Sunday, June 21, 2009

Kromosom Y

Saya pernah membenci kromosom Y. Awal2 dahulu, semasa mula2 belajar mengenal dan menyusun kromosom manusia ini, saya rasa terlalu geram dengan kromosom Y. Ia terlalu kecil untuk menjadikan lelaki sangat gagah dari segi fizikal. Heh! Saya akan membenci, lebih2 lagi jika sedang bergaduh dengan (bekas) teman lelaki. Haha. Slap me. Dush!

Tetapi, pada minggu lepas, perasaan saya telah berubah. I'm in love with the Y. Haha.

Ini terjadi setelah saya dan rakan sama2 berjaya menjalankan Q banding. Rutin harian kami ialah G banding. Tetapi, ada satu kes yang telah menyebabkan kami diarahkan membuat teknik yang lain. Pesakit ini ada extra material berupa Y. Tetapi, tidak dapat dipastikan dengan teknik rutin.

Teknik Q banding akan menjadikan kromosom Y seperti bercahaya, lebih daripada kromosom yang lain.

Saya telah berpeluang untuk mencerapnya. Dan, ternyata saya sangat seronok. Lebih2 lagi pada slaid percubaan, di mana lelaki tersebut mempunyai giant Y. Ini bermaksud Y nya bersaiz besar. Tetapi, tidaklah ia bermaksud apa2. Owh, masih terbayang2 lagi sinarannya. Ahaha.

Memang Y sangat comel dan sangat senang untuk dikenali dalam mana2 teknik penjaluran pun. Ini kerana kawan padatnya terletak di bahagian bawahnya, berbeza daripada semua kromosom yang ada. Maka, budak baru belajar pun akan mengenal Y dahulu berbanding kromosom lain, selain kromosom satu yang paling besar saiznya.

Lihatlah gambar2 yang ada. Yang paling bersinar dan kecil itulah Y. Saya sangat suka sampai saya cantumkan semua gambar yang saya ambil untuk letak di sini. Haha. Sila klik untuk melihat dengan lebih jelas.


Owh, mahu tahu tentang pesakit itu? Dia telah berkahwin dan belum mendapat anak. Setelah dijalankan semen analysis, didapati keputusannya ialah severe OATS. Maka, doktor suruh buat chromosome analysis pula. Tapi, setelah dijalankan teknik2 penjaluran, ternyata ia bukan Y. Maka, perlu buat teknik whole chromosome painting, di mana mewarnakan seluruh bahagian kromosom itu untuk mengetahui dari mana datangnya material itu. Malangya, teknik itu tidak dapat dilakukan di makmal LPPKN.

Setelah diberi kaunseling, pesakit itu hanya mahu fokus untuk mendapatkan anak yang normal. Maka, dia lebih berminat untuk menjalankan PGD. Dia agak kaya, maka tidaklah sukar baginya untuk melaburkan wang untuk mendapatkan zuriat. Tetapi, yang menjadi kemusykilan kami, dia turut mengatakan kakaknya yang telah berkahwin juga belum mendapat anak. Dua orang adeknya belum berkahwin, maka tidaklah diketahui status kesuburan mereka.

Yeah, i'm obses in that way. :P

SEKIAN.

Wednesday, June 17, 2009

Dakwah

Saya sudah pindah ke tempat baru lagi. Ya, dalam masa tak sampai sebulan, saya pindah lagi. Tapi, saya redha. Lagipun, selepas melihat keadaan tempat baru, saya rasa, tempat ini lebih baik. Yang menjadi masalah pada saya ialah sewa tempat letak kereta yang mahal iaitu RM150 sebulan. Huh, habis duit makan saya.

Sebelum saya masuk, saya telah jumpa dengan bakal housemates saya. Dua orang melayu dan seorang India. Tetapi, apabila saya pindah masuk, lain pula ceritanya. 3 orang rakan saya ini sedang bercuti semester, sementelah projek mereka tidak dapat dijalankan semasa cuti. Tetapi, saya mendapat seorang lagi housemate. Primmala namanya.

Kakak ini dari Thailand. Dia sdg mengaji PhD dalam bidang farmasi. Dia perlu melakukan kerja makmal di UKM untuk tempoh 3 bulan.

Pada mulanya, saya tidak merasakan kelainan. Saya menerangkan tentang Malaysia dan UKM dengan baik. Huhu. Tapi, saya mula rasa lain sikit bila dia tanya "What is this?" dengan merujuk kepada tudung yang saya pakai. Ya, dia bertanya kepada saya pada hari pertama saya berkenalan dengan dia.

Kakak ini seorang beragama Budhha. Dia berasal daripada selatan Thailand, Kong Khan. Di sana, penduduk Muslim sangat kecil bilangannya berbanding selatan Thailand. Oleh itu, pengetahuannya tentang Islam sangat kurang.

Saya perlu menerangkan banyak perkara kepadanya. Saya ajak dia pergi shopping, tapi selepas solat. Maka, dia bertanya tentang solat. Saya terangkan lagi. Dan dia bertanya lagi. Tentang azan, tentang masjid.

Saya berpuasa Isnin dan Khamis. Dan, dia bertanya lagi. Tapi, masuk minggu kedua perkenalan, saya tidak dapat berpuasa sunat, lantaran lapisan rahim saya runtuh. Maka, dia bertanya lagi.

Ya, saya menjawab. Sekurang2nya saya cuba menjawab dengan baik. Ya, saya menjawab dalam bahasa Inggeris. Saya menerangkan tentang Islam dalam bahasa Inggeris. Ia agak susah bagi saya. Sebab, saya tidak pernah belajar tentang agama Isalm dalam bahasa ini. Dan lagi, dia seorang yang pintar. Ya, dia sedang mengaji PhD. Sifat suka bertanya itu memang sudah ada dalam dirinya.

Tidak pernah saya terfikir saya akan melakukan perkara sebegini.

Selama ini saya hanya membaca atau mendengar. Cerita2 tentang non-Muslim bertanya tentang Islam. Saya membaca perjalanan dakwah abang Suhail yang kini berada di China. Saya juga membaca catatan cikgu saya, Cikgu Zul, yang juga terlibat dalam aktiviti ini. Satu cerita yang saya pernah dengar dari mak usu saya ketika dia ke Korea. Dia ke sana berdua dengan seorang lagi rakannya yang free-hair. Seorang non-Muslim bertanya kepada mak usu saya tentang tudung. Bila ditanya kepada rakannya pula, rakan itu menjawab; "I choose not to wear". Itulah antara yang saya baca dan yang saya dengar.

Sekarang, saya pula memulakan catatan saya tentang perkara ini. Sekurang2nya untuk 3 bulan. Apabila berada dalam situasi ini, saya cuma mahu memberikan jawapan yang baik dan betul. Belum lagi niat saya untuk mengajak dia "masuk" Islam. Cuma, saya tahu, dengan percakapan dan perbuatan kita seharian2 ini, jika dilakukan dengan baik, juga merupakan method dakwah yang baik dan jelas.

Saya benar2 merasai sesuatu dengan pengalaman dan kehidupan baru ini. Segala perbuatan dan percakapan saya dirasakan perlu dilakukan dengan baik. Kerana, saya sedar bahawa saya adalah antara sumber utama untuk dia mengenali agama yang indah ini, selain daripada rakan di makmalnya juga seorang Muslim dari Indonesia, serta bahan2 bacaan dan internet.

Oleh itu, saya mohon doa dari kalian, semoga saya dapat melakukan perkara ini dengan baik. Saya sudah mula mencari buku2 supaya dapat memberi saya idea untuk menjawab persoalan2 yang diajukan kepada saya.

Dan, saya juga sangat sedar bahawa betapa beruntungnya masyarakat di Malaysia ini, dari segi sosial dengan kepelbagaian kaum dan agama.

SEKIAN. Doakan saya. Terima kasih.

Thursday, June 11, 2009

Ramai Anak

Sebelum memulakan entri ini, saya ingin beritahu yang saya sudah sangat penat dengan ketiadaan talian internet di bilik. Sesiapa yang baik hati, silalah adakan talian tanpa wayar ini di kawasan saya tinggal. Huh. Saya sangat penin bila ada banyak perkara dalam kepala otak dan perlu menulis, sampai satu tahap, tak boleh tidur, maka menulis apa yang ada dalam buku. Haish.

Beberapa hari yang lalu, saya berkesempatan menonton satu talk show di waktu malam yang hening. Rancangan ini menjemput satu orang lelaki yang bergelar ayah kepada 10 orang anak. Dia nampak masih muda. Isterinya tidak dapat bersama kerana outstation. Dia datang bersama 8 orang anak2nya, dan 2 orang anaknya yang lain menuntut jauh di perantauan. Dia ada anak berusia lingkungan 20 hingga 2 tahun. Mereka turut mepunyai 2 orang anak kembar lelaki.

Berikut jawapan2 kepada persoalan yang dilontarkan kepadanya, yang saya kira sangat tepat. Saya kagum dengan kebolehan encek ini menjawab semua persoalan yang diberi.

S: Siapa yang mahu anak ramai? Bagaimana boleh mendapat anak yang ramai?
J: Sebenarnya, saya dan isteri saya kawen muda, dalam usia kami 19 tahun. Kami lambat dapat anak. Isteri saya pun kata, "Kalu Tuhan mahu bagi anak 10 pun saya sanggup". Maka, saya rasa Tuhan telah memakbulkan doa isteri saya.

S: Benarkah orang kata, anak2 ini rezeki?
J: Sangat tepat sekali. Kami bermula dengan tiada apa2. Apabila mendapat anak2, anak2 telah membawa rezeki kepada kami.


Enchek tersebut adalah seorang yang bekerja dalam bidang IT, yang terlibat dalam SMS DAPAT. Ya, nampaknya, dia seperti seorang yang berjaya.

S: Apa yang seronoknya mempunyai anak yang ramai ini?
J: Erm, yang bestnyer, kita boleh buat trial & error. Kalu buat sesuatu itu pada anak ini tak jadi, kita buat pula yang lain kepada anak ini, tengok pula bagaimana hasilnya. Haha.

S: Bagaiman dengan pelajaran anak2? Yalah, sekarang semua maklum dengan kos pendidikan yang semakin meningkat.
J: Owh. Saya buat begini. Setiap kali seorang anak saya lahir, saya kan beli hartanah, selalunya rumah. Kemudian saya sewakan. Duit itulah yang akan membiayai anak itu. Itulah rezeki untuk dia.
S: Owh, maksudnya, lahir jer anak, terus beli, bukan dah nak masuk sekolah baru beli hartanah?
J: Ya. Jadi sempat mengumpul untuk anak tersebut.

S: Bagaimana pula meluangkan masa dengan 10 anak2 ini? Ada orang yang 4 orang anak pun dah tak sempat melayan, inikan pula 10 orang?
J: Saya akan pastikoan solat berjemaah. Pada masa itulah sedikit perbincangan akan dilakukan. Kemudian, kami berhubung memalui facebook. Semua perlu mengemaskinikan profil facebook masing2 terutamnya anak saya di Tokyo dan Kota Bharu itu. Maklumlah, mereka sudah jauh dari keluarga.

Itulah kelebihan mempunyai ayah yang bijak dalam bidang IT ini. Semua kemudan teknologi digunakan sebaik mungkin.

S:Bgaimana pula pergi bercuti dan melancong?
J: Owh, kami naik kereta besar. Tapi kami tak duduk hotel. Kami bina khemah sendiri. Kalu hotel ada lima bintang, khemah kami, boleh nampak beribu2 bintang.
S:Kenapa tak suka duduk hotel?
J:Saya tak suka terikat dengan masa untuk check in dan check out. Biasanya, kalu balik kampung, kampung saya di Johor, dan kampung isteri di Kedah, maka kami kan singgah seberapa banyak tempat yang boleh sepanjang perjalanan. Maka, perjalanan dari Johor ke Kedah mengambil masa seminggu. Kami pergi kebanyakkan tempat tak kira pantai atau taman negara.

S: Bagaimana pula dengan masakan? Selalunya Berapa banyak kalu pergi membeli belah barang dapur untuk sebulan?
J: Biasanya tiga troli penuh. Untuk masak, isteri saya suruh mereka masak sendiri.
S: Wah, begitu rupanya. Siapa kat sini yang masak sedap?
(Maka, satu orang anak lelaki dia pun mengaku)
J: Ya, saya suka memasak untuk orang.

S: Apa nasihat enchek kepada orang2 yang nak anak ramai?
J: Memang bukan mudah untuk menjaga anak yang ramai, tapi ada caranya. Dan, jika mahu anak yang bijak, kena bermula dalam rahim. Banyakkan membaca semasa mengandung dan buat latihan matematik yang susah2. Kalu ibu banyak berfikir, si anak dalam kandungan juga turut sama akan berfikir.

Saya memang sangat kagum dengan enchek ini terutamanya dengan pengurusan pendidikan anak2nya. Saya tahu bukan semua orang mampu membeli hartanah, tetapi apa yang kita boleh belajar daripada enchek ini ialah kita perlu membuat sesuatu untuk anak2 itu. Bukan sambil lewa sahaja, dan menganggap semakin banyak anak semakin beban, semakin sedikit benda untuk dimakan.

Cuma, saya kurang gemar fakta membuat latihan matematik semasa mengandung. Saya ada baca juga somewhere tentang perkara ini. Tapi, bukanlah anak guru matematik tambahan yang paling cemerlang di dunia ini. Bukan, kan? Tiba2 teringat Pak Yem, guru matematik sekolah saya. Haha.

Friday, June 05, 2009

Si Pembuat Batu-bata

Ini ada satu kisah. Kisah tentang seorang pembuat batu-bata.

Diceritakan ada seorang lelaki. Tidaklah pandai, tidaklah bijak. Maka, yang dia mampu, hanyalah menjadi seorang pembuat batu bata di kilang berhampiran rumahnya. Dia mula membuat batu bata sejak tamat sekolah sehingga sekarang. Dia sudah punya anak bini.

Dia tidak jemu2 menjadi seorang pembuat batu bata. Siang dia bekerja. Malam dia mengaji. Sudah ada anak, dia mengajar anak mengaji. Maka, anaknya pandai mengaji.

Anaknya sudah besar panjang. Tuhan memberi rezeki padanya. Anak dia dapat masuk sekolah tinggi. Masuk universiti.

Hari ini dia menghantar anaknya masuk universiti di ibu kota. Hanya mereka berdua sahaja pergi, menaiki bas. Isterinya tinggal di rumah menjaga anak2 yang lain. Setelah turun daripada bas, telah masuk waktu Subuh. Selesai solat 2 rakaat dan berdoa, dia mangambil teksi untuk terus ke universiti. Perasaannya bercampur baur.

Pagi yang damai itu mula sesak dengan kehadiran ramai manusia menghantar anak masing2 masuk universiti. Sebaik sahaja masuk ke kawasan kampus, si pembuat batu bata itu tiba2 tersentak melihat bangunan2 di kampus tempat anaknya akan belajar itu. Ya, bangunan2 itu. Hatinya tiba2 menjadi sangat syahdu. Sangat. Terlalu.

Bangunan2 itu bangunan2 yang dibina 20 tahun yang lalu. Terlihat susunan batu bata itu. Dia kenal akan warna merah batu bata itu. Malah, dia dapat merasai bau batu bata di situ. Batu bata yang disusun sehingga menjadi bangunan2 tinggi, menjadi saksi ketinggian ilmu manusia2 di situ.

Tanpa disedari dia sedang mengusap2, merasai kasarnya batu bata itu. Anaknya telah ditinggalkan sementelah sibuk menguruskan pendaftaran. Ya, dia terasa begitu terharu melihat batu bata itu. Kerana, itulah batu bata yang dibuat sendiri dengan dua tangannya. Dia sangat pasti. Terlalu pasti. Warna merah dan kukuhnya tanah liat yang dibentuk untuk menjadi blok-blok bata yang kukuh itu.

Apa saja yang dia boleh berkata kepada Tuhannya. Dia sangat bersyukur. Tuhan telah memilih batu bata yang dibuatnys untuk membina lembah ilmu. Bukan calang2 ilmu, malah himpunan ilmu2 tinggi. Dia sangat bersyukur, kerana doanya telah makbul.

Setiap hari dia berdoa, semoga dia mampu menjadi orang yang berguna kepada agama, bangsa dan negaranya. Melihat susunan batu bata di situ, dia pasti dia telah menjadi seseorang yang berguna itu. Tuhan telah memilih hasil tangannya. Dia tidak mampu doktor, mahupun seorang guru sekolah. Dia hanya menjadi seorang pembuat batu bata.

Yang dia tahu dia menjadi pembuat batu bata yang ikhlas pada siang hari. Dan, malamnya, dia berdoa dengan ikhlas. Ya, seiklahs hati. Dia menyerahkan hatinya kepada Tuhannya.

Hari sudah lewat petang. Anaknya akan ditinggalkan bersama batu bata di situ. Dia akan pulang ke rumah dengan senang hati. Dia mahu bercerita dengan isterinya. Batu batanya berada di lembah ilmu. Akan menjadi saksi ketinggian ilmu anaknya satu hari nanti.

Sekian saja cerita tentang seorang pembuat batu bata.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...