Wednesday, December 26, 2007

Hikayat Seribu Satu Malam

Pada beberapa hari yang lepas...

Saya telah berkesempatan menghadiri Gala Nite Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat (KPWKM) yang bertemakan "Hikayat 1001 Malam". Makan malam ini diadakan untuk menghargai kakitangan kementerian daripada beberapa jabatan iaitu, Jabatan Pembangunan Wanita (JPW), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), LPPKN [saya wakil jabatan ini :)], dan Institut Sosial Malaysia (ISM). Ia telah diadakan di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC). Ya, tempat yang sgt menareks. Tema yang telah dipilih menyaksikan kehadiran ramai Aladdin, penyamun2 dan puteri2 Arab.


Pentas yang sangat G.A.H, diinspirasikan daripada filem ALADDIN

Antara sajian malam itu; Nasi A.Y.A.M Hainan. Lain2; kambing panggang, sate, sotong kangkung, aiskrim, waffle, beraneka salad, kuih-muih termasuk cupcakes berwarna-warni. Ya, sumenyer enak2 belaka.

"Aladdin" ini telah memenangi Best Dress dan hadiahnya, melancong ke P.E.R.T.H. Guess, where is his real leg???

Isn't she G.O.R.G.E.O.U.S.?

Penyanyi 1: Ella, dia memang R.O.C.K. (Maaflah, gambar kurang jelas).

Penyanyi ke-2: Erra Fazira, si pengantin baru. Dia memang C.H.A.N.T.E.K.S.

Penyanyi ke-3: Dia Jamal, lelaki dengan S.U.A.R.A hebat.

Penyanyi ke-4: Ya, Mawi juga turut dijemput. Dia masih terlalu ramai peminat. Ya, A.U.R.A nya masih hebat.


Setelah penat menyaksikan keindahan malam, saya merasakan terlalu banyak pemB.A.Z.I.Ran telah berlaku. :(

Saturday, December 22, 2007

Diari Aidiladha 1428

Saya bercuti agak panjang. Hari Selasa sudah pulang. Ingin mengelakkan kesesakan lalulintas, dan perlu menolong ibu membeli-belah. Ini kerana ramai saudara-mara saya akan pulang berhari raya di kampung. Hari Rabu, pergi membeli-belah seorang diri selama 3 jam di Giant, kerana ibu sibuk di sekolah dan adeks belum pulang. Petang, sudah mula untuk memasak. Malam, sudah penuh dengan saudara-mara, 4 buah keluarga telah berkumpul dan yeah... gossiping with our uncles and aunties were the best part. Hehe...


Saya dan adeks berposing sebelum menunggu lembu2 di sembelih di belakang rumah, sambil adek yg seorang itu berposing dgn penyapu. Lembu tak pulaks masuk gambar. Hehe. Oh ye, tahun ini kami ada baju baru untuk Aidiladha, yg agak jarang2 juga dilakukan. Huhu...

Pagi Khamis, Aidiladha 1428, menolong di dapur. Selesai solat Hari Raya, sebok pula ingin melihat lembu dikorbankan. Di belakang rumah, 4 ekor lembu dikorbankan. Kemudian, semua hadirin pun makan di rumah kami. Saya adalah orang yang telah dipertanggungjawabkan untuk memastikan makanan cukup untuk orang ramai itu seramai 40 orang. Huh. Selesai tugas, hujan pun turun. Penat dan sejuk = tidur yang nyenyak. Pakngah n family sampai agak lewat petang. Jamil yang hensem juga pulang. Hehe. Tp, adeks lelaki ku belum kunjung tiba. Erm... dia tiba agak lewat, jam 11 malam baru sampai, perlu berhari raya di kem terlebih dahulu.

Jumaat, berjalan2 ke rumah maklong dan tokcik. Akibat makan agak banyak hari sebelumnya, maka perut sudah tidak mahu menerima apa2 lagi. Kesian kat buah pinggang, saya makan terlalu banyak daging. Maaf, ibu tidak memasak ikan kerana hari ini hari raya. Hanya ada daging lembu, ayam, sedikit sayuran dan buah2an.

Hari ini hari Sabtu, 12 Zulhijjah 1428 H, HARI JADI SAYA yang ke-25 mengikut peredaran bulan. Masih hari tasyrik, tidak boleh berpuasa. Masih tiada ikan, ibu memasak nasi malaya kesukaan saya. Hari ini juga, saudara-mara saya mula pulang. Tengah hari, rumah sudah mula sunyi semula. Ibu saya juga sudah ke sekolah. Apakah?! Ya, dia sudah rindu pada kerusi di sekolahnya mungkin. Hehe...

Esok, Ahad, perlu pergi membeli-belah sedikit. Malam pula, perlu ke rumah moksu. Dia buat barbeque sempena anniversary poksu moksu saya yang ke 22 tahun. SEMOGA BERBAHAGIA HINGGA KE AKHIR HAYAT. Daging lagi? Harap2 ada ikan dan/ atau seafood. Tp, saya teringin nak makan lamb. Heh.

Saya akan pulang ke kolej hari Isnin kerana perlu menjalankan tugas sebagai felo.

Tammatlah catatan Aidiladha saya untuk tahun ini. Dan, sekali lagi saya sangat bersyukur dengan nikmat Tuhan yang tidak terkira. Begitu banyak rezeki esp food yang telah dikurniakan kpd saya sekeluarga. Kami tambah2 bersyukur apabila menonton mangsa2 banjir di timur dan utara semenanjung Malaysia, tidak lupa juga mangsa bom di Pakistan. Aidiladha mereka penuh duka.

Dan, sempena hari jadi saya, saya dedicate bulan penuh pada kawan2 (perempuan) saya. INDAH. Rindu kamu semua.

Monday, December 17, 2007

Cerita Pendek

Saya memang addicted dengan cerpen. Saya memang lebih gemar membaca cerpen daripada novel. Dua buku di atas adalah antara antologi cerpen kesayangan saya. Baca ulang2 seribu kali ulang pun boleh. Banyak cerita sweet, comel dan menginsafkan dalam buku2 itu. Antara yang paling digemari ialah Hari Ini, Hari Gembira dan Sapu Tangan Tanda Kasih dalam Hati Muda Bulan Muda; dan Cina Angkat Najis di Rumah Saya dalam Ingin Jadi Pujangga.

Lain2 cerpen yang mempunyai kenangan ialah Jangan Menangis Perempuan dan Semut Merah Semut Hitam. Dua cerpen dalam akhbar tempatan ini dibaca bersama2 orang terchenta (ketika itu). Ihiks.

Jangan Menangis Perempuan itu; ceritanya telah memberi kesan kepada saya. Ia berkisah ttg seorang perempuan (saya namakan A) yang sentiasa bersyukur dengan keadaan negaranya yang aman dan keluarganya yang bahagia dengan suami soleh dan anak2. Kemudian, ada seorang perempuan (saya namakan B); kenalannya yang telah ditinggalkan suami. Sebagai seorang ustaz, suami si A telah memberi nasihat kepada B. Melihat keadaan itu, si A bertambah bersyukur dgn kehidupannya, sehinggalah si suami membuat keputusan ingin berkahwin dengan si B. Dan, tidaklah dia boleh menangis hanya kerana dia akan dimadukan; dan dia cepat2 membandingkan keadaannya dengan kesengsaraan orang lain (yang sedang berperang, menghadapi bencana alam etc.). Dia tidak boleh menangis!

Maka, saya juga telah berperasaan bahawa, apalah sangat jika hendak dimadukan, jika dibandingkan dengan kesengsaraan orang lain di tempat lain. :P

Dan, semalam saya telah amat tertarik untuk berkongsi cerpen dalam Berita Minggu. Ryan dan RM 200, 000. Cerpen ini penuh dengan fakta dan sarat dengan emosi. Ia mmg dekat benar dengan diri saya as saya pernah diajar menjadi seorang embriologis. Saya pernah berada dalam wad pembedahan untuk melihat prosedur IVF itu, menjadi runner membawa ovum dari doktor ke embriologis. Saya pernah melihat ovum degil yang tidak mahu bersenyawa dengan sperma itu. Saya pernah lihat lebihan embrio yang disimpan ke dalam tangki nitrogen (baca: dihentikan proses perkembangannya). Ya, saya pernah.

Dan, cerpen ini agak menakutkan. Betapa teknologi telah memberi banyak pilihan kepada manusia. Kadangkala, hidup lebih mudah jika tiada banyak pilihan. Betapa dengan mudahnya, manusia berfikir untuk membuat jahat, lebih mudah dari berfikir untuk membuat baik. Betapa, apabila ahli sains menjadi jahat, maka dunia akan menjadi lebih kacau. Betapa, balasan Tuhan itu boleh berlaku bila2 masa dan di mana saja.





Saya juga sedang membaca dua buah antologi cerpen ini.




Thursday, December 13, 2007

Adek Sehari

Amiza Fazlina, gadis ini sechanteks namanya. Dia adalah kawan sekolah saya. Dia lahir lewat sehari dari saya. Tp, dia sudah kawen lebih dahulu daripada saya. Apakah?! Huhu. Jodoh di tangan Tuhan yang Esa.

...pengantin sampai...

...pengantin kacak dan lawa...

...gadis2 bersama pengantin...

... gambar tanpa pengantin, ihiks...

Wpun ada rasa penat pegi wedding sana sini, tp byk juga gembiranya. Dpt tgk yg chantek2 sahaja. Pelamin chanteks, pengantin chanteks. Bunga2 chanteks, abg waiter hensem (huhu). Kawan2 yang tersenyum riang, baju kawan2 yang chanteks. Ya, sume itu membuatkan hati sentiasa gumbira. Benarlah kata satu buku cerita, hari perkahwinan adalah antara salah satu hari gumbira. :)

Buat Anne dan Azhani, aku tak laratlah nak upload byk2 gamba. Bglah email add kamu, akan ku send kan pada kamu berdua, wpun gamba takdelah byk sgt. :p


Tuesday, December 11, 2007

Surat untuk Awis

Awis, sahabatku,

Aku tahu aku tidak sepatutnya rasa begini. Kau marah aku menjadi agak emosional dengan perkara2 yang telah berlaku. Kau salahkan aku, kononnya estrogen aku yang sedang meningkat punca aku bersikap demikian.

Tapi Awis, aku dah lama pujuk hati aku supaya biarkan sahaja apa yang kau buat. Sebab aku sangat terhutang budi pada kau, membuat kerja untuk aku. Aku pernah katakan pada beberapa orang teman yg lain, malah berkali2 aku katakan pada diri aku sendiri, "Siti tak boleh jahat sikit pun dengan Awis, sebab Siti memang terhutang budi dengan Awis, sebab dia sudi jadi Pengarah Projek ABADI. Biarlah Awis nak buat jahat apa pun, Siti tak boleh nak cakap Awis jahat". Tapi, episod2 yang berlaku sangat menggugat perasaan baik terhadap engkau ini.

Awis, aku dgn penuh azam memujuk hati aku melupakan pelakuan kau padaku sewaktu aku di Langkawi. Itu sebab aku telah berjaya "berbuat baik" lagi pada engkau. Tapi, aku sangat tidak sangka kau boleh berkata "begitu" padaku dan adek ku. Dan, dengan senang hatinya, kau menambah, "Aku kawan kau, Tim. Berapa lama sangatlah kau boleh merajuk dgn aku". Aku sangat tak sangka kau, seorang yang aku dan kawan2 aku labelkan, MULIA, boleh berkata begitu. Aku boleh terima kalu kawan2 aku yang lain yang kata begitu, tapi bukan kau, Awis.

Awis, minggu lepas, Mak Usu aku bercerita, tentang dia boleh berbuat baik dgn mertua dia selama 20 tahun ini. Tapi, keadaan tidak bertambah baik, malah semakin buruk. Dan, akhirnya, pada tahun ini, dia terpaksa melawan sifat dirinya. Dia bercerita padaku, "Bila Moksu rasa nak buat baik, nak anta makanan ker, tiba2 teringat kat mereka, macam nak melawat, tp, Moksu lawan. Moksu keraskan hati." Kau mahu aku buat begini pada kau?

Kau tahu aku juga punya hati selembut Mak Usu ku itu. Tapi, Awis, aku juga boleh belajar melawan hati yang baik ini untuk tidak berbuat baik. Tapi, aku tahu, aku akan merasa sangat sedih bila aku telah tidak berbuat kebaikan kepada engkau. Tidak, Awis. Aku pasti tidak sanggup untuk makan sedikit pun cokolat, jika aku tidak membelikan untuk kau tempoh hari.

Aku tahu, aku sekadar kawan picisan kau. Tidak perlu kau jaga hati aku sebaik kau menjaga hati "perempuan berstokin hitam" itu. Tidak perlu kau pujuk hati aku, malah kau boleh menambah kedukaan yang ada. Tapi, aku nak kau tahu, sudah lama aku menyimpan kesedihan terhadap kau ini. Dan, hari ini aku telah menulis kepada engkau.

Awis, aku minta maaf jika aku telah mengganggu emosi engkau. Tapi, sejak kebelakangan ini, semakin ramai orang yang mempersoalkan kebaikan aku. Mengapa perlu kita menjadi musykil bila orang berbuat baik kepada kita? Aku sungguh tidak faham. Bukankah dunia akan menjadi lebih baik jika ramai orang berbuat baik? Bagi aku, kita hanya perlu sedih dan musykil bila ada orang berbuat jahat pada kita. Mengapa dia perlu berbuat jahat? Apa salah kita?

Sentiasalah berbuat baik, Awis. Sekian.


Ikhlas dari,
"Satu orang perempuan yang kau panggil KAWAN".

Thursday, December 06, 2007

Teman Sekatil

Pada 2 Disember yang lepas, cik Siti pun telah pergi ke majlis kawen Yusalinawati. Sangat canteks sume2nyer. Ya, pengantinlah paling chanteks!!!

Perkahwinan Yus menjadikan telah menjadikan cik Siti tinggal sorang jer yang blom kawen, daripada 4 orang yang pernah satu dorm dari ting satu sampai ting lima kat sek tun fatimah several years ago. Dua yang lain ialah Puan Anne (yang dah jadi ibu dan sdg pregnant lagi, :D) dan Puan Fatin (yang akan menjadi ibu soon). Hari ini, Puan Yus sedang menjadi pengantin, tp, cik Siti tak tahu bila nak jadi pengantin sbb calon pun blom ada. Apakah? Hehe.

Sebenarnyer, cik Siti tak keysah pun. Sbb cik Siti sendiri blom bersedia menjadi suri dalam hidup seseorang. Tp, cik Siti happy utk sume kawan2 yg telah memasuki satu fasa baru dalam kehidupan ini. Good luck, my dear.

Jaga kesihatan diri dan keluarga. Jadilah suri yang baik dalam hati lelaki itu. Ameen.

Yours truly, Yus si pengantin, Rajihah yang solo, Puan Fatin yang sdg pregnant!!!

Sunday, December 02, 2007

Emak & Syurga

Saya sedang runsing dan gusar.

Beberapa perkara buruk telah dan sedang menimpa saya dalam beberapa hari ini. Maka, saya telah bermuhasabah diri dan telah mengingati semula, perkara-perkara yang telah saya lakukan sehingga saya mendapat balasan Tuhan sebegini.

Jawapan yang telah saya temui ialah; saya (secara tidak sengaja) telah mengecilkan hati emak beberapa hari sebelum balasan Tuhan yang telah menimpa saya itu. Di saat ini, saya rasa amat gundah-gulana. Tidak dapat saya melelapkan mata memikirkan perkara yang telah berlaku.

Yang pasti, kemaafan perlu diminta daripada emak, dengan jelas, terang dan nyata.

Saya hanyalah insan yang lemah. Semoga Tuhan sentiasa memberi kekuatan kepada saya untuk melalui perkara yang mendatang. Ameen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...