Wednesday, November 30, 2011

Despatch

Saya masih di tempat kerja. Di surau, usai maghrib. Hajat di hati nak balik awal. Tapi...... Haih.

Despatch balik lambat giller. Like, giller punya lambat. 6.30 petang. Seriously. Sepatutnya mereka balik jam 4. Paling lewat pun pukul 5. Tapi, 6.30 p.m? Urgh.

Saya selalu berbaik-baik dengan despatch. Dulu-dulu lagilah sangat baik. Sebabnya adalah supaya mereka akan segera balik awal. Tidaklah mereka mahu lengah-lengah pulang. Supaya budak-budak lab ni tidaklah ternanti-nanti.

Saya tahu hari ni mereka pulang lewat sebab hari hujan.

Entahlah. Mungkin saya rasa tidak gembira kerana PMS kot hari ni. Selalunya saya akan rasa kasehan dengan mereka yang balik dengan kuyup. Tapi, hari ni mereka tak kuyup sangat. Mungkin mereka berhenti berteduh, maka lambat.

Dan, despatch stand-by hari ni berhenti kerja. Tinggal 2 despatch. Kalu satu MC? Haih.

Ya, banyak mengeluh hari ni. Boooo.

Takpe, esok saya cuti. Mahu pergi makmal genetik di ibu kota itu. Yeay. :)

Sekian. Selamat menyambut bulan baru, bulan terakhir tahun ini. Juga bulan pertama untuk tahun Hijrah ini. :)

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, November 14, 2011

Seperti Mimpi

Saya mahu cerita satu cerita di hari Jumaat malam Sabtu sebelum hari raya haji yang lalu.

Saya makan dengan Enchek Mekanik di Bangi malam itu. Kami berdua membuat keputusan untuk pulang ke kampung masing-masing pada pagi Sabtu keesokkan harinya.

Kami melalui PLUS untuk pulang malam itu, dalam jam 10 malam. Selepas masuk di tol Bangi, saya asyik dengan timeline Twitter di BB saya. Tiba-tiba, saya terdengar suara Enchek Mekanik yang sedang memandu menjerit, " Ya Allah. Siti, budak tu langgar tiang". Saya terkejut. Tapi, tidaklah saya fikir yang serius.

Terlihat di tepi jalan satu motorsikal di tepi tiang. Saya cuba mencari penunggangnya. Sangka saya, mungkin terjatuh ke dalam parit berhampiran. Tapi, saya tidak nampak. Enchek Mekanik sedang trauma ketika itu. Dia tidak berani berhenti dekat dengan tempat kejadian.

Tapi, hanya kereta kami yang berhenti. Tiada motorsikal lain pun berhenti, apatah lagi kereta yang lain. Saya gusar benar ketika itu, takut-takut masyarakat Malaysia juga sudah kurang prihatin lantas akan berlakulah kejadian yang menyayat hati seperti kisah anak kecil Yue Yue di China itu.

Saya terus hubungi kecemasan. (Enchek Mekanik tidak hafal nombor kecemasan tapi hafal nombor hotline PLUS ;p). Dia yang bercakap dengan operator itu. Selepas itu, Enchek Mekanik masih tidak berani lagi ke arah motor yang kemalangan itu. Jika dia takut, tidaklah pula saya mahu berani-berani.

Enchek Mekanik cuba menahan kenderaan lain. Selepas 5 minit berlalu, sebuah motorsikal pun berhenti. Dia kelihatan seorang pelajar, mahu pulang ke kampung untuk berhari raya. Mula-mula dia takut juga. Selepas dia ke tempat kemalangan, saya pun pergi.

Kelihatan banyak darah mengalir. Entah kenapa saya lebih takut untuk pegang, risau kalau-kalau terkena bahagian yang retak/patah. Tapi, mangsa itu tidak berbunyi pun. Kaku. Kelihatan tiang elektrik yang dilanggar itu bengkok dan lampu itu sudah mati.

Selepas beberapa lama, ada 3 buah motorsikal lagi berhenti. Tapi, ambulans tidak muncul-muncul pun. Saya hubungi semula talian kecemasan. "Bantuan ambulans dalam perjalanan, cik". Gah, baru saya faham mengapa ada orang yang sanggup menumbuk pemandu ambulans.

Mereka yang berhenti telah mengangkat motor yang menghempap mangsa. Mangsa tetap kaku di situ. Seorang lelaki berkata, dia sudah tiada. Entah mengapa saya tidak mahu percaya.

Setibanya ambulans, pembantu pperubatan yang hadir mengesahkan mangsa telah meninggal di tempat kejadian. Dia berkata kepada saya, kepalanya retak, sudah nampak otak. Saya tak nampak pun sebab mangsa memakai topi keledar, dan keadaan di situ agak gelap kerana lampu sudah mati. Saya hanya nampak jaket mangsa tertulis "Kementerian Kesihatan Malaysia". Sikit lagi saya nampak namanya di jaket itu, tapi saya rasa biarlah saya tidak tahu.

Pemandu ambulans kata, "Saya selalu kutip orang macam ni. Memang takde harapan untuk hidup". Dia kemudian menghubungi polis untuk tindakan lanjut.

Enchek mekanik sampai akhirnya tidak sanggup untuk melihat mangsa itu. Dia agak trauma kerana dia nampak sendiri motor itu menghentam tiang lampu.

Kami terus pulang tanpa menunggu pihak polis tiba.

Setiba saya di rumah, saya termenung sebentar. Entah anak siapa orang itu. Bagaimana sahaja keluarganya menerima berita sedih ini ketika hari raya hampir tiba.

Ini pengalaman pertama saya berdepan dengan situasi ini. Jika saya tahu mangsa sebegini tidak akan dapat diselamatkan, saya pasti akan mengucap syahadah tanpa henti kepada mangsa. Saya terkilan kerana saya hanya melihat mangsa yang kaku tanpa berbuat apa-apa.

Saya mencari-cari dalam akhbar utama tentang kemalangan itu, tapi tidak jumpa.

Barulah saya percaya bahawa kemalangan jalan raya adalah pembunuh nombor satu.

Al-fatihah buat mangsa. 

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, November 11, 2011

11112011

Chantek kan tarikh hari ni. Ramai betul kawen. Adik LCY daftar kawen hari ni, maka LCY cuti. LCY nya tak tahu bila lagi. Mungkin nak cari kat kota Singa kot. Owh, dan kawan saya, En. Kid pun nikah hari ni. Kenduri esok/lusa dan minggu depan. Insyaallah, saya pergi. Tahniah kepada anda semua.

Minggu appraisal sudah bermula di opis. Disebabkan prestasi saya mendatar tahun ini, maka saya kurang suka mahu di appraise. Sudahlah ada pre appraisal form. Susah giller pulak tu soalan. Nak karang ayat omputih lagi. Grrrrrr.......

Dr. W ada jumpa saya bulan lalu. He said I seems not happy. Haha. Saya jawab, "owh, bukan saya seorang yang tidak happy. LCY juga begitu. Ada juga orang di opis pun tidak gembira. Di tempat kerja yang lain pun ada yang tidak gembira. Maka, saya tidak keseorangan dalam hal ini". Haha. Pandai tak saya jawab. Betullah, kan? Masalah tidak gembira di tempat kerja bukan masalah terpencil, terutama bagi ibu-ibu yang ada anak kecil. Sentiasa dalam dilema.

Saya ingatkan nak buat entri backdated. Tapi belum sempat-sempat lagi. Nak letak gambar, tapi pendrive saya entah ke mana. Doakanlah saya jumpa ia secepat mungkin.

Saya tahu bukanlah ramai sangat yang ingin membaca coretan di sini. Tapi, ada satu orang itu, KBH, setia betul. Haruslah saya sebagai penulis di sini menghargai pembaca setia walaupun seorang. Terima kasih, ya enchek KBH. Kesetiaan anda amat dihargai. :)

Sekian, sehingga berjumpa lagi.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...