiap kali datang saudara-mara, dia terus tanya  abah ini yang mana satu. Abah pun tunjuklah sepupu dia yang mana satu. Hehe. Mak sudah lost count yang mana. Saya juga. Like, terlalu ramai. Owh, pastinya ada yang kacak juga. ;p

Keseluruhannya, ia adalah satu majlis yang berjaya. Ia, tidak akan dibuat setiap tahun, mungin 3 atau 5 tahun sekali. Yang pasti, semua pihak merasa syukur, terharu dan berterima kasih kepada pihak penganjur. Bagi pihak penganjur pula, sokongan mereka yang hadir cukup melegakan

Sekian majlis penutup untuk saya sepanjang tahun ini. Jumpa lagi di tahun hadapan. 2011. 


Tuesday, December 21, 2010

Penutup Kenduri Kawen 2010

Last week, saya telah ke kenduri kawen yang terakhir bagi tahun 2010 ini. Kenduri kawen Nizam, di Bertam Jaya, Melaka. Takdelah jauh sangat, encik KBH. Dalam satu jam setengah sampailah.

Ramai yang kawen tahun ini. Saya pergi kenduri Idayu, Awis, Nadia, Ema, Aril, kak Ad, dan Nizam. Ada lagi rasanya, tapi tak ingat. Nanti tulis lagi. Banyak juga yang saya tak dapat hadir. Banyak sangatlah. Especially, kawan2 sekolah.

Semasa dalam perjalanan, sempat juga saya mengira rakan2 yang belum kawen, yang wajib saya hadiri. Tidak ramai, tak sampai sepuluh pun. Tapi, itu kawan2 lama. Kawan2 sekolah dan kawan dekat uiversiti. Kiraan kurang dari sepuluh tidak termasuk kawan2 baru dan kawan2 akan datang terutama kawan2 di tempat kerja.

Nizam ini, kawan saya di UKM dulu. Sama2 gaduh, sama2 kerja keras. Haha. Pelik betul Nizam asyik cakap, "I am a married man" pada hari itu, walaupun duduk sebelah mak mertua. Apsal entah.



Juga maafkan saya kerana gambar di atas menunjukkan seperti saya terlalu gembira. Apsal entah.

Tahniah kepada semua rakan2 yang telah mendirikan rumah tangga. Semoga kekal hingga ke akhir hayat.

Wednesday, December 15, 2010

Wiken yang Lepas


Kena tulis tentang wiken yang lepas, kerana wiken ini ada cerita lain pula. 

Wah, teruk betul saya sekarang ini. Mahu jadi blogger tetapi tidak mahu ambil gamba sendiri. Kamera pun kongsi2 dengan adek. Huwaaa. Nangis guling2, tak sedar diri umur dah tua. ;p

Last wiken bermula dengan general meeting yang panjang berjela2 pada hari jumaat. Juga ada penerangan tentang test baru yang akan ditawarkan tahun depan. Ia berkaitan tentang pengesanan cervical cancer. Lepas tu, ada sesi fotografi. Kemudian, makan2 yang enak. Kemudian, sambung buat keje. Die.

Nadia datang rumah sebab nak tumpang pegi kenduri Ema. Huhu. Rumah huru-hara. Kemas2 umah barulah siap2 mahu bertolak pulang ke Muar. Dalam dok sebok2 kemas, sempat juga menjengah ke MukaBuku. Tetiba, dapat tahu Anif di Ledang. Ya, dia perlu singgah ke rumah besar itu ;p

Sampai lambat, kene marah dengan emak. Nadia ulang2 cakap "muzium". Hehe. Tetiba, saya tak boleh tidur, sampai jam 4.30 a.m! Gilos. Bangun pagi, solat, terus call Anif. "Sila singgah rumah, breakfast!".

Anif dan kawannya yang suka main kucing itu datang makan mee goreng emak dan pengat keladi abah. Sedap betul. Hehe. Selesai melawat umah, dia pun pulang. Saya dan Nadia siap2 ke JB. Kami berjaya sampai ke rumah kawan kami itu tanpa bantuan peta pun. Riang.


Ema sangatlah chanteks dan sangatlah kurus. Jumpa Awis dan Fadly dan pasangan masing2 di sana. Makanan lazat2 dan pelbagai. Sangat seronok sebab dapat jadi tol dan dapat banyak duit syiling lepas tabur2. Hehe. 

Kami perlu bergerak apabila jam sudah menunjukkan jam 3. Saya ada Family Day opis di PD!

Singgah makan eskrem Baskin Robin di RnR Machap adalah blissful!

Saya tinggalkan Nadia di tol PD. Kemudian, sorang2 carik hotel. Hoh! Mereka semua sedang bbq bila saya tiba. Kemudian, tunggu adeks tak kunjung tiba. Urgh. Ya, adeks saya join famliy day di sini.

Terlalu letih, saya tidur. Adeks saya pergi berfoya2 dengan bos-bos saya. Huhu.


Esok pagi main sukaneka. Kesian bos cedera parah selepas jatuh semasa main lari dalam guni. Adek pun jadi pengganti. Dapatlah nombor dua kumpulan kami. Kemudian, acara mahu dapat iPad. Huhu. Nama saya naik untuk top10. Kemudia masuk top 5. Kemudian masuk top3. Owh, mendebarkan. Tapi gagal. Haha. 

Gagal dapat iPAd tak bermakna gagal dalam hidup, kan?

Saya pun pulang membawa dua orang despatch yang kepenatan giller. Mereka sangatlah gigih bermain. Semua permainan malam tadi pun mereka menang. Mereka tidur sejurus selepas kenyang lunch.


Penat sungguh tapi, selesai sudah satu bab. Next chapter pula. :) Eh, gamba2 beberapa hari nanti, ya. 

Sekian.

*upload gamba on 27/12/2010

Wednesday, December 08, 2010

Maal Hijrah 1432 & Kepercayaan pada Tuhan

I really want to update my blog today. Badly.

But, i need to redo my literature review on subtelomeric region. Dan, seperti biasa, lebih banyak baca, lebih banyak tak tahu. And, being me, lebih banyak gambar i need for better understanding. And, colorful diagram, please.

Memang seronok belajar tentang kromosom ini. Beberapa hari yang lalu, saya telah mendengar rancangan "Tanyalah Ustaz" di TV9. Ustaz itu kata ada seorang atheist telah mempercayai adanya Tuhan selepas mengkaji tentang DNA.

Professor Antony Flew, a prominent British philosopher who is considered the world's best-known atheist, had declared, "What I think the DNA material has done is show that intelligence must have been involved in getting these extraordinarily diverse elements together. The enormous complexity by which the results were achieved look to me like the work of intelligence." (There is a God: How the World's Most Notorious Atheist Changed His Mind)
Dia tidak boleh melihat adanya Tuhan dengan hanya melihat langit yang tidak bertiang itu. Tapi, akhirnya dia mengaku "kalah" atau "salah" kerana terlalu amazed dengan chanteknya susunan DNA itu. Jika seorang atheist boleh menjadi theist, maka saya yang percaya Tuhan itu Maha Esa, perlulah banyak2 bersyukur diberi peluang belajar dalam2 tentang DNA dan kromosom ini. Cerita bagaimana DNA menjadi kromosom memang seronok untuk dipelajari dan dilukis2kan. Ia satu cerita yang panjang, tapi ditengah2 cerita, anda akan jumpa "sejambak bunga ros"

Ya, rantai DNA yang panjang itu akan melilit2, sampai satu tahap akan membentuk rosette, sebelum seterusnya menjadi kromosom. Saya tak sempatlah carik gambar/ video yang chantek menarek. Kalu dah jumpa, nanti saya tampal di sini, ok?

Saya ada banyak mahu tulis. Tentang pemeriksaan kesihatan. Tentang projek cucuk tanam saya. Tentang obsesi baru saya. Tapi, semuanya perlu ambil gambar. Itu sebab belum menulis.

Saya akan berusaha lebih sedikit untuk tulis2 di sini.

Sekian sahaja buat kali ini. Salam Maal Hijrah dan selamat berhijrah! :)

Wednesday, December 01, 2010

Wordless Wednesday 011210

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...