Tuesday, September 29, 2009

Video Korporat UKM

Saya telah nonton video korporat ini, English dan Melayu semasa mula2 diterbitkan dulu.. Seingat saya, semasa awal2 saya mejali pelajar pascasiswazah. Tiba2, saya terasa ingin mengabdikan video2 ini di bog saya, kerana saya sukakannya. Saya telah nonton video korporat universiti lain, tapi saya masih sukakan stail UKM ini. Ia sangat terkesan di hati saya terutama bila menyebut tentang bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Saya suka sungguh bahagian buku teks English yang dialihbahasa itu.




Walaupun ada komen2(membina) yang telah diutarakan, tapi saya sukalah video2 ini, tidak kira Melayu atau English. Antara komen2 itu ialah; tiada tertulis kajian dari Fakulti Pengajian Islam, walhal, fakulti tersebut adalah antara fakulti pertama wujud semasa penubuhan UKM ini. Owh, saya tidak tahu mengapa. Mungkin kita boleh edit video ini sikit supaya dapat masukkan juga kajian dari FPI, kan? Barulah adil.



Saya baru lihat video di bawah ini beberapa hari yang lalu. Kelihatan UKM sangat chanteks. Ahaha. Ada rakan komen memang UKM chanteks pun. Ya, chanteks. Tapi, tidaklah terlalu chanteks sebagaimana yang diperlihatkan dalam video di bawah ini.



Selamat nonton.

Sekian.

Sunday, September 27, 2009

Aidilfitri 2009

Terasa sedikit malas2 mahu menulis tentang raya kali ini. Memilih gambar pun susah. Tapi, digagahi juga. Sedikit coretan untuk ingatan masa akan datang.

1 Syawal: tahun ini tiada siapa pulang ke kampung. Maklumlah, nenek dah tiada. Seusai solat raya, ziarah kubur. Kemudian, makan. Ambil gambar. Tema warna, ijau. Sewarna tapi tak setona. Ijau sapa paling chanteks? Hehe. Kemudian, terus pergi rumah atok saudara, dan terus bergerak ke Parit Unas, kampung abah.


2 Syawal: tak banyak perkara dibuat. Duduk rumah, konon2 nak tunggu orang datang. Takde pon. Pergi beraya umah mokteh yang amatlah dekat. Pegi dengan adek2 saja. Malam, anak2 maklong datang beraya. Kelakar sungguh tengok Aiman makan mee rebus dengan tangan dan hirup kuahnyer.

3 Syawal: OPEN HOUSE! Oh, penat betul open house kali ini. Dianggarkan 20 ribu manusia telah hadir sementelah rumah rasmi MB tak buat majlis sebegini pada satu syawal. Saya tak ke depan pun, tengok saper yang hadir. Gamba di bawah diambil setelah selesai majlis. Senget2 sudah senyuman. Hehe. Lihatlah baju kami, secorak tapi tak sewarna. Baju siapa paling chanteks? Hehe. Tentulah baju saya. :P (Gamba lelaki di tengah2 itu, gamba kawan lama abah, yang juga orang kuat pakngah).


4 Syawal: Saya gagal bergerak. Letih sungguh open house ditambah dengan keruntuhan dinding rahim. Huh!

5 Syawal: Kami beraya di 5 buah rumah. Terasa penatnyer. Pegi Batu Pahat. Kami pergi lewat, maka pulang pun lewat. Pegi umah makndak ayah, pak kor, moksu mak, pegi majlis marhaban maklong dan open house uncle hamim.

6 Syawal: Saya tak buat apa2 sangat. Tapi, orang2 lain sebok uruskan agenda masing2. Adek pegi medical checkup. Mak pegi tunaikan cek dan apa2 lagi. Malam, pegi umah mak ros di merlimau, naik satu kete. Huhu. Tengok gamba lama2. Mak ros memang banyak simpan gamba lama2.

7 Syawal: Balik KL!

Saya menulis ini supaya tidak lupa. :)

Sekian.

Saturday, September 19, 2009

Selamat Hari Jadi & Selamat Hari Raya

Hari ini 19 September 2009, hari jadi saya yang ke-26.

Esok, 20 September 2009, Hari Raya Aidilfitri 1430.

Maka, selamat hari lahir kepada saya dan Eid Mubarak kepada kamu semua.

Eh, saya pun menyambut Adilfitri.

Maka?

Maka, selamat hari lahir kepada saya dan Eid Mubarak kepada kamu dan juga saya. Maaf zahir dan batin sesama kita. :)

Sekian.

Monday, September 14, 2009

Corat-coret Ramadan 2009

Ramadan tahun ini sudah hampir berakhir. Sedih.

Paling seronok tahun ini sebab dapat solat terawikh di Masjid Jamek Kg Baru. Pegi jalan kaki. Seronok bila dapat duduk saf depan. Makcik2 yg kat depan tu bukak Quran untuk sama2 semak bacaan imam. Bila dah dapat sekali duk depan, hari2 esoknya, saya datang cepat2 sebab nak solat saf depan sejak dari solat isyak lagi. Seronok saya rasa. Buat 20 rakaat pun tak sedar. Ada satu peristiwa lucu yet terharu berlaku. Satu hari, saya pun ambil Quran sendiri untu semak bacaan imam. Makcik sebelah saya nak beri sepit (mereka sepit pages Quran supaya tak terbang2 dek angin kipas); tapi sepit tu tercabut pulak besinya. Saya pun tindih dengan kunci sahaja. Tapi, terbang2 jugak muka surat tu, tak dapat saya lihat. Sebelum mula rakaat berikutnya, makcik lagi sebelah minta sepit baju yg rosak tu, dengan cepatnya dia betulkan. Dapatlah saya guna. Tapi, saya risau page lagi satu. Sedang saya ingin membetulkan, jemaah sudah mula solat. Tiba2, ada benda macam dibaling ke arah saya. Terkejut sungguh saya. Saya lihat, sepit baju. Saya pandang ke arah dari mana ia datang. Satu makcik, selang 6 orang dari saya senyum kepada saya. Owh, semasa itu saya sangat rasa kasih sayang Tuhan. Allah, Maha Pengasih, Maha Penyayang kepada hamba2-Nya.

Berikut antara aktiviti2 lagha yang dilakukan di bulan mulia ini.

1. Bershopping di Midvalley. Saya perlu beli kasut skulah. Dengan adek2. Tapi, tak iftar bersama pun. Adek2 ada gathering skulah mereka. Saya buka Subway on that day. Hehe.


2. Berbuka puasa buffet di Hale's Kitchen. Datuk bagi kami2 free voucher. Dapatlah kami makan free. Baik sungguh dia. Kami solat dulu sebelum turun makan. Masa kami datang, kami lihat dewan makan itu dipenuhi dengan budak2 tahfiz. Makanan sedap wpun tak banyak. Suka betul dapat buat ABC sendiri. Baru saya sedar, saya sangat suka salted nuts diletak banyak2 dalam ABC saya. Yummy! Owh, kami makan sampai jam 9. Kami adalah tetamu terakhir yang keluar. Huhu.


3. Gee bawak saya dan Sha ke One Utama untuk iftar bersama. Mereka gelakkan saya sebab tak penah pegi OU. Ya, takde orang mahu bawak saya. Tapi, saya sukalah OU ini. Lepas ni, bolehlah saya pegi. Pagi sorang2 pun takpe. Penah jer pegi Midvalley tu sorang2, kan. Mcm kata Gee, Midvalley sangat penuh dengan manusia. OU ini ada sedikit kuranglah. Kami makan di Old Asia. Penat betul gelak2 that nite.


Itulah corat-coret yang berlaku dalam Ramadan kali ini. Selamat tinggal Ramadan. Semuga tahun depan berjumpa lagi. InsyaAllah.

Sekian.

Monday, September 07, 2009

Sampul Duit Raya

Saya mahu beritahu, saya suka kumpul sampul duit raya. Kecik2 dulu, saya akan simpan semua sampul duit raya yang saya dapat. Dulu2, ada yang bagi duit raya takde sampul. Tapi, lama2 ia sudah jadi trend. Saya suka kumpul sebab saya rasa ia chanteks. Dan, saya ingin menghargai jerih payah orang yang design sampul itu.

Bila masuk asrama, saya bgtau kawan2 saya suka kumpul sampul duit raya. Maka, di satu bulan hari raya, selepas pulang cuti berhari raya, Fatin telah beri saya semua sampul duit raya yang dia dapat. Saya sangat gembira.

Apabila sudah membesar, sudah kurang orang mahu beri duit raya kepada saya. Maka, selain daripada duit raya saya berkurang, sampul duit raya yang saya suka kumpul juga berkurangan.

Apabila semakin berumur juga, sudah pandai jalan2 sendiri. Saya lihat, sampul duit raya tahun baru cina juga sangat chanteks. Jika sampul duit raya aidilfitri selalunya berwarna hijau, warna merah sampul duit raya tahun baru cina sangatlah menawan hati.

Jadi, saya juga mula mengumpul sampul duit raya tahun baru cina. Saya collect di shopping mall. Dulu2, tak susah juga untuk mendapatkannya. Seingat saya, hanya perlu belanja RM10 untuk mendapatkan sepeket sampul duit raya. Tapi, zaman sekarang kene belanja sekurang2nya RM100 untuk menebus sepeket sampul duit raya.

Pada tahun baru cina yang lalu, saya dan adek saya telah berjalan2 di beberapa shopping mall. Saya dan telah dilayan oleh adek saya, telah membuat keje gila. Kami mengorat satu kakak melayu yang nampak sangat banyak shopping di mivalley sdg duduk. Kami mintak pinjam resit utk tebus sampul duit raya. Midvalley pada tahun ini buat sampul duit raya jenis kain dan ia buatan tangan. Saya berjaya dapat 2 peket. Banyak betul kakak tu berbelanja. Kemudian, dalam perjalanan pulang, kami mengorat satu family di pintu The Gardens. Kami berjaya tebus sepeket sampul duit raya bewarna merah jambu yang sangat sweet. Di KLCC, kami suruh kawan kami yang bekerja di Ombak KLCC unuk reprint resit. Kami bukan sahaja dapat sampul duit raya malah dapat free gift yang menawan. Terima kasih kepada kawan kami yang reprint resit untuksampul duit raya yang besar nilainya. :)



Pada raya tahun kali ini, adek saya tidak mahu melayan saya membuat keje giller itu lagi. Tapi, minggu lepas, kami ke midvalley. Kami shopping lebih seratus ringit, maka kami dapat menebus sendiri sampul duit raya. Kemudian, adek saya berbelanja di Jusco, abang Jusco bagi kami 20 peket hanya untuk perbelanjaan RM20. Haha. Kami tak mengorat pun. Seriously. Di Sogo, saya hanya senyum pada budak jaga kaunter, dia bagi saya 10 peket sampul duit raya sogo yang chanteks itu, tanpa berbelanja apa2.


Saya sudah lihat iklan raya semua shopping mall utama di KL sini. Tidaklah saya dapat pergi semua.

Jadi, di blog ini, saya mahu merayu pada rakan2 semua, sudi2kanlah memberi saya sampul duit raya. Tidak keysahlah jika sudah digunapakai. Tolonglah tebus di tempat di mana kamu berbelanja sakan untuk raya ini. Kalu kamu juga mengumpul sampul berwarna warni ini, kita boleh sama2 tukar. Saya boleh beri kamu sampul duit raya sogo jika kamu dapatkan sampul raya The Gardens. Saya juga mahukan sampl metrojaya. Setiap tahun, sampul mereka sangat memikat hati. Seriously!

Dan, owh, sampul duit raya Lovely Lace sangatlah menawan hati. Saya belum dapat lagi. Silalah berbelanja RM80 untuk saya dapatkannya. Please........

*sila email saya untuk mendapat alamat utk mengepos sampul duit raya kamu. Hehe.

Sekian.

Wednesday, September 02, 2009

Budak Thai

Saya penah cerita saya ada housemet, budak mengaji PhD, dari Thailand.

Hari ini, dia sudah pulang ke Thai.

Beberapa hari sebelum dia pulang, saya borak2 dengan dia. Waktu itu, saya ke bazar bersama2 dia. Dan, seterusnya berbuka puasa bersama dia. Ketika makan, dia pun cakap.

"I think Islam is nice. Muslims are more concentrate."

Tersenyum juga saya bila dia kata begitu. Maklumlah, saya adalah antara manusia terawal yang memperkenalkan Islam kepada dia. Dia kata, mula2 dia nampak Islam ni macam susah. Kene solat, tutup aurat. Tapi, selama 4 bulan dia di sini, dia nampak semua itu ada kebaikkannya. Dia ada labmate yg muslim, indonesians. Saya assume, budak indon ini adalah budak baik, sbb budak thai ini cakap, labmate dia ni puasa isnin khamis setiap minggu without fail. Budak Thai ini cakap, dia suka buat keje dengan this indon lady, daripada seorang lagi labmate nonmuslim, sbb this indon lady is more focus. Islam telah menjadikan dia seorang yg boleh concentrate, kata budak Thai ini.

Semasa saya terangkan ttg Islam, di samping menjawab beberapa kemusykilan dia, ada kekangan bahasa. Rupa2nya, di Thailand, budak2 belajar english masa secondary school saja. Itupun hanya budak2 science stream. Itu sbb english mereka tak berapa bagus. Jadi, saya memang mengalami masalah bahasa. Dahlah vocab saya kurang, esp dalam hal2 agama ini.

Jadi, saya pun cakap, jika berminat dengan Islam, bolehlah pergi ke Islamic Centre bila pulang nanti. Lebih mudah jika belajar dalam bahasa ibunda. Tapi, susah jugak, sbb dia tinggal di utara Thai, Khong Kean. Tak ramai muslim di sana.

Masa masuk bulan Ramadan, dia semakin kagum. Malam 1 Ramadan, dia terkejut sbb kene tinggal sorang2 kat umah. Dahlah saya dan rakan lain buat 20 rakaat terawikh, balik jam 11. Tertidur2 dia tunggu kami pulang. Esoknya, dia pula yg beria2 suruh saya ke masjid, bila nampak ramai pompuan2, yang bertelekung saja mula menuju ke masjid. Masa tu baru jam 8.10. Saya cakap, 8.30 baru mula. Hehe. Dia tanya, kenapa kene pegi masjid waktu fasting month. Saya jawab, waktu fasting month, the hell is closed, the heaven is open wider.Jadi, kene buat baik banyak2. hehe. Tetiba dia tanya soalan macam budak kecik; "Where is it?". Alamak, susah nak jawab ni. Saya hanya garu2 kepala yang tidak gatal. Haha.

"Are you interested to learn more about Islam?" "Yes, sure."

Lega hati saya mendengar jawapan itu. Saya benar2 tidak sangka kerja dakwah ini datang kepada saya. Barulah saya nampak betapa berbezanya makhluk yang mencari Tuhan, dengan manusia yang telah diberi nikmat Islam sejak lahir. Kita sangat perlu bersyukur kerana diberi hidayah oleh Tuhan.

Semoga pintu hatinya semakin dekat untuk mengesakan Tuhan. Ameen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...