Thursday, December 25, 2008

M.A.T.I

aku rasa dia dah mati
kau rasa?
apa?
dia, kau rasa dia dah mati tak?
haah, aku pun rasa dia dah mati
takpelah
kalu dah mati, tak susah
tanam je
ye
kalu belum mati yg susah
habis kalu tak mati, apa?
entah
kau tak tahu?
tak
sungguh?
ye, tak tipu
haah
takde maknenyer kau nak tipu aku
sebab
aku adalah kau
kau adalah aku
biarlah
semua orang akan mati
haah
kau pun akan mati

updated on Dec 31st: Dia belum mati.

Friday, December 12, 2008

Melayu

"Ada tak kaum lain di dunia ini, dilahirkan Islam seperti kaum Melayu? Adakah kaum Arab seperti kaum Melayu ini? Atau, jika menyebut Jawa di Indonesia, pasti Muslim. Adakah? Dan, ada tak mana2 kaum di muka bumi ini, yang agamanya ditulis dalam perlembagaan? Seperti Melayu di Malaya ini, agamanya tertulis dalam perlembagaan; adalah beragama Islam. Saya bercerita tentang kaum."

Soalan ini saya tanya dengan rasa rendah diri beserta kecetekan ilmu dan kurang pengalaman hidup. Saya tahu ilmu yang saya ada hanyalah seperti setitis air daripada seluas lautan di bumi Tuhan ini. Dan, pengalaman hidup saya dalam 25 tahun ini ibarat setahun jagung. Bumi Malaya ini pun belum habis dijejaki, dan belum pernah memijak bumi Borneo di Malaysia Timur itu.

Saya sedang membaca novel Tuhan Manusia karya Faisal Tehrani. Saya baru baca bab 4. Tapi, soalan2 di atas menerjah fikiran saya. Maafkan saya. Saya mohon pada yang lebih berilmu supaya dapat memberi sedikit jawapan.

Sekian.

Thursday, December 11, 2008

Mobile Blog

Semasa sedang menunggu isyak, saya telah menemui satu perkara baru di zaman teknologi telefon bimbit ini. Tak tahulah kalu saya yang terlewat tahu. Tapi, saya tulis juga, supaya yang tidak tahu akan tahu selepas membacanya. :)

Saya mempunyai dua telefon bimbit; Nokia6280(CelcomXpax) dan Sony Ericsson W660i (MaxisHotlink). Jika mengambil gambar menggunakan telefon Sony Ericsson, pasti ada menu "Blog This". Saya pernah cuba sekali dulu2. Tapi, saya rasa macam tak berjaya. Maka, malam tadi saya telah mencuba sekali lagi. Dan, hasilnya saya telah mempunyai "Mobile Blog". Sengaja saya asingkan blog ini dengan Mobile Blog. Serasa saya, kandungan untuk Mobile Blog akan lebih pendek kerana menggunakan telefon bimbit untuk menaip entri, tidaklah sama dengan menggunakan laptop/PC. Tetapi, jika mahu publish kepada blog sendiri pun boleh juga. Ikuti sahaja arahan yang diberikan.


Maka, kini, saya boleh update blog saya walaupun saya tidak ada laptop/PC. Saya juga merasakan ia antara medium yang boleh digunakan semasa kecemasan. Boleh publish secepat mungkin apa2 yang kita perlu, dan harap2 ada yang membacanya sesaat selepas di publish. :D

Saya juga sempat menukar template untuk Mobile Blog itu. Yang lain, akan saya kemaskinikan nanti. Maka, kamu2 yang ada telefon bimbit Sony Ericsson, bolehlah mencuba. Saya tidak jumpa pula aplikasi ini dalam telefon bimbit Nokia saya. Mungkin ada pada model yang lebih terkini. :P

Untuk maklumat lanjut, sila layari Blogger Mobile. Lihat juga promo di SonyEricsson/Product/Blog.

p/s: erma, aku harap kau boleh mula ke alam blogging ini thru this mobile blogging. :D

Wednesday, December 10, 2008

Aidiladha1429

Salam AidilAdha 1429. Tahun ini aidiladha saya kurang meriah berbanding tahun lepas. Adek2 saya, Fadhilah dan Farid tidak dapat pulang berhari raya. Maka, saya dan adek yang seorang lagi itu menemani emak dan ayah berhari raya di kampung. Saudara mara lain juga tidak beraya di kampung tahun ini. Masing2 ada agenda tersendiri. Namun, hari raya masih diari dengan penuh kesyukuran. Saya masih mempunyai baju baru untuk aidiladha tahun ini.

Hari raya yang agak sejuks kerana hujan tanpa henti dari pagi hingga ke petang. Semuanya berpayung/ rain coat untuk menjalankan sunnat muakkad, penyembelihan binatang ternakan. Tahun ini dua ekor lembu dikorbankan di rumah saya.


Dan, kejadian2 yang sedih juga telah berlaku semasa aidiladha tahun ini di negara kita. Takziah saya ucapkan kepada mangsa2 tanah runtuh bukit antarabangsa dan kemalangan bas ekspres di muar itu. Menuding jari mencari siapa yang salah tidak membawa banyak kebaikan. Silalah berbuat kerja dengan baik, dan kurangkan bercakap.

Hari ini juga masih lagi dalam hari tasyrik, 12 Zulhijjah. Hari lahir saya yang ke-26 mengikut peredaran bulan. :)

Friday, December 05, 2008

Florist


Dalam dunia yang fana ini banyak kerja yang boleh dilakukan. Ada yang halal, ada yang haram. Ada yang mengerah kudrat di tengah panas, ada yang mengerah kepala otak di bilil aircond. Ada yang dapat gaji kecik, ada yang dapat gaji 6 angka. Ada yang perlu mengaji sampai PhD, ada yang hanya perlu pandai 3M. Ada juga kerja sambilan, dan ada juga yang suka2 hati jer kene pecat, macam PM Thailand, Thaksin, Samak dan yang terbaru Somchai Wongsawat. Krisis perdana menteri Thailand ini sudah sampai tahap d.a.h.s.y.a.t, kan? Hurm...

Dalam banyak2 orang yang penah saya kawan, saya rasa, pekerjaan florist antara pekerjaan yang comel dalam dunia ini. Huhu. Menggubah bunga. Gubahan bunga akan menjadikan satu ruang itu ada seri. Ada banyak jenis bunga di dunia, dan ada banyak stail menggubah bunga, terpulang kepada citarasa florist itu.

Bunga boleh diberikan pada pelbagai waktu. Semasa konvo yang lalu, adek2 saya banyak betul dapat jambangan bunga. Semasa (arwah) nenek saya saket dulu, bunga2 penuh satu bilik kami terima termasuk daripada Datuk K. Hehe. Doktor yang merawat arwah nenek yang excited bila tgk kad kat bunga tu. Bila berchenta pun, ada kekasih memberi bunga untuk menggembirakan orang yang dikasihi. Dan, bila kawen, pengantin pompuan akan memegang sejambak bunga kecil yang indah dan comel.

Semasa persiapan perkahwinan kakak sepupu saya yang lalu, ada banyak bunga2 digunakan. Pak Abu yang dilantik sebagai perancang perkahwinan, memang terkenal dengan kesukaannnya menggunakan fresh flowers. Maka, majlis kawen itu penuh dengan bunga2an. Dan, kakak sepupu saya telah memilih warna putih sebagai tema. Ros putih, orkid putih di sana sini. :)

Saya sentiasa tersenyum melihat gubah2an bunga yang saya (sekeluarga) pernah terima. Pastinya, ia hasil gubahan oleh penggubah bunga yang kreatif dan punya jiwa pada gubahan mereka. Terima kasih, enchek/puan/cik florist sekalian!

:D Apakah pekerjaan lain yang comel selain florist? Dan, apakah bunga kesukaan anda? Erm, entri ini didedikasikan khas buat abang florist yang tiup bunga gubahannya. Haha. Dia cakap, supaya bunga itu nampak kembang dan chanteks. Ada bunga yang betul2 dia bukak (kelopak bunga dengan tangan), kerana akan nampak "mewah". Eh? Entah. Haha. Lalala...

Thursday, December 04, 2008

Cerai

Di dada2 akhbar, banyak tulis pasal cerai artis dan orang2 kenamaan. Mereka glamour, itu sebab wartawan tulis tentang mereka. Banyak2 orang yang glamour, banyak lagi orang tak glamour. Maka, banyak lagilah orang yang bercerai-berai; iaitu orang2 yang tidak glamour.

Bagi orang yang dah kawen, maka ada kebarangkalian bercerai. Orang belum kawen, macam mana nak bercerai, kan? Aku rasa itulah sebabnya angelina jolie dan brad pitt tidak kawen. Maka, tidak perlu cerai. Buat apa lagi nak kawen, kalu sumenyer dah boleh buat. Cuma bercerai je tak boleh.

Kenapa aku tulis perkara ini? Sebab, aku baru dengar dalam radio, setiap hari, kira2 10 pasangan Islam akan bercerai di negeri Selangor. Orang tu siap kirakan lagi, maka dalam setahun; 365 hari x 10=3650 pasangan. Banyaknyer. Orang ni, dia tengah jual ubat memperkasakan lelaki. Dia cakap, ia adalah antara punca keretakan rumah tangga. Maka, setiap masalah perlu dicarikan penyelesaian. Dan ada lagi yang berkata2, mengapa dalam Islam suruh suami asing tempat tidur jika isteri durhaka? Kerana, jika suami itu perkasa, maka, pengasingan tempat tidur akan memberi impak kepada psikologi isteri. Err, radio aper? Erm..... 91.5 fm di Lembah Kelang. Tak tipu, eh.

Dan, kemudian aku terjumpa artikel ini. Sperm donor fathers 46 children. Kemudian, ada lagi artikel yang pelik. Dalai Lama kata; berasmara hanya bawa masalah.

Aku belum kawen, jadi tak boleh nak komen lebih2 tentang perkahwinan. Maka, kat sini, aku cuma nak kongsi perkara yang aku dengar dan aku baca.

SEKIAN.


Wednesday, December 03, 2008

Malaya

Chua Soi Lek bercakap lagi. Ramai orang lawan2 cakap lagi. Banyak cakap, takde orang nak dengar.

Dia cakap tentang perkongsian kuasa dalam BN. Ketuanan melayu dalam BN sudah tidak boleh pakai lagi. Pandai dia cakap. Haha. Hal ini telah mengingatkan aku kepada buku sejarah sekolah menengah. Aku penah tanya beberapa orang tentang satu persoalan.

Kalu kamu berada pada zaman sebelum merdeka, siapakah yang kamu akan sokong? Dato' Onn atau Tunku?

Mengapa Dato Onn terus kehilangan pengaruh selepas dia berpenat lelah menubuhkan UMNO dan menentang Malayan Union. Alih2, dia hilang sokongan gara2 idea membuka keahlian kepada kaum bukan melayu. Selepas dia keluar UMNO, Parti Rakyat pimpinannya terus kalah dalam pilihanraya.



Aku belum tgk cerita 1957:Hati Malaya. Tapi aku penah pegi satu syarahan sempena pameran "Wanita dan Kemerdekaan" kat perpustakaan. Mereka jemput Shuhaimi Baba, pengarah filem ini. Masa tu, filem ini belum keluar. Dia cerita lah penat lelah membuat filem ini. Dan, semasa buat kajian untuk menulis skrip, ada orang2 tua yang tidak mahu cerita lansung tentang perkara ini. Mereka tak sanggup nak mengenang semula kesakitan yang dialami ketika itu. Aku pulang ke bilik dengan tangisan dan sujud syukur. Bersyukur dengan kemerdekaan dan keamanan negara.



Maka, letaklah diri kamu2 pada zaman itu, siapakah yang kamu akan sokong? Tapi, kita pasti tetap bias, kerana kita sudah tahu kegilaan ahli politik sekarang. Entahlah...

Aku? Dari sejak belajar sejarah tentang bab ini, aku sentiasa terfikir, kenapa Dato Onn kehilangan sokongan. Aku rasa aku akan sokong Dato' Onn.

Tuesday, December 02, 2008

Sesat

Saya mengalami kesesatan yang teruk dalam 2 hari ini. Saya rasa sangat teruk kerana saya tidak bersedia untuk sesat.

Jika saya mahu ke tempat yang belum saya pernah pergi, saya akan melakukan persediaan. Bertanya orang. Membuka peta. Isi minyak penuh. Keluar seawal mungkin. Dan, bersedia mental untuk sesat. Maka, tekanan akan kurang.

Tapi, kesesatan yang dialami semalam dan hari ini* sungguh tidak dijangka dan lansung tidak bersedia. Maka, tekanan amatlah tinggi. Semalam, saya sesat dalam perjalanan pulang. Hari ini saya tersesat hanya untuk ke tol Sg. Besi. Saya ingin ke sana membeli Smart Tag. Tiba2, saya berada di Cheras. Saya gagal ke PLUS. Apakah? Saya sangat sesat.

Walaupun kerugian duit dan masa, tapi saya sampai juga ke destinasi. Sepanjang kesesatan, saya mohon pada Tuhan, dijauhkann kesesatan dalam hidup. Sesat di atas jalan raya, saya hanya akan tiba lewat ke destinasi. Jika sesat dalam hidup, satu destinasi yang pasti adalah mati.

Ya Allah, jauhkanlah aku dari mati dalam kesesatan hidup. Ameen.

* post ini ditulis pada isnin malam, dan autopublish untuk selasa pagi. Sekian.


Monday, December 01, 2008

ARAK

Saya ke pasar raya W*arta hari Jumaat yang lalu. Membeli-belah sedikit barang. Saya pergi ke kaunter bayaran untuk membayar.

Pakcik di belakang saya sangat riang. Dia meletakkan botol yang ingin dibeli dia atas kaunter. Tertera: C*arlsberg. Saya lihat pakcik itu. Umur dalam 40-an. Dia bukanlah boleh dipanggil kaum India, walaupun dia gelap. Dia berkata2 lagi dengan orang di sekitar, kelihatan peramah. Bahasa dia bukan berbangsa tidak Melayu.

Saya melihat pakcik itu. Saya tidak pernah mengalami perisiwa sebegini sebelum ini. Apakah saya perlu melaluinya untuk menjadikan saya lebih dewasa. Apakah saya perlu mempunyai pengalaman seperti ini untuk menjadikan saya matang? Perlukah?

Malam itu, saya mendengar berita. Penolong pesuruhjaya PAS Selangor yang dipecat itu menyebut tentang minuman ini. "Tidak bolehlah dijual di tempat2 awam. Di stesen minyak. Di 7E."

Saya hanya teringatkan pakcik di siang hari tadi.

Haramkan saja. Ini negara Islam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...