Sunday, February 28, 2010

Gemok

Kegemokan kali ini benar2 menginsafkan.

Saya tahu ada yang senyum sinis dengan tajuk ini. Tapi, kita tidak boleh menafikan bahawa gemok itu akan mendatangkan pelbagai persepsi. Malas, makan banyak dan tidak sehat adalah perkara yang dikatakan dengan gemok. Tidak ada perkara yang baik pun yang dikaitkan dengan kegemokan.

Saya adalah telah pernah mengalami episod turun naik berat badan ini sejak kecil. Masa kecil, perkataannya adalah montel. Tapi, secara amnya saya tidak pernah benar2 terpaksa mahu mengurangkan berat badan. Namun, berbeza kali ini. Biasanya, saya hanya mahu maintain berat saya pada angka yang ideal. Di makmal dulu, ada mesin timbang, kerapkali saya monitor berat saya. Bila agak naik, saya akan kurangkan makan, atau berpuasa sehari dua untuk mengawal nafsu makan. Sekarang, di makmal baru tiada mesin timbang. Kali terakhir timbang adalah semasa di familyday yang lalu. Angkanya benar2 memeranjatkan.

Kali terakhir saya benar2 kurus, adalah ketika saya mahu menamatkan nazar puasa 60 hari saya. Ketika itu, saya berpuasa hampir setiap hari. Berjalan dari stesen komuter Bank Negara ke LPPKN. Dan, kebanyakkan harinya, saya hanya sahur dengan segelas air milo. Kadangkala, saya tidak sempat pun bersahur, tapi saya gigihkan juga berpuasa. Kurus benar waktu itu, sehingga ditakut2kan oleh ibu.

Setelah tamat 60 hari itu, saya berpuasa sunat juga Isnin Khamis. Berat saya walaupun naik, tetapi tidaklah secara mendadak. Mungin kerana selepas itu saya sudah tidak menaiki komuter, maka tidaklah jauh saya perlu berjalan setiap hari.

Tapi, sejak mula menulis thesis dan sekarang telah bekerja, berat ini seperti tidak mahu turun. Entah di mana silapnya. Yang saya gusarkan, baju2 saya dirasa kian sempit. Bukan kebaya, tapi kurung. Ya, baju kurung saya sempit. Dalam sungguh makna gemok kali ini.

Saya tahu saya perlu berbuat sesuatu. Tapi, sungguhlah hasutan syaitan benar2 menguji. Niat di hati mahu berpuasa sunat 2 hari seminggu terbantut dengan cuaca yang terik masa ini.

Semoga Tuhan merahmati hidup saya dan hidup kamu. Sekian.

Friday, February 26, 2010

Cloth Diaper

Ya, saya belum kawen, juga belum ada anak. This entry is to help dan menyokong rakan saya, Anne. :)

Sekarang, cloth diaper sangatlah popular. Saya pun ada baca beberapa artikel mengenainya. Anne menjual CD ini di laman web Simple Dimple Store. Silalah lihat sebab amattttt amattt cute.



Kamu2 juga boleh beli untuk dihadiahkan kepada saudara-mara dan/atau sahabat-handai.

Saya juga rasa macam beli sebagai hadiah untuk sepupu2 saya. Hehe. BTW, our big family DKZ adalah sedang menunggu kelahiran G3 daripada abang Nazri, kak Intan dan kak Juwita. Yup, three babies for this year. Our family is getting bigger. Dan, pastinya lebih meriah. Yeay!

Sekian. Selamat shopping. :)

Sunday, February 21, 2010

Hari Keluarga DKZ 2010 di Pulau Sibu (edited with gambar)

Saya bertolak pulang dari KL selepas solat Isyak, jam 9 malam, hari Jumaat bersama adek2 saya. Sampai jam 11 malam, kami terus masuk tidur. Jam 4 pagi, emak sudah kejutkan kami, untuk bertolak ke Kulai. Kami singgah solat Subuh dan sarapan di R&R Machap. Berjumpa Along Ina dan MakUsu di situ. Sampai di Kulai lebih kurang jam 8 pagi, seterusnya berjumpa ahli keluarga yang lain. Sempat juga ambil gambar di hotel tempat mereka menginap. Kami seterusnya mula berkonvoi dalam 10 buah kereta.

Agak jauh juga destinasi kali ini. Dengan perjalanan membelah ladang2 kelapa sawit, kami melalui beberapa buah Felda termasuk Tenggaroh dan the famous Taib Andak. Singgah di satu perhentian untuk berehat, tak ingat pulak namanya. Dan, akhirnya kami sampai di Jeti Tanjung Leman. Lenguh menunggu feri untuk sampai. Bila feri sampai, saya tidak boleh tidur, ombak melambung2. Dua anak sepupu saya keluar isi perut. Hehe. Kesian Ikwan dan Ikmal. Syuhada' tidur tak sedar diri. Haha.

Kami sampai di resort, disambut dengan paluan kompang yang sangat panjang.

Haha. Terus makan tengahari. Adalah lapar. Dapat goodies segala, jawab kuiz dulu, baru bleh masuk bilik. Petang terus ada sukaneka. Best gellar sukaneka kali ini sebab kumpulan saya menang semua, cuma kalah satu game sahaja. Devaaaarioriorio!!! Petang, semasa minum teh, saya dapat pinjam mesin timbang daripada staff resort. Hehe. Tak bawak sendiri punya. Teruslah timbang berat sume ahli. Ya, saya AJK kesihatan yang dedikasi. Ihiks.

Jam 6.30 petang, ada majlis bacaan Yasin, tahlil dan solat berjemaah. Disebabkan kami tersilap baca buku program, saya dan adek saya serta budak2 sebelah bilik kami telah lambat sampai. Haha. Kene jegil dengan mak dan MakUsu. Ingatkan konon2 sampai awal. Haha. Takut gelllar masa tu. Tengok sume orang dah sampai. Memang kami yang sampai paling lambat sekali, jam 7.15. Huhu.

Malam, ada pelancaran facebook dan blog FamiliDKZ. Kemudian, makan malam di tepi pantai. Sangatlah angin2. Banyaklah game yang dijalankan, yang sangat memecahkan perut untuk ketawa. Food adalah sangat best, kecuali ABC dia takde buah kundur. Haha. Musical chair paling last dan paling guling2 pecah perut ketawa. MakUsu sempat rakam lagi. Haha. Kali ni memang ekstrem mereka main. Ami yang menang memang hebat. Senget buntut dia rebut kerusi. Haha.

Esoknya, ada poco2. Tapi, saya tak join, sebuk duk cucuk orang. Saya dan Najat dan Ika terus menjalankan ujian glukosa dan blood pressure, di tepi pantai. Hehe. Selesai juga sebelum breakfast. Terus bersiap untuk snorkelling. Tapi, tak best sangat. Mungkin sebab dah pegi Redang yang best. Dan, takde instructor. Takpelah, lain kali pegi tempat yang best, khas untuk snorkell.
Petang, dalam kepenatan itu, kami perlu menghadiri ceramah oleh penceramah jemputan khas, Tuan Kadi Mersing. Best! Saya rasa mengantuk dah nak hujung2 jer. Tapi lepas tu, terus dah tak ngantuk, sebab slot saya adalah yang berikutnya. Adalah berdebar2, OK? Haha. Saya dah practise 3 kali, 2 kali kat lab, satu kali kat rumah. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Semua orang pun gumbira bila dapat belajar tentang perwarisan jenis darah ABO itu. Ikmal yang darjah 4 itu pun, seperti sangat faham, siap tanya soalan lagi. In the end, mak saya pulak tiba2 konpius, tanya soalan. Haha. Semua pun saya dapat jawab dengan baik. Terima kasih Najat kerana jadik assisstant. Jasamu dikenang. Hehe.
Petang ada main bola tampar pantai. Abah saya sangat suka main, sampai main keempat2 game. Haish. Malam, kami dinner di poolside pula. Penyampaian hadiah dijalankan. Kemudian, ada ceritera perkembangan keluarga masing2. Paling best masa abang Mamat bentangkan keluarga Maklong. Panjang lebar diselangi dengan sorakan "Ayah! Ayah!" oleh Aiman dan Wafa. Haha. Kumpulan saya menang, best! Ayah saya menang G1 paling sehat, dan Razin G2 paling sehat. Aiman dapat hadiah sebab boleh baca doa makan. Adalah kagum, dia baru 3 tahun. Huh.

Tidur. Jam 3.30 pagi, Faiz call, kejut utk qiamulail. Saya bangun jam 5.15. Hehe. Maaflah Faiz. Saya sampai masjid, sudah solat witir. Kuliah Subuh, saya tidur separuh yang akhir. Tak tahan ngantuks. Lepas breakfast, boleh pulak sambung dengan beach soccer. Huh!
Kemudian, sume pun bersiap2 mengemas. Makan lunch, kemudian baru ambil gambar. Tunggu feri datang adalah lama. Sempatlah tawaf reban ayam-arnab-kambing tu 30 kali. Haha. Aiman dan Wafa sangatlah suka binatang2 itu. Haish. Naik je feri, saya tidur. Ramai yang lain juga tidur. Bermulalah episod perjalanan pulang yang panjang.
Dalam perjalanan pulang, ada yang berhenti "membuang" dalam hutan kelapa sawit. Hehe. Tak tahan sangat.

Singgah di R&R Machap. MakUsu belanja eskrem BR. Suka! Singgah Masjid bukit Kangkar untuk jamak maghrib dan Isyak. Samapi di rumah jam 9 malam. Huh!

Selesai cerita untuk Family Day. Adalah sangat seronok. Dengan budak sebelah bilik yang suka minu air kundur. Hehe. Saya bawak kordial, takut teringat2. Dengan ahli pasukan yang mengagumkan. Dengan Aiman dan Wafa yang sangat2 suka main pasir. Dengan adek lelaki saya yang suka sangat bawak keta. Hehe. Dengan slot ABO saya yang berjalan lancar. Layanan juga sangat baik. Abang Acol telah mengadakan family day kali ini dengan satu standard yang agak tinggi. Tidak terkejar kami. Harap2 janganlah pencen awal sangat. Tunggulah sampai Nabilah habis blaja. Hehe.

Terima kasih banyak banyak banyak banyak banyak. Love love love love all of you, DKZ members!!!

Sekian.

Tuesday, February 09, 2010

Siren

Bunyi siren selalu berkumandang ke telinga saya sejak saya duduk berjiran dengan HKL, setahun yang lalu. Saya selalu memandang ke arah jalan raya melihat ambulans itu, sama ada ke HKL, atau keluar dari HKL, untuk ke tempat kecemasan.

Jika kita nampak bomba, kita akan tahu, mungkin ada kebakaran, atau kecemasan2 lain seperti kemalangan yang ada tersepit, memerlukan khidmat anggota bomba dan penyelamat.

Hari ini, saya ingin menulis tentang siren, kerana dalam perjalanan pergi dan pulang, saya ketemu dengan siren, POLIS.

Semasa perjalanan pergi, keadaannya seperti dalam filem. Satu buah kereta polis dengan siren berbunyi kuat, mencelah2 di antara lorong tengah dan lorong kanan. Saya gerun melihat kereta polis itu, sepertinya sedang mengejar penjenayah. Tapi, tidak kelihatan pula sebarang kenderaan seperti sedang dikejar polis.

Semasa perjalanan pulang pula, saya dan pemandu kenderaan lain telah berada dalam kesesakan lalu lintas di depanjang Jalan Istana menghala ke Jalan Duta. Semasa di pertengahan kesesakan itu, sayup2 berbunyi siren. Saya lihat di cermin, ada motor polis trafik. Tiba2, rasa mahu marah sebab, VVIP mana ntah mahu lalu. Dan, tiba2 polis itu mencelah masuk di tengah2, antara lorong kanan dan loraong tengah. Marah tau. Kereta semua terpaksa bersesak2 ke tepi2an jalan, untuk memberi laluan. Huh!

Saya semakin ngeri dengan banyaknya kemalangan jalan raya sejak kebelakangan ini.

Sekian.

Sunday, February 07, 2010

Angpow CNY 2010

Saya sudah tulis, saya suka sampul duit raya. Sekarang musim sale Chinese New Year. Tahun ini tahun Harimau.

Saya sudah pergi beberapa shopping complex. Juga sudah dapat beberapa keping sampul angpow CNY. Sudah dapat sampul McD yang chantek. Sampul Metrojaya yang ada gamba perempuan. Pelik btol, mahu letak gamba perempuan besar2 di sampul angpow itu. Siapakah dia? Haha. Dan, semalam dapat dari Carefour, yang biasa2 sahaja.

Tapi, geramnyer tgk adv angpow MidValley. Eeeee. MidValley ada beri angpow fabricated yang chanteks, tapi kene spend like RM400. Owh! Geram tau. Semalam, saya pegi sorang ke MidValley, dan tiada kekuatan nak usha orang nak pinjam resit. Haha. Saya anggap saya tiada rezeki sahaja tahun ini.

Di The Garden's, angpow kaler hijau, spend RM160. Jika beli lebih dari RM500, dapat bowl.

Di Suria KLCC, dapat chinese tea cup, spend RM500. Sampulnya sangat merah, have to spend only RM100.

Di Pavilion, kene belanja RM200. Ema hanya shopping RM120. Tak dapatlah kami angpow di malam hari itu.

Kepada rakan2, yang mungkin akan seshopping, silalah dengan riangnya redeem apa2 yang boleh di redeem. Saya boleh ketemu rakan2 dengan riangnya untuk collect. :)

Oh, btw, saya rasa decoration di MidValley yang saya paling suka. Di Pavillion, di luar itu memang sangat chanteks, malah ramai orang ambil gambar termasuk saya dan Ema. Tapi, kat dalam macam biasa2 sahaja.

Mahu tulis juga sesuatu. Kat MidValley semalam, ada satu antara gerai2 kecil yang telah memikat hati saya. Dia jual sikat dari pokok peach, dan beberapa pokok lagi tak ingat dah. Untuk kesihatan rambut dan kulit kepala. Juga boleh engrave di sikat itu, for free! Suka tau. Tapi, paling murah pun, RM 30 untuk sikat. Huh. Duit saya bulan ini, takde lebih pulak. Haha.

Saya belum rajin nak upload gamba. Nanti, k.

Sekian.

Monday, February 01, 2010

Lab Scientist

Saya telah mula bekerja hari ini. Owh! Ya, hari pertama saya ialah Hari Wilayah. Walaupun saya (masih) tinggal di KL, tapi, tempat kerja saya adalah di Selangor. Di Bangi, to be exact.

Saya tahu dan sedar, kecik2 dulu saya memang banyak kali tulis, cita2 saya ingin jadi saintis. Setelah saya tak tahu macam mana nak describe pekerjaan saintis itu, kemudianlah baru saya tulis cita2 saya mahu jadi doktor/ dentist.

Beberapa minggu lepas, saya makan di satu restoran di Sogo. Mereka ada membuat satu survey. Saya pun isi all the details. Tiba2, saya isi "Lab Scientst" di ruangan "Job". Saya pun tidak tahu mengapa. Tindakan luar kawal. Haha. Bila saya semak semula borang survey itu, saya senyum saja.

Dr. Wong, dalam emailnya, menawarkan saya jawatan "Lab Officer". Bunyinya macam kelakar.

Tapi, hari ini saya masuk keje, dia benar2 refer saya sebagai the new lab scienstist. Saya terkedu seketika. Teringat saya pada borang survey itu. Teringat saya pada cita2 saya yang penah saya tulis waktu kecil dahulu. Hehe.

Sebenarnya, kalu masuk gomen, namanya Pegawai Sains. Tapi, bunyi saintis itu macam ada gerun sket. Gomen pun panggil doktor as "Pegawai Perubatan", kan? Musti letak "pegawai" itu. Apsal ntah.

Semoga saya akan menjadi lab scientist yang baik. Semoga Pakar Perubatan Pediatrik HKL yang seorang itu akan membalas email saya juga, supaya saya dapat menyiapkan tesis sarjana saya. Owh!

Ameen. Sekian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...