Wednesday, October 03, 2007

PRK

Pilihanraya kampus (PRK) telah selesai berlansung semalam. aku, sebagai felo telah dilantik jadi SPR. teruja aku nak menjalankan tugas semalam. tapi, rupa2nya, sgtlah penat. Ditambah dgn tak cukup tidur sebelum itu, yesterday was really a hectic day. Huh!

Maka, keputusannya masih memihak kepada pro aspirasi, wpun majoriti sedikit menurun, akibat bbrp kerusi menyaksikan calon2 yang menyibuk utk bertanding supaya boleh memecah undi. dan, ya, YDP itu mng juga. erm...

what i want to say today is just why i am not so interested utk bertanding dulu2? erm, aku dan adik2 beradik lahir dalam keluarga yg bergiat cergas dlm politik. pakngah dah pun jadi ahli parlimen. nenek juga sgt berpengaruh di peringkat bahagian. mak, paklong, dan arwah atuk juga adalah guru besar/ pengetua (selain ada jwtn dlm parti), org yang dikagumi dlm masy. maka, aku, adek2 dan sepupu2 lain tiada pilihan lain. politik itu telah jadi atmosphere kami sejak kecil. minat atau tidak, kami telah memainkan peranan dalam kerjaya politik mereka.

pilihanraya negara yg berlaku setiap 5 tahun itu, bagaikan pesta bg kami. mmg sgt sebok. aku masih ingat lagi, last election, pakngah mmg kerap berada di umah nenek. ramai org nak juma tak kira pagi ker ptg ker. ada yg naik helikopter semata2 nak jumpa pakngah kat kampung tu. satu malam, dalam pukul 1 pagi, sdg sebok aku berchatting kat PC, pakngah dtg dapur, dan suruh aku buat air utk org yg dtg di malam2 hari itu, sbb maid dah masuk bilik (PC dekat dgn dapur). tak bagus, kan? dan masa hari election, aku dan adek2 kene ikut mak sebok2 kempen. hari penamaan calon masa tu pun, aku pegi, bawak nenek aku. dan masa keputusan nak diumumkan, umah nenek mcm pesta. byk gerai makanan diletakkan di situ, tv2 diletakkan utk sume org ramai2 tgk keputusan. aku kene jadi org catit keputusan (disuruh oleh seorg pakcik ku yang lain). dan, last election, pakngah agak garang juge, sbb satu kerusi DUN terlepas ke tgn pembangkang sbb salah isi borang. sgt garang pakngah masa tu. sgt takut!!!

aku sbg aku terlibat juga dlm politik. kecik2 jadi pengawas. sek men pun adalah bbrp jawatan. dan kat uni pun aku jd Jaksa. wpun aku taklah jd head prefect, head girl atau ydp, dan tak bertanding jd mpp, tp, politik tak lari dari kehidupan aku. dan, ingin aku katakan di sini ialah, aku lebih suka jadi "pejuang tak bernama" itu.

pada aku, pejuang2 tak bernama perlu dihargai dengan baik sama dgn pejuang2 bernama dan ternama. nama2 spt tunku abd rahman dan dato' onn mmg sgt kita kenal. tp, perempuan2 yang menggadaikan barang kemas utk tunku ke london adalah org2 yg kita perlu ingat pengorbanan mereka. mereka juga berkorban apa sahaja yg mereka ada setakat yg mereka mampu. mungkin tunku kaya dan lebih cerdik, maka dia boleh berkorban lebih, maka dia lebih ternama dan lebih dikenang.

last month, sempena pameran "Wanita dan kemerdekaan" aku mengikuti satu talk oleh shuhaimie baba yang mengarah cerita 1957-hati malaya. cerita ini adalah utk mengenang pejuang2 tak bernama ini. sgt meneyentuh hati, sbb shumi menceritakan kesusahan dia utk buat filem ini. so, bila tgk preview tu, rasa lebih touching. huh.

kepada A**** dan kawan2 yang telah menang, buatlah apa ynag kamu perlu buat. tak perlu jd extra ordinary, just do what u have to do, and never ever do apa yg mmg tak boleh dibuat.

semua org pun tahu, politik di malaysia dan dunia telah menjadi pelik2. sume org pun tahu Bush tu merepek kerepek tahap dewa ttg peperangan. sume org pun tahu rasuah telah berleluasa dalam umno, dan isa samad itu mmg jd kambing hitam jer. tapi, kita mmg susah nak mengakuinya. itulah sifat melayu yang sebenarnya sgt sopan. tak suka tunjuk perkara yg jahat2. tak baik utk org2 tahu. tp, budaya melayu yang sebenarnya baik itu semakin rapuh. itu sbb, melayu malaysia ini semakin hilang jati diri. dan semakin ramai org buat jahat dan terdedah2 di media massa. sgt menakutkan, kan?

apakah aku nak menjadi pembangkang? tidak. aku cuma mahu semua org menjadi baik. MPP menjalankan tugas. MP tak main rasuah. ADUN selalu pulang ke kawasan. dan tiada penipuan. maka, Malaysia akan menjadi semakin baik. AMEEN.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...