Thursday, October 16, 2008

SePi

Saya tidak masuk panggung. Tapi, saya masih berpeluang menonton filem. Di rumah, (arwah) nenek mengikut pujukan adeks saya untuk melanggan pakej ABO Movies ASTRO. Maka, bila pulang ke rumah, saya boleh nonton ulang2 kali, filem2 dari negara Asia.

Pada bulan Oktober ini, Sepi adalah filem dalam ABO. Saya nonton filem ini pada hari raya kedua. Apabila pulang ke kolej, rakan2 saya telah menonton filem ini beramai2 di opis kolej pada jam 2 pagi, pada syawal ke-7. Kerana tidak mengantuk, saya telah menonton bersama mereka. Maka, saya telah menonton filem ini 2 kali dalam masa kurang seminggu.

Saya pernah nonton Cinta sebelum ini. Filem Cinta memang chanteks. Sinematografinya terlalu chanteks. Tapi, dari segi penceritaan, saya tidak setuju filem itu menang anugerah. Salah satu sebabnya ialah, filem itu gagal dalam mengertikan cinta. Bagi saya, filem itu menunjukkan "Kasih". Itu pandangan peribadi saya.

Maka, saya menonton Sepi dengan penuh kepastian bahawa filem ini pasti chanteks. Habis menonton, nyata, filem ini lebih baik daripada Cinta. Sepi itu berjaya diertikan. Syabbas, tuan pengarah! Bolehlah menang anugerah lagi.


Saya paling suka watak Nasha Aziz dalam filem ini. Dia berjaya membawa watak itu dengan baik sekali. Wanita chanteks itu diberi watak begitu, kemudian ditolak chentanya. Huhu. Kisah Sepi pilihan saya ialah Kisah Imaan. Skrip yang saya suka pada plot bila mana Afdlin mencari2 Vanidah; "Awak cari saya?" "Sepanjang hidup saya." kata Afdlin. :P

Khabir Bhatia membuka perspektif baru dalam filem Malaysia. Dia berjaya mengatakan bahwa Kuala Lumpur itu terlalu indah. Rakan2 saya pening memikirkan di mana tempat2 chanteks itu? Mengapa kita tidak pernah melihat Kl Sentral sechanteks itu. Jalan raya dan longkang pun nampak chanteks dalam filem arahan beliau. Semoga beliau akan terus mengarah filem2 yang chanteks dan hebat.

p/s: menonton bersama rakan2, baru saya percaya kata2 Amiran bahawa Mike menangis di bahunya ketika nonton di panggung. Owh. Mengapa saya tidak menangis? Hormon saya pada tahap sederhana sahaja sewaktu menontonnya. :P

9 comments:

Nida Shaari said...

Akak tonton Sepi di panggung. Menangis.

Cuma. Akak terganggu dengan rambut keras si Baizura Kahar itu. Rasa seperti mahu pergi buang rambut palsunya. Ke itu memang rambut dia yang sebenar? (rujuk filem Dunia Baru The Movie)

Lagi satu. Lokasi-lokasi cantik itu (taman tasik/tempat Afdlin buat kek/dll) adalah di sekitar Taman Tasik dan bandar Taiping. Tetapi diolah agar ia berlatar belakangkan Bandaraya Kuala Lumpur.

Cantik bukan?

SITI said...

madulebah: Owh, saya ingatkan semua shooting kat KL. Huhu. Chanteks!

Lumut Pagi said...

letih nangis tgk cite nih...

Anonymous said...

I watched the muvee while my heart is still in the mood of *confuse* eventho ppl saw like i already muv on but still there's sumthing missing in my heart actually...

This muvee gave a thought that everyone deserve a chances in love..
Like me..like you and like all the love in this world..

Wish that i could be happy like Afdlin's...patience as Tony's..with Baizura's braveness..

Sepi..2 thumbs up~!!!

;)

SITI said...

lilit pagi: ramai jer nangis malam tu. :)

74459: tak sabar tunggu next film from khabir bhatia.

Sahalfikri said...

belum tgk lg.lps ni ada kelapangan nak tgk la. camana plak dgn 'kekasihku seru'? khabir bhatia juga kan?

Unknown said...

Tonton di rumah memang susah nak dapat feel menangis (leleh). Di pawagam barulah tahu rasanya. Isteri menangis tonton filem ini di pawagam.

Senarai pengarah filem Melayu yang akan saya masuk pawagam: Khabir Bhatia, Afdlin Shauki dan Yasmin Ahmad.

Anonymous said...

Hehehehe..sangat ramai yg komen post ini...Movie Cinta ari tue best juga, Tapi movie Sepi nie lagi Best..hehehehehe...2 2 movie tu aku tgk kat Panggung..2 2 pun nanggis..hahahahaha..erm...malam korang tgk ari tue aku tak joint sekali..takut ada yg nanggis kat bahu aku lagi..hehehehe...dah lama tak pg panggung..huhuhu..

SITI said...

abg suhail: owh, kita tak suke tgk citer bawah segmen "seram" di tv3 itu.

enchek anuar: saya tak masuk panggung. :)

oryza: haah, sepi mmg lagi best!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...