Tuesday, July 28, 2009

update

saya mahu update blog ini. sungguh, saya mahu update. Tapi...

saya gagal menyusun perkataan.

saya mahu cerita tentang positive case yang saya dapat, tapi saya perlu pergi jumpa doktor dan patient dulu.

saya mahu cerita satu kejadian yang memalukan pada jam 1 pagi, tapi ia sungguh memalukan sampai tak reti nak cerita side yang tidak malu.

saya mahu tulis tentang cerita liar yang ada dalam inbox handphone saya, tapi saya rasa kelakar dan tak reti dah nak cerita.

saya nak tulis tentang yasmin ahmad, tapi ramai orang tulis. deyrang dah tulis apa yang saya mahu tulis, maka kamu sume boleh baca saja di sana-sini.

saya mahu tulis tentang sepupu saya yang telah berbelanja besar, tapi saya takut dia marah pula. :P

saya....

saya tak tahu. saya cuma mahu update saja. saya jeles dengan org2 yang telah update hari ni. saya juga gumbira sebab boleh baca apa yang mereka tulis.

sekian.

Thursday, July 23, 2009

Influenza A (H1N1)

Entri ini didedikasikan kepada adek saya, di mana universitinya telah diarah tutup ekoran penularan penyakit ini di kawasan kampusnya.

Saya memang mengikuti perkembangan penyakit ini sejak awal lagi. Setiap hari saya akan buka laman web kementerian kesihatan. Saya akan jadi gundah gulana jika mereka tak update kenyataan akhbar mereka di laman web.

Influenza A (H1N1) - Kementerian Kesihatan Malaysia

Saya harap rakan2 sekalian, yang akan bercuti, terutamanya ke luar negara akan menjalani kuarantin sekurang2nya selama seminggu selepas pulang nanti, terutama jika pergi ke negara yang dilanda wabak ini.

Ya, saya sudah beli face mask, tapi saya belum memakainya. Tapi, saya memang tidak ke mana2 selain ke makmal. Jika anda telah dijangkiti selsema, dan mahu ke tempat2 yang ramai orang seperti kompleks membeli-belah atau pasar malam, silalah pakai topeng muka, untuk mengelakkan perkara2 yang tidak diingini berlaku.

Sila bertanggungjawab kepada masyarakat sekeliling.

Untuk makluman lanjut, sila baca media pendidikan yang dikeluarkan seperti di sini.

Bila penyakit ini datang, saya nampak hikmah berwuduk, . Kita berwuduk sekurang2nya 5 kali sehari, dengan salah satu perkara ialah mencuci tangan hingga ke siku. Tiada umat lain selain umat islam yang kerap mencuci tangan, di mana itulah yang sedang selalu diwar2kan dalam media, "Kerap mencuci tangan...."

Ya, Islam agama yang syumul.

Sekian, salam 1 Sya'aban.

Monday, July 20, 2009

ke.MAJU.an

Saya kira2 rakyat Malaysia memang telah mencapai ke arah kemajuan itu.

Lihat saja cara pembunuhan yang sedang berlaku di negara kita ini. Bukankah ia menunjukkan kemajuan yang amat sangat.

Bermula dengan pengeboman manusia, kemudian kita punya cerita, konon2nya pelakuan oleh pedophile. Anak2 kecil semua telah dihantui oleh cerita itu.

Dan, sekarang, satu orang mati dalam keadaan yang mencurigakan di tempat yang mencurigakan, juga pada masa yang dicurigai. Dijumpai mati pada masa tengah hari pada tarikh untuk mendaftar perkahwinan, adakah itu namanya membunuh diri?

Ia memang tidak akan terlepas daripada kecurigaan dan spekulasi yang luar biasa. Memang berdosa jika kita bersangka buruk terhadap orang lain. Tapi...

Kemajuan memang menakutkan.

Tuhan Maha Mengetahui.

Sekian. Selamat hari Isnin, Rejab 27, Israk dan Mikraj.

Friday, July 17, 2009

FLOWERS are RED

A little boy went first day at school
He got some crayons and he started to draw
He put colors all over the paper
For colors was what he saw
The teacher said
What you doin' young man?
I'm paintin' flowers see
Well this is not the time for art young man
And anyway flowers are green and red
There's a time for everything young man
a way it should be done
You've got to show concern for everyone else
For you're not the only one
And she said
Flowers are red
Green leaves are green
There's no need to see flowers any other way
Than they way they always have been seen
But the little boy said
There are so many colors in the rainbow
So many colors in the morning sun
So many colors in the flower and I see every one
Well the teacher said
You're sassy
There's a way that things should be
And you'll paint flowers the way they are
So repeat after me
she said
Flowers are red
Green leaves are green
There's no need to see flowers any other way
Than they way they always have been seen
But the little boy said again
There are so many colors in the rainbow
So many colors in the morning sun
So many colors in the flower and I see every one
Well the teacher put him in a corner
She said
It's for your own good
And you won't come out 'til you get it right
responding like you should
Well finally he got lonely
Frightened thoughts filled his head
And he went up to that teacher
And this is what he said
Flowers are red, green leaves are green
There's no need to see flowers any other way
Than the way they always have been seen

Well time went by like it always does
he moved to another town
And the little boy went to another school
And this is what he found
The teacher there was smilin'
She said
Painting should be fun
And there are so many colors in a flower
So let's paint every one
that little boy painted flowers
In neat rows of green and red
And when the teacher asked him
Why?
This is what he said
Flowers are red, green leaves are green
There's no need to see flowers any other way
Than the way they always have been seen
But there must still be a way to have our children say
There are so many colors in the rainbow
So many colors in the morning sun
So many colors in the flower and I see every one
There are so many colors in the rainbow
So many colors in the morning sun
So many colors in the flower and I see every one

[ www.thenasheedlyrics.com ]

Sekian, selamat hari Jumaat.

Wednesday, July 15, 2009

Love Teeth

Gigi bongsu saya tumbuh semua, 4 batang. Dua batang, telah selesai tumbuh dan keluar dengan baik, sebelah kiri. Untuk sebelah kanan, sedang dalam proses mahu tumbuh dan keluar dari gusi.

Ini menyebabkan saya merasa kesengalan sepanjang masa,sepajang 4 bulan ini. Sekejap ada, sekejap takde. Tapi, hari ni, rasa berdenyut2 sampai ke mata. Nak bukak mata pun rasa sengal. Gigi bongsu atas sebelah kanan ini sedang dalam proses mahu keluar, di mana saya kira2, sedang berusaha gigih memecahkan gusi. Uh!

Semasa gigi sebelah kiri tumbuh, saya mengalami beberapa masalah. Ya, selain sengal, masalah yang lain ialah sisa makanan yang senang tersekat dan kesusahan membersihkan kawasan belakang gigi. Huh, susah betul sehingga saya terpaksa membeli berus gigi kecil, interdental toothbrush. Saya jumpa doktor gigi berkali2 juga, supaya doktor dapat melihat perkembangan gigi2 yang mahu tumbuh ini. Tapi, setiap kali jumpa, doktor musti suruh cabut saja gigi itu, terutamanya gigi bongsu bawah.

Tapi, setiap kali saya beritahu ibu saya, dia mesti bantah. "Kalu tak sakit, buat apa nak cabut gigi tu". "Ya, memang tak sakit, tapi susah betul nak jaga. Susah betul nak memberusnya. Nanti kalu tak bersih betul, akan sakitlah" bisik hati saya.

Hari ni, ketika melayan kesengalan gigi ini, saya carik maklumat tentang wisdom teeth ini di wikipedia. Dan, saya gelak guling2 membaca beberapa perenggannya. Haha.

Rupa2nya, doktor2 gigi seluruh dunia pun bercanggah pendapat tentang mencabut gigi bongsu yang tidak rosak. Di U.K, deyrang tak galakkan cabut, supaya mengelakkan risiko berlaku komplikasi yang tidak diingini. Tapi, kat U.S, mereka suruh cabut awal2 lagi kalu gigi ni mula tumbuh. Apakah?

Dan lagi, mengenai etimologinya. Ahaha. Kenapa panggil wisdom teeth? Sebab dia tumbuh masa dah besar, wiser, berbanding gigi lain yang tumbuh masa kanak2. Kenapa panggil gigi bongsu? Sebab gigi ini tumbuh yang paling akhir sekali. Kalu kat thailand, "huddling teeth" due to its shortange of space. Dalam spanish dan italian, panggil "molar of judgement", lebih kurang samalah macam wisdom. Tumbuh bila dah besar, dah bijak, dah boleh menilai.

Tapi, kalu kat korea, dipanggil love teeth, referring to the young age and the pain of the first love. Ahahaha.

Klakar.

Sakitkah cinta pertama itu?

Ya. Terlalu.

Sekian. Doakan saya cepat sembuh dari kesengalan ini.

Sunday, July 12, 2009

NGEKS!

Lewat malam saya menulis kerana tidak dapat menahan2 lagi kebangangan yang berlaku hari ini.

Najib umum sebelas perkara sempena 100 hari dia jadi PM. Rata2 sume bagus. Tapi, lama2 tgk, ada bangangnyer jugaks. Pasal tol tu, oklah dapat diskaun, kan? Tapi, kenapa pulaks 80 kali? Kenapa pulaks kene kira kali? Kiralah amaun yang dibayar, like RM100 sebulan, maka dapat diskaun. Kalu macam saya dulu, pegi makmal lalu satu tol je, pegi balik 2 tol lah. 40 kali jer lalu tol dalam sebulan. Maka, tak dapat? Walhal, kalu duduk kajang, kurang lagi amaun bayar tol, tapi 4 kali sehari, sbb mereka ada lalu tol RM1. Maka, tercapailah hasrat lalu 80 kali tol sebulan. Tapi, kalu kira amaun, lagi kurang. Tak cakap budduh, sume pas universiti. Meeting berejam2. Tapi, buat keputusan tak bijak begini. Haish. NGEKS!

Koma (ikut stail Pak Zul). Huhu.

Ptg tadi, saya pergi membeli suratkhabar. Ya, agak lewat membeli, tapi tak keysahlah, kan. Setelah selesai membayar, ada satu budak lelaki nak beli rokok. Dia cakap macam ni, " Mintak rokok dunhill 14. Erm, bagi yang gambar bayi, eh". Saya terkejut. Gambar apa? Saya pun pandanglah kotak2 rokok yang bersusun tu. Haha. Terus saya jegil mata kat budak tu. Mentang2lah dia tak pregnant, dia bolehlah amik rokok yang ada gambar baby premature tu lah. Saya tak faham betul. Kamu tak ingat ker kamu menyumbang sperma, wahai lelaki2. Haish. Kromosom dalam sperma yang berenang2 itu boleh mudah patah, tau. Marah btol saya. NGEKS!


Friday, July 10, 2009

Bagaimana?

Beberapa bulan lalu, saya masih berkira2 sama ada mahu masuk sektor awam atau sektor swasta. Selain daripada makmal swasta yang offer saya kerja itu, HKL adalah hospital kerajaan yang mempunyai makmal genetik. Hospital Ampang sudah ada, tapi masih belum run. Saya kurang pasti masalah sebenar mereka.

Sejak tahun lal, LPPKN, sebagai sebuah badan berkanun telah menaikkan caj dan fi mereka selaras dengan keputusan kabinet. Ujian analisis kromosom telah naik daripada RM 50 kepada RM100 bagi satu ujian. Akibat daripada kenaikan ini, ramai pelanggan memilih untuk menghantar sampel darah pesakit mereka ke HKL, di mana tiada bayaran dikenakan. Maka, kes2 di HKL meningkat sehingga 2000 kes pada tahun 2008. Pihak HKL telah memohon staf LPPKN yang mempunyai kepakaran untuk analisis kromosom ini melakukan part time di sana bagi membantu mereka.

Setelah satu orang staf dari makmal genetik ini bercerita, dia kata, bagi kes2 yang tidak urgent, mengambil masa satu tahun untuk menunggu kes itu di analisis. Ya, kes urgent memang sangat urgent, spt kes Patau dan Edward Syndrome. Juga bagi kes ambigous gentalia (keraguan genitalia. Ya, ada bayi yang dilahirkan dengan ketidakpastian sama ada lelaki mahu pun perempuan kerana alat sulit mereka tidak jelas (ada keraguan). Kes2 begini sangat2 urgent.

Pada satu hari di minggu lalu, satu doktor telefon untuk hantar blood ke makmal genetik LPPKN. Kemudian, doktor itu tanya adakah sebarang diskaun untuk OKU. Kami kata, tiada. Silalah hantar ke HKL, di sana tiada bayaran akan dikenakan. "HKL? Hurm, dua tahun baru dapat result."

Saya rasa penin. Ingin saja saya lari ke HKL dan membantu mereka.

Adakah jika saya terima tawaran kerja kat makmal swasta ini, saya dikira pentingkan diri sendiri?

Bila mendengar situasi2 beginilah yang membuatkan saya bercita2 mahu membuka makmal sendiri. Dua tahun baru dapat results? Orang kaya kita tak perlu cerita, mereka memang akan anta ke luar negara, paling dekat pun Singapura. Tapi, orang yang tidak kaya lebih ramai dari yang kaya.

Bagaimana?

*Silalah baca entri yang "menyayat hati" ini.

Tuesday, July 07, 2009

Lab Sendiri

Apakah perasaan anda bila ada orang beri anda ruang dan duit, maka buatlah apa yang anda suka? Jika anda mahu jadi florist, maka boleh buka kedai bunga sendiri. Jika minat fotografi, maka buka studio sendiri. Jika sangat minat fabrik, maka buka kedai baju sendiri. Atau kedai langsir sendiri. Kalu lawyer, boleh buka firma sendiri. Atau kalu suka sangat shopping, boleh buka shopping mall sendiri. Ahaha.

Saya pernah jawab kepada beberapa orang yang bertanya tentang cita2 saya. "Aku nak kawen dengan orang kaya dan nak bukak genetic lab sendiri".

Saya menghadiri satu temuduga pada hari Isnin yang lalu. Honestly, ini kali pertama saya menghadiri temuduga untuk private sector. 2 temuduga sebelum ini hanyalah untuk jawatan di sektor awam, di mana saya dipanggil selepas mengisi laman web SPA. Maka, sebelum pergi, saya sangat berdebar2 dan sangat bertanya2 pada orang2 di makmal akan soalan yang akan ditanya.

Interview ini sedikit lain. Ini kerana saya dipanggil oleh satu orang bos dari satu private lab, Dr. Wong. Lab ini hanya focus kepada genetic diagnostic sahaja. Tapi, ia masih lab yang kecil dan masih baru tetapi penuh dengan cita2. Saya telah di highly recommended by my supervisor di LPPKN, Dr. Siti. Dia adalah scientific advisor kepada syarikat/ lab Dr. Wong ini.

Huh, kalau pun saya pakai lipstick kaler biru pun, Dr. Wong memang mahu saya bekerja dengan dia.

Saya dibawa ke satu bilik kosong dan diberitahu untuk set up lab cytogenetics untuk company itu. "Tell me what u need. We can buy for you. U can email me the list".

Saya sangat terkejut. Umur saya baru 26. Pengalaman kerja pun takde lagi. Hanyalah pengalaman duduk lab untuk buat master degree ini. Itu pun 3 tahun jer. Tiba2, dia mahu lantik jadi, like, Ketua Unit Makmal Sitogenetik? Seriously?

"Ya, kami mahu lihat your perfomance. Gaji dan jawatan awak akan diberi mengikut perfomance yang akan awak tunjukkan kepada kami. Kami mahu lihat sama ada u are a leader or a follower."

Ya, saya tahu, walaupun saya terkejut, tapi, saya sangat perlu bersyukur atas kepercayaan ini. Tuhan telah memakbulkan cita2 saya. Dan, bagaimana mungkin saya boleh menolak tawaran ini? Boleh ker saya tolak? Huh!

Orang2 di makmal menyokong saya 100%. Mereka kata mereka akan bantu saya. Saya tahu, ia bukanlah susah sangat. Tapi, it is a big thing.

"I'm planning to have this thing here bla bla bla............. Tapi, kalu Siti ada plan lain, beritahu saya, we can have the renovation for you".

Dan lagi.....

"We can find lab techician to assist you. Tapi kalu Siti ada kawan2 yang u nak recommend, tell us".

Ada sesiapa yang mahu?

"Erm, bila Dr. nak saya mula bekerja?" "Today. Or yesterday".

Sekian. Semoga saya berjaya.

Ameen.

*saya sekarang self-claimed Ketua Unit Makmal. Haha. Sebab bila saya tanya, "Jawatan apa yang Dr. nak offer saya sebenarnyer?" "Jawatan apa yang Siti nak?" Oh my!

Wednesday, July 01, 2009

Kahwin Bawah Pedang

Sharlinda, rakan matrik saya telah berkawen dengan seorang anggota tentera udara, Kapten Faizal. Maka, bila masa kawen, dia perlu kawen bawah pedang. Walaupun ini bukan kali pertama saya melihat upacara seperti ini, tetapi kelainan majlis kawen kali ini masih menarik minat saya. Para tetamu juga tidak henti2 mengambil gambar. Dan, kawan saya ini, sangat sungguh chanteks sekali. Ya, suaminya juga kacak. Sungguh. Haha. Tetapi, baju Sharlinda paling menarik minat saya pada petang itu. Saksikanlah gamba2 yang ternyata mampu berbicara sendiri.

Saya dan Che Ros

Jalan2, kemudian lalu bawah pedanag. Huhu. Gamba lelaki yang terrrrmasuk dalam gamba itu ialah suami Che Ros.

Sama chanteks, sama padan. Juger, pelamin yang indah.

Senyuman Kapten Faizal yang sangat mahal. Sharlinda memang murah dengan senyuman.

Linda sedang marah, sbb kitorang nak ambil gamba baju dia jer. Huhu.

Bersama2 rakan matriks yang lain. :)

Kepada Ida dan Neila, kami sentiasa merindui kamu. Muahs.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...