Monday, May 30, 2011

Kepada majikan yang seorang itu

Ya, hari ini saya menulis. Saya mahu menulis kepada majikan saya yang seorang ini. Selepas saya bermesyuarat dengannya pada petang tadi.

Enchek majikan, sekarang ini hanya enchek sahaja yang mengatakan saya gagal. Malah, dengan salahnya, enchek mengatakan saya gagal kultur. Bagaimanakah enchek mahu menjelaskan sampel-sampel yang telah berjaya saya kultur itu?

Jika saya bawa laporan yang telah saya bentangkan tadi kepada orang-orang yang kerjanya menyusun kromosom setiap hari, walau mereka seorang pegawai, walau mereka seorang juruteknologi, walau mereka hanya seorang pembantu, mereka tidak akan sesekali mengatakan saya gagal. Kerana mereka tahu, gagal itu adalah berlaku hampir setiap kali dalam perjalanan mereka mengendalikan sampel-sampel yang kadangkala beratus-ratus banyaknya sehari.

Saya mahu beritahu di sini, bahawa bidang ini sangat chantek. Sangat-sangat. Betapa kita akan mengkagumi ciptaan Tuhan kepada sesuatu yang dinamakan kromosom itu (maafkan saya jika enchek tidak percaya kepada Tuhan). Tahukah enchek majikan bahawa saya pernah menjumpai sel berbentuk "love" yang sangat sempurna. Saya kira enchek majikan tahu kerana saya pernah tunjuk.  Di sini juga saya ingin beritahu enchek majikan, saya juga telah menjumpai satu serakan metafasa yang sangat mengkagumkan. Semua kromosom adalah berpasangan, berada bersebelahan. Sangat-sangat mengkagumkan. Waima pekerja yang sudah lama menghadap kromosom ini juga tidak pernah melihatnya. Bukankah ini tandanya bahawa kromosom juga cintakan saya? ;p

Gambar di atas tidak dapat diambil dengan cantik. Tapi lihat sahaja kromosom 7 dan kromosom 1 itu. Owh, boleh besarkan gambar untuk tengok betapa comelnya mereka semua berdua-duaan. Owh!
Itu belum kira lagi pengalaman saya mencerap warna-warni FISH. Sungguh warna-warni. Saya ada sebelas ribu imej jika enchek majikan mahu lihat. Sangat riang, tahu? Warna hijau dan merah di kalangan warna-warna biru itu. Oh, betapa saya merindui keriangan itu. Pernah satu hari, saya mencerap dari tujuh pagi hingga tujuh malam. Ya, satu hari itu.

Ketahuilah bahawa bidang kromosom ini adalah bidang yang sangat fleksibel dan sangat dinamik. Sangat-sangat. Kromosom itu sendiri sangat dinamik. Tidak mungkin kita menjumpai satu serakan yang sama bentuknya. Pernah sahaja kami di makmal kromosom ini tertipu kerana kromosom itu terlipat, maka kami nampak ia pendek daripada yang sepatutnya. 

Saya mahu beritahu enchek majikan juga, bahawa saya sekarang ini sudah dapat melihat kromosom yang cantik berbelang-belang ini hampir setiap hari di makmal yang kecil seperti akuarium itu. Ya, setiap hari. Kami bertiga sudah menjumpai cara supaya kromosom itu cantik dijalurkan. Satu perkara yang saya kira terlalu indah, kerana ia adalah perkara yang saya impikan sejak berbulan lama dahulu. 

Jadi, jika enchek majikan mahu tutup unit itu, malah ingin juga mengatakan saya gagal, saya tidak akan keysah lagi. Kerana saya tahu apa yang saya sudah capai di sini. Saya tahu enchek majikan tidak faham akan bidang ini. Saya juga tidak mahu faham ilmu perniagaan seperti yang enchek majikan terlalu minati itu. Kerana saya boleh menyusun kromosom tanpa dibayar. Ya, kadangkala saya mengelat juga, hanya pilih gambar yang chantek sahaja untuk disusun. Ini kerana kromosom yang tidak chantek boleh mengubah mood seseorang.

Saya berharap saya ada majikan yang faham dan cintakan kromosom seperti mana saya sukakannya. Saya alu-alukan keinginan enchek majikan untuk mempelajari bidang ini. Ia terlalu indah, saya pasti enchek majikan akan jatuh cinta. Tetapi Dr. Puteri pernah beritahu, orang lelaki selalunya susah mahu jatuh cinta dengan kromosom ini. Tetapi, saya kenal beberapa lelaki yang telah jatuh cinta dengan kromosom ini. Ya, tidak ramai saya kira. Di Malaysia ini, yang saya kenal benar cuma satu, di HatYai mungkin ada beberapa. :) Tapi, seperti kata enchek majikan, jangan berputus asa lagi. Saya juga mahu katakan begitu kepada enchek majikan, walaupun Dr. Puteri telah mengatakan begitu kepada kawan enchek majikan. Belajarlah segera. Saya akan ajar sejauh mana yang saya tahu.

Sudah panjang benar saya menulis. Perlulah saya tamatkan. Disertakan di bawah ini imej terkini yang saya ambil sebelum saya pulang tadi. Terlalu mengasyikkan. :)


Sekian. 


Saturday, May 21, 2011

Grey's Anatomy Season 7

Episod akhir untuk musim kali ini telah disiarkan pada minggu lalu, dan saya telah dapat menontonnya pada hari Sabtu, sebelum bergegas ke tempat kerja, sambil air mata mengalir. ;p

Grey's Anatomy adalah satu-satunya cerita bersiri yang saya ikuti dengan gigih. Setiap minggu, akan saya muat turun. Tidak saya sangka sudah 7 tahun saya gigih muat turun.

Musim kali ini tidak kurang menariknya. Tapi, lagu-lagu masih kurang menyengat seperti musim keenam yang lalu. Seperti yang Shonda mahukan, perkembangan watak-watak utama diteruskan pada musim kali ini.

Tapi, musim kali ini banyak weddings dan pregnancies. Yup, i think that is the highlights untuk musim ini.

Christina kawen pada episod pertama, dan mengandung pada episod terkahir musim ini. Der & Mer juga pegi kawen officially sebab nak ambil anak angkat. Ya, mereka cuba untuk dapat anak sendiri, tapi masih tidak berjaya, selepas Mer mengalami keguguran pada episod akhir musim lalu.

Dan, Callie Torres. Watak ini sangat bermain emosi pada musim ini. Sangat. Dia pregnant anak Sloan. Kawen dengan girlfriend. Kemalangan ngeri. Dan baby Sophia adalah sangat cute. Bak kata mak Arizona, "She couldn't be cuter if she tried". Cute giller.

Mungkin ada banyak ayat dalam musim ini yang menareks. Tapi, saya dah tak ingat sangat. Siri ini berhenti lama, dalam 4 minggu pada bulan lalu. Jadi, saya hanya ingat beberapa episod akhir ini sahaja.

Pada episod ke 20, awal bulan lalu, telah menampilkan Mrs. Torres, emak Callie. Seingat saya, dia belum pernah muncul dalam mana-mana episod. Dia sangat sedih tengok anak dia yang seorang itu, Callie. 

"Do you know how devastating it is, to raise a child, and to love a child, and know you won't see that child in the heaven?". Ya, Mrs. Torres cakap macam ni pada anak dia yang gay itu. Tak sangka citer omputih pun ada skrip macam ni.

Musim kelapan akan hanya bermula seawal-awalnya hujung tahun nanti. Musim ketujuh ini baru sahaja ditayangkan di NTV7 pada setiap hari Sabtu. 

Jadi, saya sudah tidak ada cerita mahu dimuat turun setiap Sabtu. Mengikut pengalaman lepas,  selepas tamatnya GA ini, saya akan terjebak dengan cerita Korea pula. Kita lihat pula tahun ini. ;p

Sekian.

Friday, May 20, 2011

DNA Paternity Test

Sudah lama saya ingin menulis tentang perkara ini.

Dulu-dulu, masa kecil, jika saya menonton drama di TV, jika ada skrip yang mengandungi ujian DNA ini, pasti saya rasa tipu. Lebih-lebih lagi jika keputusan ujian itu ditukar. Pada saya, tidak semudah itu, wujudnya makmal ujian DNA di Malaysia, apatah lagi mahu ditukar keputusannya. Jadi, saya rasa skrip itu tipu. ;p

Namun, sekarang, saya adalah sedang bekerja di sebuah makmal yang menyediakan perkhidmatan ujian DNA ini. Ya, tak tipu. Tidaklah pernah saya mimpi begini. Walaupun bukan saya yang lakukan ujian itu, tapi saya sentiasa tahu bila ada sampel untuk ujian itu. Dan saya adalah berkawan baik dengan rakan sekerja yang menjalankan ujian ini.

Setiap kali ada sampel, kami tahu pasti ada cerita di sebaliknya. Mana mungkin satu keluarga normal mempunyai keraguan tentang paterniti seorang anak. 

Saya dengar cerita, pada masa lalu, makmal ini menerima sampel daripada walk-in individu. Tapi, sekarang sudah tidak lagi. Kami lebih prefer individu tersebut melalui mana-mana doktor perubatan.

Peningkatan sampel untuk ujian ini juga amat menggerunkan urat kepala saya. Sampel paterniti ini pernah kami terima daripada amniotic fluid, iaitu bayi itu belum dilahirkan pun! Apa sahaja cerita mereka. *sigh*

Saya juga pernah menjawab panggilan telefon daripada sebuah klinik, bertanya tentang ujian ini. Tapi, yang peningnya, doktor itu sangat ramah bercerita. Kerisauan pesakitnya adalah tentang mahram! Pastinya pesakit itu seorang muslim. *sigh again*

Owh, pesakit adalah bukan sahaja dari bandar-bandar besar, dari kampung juga kita terima. Seriously.

Saya hanya harap tidaklah ada orang yang saya kenali menghantar sampel untuk ujian ini. Hantarlah sampel untuk ujian lain. Nanti saya sangat susah hati.

Serius risau.

Sekian. 

Thursday, May 19, 2011

.OfTheChineseFriends.

Saya tidak pernah sedar bahawa saya tidak pernah kawan dengan Chinese sampailah saya kerja sekarang. Dulu, masa kat universiti, saya fikir, saya sudah kawan, tapi semua itu hanyalah dipanggil berbincang dalam kumpulan. ;p

Dan, ia adalah satu pengalaman yang menyeronokkan. :)

Company tempat saya kerja ini, separuh Chinese, separuh Malay, tiada Indian. Dan, di makmal sekarang adalah 4 Chinese, 2 Malay. Itu situasi sekarang. Dulu-dulu, adalah ramai sikit Melayu. Sekarang ramai sudah pindah. 

Mula-mula masuk, memanglah agak terkejut. Ada satu kawan ini, dia tidak pandai dalam bahasa. Jangan kata bahasa Melayu atau Inggeris, bahasa Cina pun dia tak dapat A. Hehe. Kelakar tau bila tiba-tiba dia sedang cerita dengan khusyuk, dan tiba-tiba berhenti, sebab tak tahu perkataan. Jadi, cakap Cina kejap dengan kawan sebelah, untuk translate. Haha. Mula-mula dulu rasa macam, apakah??? Tapi, sekarang rasa cute giller. He even did it in a meeting. Owh, itu hanya satu orang kawan Cina ini, yang mana tak pandai bahasa. Kawan yang lain adalah pandai, jadi perlulah tolong dia translate, sama ada ke bahasa Melayu atau Inggeris.

Being me, selalulah ada word of the week, atau word of the month yang selalu saya ulang-ulang. Mula-mula masuk kerja, ramai pun pelik dengan perkataan yang saya guna. Gigih dan huru-hara adalah perkataan yang saya perkenalkan kepada mereka. Haha. Sekarang, mereka sudah pandai guna juga. 

Tiba-tiba menjadi cikgu bahasa Melayu di sini. Kononlah. Dan, perkataan paling susah pernah saya ajar adalah "berpeleseran". Kawan paling pandai pun tak tahu perkataan ini. Huhu. 

Saya juga adalah peminat tegar drama cina petang-petang itu. Ya, saya sudah nonton drama TVB itu sejak darjah 4 seingat saya. Saya juga masih nonton sekarang jika masih berkesempatan. Kalu tak sempat petang-petang, saya adalah nonton malam-malam punya series. Haha.

Ya, adalah seronok bila boleh borak-borak dengan budak Cina tentang drama Cina. Percayalah bahawa saya pernah bercita-cita mahu langan AOD jika saya langgan Astro di rumah sendiri nanti. ;p

Well, of course, satu perkara yang agak menjengkelkan adalah bila mereka cakap Cina to each other depan kita. Tapi, itu adalah perkara normal. Keselesaan bila bercakap antara satu sama lain. Setakat ini, saya belum rasa terbeban unuk belajar Mandarin. 

Selama ini, kita fikir kita telah kenal antara satu sama lain Tapi, rupa-rupanya kita hanya tahu sedikit sahaja. Terlalu banyak yang kita tidak tahu.

Walaupun banyak tidak tahu, yang penting saling menghormati. Maka, boleh hidup dengan aman. 

Sekian. 


Tuesday, May 17, 2011

Anak lelaki Itu

Dia adalah anak kepada sepupu saya, sebelah abah. 

Saya masih ingat wajah dia yang comel, putih dan suci itu. Wajah dia yang suka tersenyum. Wajah dia ketika bersalam dan mencium tangan saya. Semasa kecil, dia tinggal di kampung bersama nenek saya dan maklong saya, iaitu nenek dia.

Saya telah nonton rancangan Showdown sejak tahun lepas lagi. Hebat dan bergaya sungguh anak-anak muda itu menari. Ya, pemenangnya adalah kumpulan anak-anak jati Muar.

Tahun ini, saya juga tidak ketinggalan menonton rancangan *ehem* lagha itu. Banyak sungguh kumpulan dari Muar yang mencuba nasib, menjadikan kumpulan pemenang musim pertama sebagai idola mereka.

Saya telah mendengar anak lelaki yang satu ini berkecimpung dalam dunia tarian sejak beberapa tahun lalu. Tetapi tidaklah saya pernah melihat dia menari. Saya pun jarang-jarang berjumpa dia. Tapi, bila berjumpa, senyuman tidak lekang di bibir. Membuatkan saya masih fikir dia sewaktu kecil.

Dan, sejak beberapa minggu ini, saya telah dapat menonton wajah itu di kaca televisyen. Setiap hari Rabu jam 9.30 malam. Ya, di rancangan Showdown 2011. Ya, wajah anak lelaki itu masih tersenyum. Menari dan tersenyum.

Pantas masa berlalu. Dia masih suka senyum, walaupun dia tidak lagi bersalam dan mencium tangan saya. 

Oh, tidak. Saya tidak mengundi. Tidak pernah saya mengundi rancangan realiti kecuali sekali, untuk Daniel (MI2). ;p Sekali sahaja, dengan Erma. 

Sekian.

Sunday, May 15, 2011

Kepada anak-anak yang lahir selepas 20 April 2010

Maafkan kami.

Hari itu, 20 April 2010, jam 10 malam waktu tempatan, telah tercatat satu tragedi di bumi. Sangatlah dahsyat. Tumpahan minyak di Teluk Mexico, yang berlarutan tiga bulan lamanya. Angkara perbuatan manusia.

4.9 juta tong minyak telah tumpah ke lautan. Ya, 4.9 JUTA.

Pencemaran alam tiada sempadan. Walaupun ia berlaku jauh di Mexico, kita tahu sumber air dari laut adalah sudah tercemar dengan tumpahan minyak itu. Hidupan laut sudah menjadi mangsa. Hidupan liar seperti burung-burung juga telah diselaputi minyak dan gagal terbang. Ada yang dapat diselamatkan. Namun, banyak juga yang menemui ajal.

Sudah lebih setahun, tapi baru kesempatan saya menulis di sini.

Namun, ada satu hal lagi yang telah berlaku dalam masa setahun itu.

Kebocoran reaktor nuklear di Jepun, yang juga telah memasuki air laut yang masin itu. Kejadian ini berlaku akibat gempa bumi kuat yang melanda. 

Bahawa kita sentiasa tahu, pencemaran alam tiada sempadan. Bahawa kita semua tahu kesan pencemaran radioaktif hanya dapat diketahui selepas beberapa waktu. Jika dilihat kesan letupan Chernobyl, terlalu banyak kesan ngeri. Itu hanya melibatkan pencemaran udara. Dan, kali ini air laut pula telah dicemari radioaktif.

Setakat entri ini ditulis, diberitakan pencemaran nuklear ke laut itu masih berlaku. 

Anak-anak yang lahir selepas 20 April 2010, hanya 10 tahun lagi kamu mungkin akan faham sepenuhnya apa itu maksud pencemaran. Dan, kita semua tidak tahu apa lagi yang mungkin akan berlaku dalam masa sepuluh tahun ini, menyebabkan air laut itu akan makin tercemar. 

Ketika itu, janganlah kamu marah atau memberontak kepada orang dewasa. Bahawa mereka semua itu telah meninggalkan bumi yang sangat tercemar dan suruh kamu hidup riang. 

Ketahuilah bahawa kami tidak berniat begitu. Namun, kami hanya mampu berharap kamu semua akan mempunyai semangat yang kuat untuk hidup. Kemarahan kepada generasi kami tidak akan dapat mengubah apa-apa.

Ya, kami tidak cukup berusaha untuk meninggalkan bumi yang lebih bersih untuk kamu tinggal.   Semoga kamu semua maafkan kami.

Sekian.

Monday, May 02, 2011

Perang Itu Kemusnahan

Osama diisytihar telah mati, oleh Obama.

Saya masih ingat lagi malam kejadian 11 September. Ketika itu, saya di sebuah hotel di Lumut, bersama keluarga saya, kami sedang bercuti. Bila saya cakap, WTC kena bom, abah yang ketika itu sedang tidur-tidur ayam menjawab, "Peranglah dunia nanti".

Ya, perang pun bermula, diketuai oleh Bush Jr. Dunia pun huru-hara.

Dan, hari ini Osama telah diisytihar mati.

Amerika dilihat berpesta, seluruhnya. Melupakan tornado yang telah melanda dan memusnahkan. Bergembira, seolah-olah raksasa telah dibunuh, maka dunia akan aman. Seperti cerita ultraman dan raksasa.

Tetapi, saya amat gusar sekali. Bagaimana mungkin rakyat Amerika itu boleh berpesta.

Kematian satu orang Osama ini akan melahirkan ribuan Osama. Kini, hati mereka punya satu lagi perjuangan, membalas dendam atas kematian ketua mereka.

Bagaimana mungkin kita begitu pasti bahawa yang mengganti Osama itu adalah lebih lembut. Bagaimana jika lebih keras pendekatannya? 

Itu sebab saya musykil bagaimana rakyat amerika itu boleh berpesta.

Perang adalah sesuatu yang menakutkan. Pasti ada kemusnahan. Pasti.  

Ya, doa itu senjata. Berdoa untuk kesejahteraan sejagat. Amin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...