Thursday, May 21, 2009

Rahsia

DEATH. It comes to everyone, and with it go our secrets, never to be resurrected.

Ahaha. Anda ada rahsia yang akan dibawa sampai ke mati? Yang takde orang akan tahu sampai bila2 pun? Ya, saya ada rahsia sebegitu. Huhu.

Shonda, orang yang bertanggungjawab ke atas Grey's Anatomy tidak mahu ceritakan apa2 pun yang dia bayangkan tentang semua karakter yang dia telah cipta dalam cerita itu. Dia cakap, ada orang kata kat dia, bagitahulah apa yang dia akan buat untuk cerita tu, nanti kalu tiba2 dia mati kene langgar bas, takde orang yang tahu apa2. Dan, dia masih tak mahu cakap apa2 juga. Lantaklah nak jadi apa pun. Ahaha. Peninlah macam tu, kan? Kalu betul dia mati sudden death, musti hantu Shonda akan ikut orang yang ganti dia tu. Kemudian, kalu tak betul dengan apa yang dia nak buat, musti dia ganggu2 those people nanti. Haha. (Baca di sini, untuk temuramah itu)

.Out of topic.

Atie, rakan saya tulis entri lara hari ini. Ya, jiwa saya juga masih lara. Entah kenpa saya masih . Entahlah. Penatlah. Tapi, this is not the first time melara jiwa begini. Saya tahu saya akan melepasi fasa ini. Cuma masa yang akan menentukan. Cepat atau lambat. Sesaat atau dua saat. Sehari atau seminggu. Haish.

Dan, owh people, saya sudah tahu keputusan American Idol, wpun masih tak tengok lagi persembahan mereka.

Sekian. Selamat malam Jumaat. :)

Tuesday, May 19, 2009

Pak Guard

Saya menghormati pak guard. Tidak pernah saya mahu marah2 guard tak tentu pasal. Guard ada di mana2 sahaja. Di asrama. Di bank. Di makmal. Guard biasanya lelaki. Dan, semestinya, ada banyak keysah tentang guard ini.

Semalam, satu kejadian buruk berlaku antara saya dan pak guard. Saya pulang sudah jam 6.30 ptg. Disebabkan saya puasa, saya agak letih dari kebiasaan. Tempat saya park kereta di luar pagar telah diisi dengan kereta lain. Jadi, saya pun terus masuk ke dalam kawasan asrama. Di tempat baru saya ini, pelajar tidak boleh meletak kereta di dalam kawasan asrama kerana kawasannya terlalu kecil. Terlalu. Maka, hanya staf sahaja yang boleh meletak kereta di dalam kawasan itu.

Petang semalam, sudah tiada kereta di dalam kawasan itu. Hari2 sebelumnya, saya sudah pernah letak kereta di dalam kawasan atas budi bicara guard yang bertugas. Saya amat berterima kasih dengan mereka.

Tapi bukan pak guard semalam. Dia bengis. Saya tahu kadangkala ada guard yang suka tunjuk garang supaya pelajar takut. Makanya, saya cuba senyum lagi dan mintak maaf. Lagipun, ada kereta di luar itu, bagaimana mungkin saya mahu park di tempat itu. Huh.

"Kalu empat2 tayar kete kamu pancit, jangan salahkan saya". Saya hanya merenung dia sahaja. Saya puasa. Saya sudah letih. Saya adalah sangat malas mahu gaduh. Saya berlalu pergi sahaja. Saya katakan, esok saya hantar surat kepada Pengetua mohon kebenaran. "Kenapa mahu hantar esok? Kenapa tak hantar awal2 lagi?" Marah pak guard itu.

Kemudian, dia berlalu pergi untuk membuka suis lampu stor di kawasan belakang. Saya pun berlalu pergi ke bilik saya. Tapi, dia terus marah2 dan terus ke arah kereta saya. Pak guard itu terus membongkok ke tayar, membuka pin tayar, terus mengeluarkan kunci dari poketnya untuk menekan kepala angin tayar kereta saya. Angin pun keluar sepoi2 bahasa dari tayar saya.

Saya menjerit dan kembali semula ke kereta saya. "Baiklah, saya call Pengetua sekarang". Huh. Pengetua tak jawab call saya pulaks.

"Pakcik, saya bukan tak nak park kat luar. Ada kereta lain tu". "Oklah, pukul 8 nanti kau tengok, kalu kete tu dah kuar, kau park situ". "8.30 lah pakcik. Saya puasa ni. Saya nak buka puasa dulu". Jawab saya, lemah.

Mengalir juga air mata saya menahan marah dan sedih tadi. Huh.

Hampir jam 9 juga saya keluar. Saya decide untuk park saja di atas divider sementelah masih ada kereta di tempat sepatutnya saya park. Berdebar juga saya naik di atas divider itu sbb ia agak tinggi. Sebelum berlalu pergi, saya spray pepper spray saya di semua pin tayar kereta saya. Ya, saya bersangka buruk terhadap pak guard itu. Lagipun, shift keje dia abis lambat, jam 11.

Owh, pengalaman ini sangat menunjukkan tahap budi bicara pak guard itu sifar. Kosong. Negatif mungkin. Bagaimanakah cara untuk menghadapi orang2 yang sifar budi bicara begini? SABAR itu sangat penting. Huh!

Sunday, May 17, 2009

17052009

Saya menulis di komputer yang terletak d FSKB yang dikhaskan untuk kakitangan melapor diri. Maafkan saya, tetapi saya sedang terlalu rindukan talian tanpa wayar ini. Owh.

Saya ke HUKM tadi, tapi gagal mendapat talian di situ. Rupa2nya perlu mendaftar dengan HUKM dahulu. Hampir2 saja saya ke Bangi. Tapi, saya pulang, dan di sini saya berada, di UKM kampus KL ini. Disebabkan mahu sangat menulis, maka saya menulis lagi.

Perasaan saya bercampur baur sekarang. Terlalu takut, mungkin. Entahlah. Saya baru sahaja menatap beberapa akhbar, dan ia menambah lagi kegusaran. Tapi, hidup perlu diteruskan. Sehingga hidup itu tammat.

Pada teman2 rapat saya, mungkin mereka tahu apa yang sedang saya alami. Tapi, yang sebenarnya, hanya saya sahaja yang mengetahui segala apa yang berlaku ke atas diri saya. Ya, segala yang berlaku adalah atas diri saya sendiri. Bukan kerana orang lan. Tapi, hidup kita ini adalah saling berkaitan. Kita tidak hidup berseoranan walaupun kadangkala kita merasa sepi. Kita membeli makanan di gerai, bukanlah robot yang melayan. Di pasaraya juga, kaunter masih diuruskan oleh Homo sapiens. Pernah saya ingin mengejar masa, tetapi, kaunter yang dijaga oleh budak baru itu buat hal pula. Maka, tiba2 saya terikat pada hubungan customer-cashier itu. Ia buat saya marah. Tapi, mungkin pada masa itu, saya memilih untuk tidak marah. Maka, tidaklah saya marah. Huh.

Membaca akhbar Metro sepintas lalu tadi, membuatkan saya kembali mengingati manusia2 di zaman lampau saya. Saya terlalu gusar. Tapi, saya sentiasa sedar, semua orang menghadapi masalah. Kita sangat tidak akan boleh lari daripada masalah. Kita perlu menghadapi masalah itu. Tuhan Maha Adil.

Membaca artikel DCCK hari ini pula, menjadikan perasaan saya lebih bercampur baur. Manusia, unpredictable. Cinta itu buta. Kasih sayang yang tidak mengenal sempadan. Pernah saya tanya pada seseorang, adakah dia akan maafkan suaminya jika suaminya itu jahat sehingga telah membunuh orang? Dan, perempuan itu menjawab "Ya, saya akan maafkan dia. Dia suami saya". Memberi maaf adalah memberi peluang. Itulah yang saya lakukan selama ini. Saya maafkan. Saya terus percaya.

Saya tahu ramai2 lelaki yang jahat, masih ada lelaki yang baik. Ramai2 lelaki yang jahat, ramai juga perempuan yang jahat.

Saya pernah telah melupakan perkara2 yang perlu saya lupakan. Tapi, kadangkala ia hadir juga. Saya tidak lagi kesedihan. Lebih kepada kegusaran dan kekeliruan melampau.

Owh, ya, Grey's Anatomy sudah tammat episode. Biasalah, ending mustilah sedih + terkejut + tertanya2. Mike, silalah bersedia untuk saya datang dan mengambil episod terakhir itu. Saya juga akan belajar download sendiri, supaya saya tidak akan ganggu kamu lagi.

Sekian.

Friday, May 15, 2009

Jiwa Lara

Hati saya sedang lara. Selalunya, bila hati lara, saya akan membaca blog2 yang saya tahu hati mereka lebih lara dari hati saya. Mereka yang diuji Tuhan hampir setiap masa. Maka dengan itu saya akan mempunyai kekuatan kembali, dan lebih bersyukur kerana ada jiwa2 yang lebih lara dari jiwa saya ini.

Disebabkan ketiadaan internet, saya telah memilih untuk membaca cerpen. Saya teringat satu cerpen kisah tentang seorang ustazah yang berkahwin dengan seorang yang kaki judi dan kaki perempuan kebret. Seingat saya, ia tulisan A. Samad Ismail. Jadi, saya pun membuka buku antologi cerpen Ingin Jadi Pujangga. Yup, tajuk cerpen tersebut Belajar Agama.

Kisahnya, Enchek Dollah sudah lama berkahwin dengan Zaiton. Satu hari, Zaiton kata, dia ingin pergi ke kelas agama Ustazah Khatijah. Enchek Dollah amat setuju. Jadi, isterinya akan buat kerja lebih berfaedah. Dia juga suka dengan Ustazah Khatijah. Percakapannya lembut sahaja.

Suami Ustazah, En. Tahir adalah penyunting di opis En. Dollah. Di opis, Tahir sangat dikenali sebagai kaki judi dan kaki perempuan. Tapi, di kalangan isteri2 mereka, Tahir adalah lelaki yang baik, rajin solat dan puasa penuh. Kerana, itulah yang sering digambarkan oleh Ustazah kepada perempuan2 yang bertanya tentang suaminya. Maka, mereka2 ini sangat memuji Ustazah, beruntung bersuamikan Tahir.

Satu hari, Zaiton bercakap pada suaminya, Enchek Dollah. Dia kata, ustazah mintak tolong beritahu dia supaya janganlah selalu bagi En. Tahir kerja sampai lewat malam. Ada kalanya, En. Tahir sampai tidak balik rumah. En. Tahir bilang En. Dollah hanya percaya pada dia. Jadi, dia kene buat banyak kerja. "Ustazah mintak tolong sangat2 pada awak".

Enchek Dollah sudah penin. Setahu dia, Tahir balik paling lewat jam 9 malam. Dia tahu Tahir akan pergi ke nite club. Dia tidak boleh memarahi Tahir. Nanti, Tahir akan marah pada isterinya, dan Zaiton pun akan dapat susah. Jadi, dia hanya mengacah2 Tahir supaya cepat2 pulang ke rumah.

Bila Zaiton tanya malam itu, dia kata dia lupa cakap pada Tahir. Zaiton siap nak tepon opis utk ingatkan dia. Esok harinya, Enchek Dollah benar2 lupa. Balik rumah, Zaiton tanya lagi. Enchek Dollah menepuk dahi kuat2 tanda lupa lagi. Tiba2, Zaiton terus jadi sedih bercampur marah.

"Awak tak suka Ustazah, kan? Awak tak suka saya belajar dengan dia". "Mana ada. Saya jarang2 jumpa ustazah awak itu, kenapa pula saya mahu bencikan dia". "Ton, sebenarnya, Tahir itu cuma kerja sampai jam 9 malam. Tak pernah saya suruh kerja lewat. Dia dah tak kerja reporter lagi. Dia dah jadi penyunting. Sudah tidak kena pergi outstation lagi. Tahir itu suka ke kelab malam".

"Awak tipu. Enchek Tahir baik. Dia kuat sembahyang. Dia puasa penuh. Dia orang baik"

Enchek Dollah penin lagi. Setahu dia, Tahir tidak begitu. Dialah orang pertama yang akan sarapan masa bulan puasa. Dia pernah bilang, dia tidak suka bila mak bapak dia datang. "Kene sembahyang". Jadi, dia buat helah. Ambil wudhuk. Masuk bilik. Lepas 15 minit, keluar. "Kamu sudah solat, Tahir?". "Sudah, pak".

10 hari Zaiton dingin dengan Enchek Dollah.

Tapi, pada satu hari, Zaiton cerita sama dia, kelas agamanya ditangguhkan. Ustazah nangis2 cerita pada dia, Enchek Tahir gilakan satu orang perempuan kebret. Perempuan itu carik Enchek Tahir di rumah.

Dan, akhirnya, Zaiton kata, kelas agama itu sudah dibubarkan. "Ustazah sibuk carik dukun. Enchek Tahir masih main gila". Zaiton bercadang mahu carik guru baru.

TAMMAT.

Ini cerita wujud masa zaman Tun Razak. Sekarang ini, lagi banyak cerita kecurangan suami juga kecurangan isteri. Kita dapat dengar, baca dan lihat di mana2 sahaja.

Saya telah dapat tidur lena selepas membaca cerpen di atas beserta malam yang dingin akibat hujan. Owh, ya, cerita di atas sudah diolah. Cerpen asal adalah lebih panjang dan lebih mencuit hati. Sungguh!

Sekian.

Wednesday, May 13, 2009

KTSN 4

Saya telah pindah daripada KTSN 1 ke KTSN 4. Asrama di KTSN 1 akan dinaiktaraf. Maka, asrama perlu dikosongkan segera supaya kerja2 naiktaraf dapat dimulakan segera dan dapat siap sebelum pelajar baru masuk untuk memulakan sesi 2009/2010 nanti.



Di KTSN 4 ini, tiada talian internet 24 jam. Dalam pada gundah dan resah, saya sebenarnya bersyukur kerana sejak akhir2 ini, saya terlalu leka melayari internet. Ia memang menyeronokkan. Dapat mengetahui pelbagai perkara baru setiap hari. Juga dapat mengetahui maklumat terkini dengan segera.

Saya akan berusaha mengemaskini blog sedaya mungkin. Saya berterima kasih kepada semua yang datang ke mari, membaca perkara2 picisan yang saya tulis ini. Ya, membaca blog orang lain terutamanya strangers yang menghadapi hari2 susah mereka, membuatkan kita akan mudah untuk merasa syukur dengan kehidupan yang kita ada. Owh, saya mahu tulis juga di sini, ada orang search "merasa bahagia" beberapa minggu yang lalu dan menjumpai blog saya. Comel, kan? Ahaha.

Dan juga, apa yang berlaku di Perak sangat mendukacitakan. Terlalu.

Friday, May 08, 2009

08052009

Saya seperti senang ingin menulis lagi. Maka, saya menulis.

Saya nonton cerita The Janice Dickinson Modeling Agency tadi. Dulu2, saya tidak gemar melihat Janice ini, ketika itu dalam rancangan America's Next Top Model. Muka dia kelihatan dimakan oleh teknologi kosmetik.

Saya tidak tahu pun latar belakang Janice. Tapi, pada minggu lepas Janice telah tangkap satu orang model dia yang mempunyai banyak lebam2 di badan. Janice syak dia telah mencederakan dirinya sendiri. Mula2, budak itu tidak mahu mengaku. Kemudian, bila Janice cerita hidup dia zaman muda2 lagi sengsara, barulah budak itu mengaku dan ceritalah kat dia yang ayah dia sangat jahat. Dan, janice cakap ayah dia juga sangat jahat. Ayah dia pedophil. Ayah dia rogol adek dia masa kecik2.

Saya jadi ingin tahu tentang Janice. Selepas surfing sket2, barulah saya tahu memang hidup Janice bukan seperti kanak2 biasa. dan dia sangat bekerja keras untuk berjaya sehingga dapat membuka modelling agency sendiri. Tapi, fakta2 lain seperti 1000 lelaki juga adalah sangat menakutkan. Huhu. Baca di sini.

Bila saya buka akhbar hari2 selepas itu, saya sangat terkejut dengan kesah seorang bapa yang dera, rogol, bunuh dan tanam anak perempuan cacatnya. Dan, lelaki ini yang mempunyai 2 orang isteri jguga mendera anak2nya yang lain. Sungguh, saya sangat teringat kisah Janice. Adakah antara anak2 lelaki yang sangat menakutkan ini akan berjaya hidup dengan baik satu hari nanti?

Berbanding orang biasa yang berjaya, kita memang akan sangat kagum dengan orang susah yang dapat berjaya. Tidak bermakna orang2 biasa yang berjaya ini tidak bekerja keras dan tiada rintangan. Tapi, orang yang macam Janice ini, kita dapat lihat dengan jelas masalah yang dihadapinya. Dengan ayah seorang pedophil dan emaknya seorang penagih dadah, dia perlu mempunyai azam yang cukup kuat untuk lari dari kehidupan itu. Orang yang biasa2 tidak perlu lari dari kehidupan yang lama. Mereka cukup makan dan pakai, ditambah dengan belaian kasih sayang. Jadi, masalah yang mereka hadapi kurang jelas di mata orang luar.

Saya kagum. Dalam masa yang sama, saya juga takut. Malaysia semakin menjadi "negara maju". Apa yang ada pada "negara maju" Uncle Sam itu, sudah semakin ada di negara kita ini. Bila saya tengok kejadian2 pelik yang berlaku di sana seperti budak umur 8 tahun tembak mak sendiri, saya hanya terfikir, bilalah akan berlaku di bumi Malaya ini. Saya tahu ia seperti satu fikiran yang jahat. Tapi, semua yang sedang berlaku di negara kita sekarang sudah berlaku lama dulu di negara Uncle Sam itu. Maka? Ya, tak semestinya semua akan berlaku di sini. Tapi...

Sekian untuk malam ini. Selamat berhujung minggu.


Thursday, May 07, 2009

07052009

Saya pulang dari makmal agak lewat hari ini. Jam 7.30 masih berada di Jalan Tun Razak. Tapi, saya gembira kerana dapat melihat bulan penuh hari ini. Sungguh chanteks, terletak di langit biru yang mulai gelap melewati hari yang ingin malam.

Tiada fokus yang mahu saya tuliskan hari ini. Cuma, perkara2 yang berlaku selepas saya pulang. Seronok membaca entri kak Yanti hari ini. Memang kita boleh mengawal reaksi kita kepada perkara2 yang beraku di sekeliling kita. Kadangkala, kita sendiri jadi musykil mengapa kita marah2 kepada perkara yang "takde apa2 pun sebenarnyer".

Perkara ini berlaku saya kira pada semua orang. Yalah, manusia dipengaruhi oleh pelbagai perkara juga e.g hormon. Ada lelaki yang sangat cepat marah sehingga mampu memukul orang semata2 kerana perlawanan persahabatan bola sepak. Kalu perempuan, selalu dikaitkan dengan pembinaan dan keruntuhan lapisan endometrium. Memang tidak dapat lari, tetapi masih boleh dikawal, kan?

Lepas tu, saya bukak tv, tunjuk sidang DUN Perak. Bodoh, kan? Itu saja word yang tepat. Semua pun bodoh. Saya bukanlah pandai sangat. Tapi, bagi kes DUN Perak ni, saya rasa semua yang terlibat adalah tidak pandai aka stupid.

Tiba2, ada rakan saya call. Terkejut juga saya. Dia kata takde pape, saje jer. Walhal, baru semalam saya baru call dia. Rupa2nya tiba masa dia pula perlukan seorang kawan. Yalah, semalam hari saya. Hari ni pula hari dia. Semoga apa yang saya cakap telah menenangkan sedikit hati dia. Semoga.

Hari ini, sudah hampir tammat. Esok, masuk hari Jumaat, penghulu segala hari. Ada orang mahu pergi berfoya2 ke Pangkor esok. Enjoy & take care.

Owh, sebelum tammat, saya ingin mengucapkan selamat menjadi blogger kepada enchek Faizal Irazid. Semoga menjadi penulis blog yang tegar.

Sekian. Ya, sudah tammat. =p

Wednesday, May 06, 2009

Minat Kamu (bahagian kedua).

Saya seperti ingin menyambung kemerapuan semalam. Maafkan saya jika anda membencinya.

Ingin saya jelaskan di sini, meminati seseorang bukanlah sama perasaannnya dengan mahu kawen dengan seseorang itu. Minat satu orang penyanyi, tak semestinya sampai mahu jadikan dia seperti pasangan hidup. Jika begitu, manusia yang sudah ada pasangan tidaklah boleh meminati satu orang artis.

Satu ketika dulu, ramai orang minat Mawi. Maka, bila keluar sahaja cerita buruk, semua orang seperti tidak mahu percaya. Semua orang marah2 kepada orang yang memberi cerita itu. Jelas, ramai orang tidak mahu mendengar cerita yang buruk2 tentang orang yang mereka minati.

Menyukai orang sehingga tahap mahu kawen adalah telah bersedia untuk menerima segala kelemahan dan kekurangan juga keburukan orang itu. Maka, perlu mencari kekuatan diri sendiri, kerana suami isteri adalah saling melengkapi.

Sekian.

p/s: saya berjanji tidak akan menyambung kemerapuan ini lagi pada hari esok. =)

Tuesday, May 05, 2009

Minat Kamu

Rakan2, saya sangat despret untuk update blog ini. Saya rasa sangat mahu menulis. Tetapi, saya sangat ketandusan idea dan ayat2 indah untuk menulis. Maka, disebabkan perasaan sangat terdesak begini, maka, saya akan (telah) menulis topik yang merapu di kala kegawatan ekonomi dan kerebakan virus yang menakutkan itu.

Meminati satu2 orang bukanlah perkara yang boleh dipaksa2. Ia tiba2 saje datang. Kadangkala, perasaan ini harus ditahan2, supaya perebakan perasaan ini tidak menjadi sesuatu yang dahsyat.

Meminati manusia boleh hadir dari pelbagai sebab. Kita meminati satu orang penyanyi sebab suaranya, tapi, kadangkala tidaklah kita suka rupa dan penampilannya. Ada juga yang kita minat tgk rupanya, tapi tidaklah suka melihat dia berlakon, kerana dia seperti tidak pandai berlakon. Ya, rupa adalah faktor yang sangat utama dalam meminati sesorang. Ia adalah 1st impression. Melihat rupa sahaja sudah boleh jadi suka. Ia bukanlah sesutau yang jahat, kerana sudah menjadi lumrah manusia suka kepada kecantikan. Tetapi, perlu diingatkan juga bahawa ia adalah sesuatu perkara yang sangat abstrak dan luas pengertiannya.

Apabila meminati satu2 orang kerana rupa, saya sangat tidak suka untuk mengetahui perkara2 lain tentang orang itu. Ini kerana jika saya mengetahu perkara tentang dia yang boleh menyebabkan saya tidak suka dia, maka saya akan rasa sedih.

Seperti? Seperti, suka pada orang yang hensem dan nampak gagah tetapi rupa2nya dia seorang pedophil? Segala minat untuk melihat dia berjogging akan bertukar menjadi ketakutan!

Saya menulis perkara ini kerana saya telah semakin banyak tahu tentang perkara2 yang tidak sepatutnya saya tahu tentang satu orang yang saya minat melihatnya. Tapi, ia seperti gagal untuk melunturkan perasaan minat saya untuk melihatnya. Owh, bukan, dia bukanlah perompak atau sebagainya. Dia cuma manusia biasa, dan saya telah mengetahui beberapa perkara yang tidak sepatutnya saya tahu.

Ya, dia tetap hensem dan gagah. Mungkinkah perasaan ini akan luntur apabila dia sudah gemok dan boroi? Ya, mungkin. Kebarangkalian itu tetap ada walaupun senipis kulit bawang.

Saya sudah sangat merapu. Maafkan saya. Sekian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...