Tuesday, March 27, 2007

I AM SORRY

KEPADA AWAK,

Saya tahu saya macam salah perkataan dalam menulis kepada awak. Saya mintak maaf. Saya tahu awak tak marah, tapi awak malas jer nak layan. Saya bukanlah nak salahkan keadaan, but it's just becoz estrogen and progesterone. I'm so sorry. Really2 sorry. Awak, saya tahu saya bukanlah sebaik mana pun, saya tahu awak orang yang baik, lebih baik dari saya. Cume, entry awak (yang ini dan yang sebelum ini), bagi saya, erm.... sudahlah. Yang penting, saya betul2 nak mintak maaf. Saya akan tulis di tempat yang sepatutnya, cume saya kurang fokus sekarang. Saya mintak maaf sekali lagi. Maafkan saya. Semoga awak tahu yang saya betul2 mintak maaf.

Tuesday, March 20, 2007

Salahkah saya berfikir sedemikian?

(telah ditulis di FRIENDSTER, pada 10 Februari, 2007)



Aku dah lama tak menulis. Lebih banyak membaca tulisan orang. Tapi, tiba2 aku byk berfikir. Aku pelajar genetik. Sekarang buat kajian ttg kanak2 cacat. Wpun tak dapat lihat kanak2 itu, kadangkala ada juga yg datang ke lab. Maklumlah, LPPKN bukan hospital. Cume ada klinik merancang keluarga. Sama ada yang nak dptkan zuriat sendiri atau pun yang nak menghadkan bilangan anak. Tempat ini, (dgn ikhlas) telah byk kali buat aku mengenangkan kehidupan sendiri. Semua org perlu tahu yg penyakit genetik tiada ubat. Hanya kaunseling. Tapi, masih ramai yang tak tahu, dan tak nak faham. Ada yg buat2 tak faham dan tak nak terima baby. Aku selalu fikir ttg anak2 yang telah lahir itu. Pengalaman tgk buat test tube baby mmg satu pengalaman yg sgt menarik. Org sanggup buat apa sahaja utk dptkan anak2. Tp, lepas tu? Ada yg rasa ‘penat’ nak jaga pulak.






Minggu lepas, aku berkesempatan pergi seminar “War is Crime” di PWTC. Byk cerita dan gambar yg menggerunkan. Antara yg menarik ialah dunia sekarang telah tercemar, terkontaminasi dengan partikel nuklear. Sejak bom atom dibangunkan oleh US dan dijatuhkan di Hiroshima dan Nagasaki, partikel2 nuklear telah memenuhi ruang udara seluruh dunia, termasuk Malaysia. Itu sbb mcm2 penyakit muncul. Mutasi gen yg sgt mendadak dpt dikesan selepas berlakunya perang nuklear. Kemudian, masalah dunia sekarang dengan ramai org kejam. Bush, Blair dan org Israel adalah manusia yg sgt kejam. Mmg byk bukti yg menunjukkan serangan 11/9 itu dirancang. Mereka mmg sanggup bunuh org sendiri. Sgt takut. Dan bila dgr pengakuan ‘Man of the Hood’, lagi sedih. Mengalir air mata. Huh.



Dan, aku kene amik subjek kimia iaitu drug-nutrient interaction. Aku mmg dah lama tak belajar kimia dan tiada asas dlm nutrition atau farmakologi. Oleh itu, kenelah bace buku yg asas ttg2 ilmu ini. Dan, ia menyumbangkan fikiran yg sedang ligat berfikir ini. Kite mmg perlu faham byk perkara sebelum ambil sesuatu ubat. Zaman sekarang, org yg buat ubat ramai yg nak cepat kaya. Sanggup buat apa sahaja untuk cepatkan kajian mereka supaya boleh dijual. Sgt menakutkan bila kesannya sgt lambat diketahui. Dan penderitaan menanggung penyakit adalah cukup takut utk digambarkan. Aku jaga nenek aku 17 hari di ampang puteri. Salah satu sbb nenek aku makin tenat ialah apabila pakar2 tu bagaikan bergaduh dalam pemberian ubat. Mereka dengan suka hatinya melakukan kerja. Tak nak berbincang dengan serius pun. Dah tenat, barulah tgk balik ape yg telah mereka lakukan. Sangat sedih sebenarnya.





Tiba2, satu perkara yg sgt menyayat hati berlaku di Kuala Lumpur. Gambar bayi kene buang kat flat tu, dalam Utusan, sgt sedih. Tak tipu. Betul2 sedih. Mcm tak faham, kan? Boleh tak jgn buang. Bagilah kat orang yg nak jaga. Aku sgt yakin ada org yang baik lagi yang boleh jaga baby. Aku penat fikir. Aku tahu bukan semua org jahat. Masih ada yg baik.





Dan, tiba2 aku buat kesimpulan, aku tak mahu punyai anak sendiri. Aku rasa mcm kasihan kat anak aku. Dia akan hidup di dunia yg telah contaminated, sgt tercemar dgn perkara yang membahaykan. Nak berhadapan dengan perubahan cuaca global lagi. Apa yang kita hadapi sekarang pun sudah teruk rasanya. Cuaca dunia yang melampau. Banjir besar. Kemarau panjang. Dunia menjadi semakin sukar. Dunia yang semakin ramai org jahat dan kejam. Aku rasa aku akan bersalah jika biarkan dia lahir kat dunia ni. Aku tak nak dia penat berfikir mcm mane nak teruskan kehidupan dengan baik. Dan, jika aku terlepas pandang sesuatu, dia mungkin akan terjerumus pd perkara2 yg tak baik. Nauzubillah. Salah ker aku fikir mcm tu? Aku hanya fikir, jika dimurahkan rezeki, aku akan jaga anak2 yang tiada org nak jaga. Mereka yang dilahirkan secara tak sengaja. Tp, utk zuriat sendiri, aku rasa mcm kasihan nak lahirkan. Wpun, mmg fitrah seorang wanita untuk punyai suami yang baik, dan untuk mengandung dan melahirkan anak, tapi, sesungguhnya dunia adalah semakin sukar. Allah Maha Mengetahui. Wasalam.




edited on 270307; Saya telah ditakdirkan mengikuti syarahan umum pemanasan global minggu lepas. Pastinya, dunia semakin panas. Dan pensyarah itu terus menerangkan apa yang telah berlaku, sedang berlaku dan akan berlaku. Dunia akan menjadi panas dalam 50 tahun lagi. Lebih panas dari sekarang? MasyaAllah. Apakah yang akan berlaku pada generasi itu? Saya tak sanggup nak membayangkan anak yang saya lahirkan akan menderita kepanasan, atau menderita penyakit disebabkan keadaan sebegitu. Saya bingung. Hati saya memberontak, bertanya soalan yang mungkin saya sendiri pasti jawapannya. "Adakah kebarangkalian dunia menjadi sejuk semula adalah sifar?"


[Saya menulis semula artikel ini di sini hanya dengan tujuan supaya lebih ramai yang akan membacanya. Saya sering berasa gundah gulana melihat kelahiran baru sekarang. Semoga Allah merahmati kita semua. Ameen.]

Friday, March 02, 2007

Bermula di sini

Saya selalu rasa ingin menulis jika saya ingin ramai orang tahu apa yang telah saya tahu. Saya akan cuba menulis dengan konsisten dan dengan baik. Semoga ilmu tuhan yang saya ketahui sedikit sebanyak ini dapat saya kongsikan bersama dengan kamu semua. Maha Suci Allah yang Maha Mengetahui.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...