Monday, August 31, 2009

DKZ Tadarus & Khatam Quran 1430H & Kemerdekaan Malaysia 2009

Saya pulang untuk cuti panjang bersempena kemerdekaan pada bermula Sabtu lalu sehingga hari Isnin.

Bersempena dengan cuti panjang ini, kumpulan keluarga saya telah mengadakan majlis tadarus dan khatam al-Quran beramai2. Tahun ni, umah maklong di Parit Bunga tempat kami berkumpul.

Aktviti agak padat. Bermula dengan solat asar berjemaah. Khatam Quran. Tahlil. Tazkirah: jemputan khas; imam Parit Bunga. Berbuka puasa. Solat Maghrib. Makan malam. Solat Isyak. Solat Terawikh. Moreh. Penerangan tentang Influenza A(H1N1). Tidur. Qiamulail. Sahur. Solat Subuh.

Imam khas dijemput sebab nakkan sedikit kelainan. Sebelum2 ni, tazkirah diberi oleh bapa2 saudara sahaja. Jadi, tahun ini dijemput orang luar. Paklong saya pengerusi masjid. Jadi, dia memang baik dengan imam2 masjid di situ. Tajuk? Ramadan dan Syawal; kedatanganmu dinanti. Best. Tazkirah malam pula diberikan oleh makcik saya. Makcik saya yang seorang ini ialah pengarah kesihatan daerah, yang terlibat secara lansung dengan A(H1N1) ini. Jadi, dia merasa bertanggungjawab mendidik keluarga dia iaitu kami kami semua ini.



Padat, kan? Takde banyak ambi gambar, kecuali masa tadarus. Lepas2 tu dah penat. Huhu. Menu? Owh, saya bersyukur pada Tuhan,keluarga kami dilimpahkan rezeki yang banyak. Berbuka: Bubur lambuk. Kurma. Karipap. Air mineral dan kopi panas. Makan malam: Nasi beriani. Kambing beriyani. Daging beriyani. Ayam masak merah. Roti jala. Ayam rendang. Mee bandung. Sirap bandng. Cendol. Kuih bingka. Kuih Koci. Kek Coklat. Puding. Buah Naga. Buah Dukong. Buah Epal. Moreh: Kek Keju. Sahur: Nasi putih. Udang masak sweet sour. Sup Sayur. Ikan patin masak tempoyak. Air sirap. Alhamdulillah.

Gamba makanan tak ambil sebab sebok nak pilih makanan. :P

Walaupun agak keletihan, tapi semua orang gumbira, majlis berjalan lancar. Maklong saya telah sedar rumah dia macam tak cukup kipas. Hehe. Jadi, dia mahu anta proposal kepada paklong saya untuk pasag aircond di ruang tamu umah dia. :)

Selamat hari Merdeka Malaysia yang ke 52. Malam tadi sempat juga saya nonton cerita 1957: Hati Malaya. Pelbagai emosi hadir. Sedih juga melihat plot Tunku mahu ke London. Tapi, puas gelakkan Iqram Dizly pakai serban dan cermin mata. Hehehehehehe. Juga plot Sheikh Fahim memilih tarikh kemerdekaan. Kagum sungguh. Saya memang sukakan sejarah kemerdekaan. Cerita ini benar2 terkesan di hati saya. :)



Thursday, August 27, 2009

Haish Politik

Saya seperti tidak mahu tulis tentang politik di bulan Ramadan ini. Tapi.......

Kenapa ntah BN yang diwakili UMNO memilih calon yang ada kes untuk bertanding pilihanraya kecil itu. Tak keysahlah dia betul ker salah ker tipu ker. Tapi, dia ada personal issue. Dahlah lawan kat kubu kuat. Terang2an niat di hati UMNO mahu mengurangkan majoriti, bukannya mahu menang pun. Tapi, kalu dah pilih calon pun tak btol, silap2 majoriti PAS boleh naik. Ini bukan zaman dahulu kala, di mana letak tiang pakai seluar jadik calon pun, BN boleh menang. Haish.

Saya baru baca blog chua soi lek. pelik sungguh bila dia telah dipecat. Betullah cakap dia, adakah dengan pemecatan dia akan menaikkan imej MCA. Alasan pemecatan beliau adalah kerana penyebaran dvd itu akan menjejaskan nama parti. Klakar pun ada. Yalah, dia jadi timbalan presiden pun sebab menang bertanding, dia bukannya menang tanpa bertanding. Orang2 MCA jugak yang pilih dia. Apalah yang difikirkan oleh presiden MCA tu. Haish.

Isu tentang TPM jual tanah kepada singapore muncul kembali. Citer ni, orang Johor dah lama tahu. Saya pun tak tahu kebenarannya. Tapi, kalu dah jual tu, dah tak boleh buat apalah, kan? Saya cuma mahu jambatan bengkok itu. Tak keysahlah pun kalu nak buat tegak. Sebenarnya, buat jambatan itu jadik bengkok sebab singapore taknak buat bahagian dia. Jadi, kalu kita nak buat jambatan jugak, yang akan menjadi lebih tinggi dari tambak, kita kene buat bengkok. Owh, janganlah mengarut2 nak buat jambatan ketiga dengan mana2 hala ntah. Tak rasional nak merepek begitu. Tahu tak, air kat tambak tu tak mengalir. Tolonglah faham rasional nak buat jambatan ganti tambak tu. Haish.

Saya juga baru baca berita online, Senator Profesor Datuk Dr. Ismail Salleh, orang buta yang bijak pandai ini, telah dipanggil Ilahi. Dia adalah orang yang saya kagumi. Takziah kepada keluarga beliau. AlFatihah.

*pesanan bagi orang yang suka buat onar, silalah berhenti membuat onar. Ia tidak akan akan menjadikan kamu bertambah pandai. Ia tidak akan menjadikan kamu bertambah kaya. Dan, pastinya ia tidak akan menjamin kamu masuk syurga.

Saturday, August 22, 2009

Ramadhan 1430

Ramdhan menjelma lagi.

Ramdhan kali ini, saya jalani di Kampung Baru. Satu tempat yang ada kelainan sendiri bila berada dalam bulan Ramadhan. Malam tadi, alhamdulillah, saya sempat solat Isyak dan terawikh berjemaah di Masjid Kampung Baru yang chantek dan nyaman itu. Cukup 23 rakaat beserta witir. Lengkap satu juzuk bacaan oleh imam yang dijemput khas dari negara Timur Tengah itu. Ini kali pertama saya berimamkan imam dari negara lain. Saya hanya pernah solat terawikh di UKM dan di masjid kampung saya. Semuanya imam tempatan. Tapi, kawasan di sekitar ibu kota Kuala LUmpur, sememangnya telah mula mengimport imam dari negara Timur Tengah. Dulu2, hanya tengok dalam TV, Terawikh dari Mekah. Terawikh yang tiada wirid2 antara dan bacaan satu juzuk bagi satu malam. Sekarang, dapat saya merasa apa yang saya lihat itu. Syukur pada Allah.

Bacaan Qunut malam tadi pun, agak panjang. Ini pengalaman baru buat saya. Mendayu2 suara imam dan sangat menyentuh perasaan. Terasa rugi pula bila tak pandai berbahasa Arab, tidak dapat saya menghayati makna bacaan Qunut tersebut.




Saya mahu tulis di sini, Ramdhan kali ini, saya rasa ada kelainannya. Sela masa antara Ramadhan sebelum ini, banyak yang terjadi, dan ada yang mengubah hidup saya.

Semoga Allah ampunkan dosa2 saya. Saya benar2 hambaNya yang lemah.

Friday, August 21, 2009

Satu Jenayah

Ya, ada perkara yang telah berlaku pada saya sebelum menjelang Ramadhan kali ini.

Saya tidak mahu bercerita tentang perkara itu. Saya cuma mahu mencoret sesuatu tentang laporan polis yang saya buat.

Saya memang suka terpengaruh dengan cerita TV. Dan, antara cerita TV yang saya suka tgk ialah Greys anatomy dan CSI tak kiralah kat Vegas, Miami atau New York.

Saya mahu membuat laporan untuk masuk dalam statistik. Saya tahu, kalu saya mahukan barang2 saya dijumpai, macam kelakar. Mak saya pun cakap, kita report polis, kebaikan orang lain.Namun begitu, saya masih mengharap bawaha polis nanti, akan buat kerja macam polis dalam kerja csi yang saya tonton. Ambil gambar, ambil cap jari dan cari padanan. Jadi, saya pun pergilah ke balai dalam keadaan langit membasahkan bumi.

Selesai memberitahu polis, polis perempuan itu pun mengarangkan cerita saya. Dia suruh saya semak. Saya pun semak. Tapi, sebelum itu, dia tanya; "Nak buat report ni, untuk insurans ker?"

Saya like; "Apakah? Cik polis, inikan satu jenayah. Kalaupun nilai barang yang saya kehilangan sangat sikit, tapi ia tetap satu jenayah. Silalah siasat." Tapi, saya tak cakap macam tu pun. Saya hanya tergamam. Saya pandang adek saya, dan adek saya pun cakap "Taklah, kak. Nak report kecurianlah."

Owh, kene pecah dan kecurian, tidaklah buat saya marah. Saya hanya rasa sedih. Tapi, membuat laporan polis ini telah membuatkan hati saya tidak senang. Mereka jelas sekali telah mengambil sambil lewa tentang kes kecurian ini.

Kenapa begitu? Menjadi polis memang menangkap penjenayah, bukan tangkap orang yang tidak buat salah. Bila ada laporan, sila siasat dan tangkap orang. Sila.

Sebab, orang lain juga akan membuat kerja berdasarkan kerja mereka. Apa rasa polis2 ini, bila cikgu2 anak mereka tidak mengajar anak2 mereka itu. Masuk kelas, suruh nyanyi2 sahaja. Kemudian, buat hal sendiri. Apa perasaan jika doktor tak mahu ambil suhu badan pun, bila kita kater kiter demam. Dia rasa dengan tangan dan cakap, "ok, saya bagi panadol. Ada batuk atau selsema? Kalu ada saya bagi obat." Boleh jadi marah, kan?

Saya tahu akan ada klien Genetic lab, HKL yang tak senang apabila tidak mendapat keputusan ujian makmal mereka. Ada yang dapat selepas setahun. Mereka pasti fikir, ada orang yang tidak buat kerja. Rasa tak senang, kan? Tapi, kami kekurangan orang untuk karyotyping. Harap maklum.

Sila buat kerja masing2. Jika mahu nonton TV, sila jangan bekerja. Saya dapat lihat, anggota itu malas nak layan kami sebab dia sedang nonton TV. Bolehkah begitu? Tidak boleh. Itu jawapan pasti.

Saya mahu tulis lagi sekali. Silalah buat kerja masing2, dengan baik. Jika tidak, jangan harap orang lain akan buat kerja dengan baik untuk kamu.

Sekali lagi saya tulis, sila buat kerja masing2. Jangan buat kerja sambil lewa sahaja.

SEKIAN.

Tuesday, August 18, 2009

Penyepit, Sudu, Garfu dan Tangan

Saya telah menonton program kartun Atasinchi pada minggu lalu. Haha. Entah kenapa saya lagi suka kartun ini daripada Doraemon. Mungkin kerana ia lebih nampak real, memaparkan kehidupan sebenar dengan cara komedi.

Apa yang menarik minat saya tentang minggu lepas ialah tentang cara makan mereka. Anak perempuan keluarga ini, kelam kabut pergi ke sekolah. Lalu, dia membawa bekal makanannya tanpa membawa penyepit atau chopstick.

Dia sangat lapar kerana tidak bersarapan. Tiba waktu rehat, dia sangat panik kerana tidak membawa penyepit. Kawan2 dia suruh dia pinjam dengan che'gu. Tapi, dia tidak mahu sebab dah penah kene marah dengan che'gu akibat selalu sangat tertinggal penyepit. Jadi, dia menunggu kawan2 dia habis makan, untuk dia pinjam penyepit mereka. Maka, kawan2 dia pun makan laju2 sebab kesiankan kawan mereka yang satu ini.

KESIAN, KAN? Hehe.



Betapa flexiblenyer kita yang reti makan dengan tangan ni. Kalu kita orang Melayu, sebutlah mahu makan pakai apa pun. Makan pakai tangan guna 3 jari? 5 jari? Semua pun boleh. Bagi sudu garfu. Bagi pisau dan garfu. Sekarang pun, ramai sudah belajar makan gune chopstick ini. Saya mula makan pakai penyepit masa kat asrama sekolah. Yus bagi penyepit, makan mee segera. Huhu.

Setelah menonton cerita itu, saya merasa mereka macam rugi, tak reti makan nasi guna tangan. Haha.

Selepas menonton juga, baru saya sedar, patutlah kita semakin ramai yang mati sebab terlebih makan. Huhu.

Sekian.

Friday, August 14, 2009

8th Malaysia Genetic Congress, Awana Genting

Saya menulis supaya saya tidak melupakan perkara2 ini.

Saya pergi ke kongres ini dengan niat untuk menimba pengetahuan. Marah juga supervisor saya kerana saya tidak membentangkan kajian saya di sini. Maaflah.

Pergi awal sehari, maka saya dan Kak Nor dapatlah berjalan2. Kami naik cable car ke kota keriangan. Turun bila langit sedang merah. Katil yang besar seorang satu buat kami tidur lena.

Hari pertama, dimulakan dengan plenary keynote paper dan Mendel Lecture. Yang saya mahu tulis di sini ialah tenang Mendel Lecture itu. Ada beberapa resepi kejayaan yang disebut. Yang paling saya ingat ialah; You need courage. Brain isn't enough. Ya, discouragement boleh membunuh. Sila ambil tahu. Silalah, wahai rakan2, jangan sesekali melakukan discouragement. Orang bijak pun boleh jadi bodoh. Orang berani pun boleh jadik sangat takut. Sila ambil perhatian.

Disusuli dengan keynote paper pertama untuk Theme B: Human & Medical Genetics; Why Study Malformation? by Prof. Michael Patton dari St. Goerge Hospital Medical School, London. Satu perkara yang saya mahu catatkan di sini ialah, bila orang tanya dia, punca berlaku malformation, Prof ini menolak unsur alam sekitar. Dia beritahu, ia memang terjadi dengan sendiri. Analogi yang diberi ialah, DNA disalin sangat banyak kali sudah. Dari zaman nabi Adam sampailah sekarang. Jadi, diibaratkan DNA manusia sebagi ensiklopedia yang berjilid2 tebalnya, kemudian, mahu dibuat salinan fotokopi beribu2 salinan, pasti ada salinan yang tersilap. Saya macam mula2 menerima analogi itu. Tapi, bila dia cakap, tiada sistem yang sempurna, saya agak kurang setuju. Salinan DNA bukanlah manusia yang buat. Sama juga seperti sistem2 yang lain seperti mengepam darah dan sebagainya. Itu semua ciptaan Tuhan yang menunjukkan kebesaranNya. Tidaklah boleh disamakan dengan manusia membuat salinan fotokopi dengan mesin.

Pada hari pertama, saya juga sangat riang melihat poster yang ada. Ada dua poster yang berkaitan dengan saya. Erm, orang yang saya kenal lebih dari yang saya jangka. Begitu juga orang yang mengenali saya. Ahaha. Mana boleh lari bila orang dah kenal kiter. Yeah, i'm in the circle now.

Malam pertama ini juga, ada dinner. Saya memakai baju adek sementelah saya sudah gemuk. Menteri datang sangat lambat. Dia kata, dia kene jumpa PM. Oklah, then. Makan tetap makan. Dan, cabutan bertuah. Meja berhampiran kami sangat bertuah. Like, hampir semua yang duduk di meja itu dapat menang hadiah. Ada orang kat meja saya mahu tukar duduk meja itu untuk menang hadiah. Haha. Akhirnya, seorang daripada ahli meja kami menang hamper. Dia sangat gembira. Owh, saya jarang2 menang cabutan bertuah. Kebarangkalian, 1 dalam 100 kali. Seriboo kali kot. Hehe.

Hari kedua, saya rasa sudah banyak makan. Terlalu. Pagi2, saya terlepas pandang bahawa keynote paper yang dibentangkan mula jam 8 pagi. Tapi, sempatlah jugak mendengar 30 minit. Apa tajuknya? The Malaysian Space Experiments: Challenges, Outcome & Prospects by Prof Dr. A Rahman A Jamal. Seronoklah. Prof beritahu yang kita sudah memulakan langkah awal. Tak semua negara sudah mulakan perkara ini. Jadi, ramai pusat kajian angkasa negara lain sudah berminat dengan negara kita. Lagipun, saintis dari negara kita bijak2 belaka. Saintis Jepun sudah offer kerjasama dalam bidang kajian angkasa lepas ini. Wpun permulaannya sangat mahal, iaitu projek menghantar angkasawan pertama itu, like berjuta2 harganya, tapi, impaknya adalah lebih besar daripada yang dijangkakan. Prof kata, when u have built the bridge, yang lain2 jangan risau, adalah yang akan menyusul.

Petang habis awal. Hajat di hati mahu beli asam. Tapi kedai tutup. Jalan2 di sekitar kedai2 yang ada. Sangat sejuk sementelah hujan lebat pagi itu. Keluar jalan gigil2.

Hari terakhir, saya menunggu forum diadakan. Tajuk Genetic Services: Where Are We Now? sangat2 menarik minat saya untuk mendengarnya. Lebih2 lagi, ahli panelnya mambariskan orang2 hebat dalam bidang genetik manusia/ medical genetics. Ya, banyak lagi yang perlu dilakukan. Tapi, banyak juga sudah dilakukan. Prof Thong kata, sape2 yang betul2 berminat dalam bidang ini, yakinlah bahawa bidang ini mempunyai masa depan yang cerah. Dan, forum ini juga telah menjadi satu sejarah buat Kak Nor. Dia buat pertama kalinya telah bercakap di Malaysian Genetic Congress setelah bertahun2 menghadirinya. Pengerusi forum telah minta pendapat wakil LPPKN. "Kene tulis dalam diari ni", beritahu saya. :)

Kami pulang setelah makan tengah hari. Saya sangat gembira dengan kongres ini. Saya juga gemuk.

Saturday, August 08, 2009

Breast Cancer

Ini cerita pertama saya dari genetic congress, Awana Genting. Saya menulis dengan niat supaya saya tidak melupakannya.

Satu pensyarah dari UPM dijemut membentangkan keynote paper yang bertajuk "The Cancer Biomarker Highway: When & Where Do We Exit?". Dia sangat lemah lembut dan sentiasa senyum. Rambut panjang mengurai menawan dengan kebaya hitam berhias manik.

Disebabkan suara dia yang lembut tu, kadangkala tersengguk juga saya dalam kesejukan bilik seminar itu. Tetapi, masa soal jawab, bila sahaja soalan pertama diajukan, saya terus terpaku.

Saya tak ingat soalannya. Tapi, pensyarah ini memulakan jawapannya dengan;

"My mother and my sister had died because of breast cancer"

dan dia sedang gigih melakukan kajian tentang breast cancer?

Pada saya, cerita itu sgt sedih.

Dan, dia sambung lagi, "For the past half an hour, semasa saya sedang membentangkan keynote paper ini, satu orang sudah mati akibat kanser"

Saya bertambah terharu bila dia kata begitu.

Ya, tahukah kamu; SATU daripada EMPAT WANITA adalah PESAKIT BARAH PAYUDARA.

Ya, dalam seminar itu ramai perempuan. Tapi, saya tak sanggup nak kira.

Sekian.


Friday, August 07, 2009

Melayu?

Saya baru pulang dari genetic congress di awana genting semalam. Hari ini sambung dengan workshop microarray snp genotyping di hkl. banyak juga saya nak cerita tentang perkara2 di genting itu, tapi saya belum susun elok2.

dan, hari ini ada perkara menarik yang telah saya ketahui daripada workshop di hkl ini. Seorang pensyarah di HUSM datang memberi penerangan tentang projek dia menggunakan microarray SNP genotyping. Tajuknya ialah: Pan Asia SNP Analysis using Affymetrix (SNP 50k).

Seronok sungguh. Dalam penerangan ini, ada political drama. Ada juga royal romance. Pensyarah tersebut juga hensem. Ahaha.

Projek tersebut adalah usahasama dengan 9 lagi negara di asia i.e sinagapore, india, china, indonesia, south korea, japan, thailand, (2 lagi tak ingat, brunei tak termasuk). Projek ini adalah untuk menganalisis DNA yang terdapat dalam orang asia dan mengetahui gene flow orang2 asia ini.

Di Malaysia, pensyarah ini memulakan kajian tentang orang melayu. Orang melayu mengikut definisi persekutuan ialah orang yang beragama islam, bercakap melayu dan mengamalkan adat dan cara hidup orang melayu. projek ini pula mencari definisi melayu dari segi genetik.

daripada orang2 melayu yang ada, dapat dipecahkan kepada sub -kaum termasuk banjar, jawa, bugis, minangkabau, batak, kelantan dan beberapa lagi. mengikut sejarah, orang kelantan adalah orang melayu paling asli di semenanjung. mereka tidak bercampur dari mana2 kawasan lain, kecuali pattani. mereka adalah orang melayu yang paling lama menduduki semenanjung berbanding melayu yang lain. Jadi, mengikut pensyarah itu, jika melayu dan bumiputera dapat keistimewaan daripada kaum lain kerana merupakan penduduk peribumi di malaysia, maka, melayu kelantan perlu dapat lebih lagi keistimewaan kerana mereka adalah penduduk paling lama. Antara political drama yang buat audiens tersenyum. Ahaha.

Dan, mengikut kajian yang telah dijalankan, kesimpulan yang dibuat ialah;

1. Malays belong to the Southern Mongoloid group of races.
2. Gene flow from Indians to Malays.
3. Historically can be traced to the ancient Hindu Kingdom of Langkasuka.

Panjang jugak penerangan tadi, tak mampu saya salin phylogenetics tree yang dipaparkan. Cuma, saya paling ingat tentang sub kaum saya, bugis. Orang bugis berasal dari kepulauan sulawesi, DNA hampir dengan orang Toraja dari sana. :)

Kajian ini akan berjalan lebih lama, memandangkan kita mempunyai pelbagai kaum. Yang dah dijalankan cuma Orang Asli, dan orang Melayu. Pensyarah tersebut akan meneruskan kajian termasuk perbandingan fizikal dan drug response kepada semua kaum yang ada berdasarkan genetic identity mereka.

i'm looking forward untuk melihat keputusan akhir kajian ini. Sangat2 interesting. SANGAT.

*apa yang berkaitan dengan political romance? ahaha. raja permaisuri kelantan adalah orang thai. untuk jaga dna dia, iaitu nak jaga darah thai, dia kawenkan anak dia dengan anak buah dia dari thai, like mereka kawen sepupu. tapi, tak long-lasting sbb rakyat kelantan dah disuruh turunkan gambar.

*saya menulis sebab saya tak nak lupakan kajian ini. saya seperti sukakan kajian ini. nanti saya update lagi. mahu tidur, sbb agak letih. esok sambung workshop lagi.



Sunday, August 02, 2009

Helikopter

Saya menulis walaupun sudah lewat. Saya menulis kerana saya tidak mahu melupakan perasaan saya hari ini. Mungkin saya dipengaruhi dengan aras estrogen dan progestron yang tinggi, yang menunggu bila2 masa sahaja dinding rahim runtuh akibat tiada persenyawaan berlaku.

Pagi ini, saya buka berita online, saya musykil kenapa mereka terus menutup jalan2 yang hari2 saya lalu utk ke makmal. Saya fikir, tidaklah org2 ini akan mahu juga meneruskan niat mereka, sementelah polis sangat memberi amaran. Tapi, saya silap.

Dalam jam 11, helikopter muncul, agak jauh dari tempat ting
gal saya. Memang mereka menuju ke arah kawasan yang berkenaan. Saya nonton berita tengah hari, memang betul2 mereka berdemo di kawasan utama org ramai mahu membeli belah. Saya teringatkan kawan saya yang membawa makciknya jalan2, mahu membeli keperluan hari raya. Syukurlah, mereka ke Bukit Bintang. Mereka telah ke sogo, tapi mengalih haluan kerana jalan ditutup dari pagi.

Saya buat kerja saya sambil nonton citer hindustan, Khakee.
Citer ni pun ttg pengganas. Sedih jugak citer ni. Tammat citer ni, saya pergi menyental bilik air, rutin mingguan saya. Sedang saya asyik memberus, tiba2 helikopter lalu. Terkejut saya, sbb sangat dekat. Mereka seperti meneropong saya melalui tingkap bilik air saya. Hati saya sangat risau, takut2 demo akan berlarutan ke Kg. Baru.

Saya lantas beritahu housemet saya supaya kami makan di restoren dalam bangunan ini saja. Taknak saya kluar. Saya tahu saya mmg suka fikir bukan2. Entahlah, saya lebih bencikan mereka yang memulakan semua ini.


Pulang makan, saya baca harakahdaily. Mereka mahu buat lagi demo sedemikian sampai ISA dimansuhkan.

Saya rasa mual.


Ada juga kata2 yang salahkan polis sbb sangat kasar.

Mungkin mereka mahu polis kita jadi spt polis thai, maka lapangan terbang kita boleh ditutup seminggu dan persidangan antarabangsa boleh dibatalkan. Maka, mereka akan rasa mereka sangat hebat.

Saya tahu saya memang tak faham apa yang mereka perjuangkan. Tapi, saya sangat yakin, bukan saya seorang saja yang tidak suka perkara2 demo sebegini.

Saya baca satu catatan seorang peguam yang turut berdemo. Saya hanya teringat kak Yanti, yang lately ni selalu beritahu banyak keje di opis. Boleh tak dia tolong senior saya yang baik hati tu.

Saya juga teringatkan2 kes2 chromosome analysis yang ada 2000 tertunggak di hkl tu. Boleh tak mereka tolong belajar dan siapkan.


Ya, sebab saya fikir, mereka seperti ada cukup masa untuk berdemo. Takde keje. Ya, sebab saya fikir, mereka anggap mereka akan rasa hidup cukup bermakna selepas berdemo. Kalu mereka jadi peguam biasa di mahkamah yang bocor, atau doktor2 biasa di hospital yang sesak dan kelam, hidup mereka tidak akan memberi makna.
Lepas berdemo, mereka rasa boleh mati dengan aman.

Dan, pada jam 12 malam, helikopter muncul lagi, menyuluh2 kawasan tempat tinggal saya. Ya, saya benci. Itulah perasaan saya hari ini melihat helikopter.


Saturday, August 01, 2009

Homesick

Saya sedang nonton rancangan Remaja, yang sebut tentang perkara homesick ini.

Saya mengalami homesick masa saya mula2 masuk asrama. Masa tu tingkatan satu, hampir semua rakan2 saya pun merasainya. Ada yang nangis kat toilet, nangis dalam selimut masa tidur, dan pelbagai tempat lagi. Seminggu jugaklah nak habis rasa nak menangis tu. haha.

Masa saya masuk matriks kat kuantan, dah tak rasa nak nangislah. Cuma rasa lebih jauh je. Tapi, ada jugak yang nangis. Bila disiasat, rupa2nya dia kali pertama berjauhan dari keluarga. Dia sekolah menengah kat umah. So, bila duk matriks, pertama kali berjauhan dengan keluarga. Jadi, kami yang konon2nya dah kuat ni, membantu budak ini mengatasi masalah kerinduannya pada rumah itu.

Masuk universiti pun masih ada orang yang merasai saat ini, esp budak2 non-bumi. Sebab mereka belajar sekolah menengah sampai form 6, kemudian masuk universiti. First timelah berjauhan dari keluarga. Masa minggu orientasi tu, terlihatlah jugak mereka berusaha mengatasi perasaan yang macam nak nangis tu. Hehe.

saya buat master, mula2 kan jadik felo, duk sorang. Masuk ktsn, skrang baru ada housemet. Dan, dengan tidak disangka2nya, seorang kawan saya homesick. Sedih je dia. Hehe. Jahat nyer saya gelakkan dia, kan? Tapi, saya tak terfikir pun akan jumpa orang yang homesick masa saya buat master degree. Rupa2nya budak india ni, lepas stpm, dia masuk ipts yang dekat je dengan umah dia. So, masa buat 1st degree pun still duk umah. Masa master degree baru mula duk hostel. Umah dia bukan jauh pun, kat kelang jer. Tiap2 minggu dia balik. Hari jumaat balik umah, hari isnin baru pulang ke KL semual.

Macam maner saya dapat tahu dia homesick? Tidaklah dia nangis depan saya. Erm, satu hari tu, dia kata nak call mak dia, tapi dah lewat malam, dah pukul sebelas lebih, dia cakap mak dia dah tiur. Saya tanya, kenapa nak call? dia kata, "Entahlah, I rasa homesick lah.". Saya rasa nak gelak mula2. Tapi, naseblah saya tahan2. Sian kawan saya ni, kan? huhu.

Saya kira2, musti ada yang homesick pada saat dia kawen, kan? Saat berkahwin itulah, saat bilamana pertama kali berpisah dengan keluarga. Susah jugak orang begitu.

Rakan2, bila masa kamu mengalami homesick ini?

*entri ini juga ditujukan kepada sepupu2 saya yang baru masuk uitm dan mmu. Mak saya citer mereka nangis2, homesick kat hostel. Haha.

*saya juga mahu mengekspreskan kejelesan saya kepada para pelajar tahun satu yang baru mendaftar kerana dapat 100 unit saham 1Malaysia. Ya, saya jeles yang amat. Heh!

Sekian, selamat berhujung minggu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...