Monday, August 27, 2007

penatlah...

minggu lepas pulang ke rumah... hajat di hati nak lari dari kolej... haha.. tak bolehlah... cinta pada kolej, rendah sket jer dari cinta kepada ibu bapa...
erm, akhirnya pulang jugak ke kolej pada hari selasa untuk majlis yang aku organize. ttibe boleh pulaks tercakap dgn dr. Ramli, "budak2 J**** tahun ni, nakkal." Haha. Berani betul cik siti cakap macam tu. heh. apa dr. Ramli jawab? dia senyum jer, sambil berkata "kenapa?". "tak de apa2".
terus pulang semula ke kampung halaman. kenduri. erm... penat fizikal boleh tahan lagi. tp, mental lagi penat. wahai makcik2 sekalian, rilekslah, kalu tuhan kata saya kawen, saya kawen lah nanti, doakan jodoh yang baik buat saya. AMEEN. penat saya kene cium, tau. heh.
saya ingin pulang dgn tenang. tapi, saya gagal. malah, saya telah melakukan unexpected things. erm... marah dgn diri sendiri...
saya pulang utk mesyuarat. janji jam 8. kul 8.15, baru ada 3 orang. heh. tp, sumenyer senyum dan senyum lagi. huhu. dan meeting, saya nakkal bersms dgn orang... erm... saya takut... sungguh. saya mintak maaf. sungguh...
erm, saya beri hadiah pada kawan. dia suka sehingga anta sms, malah call saya malam tadi. saya tahu buku itu sumthing... pagi tadi pun saya baca dan... yes, saya byk fikir2 lagi. apa saya fikir? saya rasa saya inginkan lelaki pandai yg outspoken sbg suami. bukanlah yang ikut jer keputusan saya. tapi, saya juga adalah seorang yang outspoken. huhu. maka, saya akan benarkan dia berkawen lagi nanti, supaya saya ada 'ruang' utk 'sedikit bebas' utk saya control n rule. hahaha. apakah? boleh jerssss....
malam ni, malam nisfu syaaban. semoga tuhan merahmati masa depan saya. Ameen.

Tuesday, August 14, 2007

B.E.N.C.I

benci itu satu perasaan. dan aku assume ia adalah satu perasaan mazmumah. satu perasaan yang tidak bagus. sama seperti perasaan marah, dengki dan lain2 yang akan membawa kpd berlakunya perlakuan atau percakapan yang tidak baik.
aku rasa aku penah rasa tak suka je. sbb aku rasa perasaan benci ini sgt berat. well, sebenarnya penah kot. sikit. dgn adek aku masa dia sgt terjal dulu. aku ttiba tahu byk perkara jahat yang dia buat. tp, mungkin kerana doa emak, dia sudah menjadi baik sikit dari dulu. semoga dia akan terus baik.
perasaan benci itu aku rasa sgt berat. masa aku tak suka perangai adek dulu, tgk muka dia pun aku tak nak. adrenalin pun boleh meningkat. mengepam jantung dgn lebih laju. tak bagus perkara2 begitu.
aku rasa perasaan sayang orang pun berat. tp, perasaan itu mungkin akan membawa kepada perlakuan yang lebih baik daripada mempunyai perasaan benci kepada orang.
u guys pernah membenci?
perlu benci org jahat. benci perompak, perogol dan penjahat2 yang lain. tp, apa yg lebih penting, berdoa supaya org jahat jadi org2 yang baik supaya dunia akan menjadi lebih aman.
Doa utk hari ini. semoga tiada kejahatan lagi di muka bumi ini. maka, tiada lagi perasaan B.E.N.C.I. Ameen.
(p/s: *w*s, aku rasa perasaan rindu aku tak bernilai +30, tak de nilai kot, kosong, sbb aku tak sepatutnya ada rasa itu pada org itu. tp, perasaan itu kurniaan tuhan, maka bukanlah perasaan yg tidak baik. tp. terima kasihlah sbb tolong kirakan utk aku. try again. huhu.)

Friday, August 10, 2007

Bangang?

Semalam buat nakkal sket. Entahlah. Takut pulaks kene balasan tuhan. Mohon diampunkan dosa. Ameen...
Saya rindu oranglah. Saya rindu suara dia. Senyum dia. Nakkal dia. Sungguh. Saya rindu dia yg baik kpd saya. Mungkin sbb progestrone sdg sgt meningkat dan bersedia. Jeng jeng jeng. Huhu...
Saya rasa nak pulang ke rumah. Saya sgt boring dgn kebangangan orang2 di sekitar saya. Saya cuba memberi idea yang baik, memberi kepelbagaian, tp mereka rasa mereka dah cukup hebat dan mengabaikan saya dgn iritating nyer. Maka, fav word of the week, BANGANG. Wpun mcm tak bagus, tp, itulah perkataannya...
Disebabkan tahap keboringan saya itu, saya telah pergi ke syarahan umum di Canselori. Saya suka berada di majlis ilmu begitu. Rasa sgt bagus dikelilingi oleh org2 hebat. Saya akan rasa kerdil sbb mereka sume org2 hebat...
Saya harap Tuhan akan mengurniakan perasaan kecukupan kepada saya. Juga perasaan2 mahmudah yang lain. Doa saya untuk hari ini, 100807. Ameen.

Wednesday, August 08, 2007

080807

Menulis lagi. Perlu keluarkan perkara2 dari sistem tubuh. (Get things out of my system)

Erm, hari ni bermula dgn mengumpat. Penat betul marah2 di tengah malam tadi. Konpius betul apa nak buat. Diakhiri dengan tidur pukul 3 pagi.

Bangun dengan sgt ngantuks. Maka, memilih utk tidur semula. Ttiba, mimpi. Indah? SGT INDAH. Sebenarnyer, bukanlah sgt Indah. Tp, saya jumpa "dia" dalam mimipi itu. Dia bermanja dgn saya. Saya rasa gembira. SGT. Saya terus bangun dan tersenyum. Ihiks.

Bersiap sgt lambat. Berjumpa pula dgn org opis. Berborak2 dan sampai di makmal sgt lambat dan sgt ngantuks. Tp, berjaya juga buat kerja makmal. Jam 12.30 tgh hari, SIAP. SUKA!

Dan bermulalah episod duka. Saya ke kantin. Ttibe perasan tak bawak kunci. Apb naik atas, mmg kunci ttinggal dalam bilik. Sgtlah sedih. Org2 lain yang ada kunci sume pun takde kat lab. Apakah? Erm, selepas puas telefon ke sana ke mari, akhirnya saya perlu tunggu sehingga pukul 4 ptg utk dptkan kunci. :(

Saya terus tidur. Bangun, jam 2.30 ptg. Dan terus menekan2 keyboard ini. Sehingga sekarang. Melihat dia "di atas talian". Dia sudah tukar "sendirian". Saya rasa mcm sesuatu. Erm..... saya rasa mcm nak betulkan sesuatu, tp tak berjaya. Heh. Marah? Taklah.

Awak, bukan 7 years ago lah, 7 years ahead. Heh.

Erm, jam 3.41 p.m, saya sudah mendapat kunci. Bolehlah saya pulang. Berehat. Dan esok, dtg awal ke lab. Saya ingin lihat kromosom. :)

Doa saya, semoga saya jadi orang yang baik. Ameen.

XS, S, M, L, XL, XXL.

Semasa kecil, Cik Siti adalah dikategorikan sbg kanak2 bersaiz besar. Tidaklah pernah Cik Siti dapat memakai apa2 pun yang bersaiz M apatah lagi yang kecil dari itu. Sehingga ke sekolah menengah pun, Cik Siti masih tidak boleh dikatakan kurus. Walaupun tidaklah gemuk seperti zaman kanak2, ttp tidaklah boleh dipanggil kurus.

Semasa di matrix, Cik Siti pernah kurus.

Masa undergrad, perubahan tidaklah begitu ketara. tidaklah pula perasan apa2 kerana mungkin tidak banyak membeli benda2 yang melibatkan saiz. Maka, Cik Siti rasa semuanya biasa2 sahaja.

But lately, mungkin membeli perkara2 yang melibatkan saiz. Cik Siti tahu Cik Siti mmg ada mengalami penurunan berat badan. Maka, mmg nampak kurus berbanding dahulu. Tp, perasaan diri sendiri sgtlah lain apb perlu memilih saiz S untuk diri sendiri. Tidak mahu percaya diri sendiri? Ermmmmm....

Di suatu hari yang biasa di makmal, sarung tangan sudah habis. Maka, meminta Encik Makmal mengeluarkan sekotak dr stor. "Saiz apa awak pakai?" "Saiz M kot" dalam hati berkata, takkanlah saiz S. Tp, mmg saiz S pun. Mmg.

Apb sudah dewasa, Cik Siti sgt sudah berubah. Daripada seorang bersaiz XL zaman kecil2, menjadi seorang bersaiz S pada zaman dewasa. Dewasa? Belumlah dewasa. Erm, zaman 20an? Zaman apa2lah. Huhu. Tapi, Cik Siti tahu, bukanlah Cik Siti sahaja yang mengalami perkara ini. Ramai lagi yang mengalaminya, ada yang lebih ekstrem lagi spt dari saiz XXL kepada XS. Heh!

Friday, August 03, 2007

Doa Hari Ini.

Maka, saya anggap kemarahan kamu sudah kurang...

Maka, kamu sudah boleh bersama saya dalam satu bilik...

Maka, saya rasa elok sedikit...

Saya akan terus berharap semuanya akan bertambah baik. Di hari yang baik pada bulan yang baik ini, saya berdoa. Semoga Allah yang Maha Pengampun dan Maha Mengasihi hamba2-Nya, akan memakbulkan doa ini. Ameen.

Wednesday, August 01, 2007

Di Malam Hari

Sekarang sudah pukul 12.06 malam or erm... pagi hari Rabu... Tp, saya ingin bercerita ttg hari Selasa... ttg up n down hari Selasa yang telah saya lalui pada 310707.
Hari Selasa saya bermula dengan tidak tidur. Jam 12 malam semalam, saya masih khusyuk membuat kerja. Minit mesyuarat perlu saya siapkan. Saya selesai membuat kerja jam 3 pagi dan terus tertidur... saya sgt marah bile tertidur, tp saya rasa saya agak penat sbb dinding rahim saya hampir runtuh... (siap keje=+30; tertidur-15) [tiru entry kak yanti, huhu]
kemudian, saya bersiap jam 8 pagi dengan mengantuksnya. Perlu ke Pejabat PRO bersama teman. Perlu set appt utk buat satu kursus buat surat utk kanak2 JAKSA. Saya mmg penat mengeluh mengenangkan mereka yang tak reti buat surat wpun dah tahun 2. APAKAH? erm, dan tarikh yang boleh ialah 20 Ogos. Sungguh lewat. wpun hampa, tp... well at least dah dpt tarikh. (dpt tarikh=+20; hampa kerana tarikh lewat=-5)
Kemudian, saya terus ke perpustakaan ATMA. Perlu menjadi ahli, barulah boleh pinjam buku. Gembiranya rasa di hati. wpun kene bayar rm5 di saat elaun tak masuk lagi, tp rasa best sgt bila nampak buku2 idaman hati. buku2 pak HAMKA dan buku "Sampainya telah pagi" tu. ahaks. dan buku2 lain. dan.... owh, byknyer buku2 yg best kat library ni. malangnyer tak bleh pinjam lagi, sbb baru daftar, dia tak masukkan dlm sistem lagi. esok baru boleh pinjam. tidak mengapa, yakinlah esok harinya. (berjaya jd ahli= +15, tak boleh pinjam= -5)
kemudian, terus lagi perjalanan hari ini dengan berbincang bsama dgn org opis ttg minit mesy yg telah disiapkan tu. ada bbrp ayat yg tidak sedap bunyinya. diselangseli dgn membaca s/khabar. akhirnya berjaya edit minit. pulang ke bilik sbb nak tunggu mak fakskan geran kereta. perlu cepat sbb dah nak pukul 4. tp, ink printer tu mmg dah nak abis, mak berjaya faks tp, tak terang. pukul 4, pergi je kat opis tu, lepas puas mengurat pakcik guard tu, tp, gagal juge dia nak bg sticker kete. hampa sungguh ptg saya. terus saya pulang ke opis dan anta minit ke dlm bilik pengetua. nasiblah sempat. (berjaya edit minit =+10; gagal faks= -10; gagal dpt sticker; -10; sempat anta minit= +5)
saya pulang ke bilik. dpt msg dari tajul. dia ingin belanja saya makan mlm nie. suke. huhu. tp, kemudian saya tertidur. tak bagus betul tidur di ptg hari. mandi. bersiap, dan keluar dgn tajul. makan dan kenyang. pulang ke kolej. tajul ingin pinjam peta. awis pun dtg. tajul belanja aiskrim. suke. huhu. ttiba, dpt msg dari emak, duit dah masuk. Apakah? rasa lega sgt. terus bayar hutang-piutang dan berkira2 utk bblanja esoks. ahaks. (tajul belanja dinner & aiskrim=+25; ttidur ptg= -7; duit masuk=+50... huhu)
markah? haha. itulah kehidupan. penuh dengan kegembiraan yang berselang seli dengan kedukaan dan kehampaan. it is everyday. dedicate lagu Seindah Biasa. Indahkah yang biasa2 itu? huhu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...