Sunday, March 28, 2010

PBAKL 2010

Hajat di hati memang mahu mendapatkan autograf sahaja. Dompet nipis memang tidak melayakkan saya untuk membeli apa2.

Di makmal, saya sentiasa berharap agar kerja dapat disiapkan pada masanya supaya saya dapat menjengah ke PWTC itu barang sebentar. Saya pun tidak tahu apakah perasaannya, tapi saya memang rasa gumbira berdiri dikelilingi buku2 yang banyak. Pernah saya duduk di PTSL dari pagi hingga ke petang hanya untuk browsing buku2. Nope, saya jarang2 boleh study di library.

Setelah kerja semua siap, saya pun memandu pulang. Melihat jam, saya berkira2 dapat sampai ke pesta itu awal sedikit sebelum program berlansung. Berdebar seketika hati apabila melihat kesesakan lalu lintas di PLUS itu. Terus saya hubungi PLUS hotline untuk mengetahui keadaan sebenar. Syukur, ia hanya kesesakan yang pendek. Saya kira ia masih baru lagi, sebuah lori terbalik di laluan tengah lebuhraya itu.

Saya terus2 memandu hingga sampai di depan dewan yang gah itu. Terus saya meletak kereta di bahu jalan seiring dengan kereta2 yang lain setelah berkira2 saya tidak menghalang lalu lintas. Semua pun faham, ada pesta. Berduyun2 manusia datang ke pesta itu, haruslah jalanraya menjadi sibuk dan perlahan.

Melangkah ke dewan sambil melihat jam, ada seorang petugas menyapa, "Boleh saya bantu?". Terus saya menjawab, "PTS". Dia pun memberitahu arahnya, di seberang sungai. Saya pun berjalan melintasi sungai ibu kota itu. Manusia sesak penuh ragam. Sampai di dewan seberang sungai itu, saya terlekat sebentar di gerai Institut Kraf. Ada buku tentang Tembaga. Tidak tahu mengapa, tapi saya sedang sukakannya.

Melihat jam, waktu hampir tiba, saya teruskan langkah mencari booth PTS. Saya pasti ia adalah booth yang besar, sementelah PTS sekarang adalah antara penerbit yang aktif mengeluarkan buku. Setelah berjumpa booth besar serba biru itu, saya mencari pula pentas untuk program itu. Tidak jauh pun dari mata saya, terlihat seorang yang saya kenal sedang merakam gambar. Saya senyum lega.

Duduk mendengar, kemudian mendapatkan tandatangan dan berborak seminit dua. Memang sudah lama benar tidak ketemu dengan cikgu saya yang seorang ini. Namun, rasa dekat dihati kerana saya mengikuti blog dan FBnya. Saya kira2 lebih 10 tahun tidak berjumpa. Cikgu masih segak, saya yang sudah gemuk. Naseblah cikgu maseh ingat saya. :)

Cikgu yang sibuk, terus melayan pelanggan lain. Saya terus beredar berjalan2 melihat buku. Mata saya hanya melilau2, kepala memang memberitahu hati kecil, dompet adalah nipis. Sabar itu perlu untuk mengatasi nafsu. Mahu baca buku, pinjam saja di library. Mahu buku cerita pergi sahaja ke PATMA.

Saya terus membawa kaki pulang semula ke dewan utama, menyeberangi jambatan atas sungai. Seperti tidak mahu pulang, mahu jalan2 lagi. Lantas kaki ini dibawa masuk ke dewan2 utama yang lain. Suka benar saya mahu masuk ke gerai DBP. Saya kira gerai mereka lebih kecil daripada tahun lepas. Terserempak pula dengan seorang felo senior. Dia segan2 mahu tegur. Takut salah orang, katanya. Ya, saya sedikit mengembang. Huhu.

Berjalan2 lagi, saya naik ke tingkat atas. Terpegun saya melihat penglibatan penerbit gergasi sepeti cambridge dan elsevier. Tidak sempat pula mahu memberitahu rakan saya di makmal lama tentang perkara itu. Pusing2 juga saya di situ, terasa seperti di PTSL pula.

Terus saya jalan lagi. Saya mencari2 lagi satu booth, ITNM. Ketemu akhirnya, dengan terlihat juga satu wajah yang familiar di alam maya ini. Saya tersenyum lalu dia mendekati. Dia kurang kenal saya. Saya memperkenalkan diri, dia ingat2 lupa. Haruslah, manusia sibuk, terlalu banyak mahu diingati. Namun, saya rasa gumbira dapat berbual2. Tahun lepas saya nampak juga dia di gerai ITNM, namun tidak dapat pula saya menegur.

Saya melihat jam, lalu terus melangkahkan kaki keluar dari dewan. Saya tersenyum puas. Dapat berjumpa dengan beberapa manusia yang selama ini dekat di hati, jauh di mata. Berinteraksi di atas talian buat kita rasa dekat, namun berbual bertentang mata buat kita lebih mesra.

Semoga pertemuan2 tadi dirahmati Allah.

Sekian. InsyaAllah, jumpa lagi di PBAKLtahun hadapan.

Wednesday, March 24, 2010

Amniotic Fluid Culture

Pertama kali saya menulils blog dari komputer di tempat kerja.,di makmal baru ini. Dan, saya adalah sedang bersedih2an. I blame the hormones. *sigh*

Saya di sini sedang berusaha untuk setup satu lab untuk amniotic fluid karyotyping. Dengan baca buku and do some research, i manage to get the chromosome, last month. Setelah beberapa slide, saya hanya ada sedikit masalah di final stage, iaitu part banding the chromosome. Dah dua kali saya pergi lppkn untuk belajar. Timing untuk banding ini memang berbeza sket, depends on the tissue and several things yang lain. Isnin yang lalu saya sudah semakin mendekati untuk dapat banding yang chanteks. Maka, saya semakin bersemangat untuk culture dan harvest, supaya boleh buat banding and see all the chromosomes.

Mencerap sel pada amniotic fluid (AF) ini memberi satu rasa yng indah. Sel2 itu sangat2 chanteks. Saya rasa macam nak tunjuk ramai orang betapa sel2 itu growth dengan chanteksnyer. Huh. Saya pernah cakap dengan kawan saya, seperti berada di dunia lain. Mencerap amniocytes ini membuatkan saya mahu pregnant dan culture AF sendiri. Huhu.

Hari ini saya harvest 10 coverslips. Saya mencerap sambil tunggu masa2 tertentu. Expect to see the chromosome slowly keluar dari nukleus. Tapi, makin banyak saya lihat saya makin rasa sangat sedih. Sangat kurang kromosom yang muncul.

Saya rasa sedih. Saya baca several papers lagi, dan ternyata saya ada buat silap. Satu solution tu ada lifetimenya, which is only one week. Saya dah simpan solution tu more than two weeks. Oh, i'm crying like babies. Sel adalah sangat banyak dan sangat chanteks, yet tak dapat kromosom yang chanteks.

Ok, hormones are naughty. Oh, i cannot stop crying.

Sangat sedeh, ok. Sangat.

Tuesday, March 23, 2010

Pensyarah

Semalam pegi LPPKN. Ada jumpa dengan En. Y*usri. Borak2 sket pasal keje.

Dua kali enchek tersebut tanya, awak tak minat jadi pensyarah? Awak tak nak jadi pensyarah ker?

Kepada enchek tersebut, saya jawab; "Kalu nak jadi pensyarah kene ada PhD. Kalu mohon skrang pun, kene bersedia nak sambung blaja semula, sebab musti kene sambung buat PhD dalam setahun dua ni. Kejelah dulu kot, carik pengalaman."

Enchek itu menjawab; "saya pun fikir begitu juga. Nak keje dulu nak carik pengalaman. Tapi, lama2, tak sambung2 pun blaja."

Saya kira2, saya belum benar2 berminat untuk menjadi pensyarah. Saya bukan takut nak mengajar, saya cuma takut saya akan membenci budak2 nakkal. Sebab saya dulu agak nakkal. Suka betul tidur, tertidur atau tidur2 ayam dalam kelas. Juga selalu datang lewat. Homework pun pernah meniru. Huhu. Bolehkah saya berdepan dengan kanak2 begini?

Walaupun ahli keluarga saya tiada yang menjadi pensyarah, tetapi ramai yang menjadi guru. Arwah datuk saya dan ibu saya guru besar. Dua orang makcik saya juga seorang guru. Ada pakcik saya menjadi Pengetua. Jadi, saya kira bakat mengajar itu adalah mengalir sket2 dalam diri saya ini. Hehe.

Kalu menjadi pensyarah, saya juga tidak akan terlepas daripada terus2an membuat kajian. Itu adalah pasti.

Ok, kawan2, saper rasa saya patut jadi pensayarah, sila angkat tangan! Keputusan di tangan anda. Haha.

Havva good day, people.

Wednesday, March 17, 2010

170310

Berasa mahu mencoret sesuatu.

Hari ini dapat pulang awal dari semalam. Maka, dapatlah melayan intenet awal sedikit.

Pulang lalu nonton episod akhir cerita korea yang saya ikuti setiap Isnin dan Selasa, Stars Falling from the Sky. Awalan cerita ini memang sangat tragik, buat kita terfikir hidup ini sangat singkat, terlalu. Namun, akhiran cerita ini yang happy ending memberikan harapan kepada kita.

Ya, cakaplah, saya memang terpengaruh dengan cerita TV. Be it Korean drama, citer cina petang2, atau cerita samarinda. And, i think i need more and more happy ending. Sad ending like The Little Nyonya make me depressed. Ditambah lagi dengan berita2 buang bayi, perkahwinan kanak2, gempa bumi, kemalangan ngeri dan ... yang berlaku di sekeliling kita.

Saya ke Aminuddin Baki hari ini. Kolej itu tidak pernah gagal membuat hati saya damai. Bertemu beberapa manusia telah membuat saya tersenyum. Refresh. Begitu juga PTSL. Dikelilingi jutaan buku. Bau perpustakaan saja telah boleh buat saya tersenyum. Sungguh, saya benar2 rindukan masa untuk ke gedung ilmu itu.

Pulang awal, saya telah bertentang mata dengan satu orang driver yang saya rasa nak tekan hon kuat2. Mula2 nak marah, tapi makin dekat, telah membuatkan saya rindu satu orang, yang saya kira2 sedang tinggal di Bangi. Masuk highway, tiba2 rasa nak nangis. Tapi, tak nangis pun.

Peliklah sekarang. Rasa nak nangis ni macam ada yang menahan. Satu ketika dulu, kalu rasa nak nangis, be it anywhere, tengah chatting FB sebelah housemate pun boleh nangis. Tetiba, housemate tanya soalan, menggelupur nak cover air mata menitis2. Haha.

Tengok citer Korea tadi tu pun, rasa nak nangis, tapi sebab memang happy ending dan pelakon2 kacak dan chanteks dan comel2, maka tak nangis pulaks. Erm, tengoklah cerita itu. 20 episod x 7 bahagian. Satu episod is about 45 min.

Gudnite, people. Havva nice day. I'm counting my days not to be a student anymore. Ok, now benar2 nangis. :(

Monday, March 15, 2010

Ketika Susah, Setiap Kesusahan...

Mahu update blog sejak semalam lagi. Mahu berkongsi sesuatu. api, tersekat-sekat pula penulisan. Tapi, perlu tulis juga. Maka, hari ini berusaha.


Lihatlah surah di atas. Surah pendek diberi nama surah Al-Insyirah bermaksud Perihal Melapangkan Dada Nabi. Saya mendengar tafsirnya semasa sedang memandu kereta untuk pulang ke rumah. Mahu saya highlight terjemahan ayat 5 dan 6 surah ini. "Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai dengan kemudahan (5). (sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran, disertai kemudahan (6)." (Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Cetakan Kesepuluh).

Penulisan saya tersekat-sekat semalam kerana telah saya temui beberapa versi terjemahan. Antaranya;

5. Maka, di samping kesukaran ada kemudahan. 6. Sesungguhnya di samping kesukaran ada kemudahan ( dari sini.)

5. So verily, with the hardship, there is relief. 6. Verily, with the hardship, there is relief (i.e. there is one hardship with two reliefs, so one hardship cannot overcome two reliefs). (dari sini)

5. Surely there is ease after hardship. 6. Aye, surely there is ease after hardship. (dari sini)

Namun, hari ini, saya menulis kerana saya tahu yang penting intipatinya, bahawa Tuhan itu telah memberitahu bahawa setiap kesusahan itu pasti ada kesenangan. Dan, ia telah diulang dua kali. Bila baca ulang-ulang kali, akan berasa tenanglah hati yang sedang gundah-gulana ini, menanggung kesusahan barang secebis.

Dan lagi, firman Allah dalam ayat ini, telah disambung, "Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal salih), maka berungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal salih yang lain) (7).

Maka, berbuatlah baik, terus-terusan. Tanpa. Henti.

"In fact, whatever personal sorrows this may bring to mind, "Surely, with each difficulty there is ease". This may indeed be the key phrase of this sura; it is repeated in lines 5 and 6. Conversely, the reader is asked to continue their work diligently, even when it grows simple again - for God Himself is what you are working for." Wikipedia

Semoga Allah memberkati hidup kita semua seluruhnya. Ameen.

Sekian.

Tuesday, March 09, 2010

Kakak di Surau

Saya telah menulis status di FB hari ini berbunyi "setiap kali masuk surau, musti dengar kesah rumahtangga orang. Nama kakak tu pun tak tahu, tapi byk kesay dia saya dah tahu." Tiba2, ramai pula yang mengomen. Huhu.

Mula2, memang nak tulis di blog. Tapi, busy2. Haha. Tapi, hari ini macam kene tulis sebab, erm...

Seminggu saya kerja di tempat kerja ini, saya sudah tahu kakak itu janda muda. Saya tidak tahu nama kakak itu, tetapi saya selalu jumpa dia di surau. Selalunya dia akan berborak bersama2 kawan dia. Kadangkala dia tidur juga.

Mula2, terkejut juga mendengar cerita itu. Kakak itu sangat chantek. Semasa saya menulis entri di bawah ini, saya juga teringat tentang kakak itu. Mengapakah dia diC?

Hari ini saya dengar lagi beberapa cherita. Walaupun tiada apa2 yang mengejutkan, cuma perkara2 biasa, tapi maseh berkisar tentang suami, anak2 dan rumahtangga.

Saya sebenarnya bukanlah marah, cuma lama2 rasa kelakar sebab tak tahu pun nama kakak itu, tapi banyak cerita sudah saya tahu termasuk nama bekas suaminya. Saya bukannya mahu dengar sangat, tapi selalunya saya datang sorang ke surau itu. Kakak itu berborak dengan volume suara yang biasa2, tidak diperlahankan lantas telah didengari saya.

Memang benar, kita perlu berkongsi sedikit2 masalah kita dengan orang lain, supaya kita tidak buntu. Paling penting, Tuan Kadi Mersing berkata semasa family day yang lalu, perlu berbincang atau mengadu dengan sesama jantina, lelaki denan laki-laki, perempuan dengan perempuan. Tidak boleh berlainan jantina. Bila kita berbincang sedikit sebanyak, kita akan tahu bahawa bukan kita seorang yang ada masalah begitu. Malah, ada lagi yang menanggung masalah lebih besar dari kita, lantas dapat menginsafi diri.

Semoga Allah memberkati kita semua. Ameen.

Sekian.

Sunday, March 07, 2010

C dan C

Chantek dan Cerai.

Saya sebenarnya agak musykil bila wanita hantek dicerai. Saya lihat semakin ramai artis chantek yang telah dicerai. Mengapakah lelaki2 itu sanggup?

Ya, chantek itu subjektif. Bagi saya, Nora D*anish, R*ossa, Maya K*arin adalah wanita2 chantek.

Semasa R*ossa cerita tentang konflik rumahtangganya, saya fikir tidaklah suami dia sanggup menceraikan isterinya yang sangat chumil itu. Bila penceraian dia disahkan, saya agak terkejut. Diceritakan, lelakinya mencari "bahagia" di luar rumah. Bagaimana mungkin dia tidak menjumpai bahagianya di dalam rumah dengan isteri sechumil itu. Bahagia apakah yang dia mahu mahu cari?

Ada satu orang beri ceramah. Dia kata, kita perlu tahu apa yang kita mahu. Jika mahu isteri chantek, tapi risau isteri dingurat orang lain, lantas tidak bahagia. Jika mahu isteri kaya, namun akut dirompak, maka tidak bahagia. Jika mahu isteri pandai memasak, tetapi gusar akan gemuks dan jatuh saket, lantas tidak bahagia.

Akhirnya manusia begini akan terus kawen dan cherai, dan terus mencari bahagianya tetapi tidak menjumpainya.

Saya tahu ramai lagi yang chanteks, yang bukan artis, tetapi telah dicherai. Sungguh saya musykil.

Jika isteri tidak pandai memasak, bole diberi ajar, dan dicari pembantu. Jika isteri tidak pandai mengemas, boleh diajar dan dicari pembantu. Pendek kata, apa sahaja yang isterinya tidak pandai, boleh sahaja diajar. Patinya, ia ambil masa. Dan, sabar itu manis buahnya.

Sungguh, penceraian perempuan-perempuan chanteks ini buat saya musykil dan gusar.

Sekian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...