Thursday, January 22, 2009

Uji.an

Saya pandai matematik. Saya perlu menjalani ujian. Ujian kecil. Ujian besar. UPSR. PMR . SPM. Saya dapat A. Memang benarlah saya pandai matematik. Setelah diuji, saya dapat markah yang bagus.

Saya punya keimanan kepada Tuhan yang Esa.

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: 'Kami beriman', sedangkan mereka tidak diuji (dengan sesuatu ujian)? " (Al-Ankabut - Ayat 2)

Saya diuji Tuhan.

Tuhan menguji tidak seperti ujian metematik. Kita tidak tahu bila ujian dari Tuhan itu akan diberikan.

Ada che'gu saya yang suka memberi quick test, seperti che'gu "biakbaka tumbuhan" saya, semasa saya berada di tahun 2 pengajian undergraduate. Mula2, terkejut juga saya. Masa pertama kali, sememangnyer tiada persediaan lansung. Maka, gred pun rendah. Adakah saya tidak pandai biakbaka tumbuhan?

Setelah sebulan belajar dgn che'gu itu, kami dapati trendnya ialah apabila tammat satu topik utama, sebelum dia mengajar topik seterusnya, dia akan menguji kami. Oleh kerana sudah tahu trend, tammat saja satu topik, kami akan study dulu sebelum ke kelas berikutnya. Maka, markah kami semua terus tinggi. Tiba2, kami seperti menjadi pandai subjek "biakbaka tumbuhan". Ini kerana kami mendapat markah tinggi dalam ujian.

Ujian Tuhan tiada tarikhnya. Ujian tuhan juga tiada siapa yang dapat mengetahui trendya. Ujian tuhan tiada siapa tahu jenisnya. Yang pasti bukanlah objektif, menghitamkan jawapan yang anda rasa betul. Ujian daripada Tuhan juga, berbeza bagi setiap orang.

Ujian Tuhan adalah untuk menguji keimanan. Kesabaran amat penting dalam menjalani ujian daripada Tuhan. Saya kira2, itu sahaja, SABAR. Tiada yang lain. Ujian Tuhan tidak tahu bila akan hadir. Maka, perlu sentiasa bersedia. Bagaimana untuk bersedia? Jika ingin bersedia untuk ujian "biakbaka tumbuhan", perlu baca buku biakbaka tumbuhan. Maka, untuk sentiasa bersedia menghadapi ujian dari Tuhan, maka perlu sentiasa baca buku dari Tuhan, al-Quran.

Semoga Tuhan merahmati kita semua, dan memberikan kita kekuatan untuk menjalani ujian dari Nya.

Sekian. Selamat hari Jumaat.

p/s: Saya pernah gagal ujian "biakbaka tumbuhan". Kemudian saya dapat A, setelah membaca dan lebih bersedia. Saya pernah gagal ujian dari tuhan, semoga saya boleh dapat A selepas...

Monday, January 19, 2009

Boikot.Zakat

Isu boikot belum reda, sama rancak dengan keganasan Israel menyerang Gaza. Saya juga, seperti orang lain, cuba sedaya mampu. Saya kini sedang mencari2 shower foam yang sesuai. Selama ini, saya menggunakan shower foam Jonhson&Johnson 5.5. Setelah J&J ada dalam senarai, jadi saya perlukan pilihan yang lain. Any suggestion? Musti pH 5.5, ye.

Tiba2, saya terfikir, kita perlu boikot barang2an ini, supaya barang mereka akan tidak laku, maka mereka akan rugi, maka company mereka akan tutup, maka mereka sudah tidak boleh menderma kepada persatuan yahudi mereka. Begitu, kan?

Dan, saya telah mempelajari sesuatu.

Maka, mereka yang menderma ini amatlah kuat pegangan agama mereka. Orang2 yang tiada agama seperti di jepun dan korea tidak akan menderma kepada mana2 persatu yang berkait dengan agama. Maka, mereka hanya amat mementingkan bangsa dan negara mereka sahaja. Tidak juga orang2 yahudi ini gila untuk membeli pulau persendirian. Tidak juga ada yang kaya ini ingin membeli kelab bola liga inggeris. Mereka sangat ingat bahawa mereka punya tanggungjawab kepada agama.

Apa sebenarnya yang mereka lakukan ini? Ya, mereka "membayar zakat". Dalam islam, zakat wajib dikeluarkan dan ia hanya boleh digunapakai untuk pembangunan orang islam. Berapa ramai orang islam melaysia yang kita tahu berbuat begini dengan bagusnya? Saya kenal satu nama, Syed Mokhtar al-Bukhary.

Dalam radio, banyak kali saya dengar, orang yahudi ini sedikit sahaja berbanding umat islam. Nisbahnya satu orang yahudi kepada tujuh orang islam. Benarlah kata pepatah, bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

Kita barulah terhegeh2 untuk mengutip derma, dan konon2nya mahu memboikot mereka. Tetapi, mereka sudah lama "menunaikan zakat" untuk agama mereka di peringkat global. Kita juga memerlukan perkara yang sama, institusi zakat islam peringkat global.

Tunaikanlah zakat.

Boikot, akan saya teruskan, walaupun perlahan2, namun, perlu yakin. Kerja kita ialah berusaha bersungguh2, namun, hasilnya bukan kita yang tentukan.

Semoga Tuhan merahmati usaha kita.

Sekian.

Friday, January 09, 2009

Maaf

Baiklah, saya menulis kembali. Maaflah jika penulisan ini akan menjadi terlalu panjang, beremosi dan caca marba. Saya tidak tersinggung jika kamu sudah tidak mahu membaca. Cuma, janganlah memarahi saya. Hati kecil saya ini sudah terlalu parah.

Terhentinya blog saya bukanlah bermakna saya telah mati. Saya belum mati, walaupun ia pasti untuk saya. Cuma, hati saya menjadi terlalu kecil dengan perkara2 yang berlaku. Kadangkala, saya pun kurang faham, kemerajukan yang mana satu yang paling membuat hati saya mencegah untuk menulis di sini. Selalunya, blog inilah tempat untuk saya mengadu.

Saya mungkin bertambah2 malu untuk menulis isi hati ini sejak Israel mula mengebom Gaza. Apalah sangat derita hati ini jika ingin dibandingkan dengan kematian mereka. Tapi, pada satu masa, saya merasa cemburu terhadap mereka. Tempat mereka pasti di syurga. Yang dewasa itu matinya syahid, apaah lagi yang kecil itu, matinya tiada dosa. Tapi, saya belum tentu lagi tempat di syurga itu.

Mereka syahid kerana kita nampak bom yang seperti bunga api chanteknya itu, mematikan mereka. Semuanya, jelas belaka. Peperangan mereka ada bom dan darah. Tapi, ketahuilah bahawa saya juga merasakan peperangan di sini. Peperangan jiwa. Peperangan saraf. Peperangan budaya. Peperangan agama. Bom yang ada tidak perlu ditembak. Muzik2 liar beserta lampu neon yang berkelipan menghambat ketenangan jiwa. Darah yang mengalir kerana mati kemalangan akibat meneguk minuman haram yang sekarang boleh dijual di tepi jalan. Siapakah yang terlupa akan hadis Rasulullah? Bukankah semuanya akan mendapat dosa? Yang menjual. Yang menghidang. Yang mengangkut.

Saya tahu saya nampak begitu bobrok untuk menyamakan peperangan yang saya buat2 ini dengan Gaza. Tapi, saya terlalu rasa kematian saya semakin hampir. Namun, saya tidak akan dikatakan syahid jika mati kerana peperangan ni. Ketahuilah bahawa saya telah sangat berjuang walaupun tidak mengangkat senjata atau membaling batu ke kereta kebal itu.

Senarai2 produk yang dikeluarkan yang menyokong Israel saya lihat semakin panjang. Saya mohon ampun kerana hampir separuh daripada cap2 itu ada di bilik saya. Saya mohon ampun. Saya benar2 rasa bersalah kerana tidak begitu serius dalam meneliti senarai itu satu masa dulu. Saya kini benar2 dihantui rasa bersalah setiap kali melihat gambar2 kematian itu. Ya Allah, maafkanlah hamba-Mu yang lemah ini.

Saya telah meninggalkan aminuddin baki kerana saya tidak mahu rasa cinta saya bertukar menjadi rasa benci seluruhnya. Semakin banyak perkara yang saya tidak suka lihat di sana. Saya telah pergi jauh, ke tempat yang mungkin saya tidak pernah suka, atau orang di sini tidak akan pernah sukakan saya. Namun, saya akui saya telah merasa lega dapat meninggalkan aminuddin baki. Ini bukanlah semata2 kerana kisah budak hensem itu. Aminuddin baki dan saya punya banyak lagi kisah lain. Kisah budak hensem itu hanyalah mewarnai penghidupan saya di aminuddin baki. Saya harus ucapkan terima kasih kepada dia yang banyak mengajar saya beberapa perkara termasuk kehidupannya yang lain benar jalan ceritanya dengan jalan cerita hidup saya. Dan lagi, janganlah mengatakan saya merajuk dengan aminuddin baki. Tidak pernah. Saya cuma pergi ketika masih ada berbaki rasa kasih terhadap aminuddin baki. Tidak bolehlah saya pergi setelah semuanya bertukar menjadi benci. Ketika itu pasti saya sudah tidak boleh datang kembali ke sana.

Hidup orang2 di sekitar saya juga caca marba, menyebabkan saya perlu diam dan tidak sekali2 boleh menyentuhnya. Saya hanya perlu fikirkan hidup saya. Bukankah itu tidak baik? Kita perlulah sentiasa menyeru ke arah kebaikan. Tapi, saya tahu ada yang akan tersenyum sinis membaca baris ini, sepertinya saya tidak layak menyeru ke arah kebaikan. Awak, ya, awak yang tersenyum sinis itu. Tidak perlulah berfikiran begitu. Awak berhak untuk tidak suka saya seperti saya tidak sukakan awak. Tapi, awak tidak sekali2 boleh mencemuh saya begitu.

Ada beberapa manusia yang baru masuk ke dalam kehidupan saya. Ada yang baik hati membantu. Ada yang telah menipu saya sepertinya saya ini telah dilahirkan untuk ditipu. Ada yang akan menjadi tukang masak untuk saya. Ada juga yang akan menjadi guru kepada saya mengajar saya beberapa perkara. Ada juga yang comel yang mampu menambat hati saya untuk riang. Tetapi, benarkah dia begitu memerlukan saya untuk menjadi riang pula? Saya tidak fikir begitu. Saya pasti kamu tidak akan menjadi seperti Sazali kerana bapak kamu tidak seperti Hassan.

Saya minta maaf di atas kesalahan saya pada kamu semua. Sungguh2 saya minta maaf. Saya tahu disebabkan saya tidak menulis di sini pun, ada yang boleh berkecil hati dengan saya. Maafkan saya, wahai rakan taulan. Saya benar2 mohon maaf dengan rasa ikhlas hati dan rendah diri. Saya cumanya rasa malu lagi ingin menulis. Mungkin itulah perasaannya.

Dan, saya tahu mak dan adek2 serta sepupu2 saya juga ada membaca tulisan ini di sini. Saya benar2 mohon maaf di sini. Saya tidak minta dipuji, cuma saya minta janganlah saya dimarahi. Hati saya kini benar2 luka parah. Tapi, saya tahu ada juga saya melukakan hati kalian. Saya moon maaf dengan sebenar2nya.

Ya Allah, jauhkan diriku, kaum keluargaku, guru2ku, rakan taulanku, dan muslimin muslimat daripada kehinaan dunia dan kehinaan di akhirat. Ameen ya rabbal alamin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...