Friday, August 04, 2017

Cerita kelahiran: Nur Hannah Jamilah

Sudah lebih dua bulan berlalu. Mari cepat2 tulis sebelum ada memori yang hilang.

Saya dapat tahu tentang kandungan ini ketika mana sibuk cerita wabak Zika. Semasa kes pertama Zika di Malaysia, ketika itulah UPT saya positif. Perasaan memang bercampur baur ketika itu. Namun, orang sekeliling saya terus nasihatkan saya untuk berfikiran positif dan sentiasa jaga diri. 

Alhamdulillah, minggu demi minggu berlalu tanpa banyak masalah. Disebabkan saya ada history miscarriage, saya checkup di dua tempat KK dan klinik swasta. 

Disebabkan mengandung lewat usia dan tidak banyak ilmu di dada, saya telah menghadiri 5 kelas persediaan kelahiran. Dan saya berjaya membawa suami saya sekali. Terima kasih, husband sebab very supportive. Dan husband juga murid yang bagus dalam kelas. 

Kelas pertama ialah kelas asas dengan Dr. Nurzarina. Sempat jugaklah Dr. Zarina perdengarkan "Script of Labour". Itulah antara benda yang husband ingat. Hehe. Kelas ni juga adalah kelas yang memperkenalkan husband kepada gentle birth and natural birth. 

3 kelas lagi adalah siri Journey to Parenthood dengan Dr. Tan Ee Ping. Best sangat kelas ni. Walaupun sebenarnya ini juga kelas asas, tapi banyak sangat ilmu "firsthand" dari Dr. Tan sbb dia banyak cerita pengalaman dia sendiri. Kisah orang beranak. Cara nak bf. Cara massage baby dan mandikan baby pun ada. 3 kali Ahad spent very well. 

Satu kelas lagi ialah kelas yang diwajibkan oleh Hospital Muar jika suami mahu masuk bersama dalam labour room. Satu jam, ustaz dari Yayasan Pembangunan Keluarga Sakinah datang beri ceramah panduan. Satu jam lagi, ceramah dari nurse dan seterusnya lawatan ke labour room. 

Disebabkan kekangan masa dan wang ringgit, saya tidak berkesempatan hadir ke kursus advance teknik kelahiran "gentle birth". Jadi, saya teruskan pelajaran saya dengan bacaan buku dan carian di internet dan set dalam minda saya untuk mencapai natural birth sebaik mungkin. 

Disebabkan husband ikut belajar, dia faham apa itu "birth plan". saya pun revise la birth plan dengan husband. Dia mesti tahu dan faham apa yang saya mahu ketika waktu bersalin. "Apa awak nak cakap ketika saya sakit bersalin?" "Ingat Allah. Sabar banyak2." jawab husband.

"No. I dont want to hear that. Nanti u cakap, "U are doing great, sweetheart". OK? I want to hear i want to hear". "OK. I ingatkan u nak dengar script of labour tu. " jawab husband. Skrip tu panjanggg kottt. Haha.  

Untuk baby ni, saya makan vitamin beli kat GNC, selepas dimomokkann dengan vitamin dari KK akan buat sembelit. Haha. Pastu makan buah delima sebiji every month. DHA neurogain makan start bulan ke-5. Pastu masuk bulan ke-7, makan pati prun every week, makan VCO everyday. Masuk bulan ke8, makan kurma 7 biji everyday. 

Saya juga sempat khatam al-quran. Mula baca bila baby dah boleh dengar, masa bulan ke-7. 

Dan tiba hari EDD, saya tidak menunjukkan tanda2 bersalin pun. Masuk post date 3 hari, saya cakap saya nak makan nenas. Husband pun belikan MD2 kat tesco, dan saya makan empulur. Keesokkan harinya, saya dah start mild contraction.

Siangnya belum konsisten. Tapi masuk maghrib, semakin intense. Tapi, bukan sakit nak meneran, cuma sakit kaki. Cramp kat kaki. Takde sakit pinggang. Blood show pun takde. Menjadikan saya konpius.

Jam 10 malam saya start timing. OMG, it is almost 511. Tapi, sakit bukan macam nak meneran. Sakit apakah ini? Berapa lama lagi nak sakit macam ni? Yang kelakarnya, boleh pulak saya fikir macam mana nak hilangkan sakit ni. Macam mana nak reverse kan supaya sakit kaki ni berkurang. Haha. Sesaat lepas tu baru saya sedar, sakit ni TAK AKAN BERKURANG!!! Sehinggalah saya jumpa baby. Dan mulalah rasa panic datang.

Husband masa tu memang tidur nyenyak pulak. Sekali sekala saya kejutkan dia. Dia cuma tanya "dah nak pergi hospital?" Saya jawab, "Tak tahuuuuu". Saya cuba2 jugak tidur. Tapi memang terjaga setiap jam. dan asyik masuk toilet je untuk buang air kecil. No blood show! 

Saya tahu sakit meneran tu macam mana sbb masa miscarriage dulu, sakitnyaaaaa masa fetus tu nak keluarrr. Gigil2 sakit dalam toilet masatu. Tapi kalini saya tak rasa sakit tu.

21 May 2017.
Masuk pukul 5 saya mandi hot shower. Selesai, saya kejutkan husband untuk mandi dan bersiap nak pergi hospital. Husband keluar shower, saya mandi lagi sekali sebab mandi hot shower dapat kurangkan sakit tu. Tup2 pukul 6 pagi, saya nak buang air, SROM! Ketuban saya pecah, dan seriau tengok air ketuban dah hijau2. OMG. 

Cepat2 keluar dan ajak husband cepat2. Jumpa mak saya, salam2 dan nangis2. Mak bekalkan biskut dan kurma. Mak cakap dia tunggu ayah saya nanti pergi hospital. Ayah masatu belum balik dari solat subuh di mesjid. 

Dalam kegelapan pagi dan kesejukan hujan pagi tu, husband pun bawak kereta ke hospital Muar. Sampai je, saya duduk wheelchair sebab serius sakit kaki tak boleh nak jalan. Terus ke labour room. Jam masa tu pukul 7 pagi, hujan masih lebat di luar.  Masa nak daftar, dapat pulak nurse front desk tu moody. Aduhaiii. Tapi kena banyakkkk sabarrrr.

Saya dibawa ke bilik saringan. Doc kat situ rileks2 je mula2. Tapi, masa dia check bukaan dah about 6-7 cm, dia mula panik panggil superior dia. Pastu dia kalut takut saya terberanak dalam bilik saringan tu. Terus saya dibawa ke bilik bersalin.

Mula2 satu nurse dan seorang doc perempuan je yang ada. Nurse jerit suruh kangkang luas. OMG sakit kaki nurse oi. Dia pun pergi carik kawan2 dia as tukang sorak. Doc nampak macam meconium, so dia cakap dia bagi saya satu jam je untuk bersalin normal. Saya tak risau sangat sbb saya tak sakit meneran. 

Bila tukang sorak sampai, lagilah semua pun suruh kangkang lagi luas. Dia masukkan drip untuk saya sebab dia cakap saya takde tenaga pagi2 belum makan. Dia suruh saya baca doa Nabi Yunus banyak2. Terus saya baca kuat2 doa tu, yang memang ada tertampal di dinding. Saya merayu kat nurse, anything yang boleh kurangkan sakit kaki ni. Nurse jawab "takde. Beranak memang sakit. Nanti semua ni hilang bila baby keluar". Adoila. Tapi, apa yang dia cakap tu memang betul. Bila baby keluar sakit tu entah ke mana. Haha.

Tetiba nampak doc cakap nak buat cut epi. Terus saya merayu kat doc, "jangan potong doc. Pleaseeee. Let it be natural cut". Doc pun explainla kulit saya macam lembut sangat. Kalau dia tak cut, risikonya adalah terkoyak sampai dubur dan bla bla bla.

Saya terus merayu dan doc setuju tak buat cut. Saya tanya tentang husband saya, barulah nurse panggil husband masuk. 

Bila husband masuk je, doktor tadi terus explain yang saya taknak epi cut, dan terangkan risiko2nya sekali. Disebabkan pernah masuk kelas dan belajar tentang epi cut, husband faham apa yang doktor tu explain. Lagipun, masa discuss birth plan, saya memang dah jelas beritahu "you mesti setuju dan sokong semua benda yang i minta dalam labour room nanti". Jadi, husband pun sokongla permintaan saya tu.

Usaha untuk beranak diteruskan lepas episod menolak epi cut tu. Nurse terus tengok ctg dan suruh saya push. Lepas husband masuk, memang oxytoxin terus naik. Husband pegang tangan saya dan sentiasa cium dahi saya sambil berkata "you are doing great, wife". Exactly seperti mana yang saya request dia buat. Hehe.

Saya pejam mata dan push 2 kali sekuat hati sebelum dengar doktor cakap "ok2, dah nampak kepala". Husband pun terus excited sebab dia pun memang nampak kepala baby tu. Satu kali lagi push, maka baby comel pun keluar tepat 8.45 pagi.

Tapi tak dapat skin-to-skin. Nurse suruh confirmkan gender, dan terus bawak baby pergi jumpa another doctor. Husband pun tak dapat potong umbilical cord, nurse yang buat. Lepas selesai saya bersalin, husband kena duduk luar. 

Saya pula melalui proses mengeluarkan uri, dan seterusnya dijahit. Koyak juga second degree tear. Nasibla bius yang diberikan berkesan bagi saya. Sakit jugaklah sikit2 macam kena gigit semut. Adoi.

Selepas siap, saya berehat sekejap. Dan baby pun sampai. Saya try bf baby, tapi memang tak pandaila. Hehe. Lupa sungguh dan skin-to-skin masa tu. Saya pegang and kiss kiss baby sahaja.

Kemudian, ada doktor yang lain masuk untuk check jahitan dan sebagainya. Semua ok, nurse pulak masuk untuk uruskan dokumentasi. So saya dah boleh keluar labor room untuk masuk wad satu hari. 

Sampai kat ruang menunggu, nampak husband tengah tidur kepenatan. Masa tu dah pukul 11 pagi. Kesian husband. Pastu nurse pun bawak kitorang pergi ward. Sampai ward, dah ada lunch, terusla saya makan. Haha. Kemudian, mak ayah pun sampai. Husband cerita dia dah azan, iqamat dan baca surah2 yang diajarkan oleh ustaz kepada baby. Dia belum tahnik kan sbb tak jumpa kurma. So, bila jumpa, terusla tahnik kan baby. Baby sucking memang very good, hence very good latching masa breastfeed.

Bermulalah episod saya menjadi ibu kepada si comel baby girl Nur Hannah Jamilah. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...