Friday, May 30, 2008

bLoG

Saya telah mengemaskini paparan blog saya. Wpun tidaklah berubah banyak pun, tapi saya telah menambah pautan ke blog2 lain. Saya tahu, blog ini tidaklah sepopular blog Marina Mahathir, tapi, saya tahu ada yang membacanya. Itu sudah buat saya rasa gumbira setiap hari dan memberi saya semangat untuk menulis. :)

Saya telah menambah satu kolum, Rasa Suka. Blog2 itu adalah antara blog bacaan harian saya, yang saya jumpa/ terjumpa secara sengaja mahupun tidak sengaja; dan rasa suka untuk membacanya. Tapi, yang pasti bbrp orang di situ adalah kawan kak Yanti, yang semuanya mengaji ilmu undang2. Saya dengan ini mohon izin meletakkan pautan itu. Izinkan saya, ya. :) Saya hanya silent reader bg kebanyakkan blog2 dalam Rasa Menarik dan Rasa Suka itu. Tapi, pernah juga memberi komen. Dan, hari ini rasa gumbira kerana ada orang sudah menjengah ke sini. Saya tak tahu mengapa, tapi ia boleh membuat saya tersenyum riang. Ahaha. :D

Dan, satu orang kawan saya juga, Tajul Salman Hasan, telah memulakan penulisan blognya. Rajin2lah update, ya! :P

Saya juga telah membuang gambar kromosom yang indah itu dari blog saya. Saya bukan sudah tidak mencintai kromosm lagi. Cuma, saya rasa segan, kerana saya belum lagi menunjukkan rasa kecintaan pada kromosom itu dalam blog ini. Saya belum lagi menulis tentang kromosom dengan tekun, supaya ramai orang dapat melihat keindahan kromosom terutamnya kromosom manusia. Saya akan lebih berusaha kerasa lagi, untuk menulis tentangnya. Cuma, apabila ingin menulis fakta, perlu lebih berhati2, supaya tiada kesilapan fakta. B)

Semuga saya akan terus diberi ilham dan kekuatan untuk menulis di ruangan maya ini. Ameen. O:)

Wednesday, May 28, 2008

28052008

Semalam, saya nonton Desperate Housewife. Episod kali ini agak terkesan di hati saya.

Hari itu sepatutnya menjadi hari yang indah...

Hari itu dimulakan seperti biasa. Tiba2, Gaby cakap di kena pindah ptg tu jugak, nak lari bersama Carlos. Dan, kemudian, keluar berita akan berlaku puting beliung di kawasan Fairview itu. Maka, sume org pun bersiap2 mencari tempat perlindungan. Dalam kelam kabut itu, byk jer pergaduhan yang aneh2 berlaku. Tapi, sume pun diam, duk kat basement masa angin yang kuat itu datang. Namun, kematian memang tidak dapat dipisahkan daripada bencana alam yang dahsyat itu.

Hari itu, yang sepatutnya menjadi seindah biasa, telah berakhir dengan bencana...

Sangat menakutkan. Syukur beribu kali saya kepada Tuhan kerana Malaysia adalah kawasan yang teletak di luar daripada lingkaran bencana alam yang dahsyat, wpun sekarang kita dah dpt rasa gegaran2 kecil. Tapi, keselesaan ini yang kadangkala membuat kita seringkali lupa untuk bersedia. Kerana, kita merasakan ia tidak akan berlaku pada kita. Sangat sukar untuk "expect the unexpected", kan? Itulah yang terjadi semasa kita mengalami kesan tsunami di Kedah, dan banjir besar di Johor. Terlalu unexpected untuk dijangkakan.

Bencana alam semakin sering berlaku di seluruh dunia. Memang benar2 menakutkan. Semuga kita semua mati dalam keimanan. Ameen.

Saya pernah baca satu website, sempena tragedi Virgina Tech, yang ramai student kene bunuh itu. Banyak jer kawan2 meluah rasa, sehingga saya berpendapat bahawa sume mangsa yang mati ditembak itu, sumenyer manusia yang berhati baik. Telintas dalam fikiran saya, kalu saya mati, apa yang kamu2 semua akan tulis. :)

Dengan rakan2 di sekeliling, aku selalu mengusik utk menulis ttg mereka dalam blog ini, ketika mereka membuat saya "kecik ati". Tapi, sejujurnya, saya hanya ingin menulis ttg mereka sementara masih sempat. Jika saya yg mati dulu dari kamu2, tidaklah sempat untuk saya menulis lagi ttg kalian. Dan ketika itu, jika kalian menulis ttg saya, tidaklah dapat saya membacanya.

Semalam, hari saya telah dimulai dengan 3 SMS. Yang pertama, dari seorang orang itu, membalas SMS saya lewat malam sebelumnya, (yang telah mampu buat saya tersenyum riang). Terima kasih. Kedua: SMS kematian ibu Amiran Ngah, sahabat saya. Takziah. Ketiga, SMS kelahiran anak abg Firdaus, rakan felo saya. Tahniah.

Semoga Tuhan merahmati sisa2 kehidupan ini. AMEEN.

Tuesday, May 27, 2008

Kawan saya yang seorang ini, Anif

Saya menulis entri ini di satu malam yang hening, di opis kolej kesayangan saya, menggunakan laptop kawan saya yang seorang ini, Anif.

Tidak pernah saya menjangka yang saya akan menulis juga tentang kawan saya yang seorang ini. Entahlah. Saya hanya merasa dia selalu membuat hati saya gundah gulana.

Mungkin hati saya agak sensitif kebelakangan ini. Mungkin hanya saya yang terbawa-bawa emosi kemerajukan ini. Tapi, tidaklah saya begitu dengan orang lain, dengan kawan2 felo saya yang lain.

Hanya mungkin kerana kawan saya yang seorang ini, Anif, selalu sahaja ingin tergelak2 kecil, membuat hati saya rasa "macam nak nangis". Hanya kerana kawan saya yang seorang ini, Anif, suka menyebut perkataan2 yang saya anggap "lawak budduh", hanya dengan tujuan membuat saya juga tergelak kecil, membuatkan saya rasa "ingin marah" dan "rasa macam nak nangis". Hanya mungkin kerana kawan saya yang seorang ini, Anif, selalu memberi arahan kepada saya, yang saya kira, ingin membuli saya, membuat saya rasa "sedih dan ingin menangis". Hanya kerana kawan saya yang seorang ini, Anif, kadangkala telah meninggikan suara ketika bercakap dengan saya, maka hati saya "rasa macam nak nangis" kerana rasa dimarahi. Ya, saya sangat takut kene marah. SANGAT. Dan, hanya kerana kawan saya yang seorang ini, Anif, selalu lambat memberikan respon kepada saya, apabila saya bercakap dengan dia, maka saya kira, dia "tidak mahu berkawan" lagi dengan saya dan membuat "hati saya merajuk kecil".

Apa2 pun, hanya dia, kawan saya yang seorang ini, yang benar2 mampu membuat saya sangat merasa berkecil hati, kerana, bila mana saya katakan saya berkecil hati, dia hanya menjawab "Habis tu, kau nak aku buat aper?".

Owh, ya, saya sangat selalu berkecil hati dengan kawan saya yang seorang ini. Owh, ya, saya juga sangat tahu, tidaklah akan, kawan saya yang seorang ini, memujuk hati kecil saya ini. Maka, perlulah saya memujuk hati saya ini, sendiri.

Saya minta maaf, sekiranya saya telah membuatkan kawan saya yang seorang ini, Anif, kecil hati dengan tulisan saya kali ini. Cuma, kemerajukan hati ini, tidak dapat ditahan2 lagi.

Sekian.

Sunday, May 25, 2008

Miskin Harta

Tidak apa miskin,
Tapi, bukan menjadi pengotor,
Bersih itu sebahagian daripada iman,
Orang akan memandang mulia orang yang pembersih,
Walaupun dia orang miskin harta.

Tidak apa miskin,
Tapi, bukan kurang ajar,
Bukan tidak berbudi bahasa,
Orang akan sayang pada orang yang bersopan santun,
Lembut tutur bicara, berpekerti mulia,
Walaupun dia orang miskin harta.

Tidak apa miskin,
Tapi, bukan pemalas,
Rajin belajar, penuh ilmu di dada,
Rajin bekerja, rezeki sentiasa ada,
Dan, akan berkurang kemiskinan hartanya.

Tidak apa miskin,
Tapi, bukan penipu,
Bukan pembohong,
Kerana sifat itu sifat orang munafiq,
Orang akan tidak sukakan mereka,
Walaupun mereka kaya harta.

Tidak apa miskin,
Tapi, bukan menjadi penjahat.

Awak,
Jadilah orang yang baik,
Saya suka tengok awak,
Tapi, cerita tentang awak tidak sedap didengar,
Maka, saya sedih.
Awak...
Janganlah nakkal2 lagi.

© SITI.
09:09 PAGI. 250508.
K5D 205, KAB, UKM.

Wednesday, May 21, 2008

Melayu yang Setia

Maaflah kerana tidak mengepos entri baru. Agak ketandusan idea dan agak sibuk. Maaflah, wahai pembaca2 setia SETITIS RASA. :)

Biarlah saya menulis sedikit tentang tindakan Mahathir keluar UMNO. Memang ia telah menambah kekucar-kaciran politik di Malaysia ini terutamanya politik orang Melayu.

Tapi, orang Melayu, punya satu sifat setia pada pemimpin yang, saya kira, sgt pelik. Itu sbb Parti Negara tidak menang di bawah pimpinan Datuk Onn. Walhal, Datuk Onn pengasas UMNO, dia telah mendapat sokongan jitu orang Melayu ketika itu. Tapi, orang Melayu telah menjadi setia pada UMNO itu, lantas tidak dapat bergerak bersama2 Datuk Onn ke Parti Negara. Entahlah, saya juga tidak tahu, jika saya berada di zaman itu, adakah saya akan menyokong Datuk Onn atau Tunku Abdul Rahman. Kamu?

Dan, sifat kesetiaan ini jugalah yang membawa kepada kematian Hang Jebat di tangan Hang tuah. Tiada sebab lain. Sifat setiakawan besama Hang Jebat tidak dapat mengatasi sifat kesetiaan Hang Tuah kepada Sultan. Ini juga telah menimbulkan konflik pada orang Melayu. Saya juga tidak pernah untuk memilih (secara ekstrem) mana2 antara mereka berdua. Kedua2nya punya sebab yang kukuh atas apa yang telah mereka lakukan.

Dan, sekarang, Mahathir telah membawa dilema lagi kepada orang2 Melayu. Bagaimana sekarang ini? Yang pasti kita semua sudah naik muak dengan kekucar-kaciran politik Melayu sekarang ini. Itu pasti, kan?

Tapi, orang Melayu jarang sekali suka merusuh2, jika tidak kena gaya dari pemimpin rusuhan. Itu sbb kita masih aman hidup di muka bumi ini.

Kita sangat tahu Pak Lah mmg ada berbuat salah. Bahawa banyak perkara telah membawa kepada kekalahan barisannya dalam pilihanraya yang lalu. Dan, kita juga tahu bahawa Mahathir adalah bijak, telah membuat banyak perkara yang mengkagumkan untuk negara. Tapi, kita tahu dia juga sudah tua. Bahawa muda Mahathir yang lalu itu tidak akan sama dengan tua Mahathir sekarang. Saya bukan kata bila dia sudah tua, dia akan jadi bodoh, tapi, banyak beza bila kita sudah tua ini terutamanya ialah, kita akan menjadi lebih sensitif.

Semuga yang baik2 sahaja akan berlaku. Ameen.

Thursday, May 15, 2008

...insomnia...

Saya rasa keletihan dan kepenatan sejak kebelakangan ini. Dan, saya ada masalah besar. Saya telah dilanda masalah susah untuk tidur malam atau dikenali sbg insomnia. Owh, Cik Siti dan insomnia? Tak sesuai, ok?!! Heh!

Sape2 yg penah sekelas dgn saya mmg akan kurang nak percaya. Sbb, saya selalu sgt senang tidur, di mana2 sahaja.

Saya tidur di kelas agama darjah 3. Saya tidur di semua kelas matematik cik Salmah semasa tingkatan 3. Setahun, ok? Tak tahulah kenapa, bila cik Salmah masuk jer, saya terus ngantuks. Bila dia keluar, saya segar bugar kembali. And yes, saya sgt pernah kene cubit dgn dia. Dan, kelas menengah atas, kelas apa jer yg tak penah tidur? Kelas BM Puan Bahayah. Kelas sejarah Puan Saidah. Kelas matematik Cik Faridah. Owh, just name it. Dan, yup, kelas biologi Puan Chong. Saya hanya insaf bila che'gu tu pengsan, maka saya dah tak tidur dah dalam lab dia.

Isu ini sangat membebankan. Saya hanya boleh tidur selepas 2 jam berguling2 atas katil. Penat, OK? Sangat! Semalam, saya telah meneliti masalah ini dan saya telah menemui 2 puncanya.

Saya telah berbuat nakkal bbrp minggu yang lepas. Maka, ini adalah balasan Tuhan. Owh, nikmat tidur saya telah ditarik. Dan, owh, amatlah runsing. "Ya Allah, ampunkanlah hambaMu ini". AMEEN.

Satu lagi punca ialah berkaitan dgn kerja makmal saya. Saya perlu membuat semua prosedur makmal dalam gelap, termasuk slide screening juga, yang mengambil masa berjam2 dalam satu hari. Maka, badan saya telah musykil, yang mana satu siang, yang mana satu malam. FYI, badan manusia akan mengeluarkan hormon bila gelap, sesuai utk persediaan masa tidur. Owh.

MASALAH BESAR, OK?

Saturday, May 10, 2008

.sebuah.kereta.itu.


Cuba korang fokus kete tu betul2, dekat2. Pelik, kan? Menakutkan juger. Aku ternampak kete ni semasa memandu pulang dari lab. Kebetulan, ada kamera dlm beg, ambil je lah gamba. Nasib tak accident, terlanggar kete depan. Hehe. Gamba ni diambil semasa berada di jalan kat atas terowong SMART. Kete tu takde no plat, dan nampak mcm baru lepas terbakar. Aku jadi takut bila fikir mungkin orang jahat yang sdg memandu kete itu; lari dari polis. Hoho. Tp, kete tu tiba2 hilang dari pandangan. Maka, aku terus pulang dengan penuh tanda tanya ttg kereta itu, Hurm....

Wednesday, May 07, 2008

RUMET MATRIKULASI

Saya menjalani pengajian matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia di Kolej IKIP di Kuantan. Sememangnya, kehidupan di matriks memberi pengalaman baru dalam hidup. 1st time saya belajar di satu negeri yang agak asing bagi saya. Dan, matriks adalah tempat mula saya ada klasmet lelaki. Huhu. Maklumlah, dari sekolah rendah sampai sekolah menengah; sekolah pompuan. Cuma, masa sek agama je ada lelaki, itupun 4 tahun je ke sekolah agama, yang tak sampai berapa jam pun, dan selalu jer ponteng. Hehe. :)

Macam2 pengalaman di matriks, bermula dgn demam dan saya masuk hospital pakar selama seminggu akibat demam itu. Kemudian, berpindah bilik, sebab mak mohon supaya saya tak tidur katil atas. Haha. Dan seterusnya, pembelian mesin basuh semi auto. Yup, bilik yang best, ditambah pula dgn pembelian tv card oleh Neila, di bilik sebelah (tapi, satu rumah). Menarik sungguh.

Rumah kami itu ada dua bilik. Bilik satu; saya dan Shima. Bilik dua; Neila, Yanti dan Linda. Bestlah, sbb tak penuh sgt. Sebenarnya satu rumah perlu ada 7 orag, tapi, umah kami ada 5 orang jer. Namun, banyak sangat kasut (Neila), sampai kene tumpang rak kasut umah sebelah (yang tidak berpenghuni). Tapi, Neila mmg suka susun kasut. Maka, rumah kami sentiasa kemas.

Saya sentiasa rindukan mereka semua, esp Yanti dan Linda yang sudah lama tiada khabar berita. Wahai gadis2, di manakah kamu2 sekalian?

Last Saturday, Shima, rumet matriks saya yang seorang itu, telah melansungkan perkahwinan di rumahnya di Kuala Kangsar, Perak. Saya telah berkesempatan pergi bersama ibu, ayah dan seorang adek saya. Neila tak dapat pegi, as she said Kuala Kangsar takde airport. Sudahlah Neila. Heh.

Majlis yang chanteks, sgt purple. Ada kump nasyid kanak2 riang, satu kump lelaki, dan satu kump pompuan. Dengan mikrofon yang banyak dan alat gendang2an. Huhu.

Tahniah untuk Shima. Semoga bahagia menempuh alam baru dalam hidup. :)


Gambar sedikit blurr, tapi hanya gambar ini saja yang tidak menampakkan saya gumuk. Huhu. Dan, gamba ini masih dapat memperlihatkan Shima; rumet saya itu chanteks di dalam persalinan kahwinnya, yang telah dijahit oleh ibunya sendiri. Sebelah Shima ialah adek saya, dan di sebelah saya ialah ibu saya.

Sunday, May 04, 2008

Sagun

Saya terlalu malas untuk menulis tentang wiken saya kerana gambar2 saya telah hilang semuanya akibat kerosakan kad memori kamera saya. Owh! Akan saya tulis di satu waktu rajin yang lain.


Sekarang, saya mahu menulis tentang satu makanan yang telah disebut oleh rakan saya, Ati, dalam komennya satu waktu dulu. Ati tulis, dia rindu makan sagun.

Sagun adalah makanan yang dibuat daripada kelapa, gula dan tepung kot. Huhu, aku pun tak tahu tepung apa. Rasanya manis. Tapi, pantang larang ketika sedang makan sagun, jangan bercakap, nanti tersembur2. Huhu.


Beberapa hari yang lalu, aku terserempak dengan makanan ini. Pembungkusannya sudah lain. Siap ada sudu lagi. Dulu, bungkus dalam plastik saja. Perubahan ini adalah bagus, menunjukkan bahawa ada orang yang sangat suka makan sagun, lantas sangat gigih mengkomersialkannya, dan menjenamakan semula sagun keluarannya. Erm, orang yang jual sagun mustilah suka makan sagun, kan? Huhu.

Tapi, aku tak beli lah pula, maka aku belum merasai tahap kesedapan sagun yang dijual dalam bekas cawan ini. Satu hari nanti, aku akan membelinya.

Entri ini didedikasikan untuk Ati. Nanti, bolehlah kau bagi ole2 sagun untuk kenduri/ parti kau. Huhu.


p/s: maaf, gambar diambil kurang chanteks, hasil daripada kamera yang rendah megapikselnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...