Thursday, April 30, 2009

Glukos & Kolestrol

Saya memang seorang yang health concious. Kadang2, terlebih2 perasaan itu. Tetapi, saya tidaklah pula rajin bersenam. Disebabkan saya duduk di makmal ni, maka saya akan buat pemeriksaan berkala. Paling tidak pun, dalam masa 6 bulan, saya akan buat ujian glukos, kolestrol dan urine FEME.

Hari ini saya berpuasa. Saya bersahur pun sangat awal, jam 12 malam, sebelum tidur. Subuh masuk agak awal, jadi saya risau tak terbangun, maka saya ambil sedikit makanan sebelum mata terlelap.

Di saat ini, pada hari ini, di mana genap umur saya 25 tahun 7 bulan 11 hari, buat pertama kalinya bacaan kolestrol saya tinggi daripada paras normal. Sebelum ini, memang bacaannya di paras borderline. Nampaknyer, bacaan sudah melepasi "border" itu.

Waaaaaaaaa.........
Saya benar2 rasa seperti mahu nangis, juga mahu meraung2.

Semua orang dalam lab menenangkan saya, dengan mengatakan bahawa nilai itu tidaklah setinggi mana. Tetapi, mereka perlu tahu, datuk saya meninggal kerana sakit jantung dan nenek saya pernah menjalani pembedahan jantung.

Bacaan glukos pula di bawah paras rendah dari normal. Huh! Saya rasa saya sangat memerlukan dietician untuk ajar saya makan.

Bacaan kolestrol: 5.45 mmol/l (Normal: <5.2 mmol/l)
Bacaan glukos : 3.63 mmol/l (Normal - fasting: 4.22-6.11 mmol/l)
30042009 12:52:31 PM

Wednesday, April 29, 2009

Genetik & Kanser

Penyakit memang ditakuti, kerana ia membawa kesakitan. Zaman sekarang, pelbagai jenis penyakit, yang dikatakan tiada penawarnya telah muncul bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Terbaru, kes selsema khinzir. Sangat menakutkan, kerana ia berjangkit melalui udara. Terasa mahu berhenti bernafas. Huh.

Penyakit yang sangat digeruni juga ialah kanser, yang mampu menyerang mana2 organ tubuh manusia. Sering dikaitkan dengan kematian, pembedahan dan rawatan kemoterapi/ radioterapi bkanlah perkara2 yang meriangkan. Pencegahan kanser pula seperti sukar dilakukan di kota yang penuh pencemaran.

Kanser juga telah dikaitkan dengan gen dan perwarisan. Oncogene dikatakan boleh diwariskan, bermaksud, saudara mara pesakit kanser juga boleh menghidap penyakit yang sama. Kes ini terjadi kepada Allahyarhamah Endon Mahmood, bekas wanita pertama kita. Diceritakan, dia tidaklah begitu terkejut dengan berita menghidap kanser payudara kerana, kembarnya telah meninggal akibar kanser tersebut.

Allahyarhamah mempunyai seorang sahaja anak perempuan, Nori. Saya berkira2, dia mempunyai sejarah keluarga yang signifikan untuk penyakit kanser payudara ini.

Jika anda berada dalam situasi Nori Abdullah, yang mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk menghidap penyakit seperti ibu dan ibu saudaranya itu, apakah yang anda akan lakukan?

Saya adalah peminat setia cerita Greys Anatomy. Dalam satu daripada episodnya, ada kisah seorang perempuan, yang telah berkahwin, tetapi belum beranak, belum pun berumur 35 tahun, telah berjumpa dengan rakannya, seorang pakar bedah O&G. Dia berada dalam keadaan seperti Nori, yang mempunyai sejarah perubatan keluarga bagi penyakit kanser payudara ini. Dia telah melakukan satu keputusan yang ekstrem, di mana dia ingin melakukan masectomy. Ya, jika telah membuang payu dara, maka tidak akan ada risiko kena kanser payudara lagi.

Dia juga melakukan pembedahan membuang rahim dan ovari, walaupun belum beranak. Ini kerana kanser payudara, rahim dan ovari saing berkait rapat. Boleh membuat bacaan lanjut jika berminat.

Suami perempuan itu sangat sedih, tetapi akhirnya tetap menyokong keputusan isterinya.

Jika anda berada dalam situasi tersebut, adakah anda akan? Jika anda seorang suami, adakah anda juga akan?

Sekian.

Tuesday, April 21, 2009

Tangan Kiri

Maaflah kerana tidak menulis dalam beberapa waktu ini. Saya boleh tahu ada yang melawat ke sini hampir setiap hari, terutama rakan saya di selatan tanah air itu, yang kedatangannya menggunakan bendera negara jiran itu. Ahaha. Terima kasih kerana sudi datang ke sini.

Hari ini saya baca beberapa blog, banyak betul yang bercerita tentang sikap positif. Kak Yanti, dan kak Hani. Paling menarik kisah jurugambar terkenal, Saiful Nang.

Ya, kalu tidak mahu menjadi positif pun, janganlah menjadi negatif. Jadik neutral pun boleh, kan? Haha.

Saya juga seperti (telah) melakukan sesuatu yang saya kira agak baik hari ini. Saya telah melakukan kerja makmal agak ekstrem dengan menjalankan 10 sampel setiap hari sejak minggu lepas. Biasanya, saya hanya melakukan 2 - 4 sampel sahaja setiap hari. Akibatnya, tangan kanan saya rasa penat, lenguh, sehingga menimbulkan rasa kurang selesa termasuk ketika solat. Kelenguhan ini berlaku akibat menggunakan pipet untuk satu tempoh yang lama.

Gambar di atas dari sini. Ya, memegang pipet adalah seperti di atas. Jarang sekali ia akan memberi kelenguhan pada tangan. Tapi, saya memegangnya 4 jam tanpa henti. Owh, lenguhnya.

Setelah berfikir2, maka saya pun mencuba menggunakan tangan kiri hari ini. Walaupun pada mulanya sukar dan lambat, tapi saya berjaya menghabiskan kerja makmal untuk hari ini. Cuba bayangkan anda menulis setiap masa dengan tangan kanan, tiba2 menggunakan tangan kiri pula. Ya, begitulah perasaannya. Cuma, tulisan akan nampak buruk, kan? Bagi kerja makmal saya, takdelah nampak buruk. Cuma lambat sketlah berbanding menggunakan tangan kanan yang telah begitu cekap sekali.

Ya, saya rasa, esok pun saya akan menggunakan tangan kiri saya untuk memegang pipet itu. Tangan kanan saya masih lenguh2.

Sedang menonton Ugly Betty si positive-minded ini.

Sekian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...