Friday, November 30, 2012

Satu Minggu Yang Sedih

Saya tahu saya sudah lama tidak menulis. Banyak perkara. Tapi, hari ini saya perlu menulis.

Hari ini melengkapkan satu minggu sedih buat saya. Saya sedih sehingga tidak boleh keluar air mata lagi. 

Hari Sabtu, saya sangat mahu ingin ke HKL. Tapi, saya sakit kepala amat sangat. Jadi, saya tidak pergi.

Ahad malam, teresak-esak saya membaca satu email. Email pendek tapi cukup derita.

Derita saya itu membawa kepada suhu badan saya meningkat pada hari Isnin. Dengan hingusan keluar tanpa belas, terus saya jumpa doktor.

Selasa saya sakit sampai menggigil. Tapi, saya tak boleh cuti kerana rakan sekerja saya cuti. Komputer pula ada masalah. Jadi, sementara komputer saya dibaiki, saya telan ubat dan rehat saja di surau, sebelum sambung kerja semula.

Rabu, bertambah sihat tapi kerja sangat-sangat banyak sebab komputer baru pulih. Nyamuk dah balik pun saya belum balik. Dan, batuk pula mula menyerang.

Khamis, saya kerja teruk sampai tak makan. Sedar-sedar dah pukul 3.30 petang. Batuk pula tak henti-henti. Dan, perasaan sedih untuk hari Jumaat mula tiba. Malam itu saya makan bersama rakan. Gelak ketawa, menyembunyikan rasa kesedihan. 

Dan hari ini, hari Jumaat. Hari terakhir bulan November 2012. LCY dan (kak) Nor tidak akan bekerja dengan saya lagi mulai hari esok. Saya ucap selamat maju jaya kepada mereka berdua. Walaupun sudah tidak bekerja satu tempat lagi, tapi harapnya persahabatan akan kekal hingga akhir hayat.

Bukan tiada perkara gembira minggu ini. Tapi, satu minggu ini, sangat amat sedih. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...