Tuesday, July 31, 2007

KELAKAR

Ihiks. Kamu tidak mahu langsung memandang ke arah saya.

Ihiks. Kamu langsung tidak mahu berbincang dengan saya. Kamu bercakap dengan saya pun dengan keadaan yang tidak bagus.

Ihiks. Kamu terus-terusan lari dan mengelak dari saya.

Ihiks. Kamu masih mampu minta maaf dengan kak D***. Lega hati dia. Dia lebih marah dari saya. Saya pun rasa lega kamu boleh berbuat begitu.

Ihiks. Kamu sangat yakin berbuat begitu dengan saya.

Ihiks. Kamu rupa-rupanya sangat marah dengan saya.

Kita sama-sama sangat keras. Dan saya rasa perkara ini semakin menyeronokkan setiap hari. Sungguh. Full of unexpected things. Sangat di luar jangkaan saya. Sejak dari mula awak senyum kembali kepada saya. Ahaks.

Friday, July 27, 2007

KEHILANGAN

Saya rasa kehilangan paling hebat setakat 24 tahun saya hidup antaranya ialah kematian nenek saya pada tahun 2006. Saya menjaganya selama 17 hari tanpa henti, melihat dia daripada dia sehat dan seterusnya mati. Namun, tugas paling berat sewaktu itu ialah memberitahu ttg berita sedih itu kpd semua org. Kepada pakcik2, makcik2, dan saudara mara yang lain ketika mereka sedang tidur, jam 3 pagi. Bukan semua org mampu lakukan tugas itu sebenarnya. Dan saya adalah org yang pernah melakukan tugas itu. Sgt berat. Sungguh!
Kehilangan barang2 juga kadangkala terasa perit. Namun, barang2 mungkin boleh dibeli semula. Mendapat yang ganti. Tp, adakalanya, barang itu tidak dapat diganti. Saya pernah kehilangan sebuah buku cerita. Bukanlah saya yang menghilangkannya. Saya bagi kepada kekasih hati (sewaktu itu). Tiba2, dia katakan pada saya, buku itu telah hilang daripada pandangannya. Dia berjanji akan mencari bersungguh2. Tp, dia gagal. Entah mengapa saya sgt sedih. Mungkin kerana saya tahu buku itu telah tiada di pasaran. Buku itu tidak akan diulang cetak. (Sebenarnya, saya telah "merompak" buku itu dr pepustakan sekolah. Lupa nak pulangkan kembali. Oopppssss....). Buku itu sebenarnya buku terjemahan sebuah cerita dongeng. Tajuknya, "Sampainya Telah Pagi". Maka, jika ada sesiapa yang menjumpai buku itu, mungkin di jualan buku2 lama., harap dpt belikan utk saya. Akan saya bayar ongkosnya. Itulah antara kehilangan barang yang tiada ganti.
Sekarang, saya berkira2, sama ada akan kehilangan lagi atau tidak. Apakah Tuhan akan mengembalikan hati dia kpd saya? Apakah sebenarnya saya lebih bersedia kehilangan dia drpd menerima hati dia semula? Apakah saya sudah menjadi sgt kuat utk menerima kehilangan ini? Entah kenapa, malam ini saya rasa saya sgt takut utk melalui kehilangan itu (jika benar itu takdir-Nya). Kehilangan hati dan jiwa yang pernah kita sayangi mmg berat utk ditempuhi.
Ya Allah, tabahkan hatiku. Ameen.

Thursday, July 26, 2007

Begitu sekali?


Memusnahkan? Apakah? awak betul2 buat saya rasa bsalah. tapi, apa perlu saya buat. boleh awak kawan dgn saya lagi? saya pun tak tahu saya boleh kawan dgn awak lagi. tapi, awak betul2 buat saya rasa mcm saya dah r**** awak. apakah?

di saat ini, saya rasa awk betul2 tak matang. saya tak boleh anggap awak lebih muda dari saya, sbb awak mmg ada "corrected age". awak tahu apa maksud saya, kan? apakah? awak mmg perlu matang. saya rasa kalu saya kanak2 dulu, kita akan kawan je lagi. sbb saya rasa "orang itu" tidak wujud. tp, mcm mana saya nak tahu. di saat ini, saya tak tahu pun yang mana benar dan yang mana penipuan dari mulut awak.

saya sgt tak tahu. tapi, saya rasa awak sgt fikir lagi ttg apa yg telah berlaku. apa perlu saya buat sekarang? saya sangat perempuan. tolonglah awak lakukan sesuatu. bila saya tanya sesuatu nanti, awak akan cuba menafikannya. saya rasa saya akan lebih percaya dgn org2 lain itu drpd percayakan awak. tp, apakah?

padamkanlah kemarahan itu. itulah yg perlu awak lakukan. awak benar2 marah. saya tahu perasaan itu. sbb saya juga pernah merasa begitu. tapi....

Monday, July 23, 2007

Pilihan yang kamu ada.

Kamu dengan beraninya menulis kepada saya begitu. Maka, kamu perlu berani menanggung akibat daripada penulisan kamu itu. Saya juga ingin menulis lagi. Walaupun saya telah menulis dengan mata pena, tapi, saya masih teringin menulis dengan papan kekunci komputer ini.

Saya ingin memberitahu kamu tentang pilihan yang kamu ada sekarang. Pertama, kamu boleh membenci saya. Maka kamu tidak akan suka pun apa2 ttg saya. Semua yang saya buat menjadi salah di mata kamu. Sgt salah! Sedikit pun tidak nampak cantik dan elok kepada kamu.

Pilihan yang kedua, kamu boleh menjadi neutral. sgt neutral! Tidak ada perasaan. Seperti kewujudan saya ini tidak ada. Saya ada atau tidak, bukanlah menjadi satu hal yang perlu kamu endahkan. Walau di mana saja pun. Ini adalah disebabkan kamu telah melupakan semua perkara yang pernah berlaku antara kita. Jika kita perlu bekerjasama, maka, kita akan bekerjasama dengan baik, wpun tidak akan mencapai tahap yang optimum. Tapi, kamu boleh mencuba untuk melakukannya dengan sehabis baik.

Pilihan yang ketiga ialah, kamu boleh menyayangi saya. Maka, kamu boleh mendapat aiskrim pada hari yang panas, dan boleh mendapat "hot cocoa" pada hari yang dingin. Heh!

Cikgu saya pernah berkata, "the power to choose is in ur hand". Pilihlah dengan hati yang tulus. Saya tak akan rugi apa2 pun dengan keputusan kamu nanti. In fact, saya akan rugi jika kamu membuat pilihan ketiga kerana saya perlu membelikan aiskrim dan/atau "hot cocoa" kepada kamu. Tp, saya rasa membenci orang adalah "lebih berat" rasanya daripada menyayangi dan mencintai orang. Buatlah pilihan tanpa penipuan. Semoga Tuhan memberi kamu petunjuk yang baik. Ameen.

Monday, July 16, 2007

melengkapi

... man and woman will not understand each other, because they will complement each other...

betul? aku terlintas ayat ni dah lama dah... cume sekarang, aku semakin mengakui kebenaran ayat ini. kadangkala kita rasa sgt penat nak faham lelaki, kan? tp, sebenarnye tak payah faham pun takpe. haha

aku kat library ni. kunun2 busylah buat keje. tp, tidak boleh melupakan dia. rasa mcm nak tgk frenster dia ulang2 dan ulang2 lagi. marah betul kat diri sendiri. sekarang sgt berbelah bagi. half of myself sgt boleh sayang dia lagi dan bertambah2 lagi. the other half kata, "cukuplah kene tipu dgn dia, tak larat dah". dan tiba2 ada suara baik berkata, " dia menipu atas alasan yang sgt munasabah. dia dan menipu mcm dah tak bleh dipisahkan. sbb dia mmg dah lama buat keje ni. dia bukanlah menipu utk buat perkara yg sgt jahat. cuma kita mmg tak bleh terima, sbb bg kita menipu itu mmg jahat." macam mane? apa nak buat? tak payah faham pun apa yg dia fikir, sbb mmg kita tak akan faham.

biarlah lagi seminggu dua. tgk je apa yg akan berlaku. bukanlah marah. cuma konpius. sungguh.

erm, aku menulis kat sini semula sbb ttibe ANNE, kawanku yg jauh di mata dekat di hati itu sudah menemui blog ini dan membacanya dan memberikan komen. sungguh gembira rasa dihati. SGT!!! huhu. thanks, my friend! Miss u, luv u!

sgt rindu kamu semua... zaman sekolah itu... tak de kromosom Y yg kunun2nyer gagah itu, kan?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...