Thursday, September 30, 2010

DNA dan mtDNA Nabi Isa a.s

Malam ini hari Khamis malam Jumaat. I'm supposed to write one other things, tapi ada satu hal telah menerjah di kepala semasa memandu pulang tadi. The very complex thinking. Ya, ia datang lagi.

Saya pernah tulis hal berkaitan di sini. Dan, sekarang saya tulis lagi.

Adakah sesiapa boleh menjawab soalan; "Adakah Nabi Isa djadikan daripada benih (ovum) Maryam? Which is kalu buat DNA profiling akan menunjukkan hubungan ibu-anak?"

Saya tidak tahu, dan sehingga kini mencari jawapan. Tapi, yang saya tahu, mtDNA mereka adalah berhubung kait. Ini kerana mtDNA iaitu DNA mitokondria adalah mempunyai perwarisan maternal.

Mengandugkan anak angkat sendiri adalah fenomena baru dan semakin berkembang. Ini adalah hasil daripada teknologi kesuburan. 

Apabila satu pasangan susah mendapat anak, salah satu cara yang mungkin mereka akan buat ialah IVF. Dalam teknik ini, beberapa embrio akan terhasil. Kebanyakkan pasangan akan cuba untk mengandungkan 3 embrio. Selebihnya, ia akan disimpan dalan tangki cecair nitrogen. Dalam kebanyakkan kes, embrio yang lebih ini akan dilupakan.

Apakah hukumnya membuang embrio2 ini? Dalam kes yang pernah saya kendali, satu pasangan telah mempunayi lebihan 4 embrio. Itu baru satu pasangan. Kalu 100 pasangan, dan ada 400 embrio. 

Kali pertama saya melihat ke "mengandungkan anak angkat" ini adalah dalam cerita CSI. Ada satu pusat yang mengumpulkan embrio yang tidak diingini ini untuk diberi kepada perempuan2 yang ingin mengandung. Dalam cerita ini, satu perempuan telah mati, bersebelahan seorang bayi. Bayi itu tidak ada hubungan genetik dengan perempuan ini, tapi telah dinamakan ibu kerana dia yang telah mengandunkan dan melahirkan bayi ini. Setelah diselidiki, perempuan ini telah mengambil embrio daripada pusat pengumpulan embrio itu. Ya, perempuan itu tidak berkahwin dan tiada teman lelaki.

Jadi, kita perlulah mencari teknologi supaya ujian mtDNA boleh dilakukan untuk mengesahkan bahawa anak itu telah dikandungkan oleh seseorang perempuan.

Sekian. 

Tuesday, September 28, 2010

Plan untuk DKZ bersama2 sepupu2 perempuan


Semasa hari raya yang lalu, saya dan sepupu2 perempuan yang lain telah duduk2 bersembang. Kami membulati sebuah meja, sekitar 8 orang. Eh, betul ker 8? Jap, kira. Saya. Fadila, Fataya. Najat.  Syazana. Azah. Hazirah. Aqilah. Nabilah ada kan? 9 lah semuanya.

Kami telah berborak2 tentang perkara lalu dan perkara masa hadapan. Tentang perkara lalu, kami ketawa terbahak-bahak. Hehe. Tentang perkara mahu buat pada masa akan datang, telah kami senaraikan;

1. mahu dengar ceramah motivasi daripada pak ngah.

2. mahu dengar ceramah "sains dan solat" oleh saintis UM.

3. mahu dengar ceramah tentang "Keselamatan dan wanita".

4. mahu pergi berfoya2 ke Krabi selepas ili najat habis blaja. huhu.

5. mahu belajar masak dengan mokde atau maklong atau mak usu atau along ina.

6. mahu ada signature dish sorang satu, maka kalu nak buat kenduri, macam senang.

7. mahu naik gunung yang tak susah. Haha. Yang ini saya tak berapa mahu sebab saya macam tak suka. Tapi, macam best, tapi macam malas. ;p

8. (edited) Kursus pengurusan jenazah komprehensif beserta praktikal. (sehari).

Eh, dah tak ingat mahu apa lagi. sepatutnya ada 10. buku yang ada catitan tu tinggal kat kampung. huh.

Menulis di sini supaya ingat. Tapi dah lupa 3 dah pun. Kepada sepupu sepapat yang mungkin baca dan ingat another 3 tu, please reply, eh. Owh, this is plan for 2 years. Dan, kepada sepupu sepapat yang lelaki, kamu sume boleh jer join, cuma memang perempuan lebih ramai dalam kalangan sepupu, so the girls rule. Haha.

Ok, selamat malam. Sleep tight. 

Monday, September 20, 2010

19092010

Tarikh hari lahir saya untuk masuk umur ke 27. Ya, semalam.

Terima kasih kepada semua yang telah ucap selamat. Terima kasih kepada adek2 saya yang telah bawa saya makan2. (Gambar di sini). Terima kasih atas segala doa yang telah diucapkan mahupun yang disimpan di dalam hati. :)

Tahun ini, entah mengapa, saya agak malas mahu ucap selamat kepada orang lain. Hanya beberapa orang sahaja yang saya wish on their birthdate. Ini termasuklah Pengetua Kacak dan abang sepupu saya yang menyambut hari lahir mereka sehari sebelum saya. Saya hantar "Wish you a very happy birthday. Have a good one". Keesokkan harinya, dua orang ini telah reply kepada saya;

Pengetua Kacak: Wish you a happy birthday too. May Allah bless you always.

Abang sepupu: Happy birhday my dear. I had the good one last night hehe.. Hope u have the good one too tonight :)

Tersenyum saya mendapat dua SMS ini. Tapi, senyum saya makin lebar bila baca ucap selamat oleh cikgu saya di MukaBuku.

Cikgu: Moga sisa usia DNA kita (betul ke ni?) cenderung untuk amal soleh dan berada dalam rahmat Tuhan. Salam ulang tahun Siti Fatimah!

Haha. Sampai tidak reti saya mahu menjawabnya. Anyway, tidak semua sel ada DNA. Sel darah merah tidak mempunyai DNA kerana ia tidak mempunyai nukleus. Ujian DNA ang dilakukan ke atas sampel darah adalah mengambil sel darah putih. Apapun, terima kasih kepada cikgu saya yang seorang itu.

Emak saya telah menaip lebih kurang 3 muka SMS. Huh!

Setelah makan2 di mall, saya dan adek2 sambung makan di rumah pakcik saya. Semalam sangatlah banyak makan. Tiba2, hari ini, di opis, satu orang opismate saya tanya adakah saya mahu pergi makan2 untuk celebrate lagi. Huhu. Saya macam sangat penat mahu makan besar lagi. Tunggulah minggu depan. Saya perlu rehatkan tekak, esofagus dan perut juga. ;p

Soalan jodoh memang kerap ditanya di waktu2 begini. Menjadi orang yang tiada steady boyfriend, memanglah susah nak menjawab. Haha. Tapi, saya tidak berasa runsing sangat. Bagi saya, kalaupun Tuhan tak beri saya suami, tidak bermakna Tuhan tidak memberi saya apa2 rezeki yang lain. Tuhan Maha Adil, itu pasti.

Semoga sisa hidup saya ini akan terus berada dalam kesyukuran. Jika hidup kurang sifat syukur, ia akan membawa kepada hidup yang huru-hara.

Sekali lagi, terima kasih atas semuanya. Doakan yang baik2 untuk saya. Amin.

Sekian.

Tuesday, September 14, 2010

Corat-coret Aidilfitri 2010

1. Ini adalah Hari Raya pertama tanpa adek lelaki saya. Dia sedang menjalani latihal praktikal sebagai tentera laut di Sabah. Malah, dia menyambut 1 Syawal di tengah laut, di Pulau Layang2.


2. Disebabkan tarikh cuti berlainan, saya dan adek2 balik berasingan. Saya pulang awal hari Khamis, sampai jam 9 pagi, terus bawak abah pegi shopping. Pegi pasar besar Muar, which is kali terakhir saya pergi like more than five years ago. Hoh.

3. Setelah bertahun2 lamanya, yang tak pernah saya ingat, pakngah saya telah berbuka puasa di rumah agam itu. Hoh. Terkejut besar kami bila dapat panggilan. Naseblah saya dah tolong mak masak petang hari terakhir Ramadan itu.

4. Pakngah datang selepas pulang dari bazar Ramadhan. Sangat banyak makanan dia beli. 3 bungkus nasi lemak, 3 bungkus nasi ambang, nasi ayam, apam balik, dan lagi dan lagi dan lagi. Naseblah ada ramai orang di rumah, jadi kami semua berbuka dengan riang. Mood pakngah dikira2 sangat baik di tengah2 krisis yang melanda.

5. Mak tidak mahu ambil gambar di atas kerana Farid takde. Kami pun ambil jer gambar kat bawah.

6. Pakngah bagi duit raya tahun ini. Itu adalah jarang-jarang berlaku. Dan, pakngah telah bagi dua kali. Ia adalah tidak pernah berlaku. Hoh. Sangatlah pelik. Ya, yang penting beryukur.

7. Saya telah memasak (lagi) untuk raya kali ini. Haha. Masak setahun sekali, tapi exaggerated lebih2. Hoh. Saya telah masak sambal sotong dan hidang air wintermelon yang sedap itu. Sedapnyerrrrrr. ;p Tapi, emak telah mengeluarkan satu ayat pelik bagi mengelakkan pakngah daripada menjamah masakan saya. Haha.

8. Ramai betul sepupu2 saya yang tak sembahyang raya tahun ini. Macam semua. Haha. Adek saya sorang jer yang boleh. Kat rumah ramai pulak orang. Hoh.

9. Saya tak bagi duit raya pada kanak2 walaupun dah keje.

10. Saya kene pulang awal sebab kene keje. Tak best!

Saya mengucapkan takziah kepada keluarga empat yang hilang dan ditemui mati itu. Antara berita yang telah menyelubungi hari raya tahun ini.

Sekian. Semoga jumpa lagi di Ramadan tahun hadapan.

Monday, September 06, 2010

Majlis Infaq, Tadarus dan Khatam Al-Quran DKZ 2010

* dah ada gamba sket, jadi upload sket. 


Perlu tulis, walaupun tiada gambar. Nanti dah lupa, tak best nak tulis. Gamba nanti muat naik kemudian. Janji.

chanteks betul purple

Alhamdulillah, buat kali ketujuh, keluarga sebelah emak ini menganjurkan majlis khatam ini. Tahun ini buat di Johor Bahru, di rumah rasmi agam PakNgah kami yang seorang itu. 

Saya pulang dengan adeks2 saya ke Muar pada hari Jumaat. Singgah ambil baju emak dulu. Kami digalakkan pakai baju ungu, jadi emak telah buat baju baru. Sampai di rumah, seketika kemudian, keluarga mokde pun sampai sekali. Esok pagi, kami konvoi 3 kereta. 

Sampai di RnR Machap, kami bertemu keluarga mokteh. Empat kereta pula berkonvoi, bertemu kereta kelima di tengah jalan. Terus bertolak sehingga sampai ke tempat penginapan, MSuite Hotel. Selesai daftar masuk, semua pun sambung berehat. Tetapi, telefon saya asyik berbunyi, sepertinya saya pula pengarah program. 

Jam 3.45 petang, program bermula dengan Program Infaq. Ini kali pertama program ini dijalankan bersama. Keluarga kami memilih Rumah Berkat di Bukit Cagar sebagai penerima sulung. Bubur lambuk dan duit raya untuk anak-anak yatim rumah tersebut. Namun, kami tidak berkesempatan untuk berjumpa dengan mereka kerana mereka sedang ada program lain.

Terus kami bergegas ke rumah pakngah. Kami sedikit lewat kerana kesesakan lalulintas. Maklumlah konvoi 8 buah kereta, haruslah perlahan2. Sampai saja di rumah pakngah, tergamam saya melihat susunan rehal dan Quran. Saya sedar di rumah pakngah, semua pun ada protokol. Tapi................. bak kata sepupu saya "apsal aku rasa takut macam nak nikah?". Haha. Ya, auranya seperti majlis khatam sebelum nak nikah. Haha. Dengan dikelilingi makcik2 dan pakcik2 saudara, saya dan sepupu2 yang lain bergilir2 membaca ayat2 lazim bermula Surah Duha beserta terjemahan sekali. Sepupu saya yang dapat surah panjang baca laju sekali. Adek saya yang dapat surah tiga ayat, buat silap di permulaan bacaan. Heh! Adek saya yang kena baca 3 qul, baca dengan suara serak demam. Kesian pula mendengarnya. Tiba2, saya rasa rugi pula tidak "memaksa" abang Jamil ikut sekali kami khatam. Bila lagi nak dengar abang Jamil baca, kan? Hehe.

Selesai khatam, tahlil ringkas diadakan. Seterusnya, ada tazkirah. Tapi, saya lihat ustaz tersebut seperti hilang rentak pada mulanya. Mungin dia agak risau pakngah tengok dia straight. Kalu saya pun saya gerun. Apabila dia sudah mula mendapat rentak untuk memberi ceramah, sudah tiba pula waktu berbuka. Ya, sangat cepat, 7.11 dah buka.

Makanan memang mewah. Dimulakan dengan berbuka kecil: kurma, bubur lambuk, rojak, cucur udang, kek pisang, kuih buah melaka, dan sardine role. Kami solat maghrib dulu. Kemudian sambung makan nasi beserta lauk-pauk: asam pedas, sup sayur, ayam masak kicap, udang goreng, daging masak lemak, ada ikan masin juga. Lupa pulak saya lauk lain. Air sirap selasih. Ada buah2 dan puding sagoo yang saya makan dua mangkuk. ;p

Semasa kami makan, anak perempuan pakngah yang seorang itu beserta suaminya turun membawa anak lelaki mereka yang baru dilahirkan. "Baby, say hello to everyone". Hehe. Itu ayat di meja kami. Tergamam sebentar saya dan sepupu2 lain. Baby sangatlah comel, tapi penat baru sampai dari Kuala Lumpur.

Seterusnya, solat Isyak dan Terawih. Sebelum itu, kami bergambar bersama2. Pakngah hanya sempat solat Isyak bersama kami. Dia ada majlis lain pada jam 10. Menu moreh sangatlah best. Sup lembu dengan roti, bubur pulut hitam dan..... eh, saya dah lupa satu lagi menu. Tapi, saya kenyang sangat. Saya jamah makanan2 moreh sesudu dua sahja. Sampai hotel, rasa rugi pulaks tak makan. Hehe.

Sampai hotel, terus berehat. Tapi, saya dan adeks terlajak pula, tak terbangun untuk qiamulail. Kami hanya bangun untuk sahur. Marah juga emak. Lepas sahur, kami solat subuh berjemaah, diteruskan dengan tazkirah panjang oleh PakUsu saya. Tajuk tazkirah: transformasi DKZ. Huhu. Memang banyak perkara yang kami perlu lakukan. Isi2 penting tazkirah ini saya akan tulis dalam entri lain, kalu sempatlah.


Tazkirah tammat dalam jam 9. Bergegas saya bersiap. Saya dan Ili punya agenda lain, bersama Erma, kawan saya. Jam 10, kami bergerak ke rumah kak Yanti, jumpa baby Hadi. Lepas sesat kat kawasan Mahmoodiah itu, akhirnya kami sampai. Dapat juga jumpa baby Hadi, lepas geram tengok dia di alam maya. Selepas beri hadiah dan duit raya, kami pun pulang.


Mak dan makusu dah ready nak pulang. Naseblah tak kena marah. Hehe. Family lain dah lama daftar keluar. Berakhirlah acara di kota JB ini. Selepas beberapa episod yang berlaku sebelum majlis, akhirnya semua perancangan dapat dijalankan tanpa cela yang besar.

Sekali lagi, terima kasih kepada sepupu saya yang seorang itu, abang Acol yang telah bertungkus lumus untuk menjadikan program ini berjaya. Abang Acol sekali lagi telah menjadikan program keluarga ini pad satu tahap yang tinggi. Semoga kami di bawah ini akan mendapat inspirasi untuk bekerja keras menjayakan program kelurga di masa hadapan. Terima kash juga kepada pakngah yang sudi menerima kedatangan kami semua.

Saya pulang ke ibukota KLuntuk bekerja tiga hari, sebelum pulang sekali lai menyambut Syawal. (Tapi, saya dah raya dulu. ;p)

Sekian. Sabarlah untuk gambar2 berwarna-warni. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...