Thursday, January 31, 2008

Hari2 terakhir Januari 2008

Perasaan saya bercampur2 hari ini...

Saya rasa gusar tentang perasaan dia kepada saya. Mengapakah dia suka jadi marah2 apabila nampak saya? Adakah dia benar2 tidak sukakan saya, maka dia tidak boleh nampak pun saya, yang akan menyebabkan dia marah2? Atau? Ia menjadikan saya cuba mengelak dari bertemu dgn dia, supaya dia tidak jadi marah2. Huh, saya sungguh tidak faham. SUNGGUH!

Saya juga tidak faham perasaan saya terhadap dia. I have thousand reasons to hate him, but i only can hate the way i like him. Huh...

Saya rasa sgt rindukan kawan2 perempuan saya, dan kehidupan saya bersama mereka. Membaca blog kak Yanti, yg ada tulis "common room blok C", membuatkan diri saya ke sana sebentar. Dan, Ida pula memberi komen di Friendster. Ya, sgt rindu dia, dan Shima, dan Nella, dan Sharlinda, dan Che' Ros dan bilik kami di IKIP itu. Maka, di saat ini, saya rasa ingin menangis, akibat menanggung kerinduan yang amat sangat. :((

Saya rasa penat dan mengantuk hari ini. Saya tidur jam 4, dan terjaga dan tidur semula sehingga jam 8. Huh...

*Updated on 3 p.m: Owh, rakan2 perempuan itu tiba2 muncul seperti memahami rasa di hati ini. Atie telah menemui saya di sini dan membawa saya kepada coretan Nella dan Afzan. Owh, tidak tertahan rasa di hati menanggung kerinduan ini. Ya, Afzan telah sedang mengandung. Tahniah.

Friday, January 25, 2008

Mandul

Saya memang sudah lama ingin menulis tentang satu perkara ini. Ini kerana saya selalu ditanyakan soalan, "Kenapa boleh jadi macam tu, eh?".

Salah satu sebabnya ialah kerana Allah SWT memang menjadikan wujudnya golongan ini. Sebagaimana dalam firmanNya dalam Surah Asy-Syura, ayat 49-50 yang bermaksud;
"Bagi Allah jualah hak milik segala yang ada di langit dan di bumi. Dia menciptakan apa yang dikehendakiNya; Dia mengurniakan anak-anak perempuan kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan Dia mengurniakan anak-anak lelaki kepada sesiapa yang dikehendakiNya [49] Atau Dia mengurniakan mereka kedua-duanya - anak-anak lelaki dan perempuan, dan Dia juga menjadikan sesiapa yang dikehendakiNya: mandul. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa [50]"


Dengan ilmu saya yang cetek ini, saya hanya dapat memikirkan, bahawa Allah SWT telah menjadikan beberapa orang dari kalangan kita; mandul kerana Allah SWT juga telah menjadikan sesetengah daripada kita adalah anak yatim (piatu). Maka, golongan2 ini adalah complement each other. Itulah antara hikmah wujudnya dua golongan ini. Semoga kita semua di bawah rahmatNya. Ameen.

Sekian.

Tuesday, January 22, 2008

Wedding X-MPPs

~pengantin yang chanteks~


Perkahwinan ini berlansung pada akhir tahun lalu. Maka, saya mohon maaf kerana baru sekarang berkesempatan menulis ttgnya.

Farrah Syafeera atau sangat dikenali dengan panggilan Ann adalah rakan sekolah saya. Tapi, kami tidak pernah sekelas. Dorm kami pada aras yang sama, maka kami berkongsi bilik air/ mandi yang sama. Dan, errr, kami pernah menjadi ajk PUI bersama2. :D

~rakan2 STF yang hadir~


Ann sgt chanteks malam itu. Suaminya menjadi pengantin lelaki yang riang. Gambar2 yang ditunjukkan semasa hari nikah dan malam itu juga, lelaki itu sentiasa tersenyum riang. Dia mungkin berasa sangat gumbira mendapat isteri. :D



~kelihatan bekas menteri pengajian tinggi, Datuk Shafie Salleh, (kanan sekali)~


Ann dan suaminya adalah bekas perwakilan pelajar universiti masing2. Mereka berkenalan dalam satu prog yang telah diadakan. Maka, dengan bagusnya, majlis ini telah dihadiri oleh bekas menteri pengajian tinggi dan bekas NC UM yang saya kagumi, Prof. Hashim Yaacob. Ya, saya sangat cemburu dengan hal ini. NC datang ke majlis perkahwinan kita? Huh. Maka, untuk memastikan NC juga boleh datang ke majlis perkahwinan saya, saya akan berusaha mencari MPP yang available untuk dikahwini. HAHAHA. Boleh? Ya, jodoh adalah ketentuan Tuhan. :p

Kepada rakan saya ini, terima kasih atas jemputan. Majlis ini sungguh indah. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.

Tidak lupa juga kepada rakan felo saya yang telah menemani saya ke majlis ini, En. Amiran Ngah (kanan sekali, gambar di bawah). JASAMU DIKENANG. :)

Monday, January 14, 2008

Perempuan Tidak Bernama

Selepas menyambut tahun baru 2008 dan Maal Hijrah 1429, rakyat Malaysia akan menyambut Tahun Baru Cina pula dengan kedatangan Tahun Tikus.

Namun, sambutan tahun baru tidaklah seindah yang diharapkan oleh bekas Menteri Kesihatan Malaysia. Ya, tahun baru dia dicemari dengan dugaan besar. Segala2nya yang dia ada hilang dalam sekelip mata hanya kerana hubungan dia dengan seorang perempuan tidak bernama itu.

Ya, bukan Dr. Chua sahaja yang berbuat begitu. Ramai lagi lelaki di luar sana yang melakukan hubungan dengan perempuan tidak bernama. Namun, disebabkan status Dr. Chua sebagai seorang ahli politik, maka musuh2 politiknya mencari seberapa besar dosa yang dia pernah lakukan. Maka, atas dasar TIDAK BERMORAL, dia telah TIDAK DAPAT DIMAAFKAN oleh masyarakat amnya.

Siapa perempuan itu? Tiada siapa yang tahu. Tapi, kehidupan dia mmg telah dilabel TIDAK BAIK oleh masyarakat am. Apa yang dia dapat dari kehidupan dia? Banyak, tapi, kata sesetengah orang, dia hanya tidak mendapat cinta sejati atau kasih sayang sejati, hanya kerana dia tiada ikatan yang sah dengan LELAKI itu.

Ya, dia mungkin boleh digelar perempuan picisan. Atau, lebih keji lagi, perempuan murahan. Dan, ya, dia mungkin sudah kaya dengan harta benda, kerana LELAKI itu ada banyak wang. Dia dilihat sebagai tiada kuasa dalam apa2 perkara. Tidak layak mendapat harta pusaka dan banyak lagi.

Namun, akhirnya, dia telah BERJAYA memusnahkan kuasa orang LELAKI itu. Satu orang LELAKI yang macam ada kuasa dalam banyak perkara telah hilang kuasa disebabkan oleh satu orang PEREMPUAN yang macam tiada kuasa dalam apa2 hal pun. Begitulah hebatnya PEREMPUAN TIDAK BERNAMA itu yang semacam TIDAK ADA KUASA itu.

Kesimpulan? Jangan memandang enteng terhadap kuasa PEREMPUAN TIDAK BERNAMA a.k.a perempuan picisan a.k.a perempuan murahan. DAN, jangan rasa sgt berkuasa bila memegang banyak kuasa. Kerana sesungguhnya, ALLAH Maha Berkuasa.

Thursday, January 10, 2008

Maal Hijrah 1429

Salam Tahun Baru :)

Semalam saya menyambut tahun baru di Masjid Putra, Putrajaya. Gusar tiada majlis di Masjid UKM, maka saya telah memandu ke sana. Ya, masjid merah jambu yang sangat chanteks.

Saya sampai agak awal, ketika azan asar sedang berkumandang. Disebabkan dinding rahim saya sedang runtuh, maka tidak banyak ibadat boleh saya lakukan. Saya hanya berzikir dan.... ya, MELIHAT PELAKUAN ORANG.

Saya duduk di masjid itu dari asar hinggalah maghrib. Jemaah asar silih berganti. Dan apabila masuk jam 6, jemaah mula tiba untuk celebrate tahun baru. Sehinggalah maghrib, jemaah wanita telah penuh di ruang solat yang dikhaskan oleh mereka.

Banyak yang telah saya pelajari dan dapat saya lihat dalam lebih kurang 2 jam saya di situ.

Saya dapat lihat, beberapa warga emas yang sihat dengan wajah yang berseri2 dan baju yang chanteks adalah antara jemaah yang awal sekali tiba. Saya dapat lihat ada juga anak2 muda sebaya saya yang hadir untuk celebrate new year di sini. Dan, antara yang menarik hati, melihat telatah anak2 kecil perempuan, memakai tudung dengan cute dan cuba membaca kitab yang sama dengan kitab yang dibaca oleh ibu mereka. Sungguh mencuit hati.

Kemudian, saya telah mula berfikir. Betapa letihnya kehidupan seorang ibu menjaga anak kecil. Ibu2 ini membawa anak2 mereka yang masih bayi ini ke masjid, supaya mereka tidak ketinggalan menyambut tahun baru. Mengharap anak kecil ini tidak meragam dan menangis supaya mereka dapat beribadah dengan tenang. Ya, si bapa tidak menjaga anak yang bayi. Mereka hanya perlu menjaga anak2 lelaki yang sudah boleh bercakap dan mengikut rukuk dan sujud.

Maka, saya merasakan bahawa saya perlu mengisi usia muda saya ini dengan aktiviti2 rohaniah seperti ini dan aktiviti2 yang berfaedah yang lain yang ingin saya lakukan. Supaya nanti, saya tidak terkilan tidak dapat melakukannya hanya kerana kehadiran seorang anak kecil. ["Eh, bukan cik Siti pernah tulis entri, tak nak ada anak ker?" "Rezeki di tangan tuhan. Tak semestinya anak kecil itu dari rahim saya :)"]

Dan, supaya saya dipanjangkan umur dengan sehat tubuh badan, supaya saya dapat menikmati usia emas saya dengan hati yang tenang dan baju yang chanteks2. :)

Ya, seperti mana menyambut tahun baru 2008, untuk tahun baru Hijrah 1429 ini, saya juga mengharap yang baik2 sahaja berlaku untuk saya untuk tahun yang mendatang ini. Ameen.

Sekian.

Tuesday, January 08, 2008

Gas Usus

Maaflah kerana diam seketika...

Maaflah kerana akan memperkatakan ttg perkara yg (pada sesetengah orang) tidak begitu bagus untuk diperkatakan...

Gas usus a.k.a kentut adalah antara perkara yang hampir setiap hari dilakukan. Ia adalah perkara yang kadangkala di luar kawalan. Tp, sebenarnya ia adalah boleh dikawal.

Ada pelbagai cara orang nak kentut. Ada yang tak sopan lansung. Seperti cerita di bawah ini...

Ema dan A**** adalah kawan saya. Tapi, mereka tidak pernah berjumpa dan berkenalan berdua. Di satu malam yang indah, saya dan Ema ke kafe untuk membeli makanan. Kami terserempak dengan A****. Kami pun duduk membincangkan beberapa perkara. Inilah pertama kali, Ema dan A**** duduk bersama. A**** pun bercakap dan bercakap lagi. Tiba2, A**** berhenti bercakap, menaikkan sebelah punggung dan kentut (wpun tidak berbunyi, kami sgt pasti ada gas yang telah dilepaskan). Dan A**** kembali bercakap semula, bagai tiada apa yang berlaku. Aku dan Ema saling berpandangan. Bila tammat A**** bercakap, Ema pun berkata, "A****, ini first time aku duduk depan kau, kau boleh kentut mcm tu dpn aku???". A**** diam dan hanya senyum.

Ya, belajarlah kentut dengan penuh sopan dan penuh susila. Bukan penuh bunyi dan penuh gaya. HEH.


(p/s: entri ini bukan berniat untuk memalukan sesiapa. Hanya untuk renungan dan muhasabah diri. Sekian.)

Wednesday, January 02, 2008

Tahun Baru 2008

Ya, hari ini sudah masuk hari kedua tahun 2008. Tahun yang dikatakan banyak tuahnya. Tahun yang dikatakan akan berlansungnya pilihanraya umum Malaysia (yg sgt signifikan dgn keluarga saya). Bermulanya tahun baru, sume orang mengharapkan yang baik2 sahaja berlaku, termasuk saya.

Tahun 2007 agak gerun bagi saya. Penuh dengan kisah satu orang lelaki itu. Maka, harapan saya semuga lelaki itu tidak dominan lagi dalam hidup saya tahun ini. Begitu? TIDAK. Harapan saya ialah, saya akan mendapat cinta dari lelaki itu walaupun sesaat. Ameen.

Tahun 2007 juga saya masuk semula ke KAB, UKM. Mmg saya gembira. Tapi, saya juga berharap, saya akan dapat tammatkan pembelajaran saya di sini. Dalam lain ayatnya, semuga perjalanan pembelajaran sarjana saya akan lancar tahun ini. Ameen.

Dan, bagi tahun 2008 ini, saya juga berharap, saya tidak mempunyai banyak pilihan. Maka, saya tidak perlu membuat keputusan yang berat2. Bukan saya tidak sukakan tanggungjawab, tetapi, saya berasa agak penat membuat keputusan pada 2007 yang lalu. Huhu. Biarlah saya hanya perlu memilih jenama berus gigi dan/atau ubat gigi. Colgate, Darlie atau Oral-B? Ubat gigi Mukmin? :D

SELAMAT TAHUN BARU 2008. Bumi sudah tammat satu lagi pusingan orbitnya mengelilingi matahari. Indah sungguh kejadian Tuhan. Subhanallah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...