Monday, November 26, 2007

Not Now


XY: Apa yang u akan buat supaya I suka kat u? (251107)


Jawapan pada saat ini:

Saya hanya akan menjadi diri saya dan akan berdoa kepada Tuhan. Tidaklah saya akan berbuat apa2 sekarang. Kerana saya sudah begitu penat. Saya sangat penat memujuk hati saya supaya berhenti untuk mengharapkan apa-apa lagi. Memberitahu hati saya bahawa kamu milik orang lain. Memujuk hati saya yang kecil ini bahawa sesungguhnya kamu mmg bukan untuk saya. Maka, di saat ini, apabila menyebut nama kamu, sudah tiada rasa kasih itu lagi.

Bahawa, kamu pernah melukakan hati kecil ini sehingga terasa pedih sungguh dgn jawapan2 kepada persoalan yg pernah saya lontarkan. Maka, tidaklah saya akan berusaha selain daripada berdoa supaya keadaan akan menjadi baik-baik sahaja.

Semasa saya merasakan saya telah memiliki hati kamu satu masa dahulu, perasaannya mmg sgt indah. Analoginya ialah seperti kamu mengidamkan sebuah kereta mewah (idaman kamu ialah Hyundai Sonata AL 145). Melihat dari kejauhan, dan tiba-tiba berjaya memilikinya dengan usaha yang sedikit. Memandu kereta idaman adalah perasaan yang sgt indah. Tetapi, hari demi hari, kamu tahu kereta itu tidaklah begitu sesuai untuk kamu, maka, kamu juga telah ditakdirkan untuk berpisah dengan kereta itu.

Namun, kenangan memandu kereta itu, tidaklah dapat dilupakan, malah akan membuat bibir merah mengukir senyuman. :)

Cukuplah keadaan sudah menjadi semakin baik sekarang. Saya mmg berasa sgt penat sekarang. Mungkin saya akan melakukan sesuatu bila sudah hilang penat saya. Mungkin nanti. Mungkin juga, saya tidak akan melakukan apa2 lagi, kerana saya masih berkira2, jika saya benar2 memiliki hati kamu, tidaklah saya akan merasa senang pun. Malah, saya perlu menempuh byk lagi episod2 duka yang terasa payah. Dan lagi, she nampak sungguh sepadan dengan kamu.

Sekian.

(p/s: inilah akibatnya setelah banyak membaca buku karangan HAMKA. Bukanlah saya telah menulis seperti Hamka, tetapi saya telah sangat terpengaruh dengan lenggok bahasanya. Memang lain benar lenggoknya jika dibandingkan dengan penulis yang lain, bukankah?)

Sunday, November 25, 2007

Untuk Kamu

Seorang pakcik saya telah membuka sebuah kedai kain sejak beberapa tahun yang lalu. Sejak itu, saya sering ke sana. Dan, apa lagi yang saya boleh dapat selain kain dan kain untuk dibuat baju dan baju dan baju lagi.

Bulan Ramadhan yang lepas, saya telah byk kali ke sana. Meneman emak, adik, saudara-mara dan rakan2. Setiap kali itu juga saya telah mendapat kain.

Pada satu minggu itu, saya telah diberi peluang oleh emak untuk memilih sepasang kain. Setelah dipilih atas pilih, saya perlu memilih antara dua pasang kain berwarna kuning. Saya perlu memilih kerana saya dibenarkan untuk mendapat hanya sepasang sahaja. (Saya telah mendapat 3 pasang kain minggu sebelumnya. Huhu). Setelah hampir setengah jam, akhirnya saya telah memilih kain berwarna kuning jenis sutera Italy itu. Wpun gembira, tapi sepasang kain yang satu lagi itu ditinggalkan dengan kesedihan.

Pada minggu hadapannya, saya terpaksa ke kedai itu lagi membawa rakan dan saudara. Tidaklah saya ketahui saya perlu ke sana lagi. Dan, pada hari itu, saya telah mendapat kain berwarna kuning yang satu lagi itu, jenis chiffon. Hati saya rasa sgt gumbira. Saya mendapat kain-kain itu tanpa gundah-gulana lagi.

Pengajaran dari cerita di atas: jika sesuatu itu telah ditakdirkan untuk kamu, maka ia mmg akan menjadi milik kamu. Cuma masa sahaja yang menentukan. Tp, jika sesuatu itu tidak ditakdirkan untuk kamu, mmg kamu tidak akan dapat memilikinya. Tidaklah perlu kamu menunggu seribu tahun atau pun mengejar seribu batu jauhnya.

Dan lagi, belajarlah menghargai dan bersyukur dan berdoalah untuk merasa kecukupan itu. Ameen.

Wednesday, November 21, 2007

KEBETULAN YANG INDAH

... dan aku akhirnya menulis cerita itu di sini...

...di satu petang yang hening... dgn hujan gerimis... aku yg sedang berpuasa ini telah pulang agak lewat dari kebiasaan... 6.45 ptg baru aku bergerak keluar dari bangunan 22 tingkat itu menuju ke stesen komuter Bank Negara... perjalanan yg mengambill masa 10 min berjalan kaki... penat...

... aku terdengar bunyi keretapi sudah tiba, tapi aku belum pun sampai di stesen... aku meneruskan langkah, berlari-lari anak untuk menaiki keretapi itu... tp, aku gagal... aku hanya lewat beberapa saat... dengan penatnya, aku duduk di kerusi kososng itu...

...aku mengeluarkan buku cerita karangan HAMKA... lemah... tp, aku teruskan bacaan... sbb tiada apa yg boleh aku lakukan selain menunggu keretapi seterusnya datang... dijadualkan pukul 7.01 malam... dan aku terus membaca... tiba-tiba, aku teringatkan Lelaki itu... aku senyum... menutup buku... memandang ke hadapan... DAN DIA, LELAKI DALAM INGATAN AKU ITU MUNCUL DI HADAPAN AKU... apakah?!!!



(...macam citer korea x ... title? pilihlah sendiri... tapi aku suka "Which star are u from?... lagu? Miracle... ya, itulah pilihan aku... hehe)


...aku terpisat...menggeletar... aku yakinkan diri, bukan lelaki itu yg aku lihat... aku cuba bertenang, kembali membuka buku semula... tp, aku gagal membaca... maka, aku membuat keputusan... MELIHAT LELAKI ITU... terus-terusan...

...memang dia, Lelaki itu... bersama seorang perempuan canteks...

...walau apa pun nama untuk episod ini, aku sgt marah kerana aku sgt terkejut...

...AKU TIDAK DITINGGALKAN KERETAPI, HANYA UNTUK MELIHAT DIA DI SITU...
...DIA TIDAK MUNCUL DI DEPAN AKU HANYA KERANA AKU TERINGATKAN DIA KETIKA ITU...
...DAN...
...AKU TIDAK PULANG LEWAT HANYA UNTUK MENGALAMI SESUATU YANG DINAMAKAN KEBETULAN INI...


...aku rasa sgt penat dan tidak berdaya lagi...

...aku tak tahu ceriter dari pihak Lelaki itu... apa yg menyebabkan dia berada di situ pada saat itu... mungkin dia tak rasa apa yg aku rasa... dan mungkin dia tidak akan mengendahkan pun perasaan terkejut-yg-amat-sgt aku ini... maka, apa yg berlaku itu, tidak memberi impak pun kpd emosi dia...

...tp, bg aku, selain perasaan terkejut-yg-amat-sgt itu, ia adalah antara KEBETULAN YG INDAH yg berlaku dlm hidup aku...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...