Wednesday, July 29, 2015

Terkesima: Tentang Camphor dan Canon of Medicine

If you know, semalam ada perkara yang mengejutkan dalam politik Malaysia. Dalam kemuakkan cerita politik, saya tiba-tiba mencari sesuatu.

Memang sudah lama saya ingin baca naskhah agung ini. Dan hari ini, saya dapat baca terjemahan Inggerisnya. Itupun terjemahan yang lama. Sudah ada terjemahan yang baru, tapi saya tidak ketemu.

Sejak beberapa waktu ini, saya terkesima dengan beberapa perkara. Beberapa lam dahulu, saya telah menghafal makanan dan buah-buahan yang terkandung dalam kitab al-Quran. Banana, walaupun sekali sahaj disebut, tetapi sangat jelas ayatnya. Saya juga sudah buat kajian tentang makanan-makanan ini. buah tin, zaitun, delima, kurma, madu, susu, halia.

Tetapi, saya telah ketemu satu lagi, yang mana tidak pernah saya jumpa ulasannya. Camphor, tertulis dalah surah Al-Insan. MasyaAllah. Terlalu lemah insan ini. Maka, saya baca dan baca dan baca lagi. Cari lagi video tafsiran surah ini. Terlalu hebat.

Dalam Wikipedia pun tulis juga bahawa camphor ini tertulis dalam perubatan Islam. Saya semak dengan kawan saya yang jual essential oils. Memang ada! Memang ia digunakan sebagai satu kaedah perawatan. Terus saya menempahnya.

Mana saya nak tahu cara penggunaan camphor ini dalam perubatan Islam? Terus sahaja saya teringatkan bku agung ini Avicenna, Qanun fil Tibb.

Apa yang saya jumpa dalam buku ini, lebih banyak dari camphor. MasyaAllah. Allah Maha Hebat.

Saya kongsikan mukasurat tentang air ini. Barulahhhh saya tahu kenapa tak boleh minum air panas. Boleh melemahkan perut! Mekanismenya saya tak jumpa lagi. Nanti saya cari dan cari lagi, ya. (klik gambar untuk baca, gambar lebih besar)

Siapa-siapa ada terjemahan English buku ni, boleh tak bagi saya pinjam, pleaseeee. Saya memang suka baca buku pegang berbanding buku maya.

https://archive.org/details/IbnSinasAl-qanunFiAl-tibbtheCanonOfMedicine


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...