Sunday, March 29, 2009

Corat-coret

Earth Hour

Tutup lampu malam tadi? Seronok jugak duduk gelap2. Huhu. Tapi, saya terpaksa bukak kipas sebab banyak nyamuklah. Kolej saya buat pengumuman menyatakan sokongan kepada kempen ini dan menggalakkan supaya para pelajar semua menutup lampu. Saya harap lebih banyak langkah drastik dijalankan untuk memperlahankan kemusnahan bumi.

Tapi, makcik saya tak tutup lampu. Dia kata, ini kempen orang kafir. Mereka tak tahu pun kita nak solat isyak. Huhu. Saya gelak sahaja. Yalah, jam 8.30 belum masuk isyak lagi. Jadi, masjid2 masih terang benderang. Tapi, bolehlah kita tutup lampu lambat sikit, kan? Lepas solat isyak, tutuplah sekejap. Biarlah tak tutup 60 minit pun, tutup 45 minit ker. Tutup jugak, kan?

Tapi, jangan lupa pulaks, kalupun bukan earth hour, silalah berjimat menggunakan elektrik. Dan, kurangkan penggunaan plastik.

Perhimpunan Agung UMNO

Tahniah kepada yang menang. Sedih jugak bila pakngah tak menang. Tapi, itu rezeki masing2, kan? Ada yang menang pilihanraya dan jadik menteri, tapi kalah pulak kat persidangan UMNO ini. Apa2 pun, buatlah kerja masing2. Kalu nak letak jawatan ramai2 pun, akan menyusahkan rakyat jugaks. Ya, kakitangan kementerian terbabit. Asyik tukar menteri pun, tak bagus jugaks, kan?

Tapi, memang saya tidak gemar dengan kekurangan perempuan dalam MT. Ntah apa2. Lelaki2 yang menang pun, banyak yang suka bercakap tapi terlalu banyak bercakap. Menampakkan agak tidak pandai dan tidak bagus. Mereka kelihatan seperti kurang membuat kerja juga. Huhu.

Saya sedang tunggu pula Tun M menulis "Mengapa saya hadir". Huhu.

Pandai bercakap bahasa Melayu

Pada pendapat peribadi saya, fasih bertutur bahasa bukan ibunda adalah satu anugerah. Di atas muka bumi ini, memang ada orang Melayu kelihatan tidak begitu baik penggunaan bahasanya. Tapi, kita dapat melihat ada orang Cina yang enak betul bila berbahasa melayu. Yang saya dapat lihat seperti Datuk Ong Kee Teat dan Chu Soi Lek.

Tapi, boleh bercakap bahasa yang baik, tidak semestinya mereka ini pro Melayu dikalangan kaum Cina. Jika Sharizat berucap tidak bagus bahasanya dalam bahasa Melayu, bukanlah beerti dia tidak akan menjadi pemimpin yang kurang baik. Dan, petahnya K*J berucap dalam bahasa Melayu, tidaklah bermakna semua yang dia buat itu nampak betul.

Kebolehan berbahasa ini adalah anugerah. Dalam isu ini, saya suka betul dengan gaya bahasa bekas pengetua saya di STF dulu, Puan Morni. Bahasa Melayu dan Inggerisnya begitu baik sekali. Suka betul saya mendengar ucapannya dalam perhimpunan. Pengetua selepas Puan Morni tidak dapat berbahasa Inggeris dengan baik walaupn pernah belajar di negara mat salleh.

Saya juga kagum dengan kebolehan berbahasa Tun Mahathir. Tapi, saya agak benci bila dia memelayukan perkataan budget menjadi bajet, hanya dengan alasan bahawa belanjawan itu hanya membelanjakan sahaja. Pastinya membelanjakan pendapatan yang ada. Maka, sememangnya ada pendapatan dan perbelanjaan. Bukankah?

Penamaan Calon Piihanraya Kecil

Memang satu sejarah bila 15 orang mahu bertanding. Abah kata "Kayalah SPR." Huhu. Seronok juga begitu. Kita lihatlah nanti, kan?

Yang tak bestnyer, belum 24 jam lagi, dah ada yang nak tarik diri. Bencilah. Rilekslah. Bertanding je lah. Kalu tak nak beranding, buat apa anta borang. Mengada2 btol. Heh.

Saya suka kata2 calon permpuan tadi. "Kawasan ini ada 60% pengundi wanita. Jika semua mengundi saya, pasti saya menang." Sangat yakin, dan saya suka. Haha. Nasiblah ada 2 jantina jer Tuhan jadikkan di muka bumi ini. Kalu berbilang jantina, pasti ia menjadi satu agenda besar seperti berbilangnya kaum. Hehe.

Blogger

Ada beberapa kawan2 saya yang telah menulis semula di blog masing2. Saya gembira. Teruskan menulis. Tulislah perlahan2 supaya tidak banyak kesalahan ejaan. Ya, saya rasa jelik jika membaca perkataan yang terlalu kurang hurufnya. Cukuplah saya mendapat SMS sebegitu.

AF7, OIAM3, dan AI8

Ya, saya nonton sikit2lah. Tidaklah terlalu obses. Kalu terbukak TV tu, tengoklah sekejap, kan?

Saya rasa kelakar bila cikgu2 AF cakap Rini tu camera-conscious. Haha. Sape2 yang sifatnya suka perasan sebegitu, memanglah tak boleh masuk lansung AF tu. Kalu nak masuk jugak, kene banyak latihan depan kamera. Sebelum masuk AF, kene pasang kamera dalam rumah sendiri. Haha.

Saya benci btol fesyen rambut dalam OIAM3. Haha. Senget sungguh nampaknya si Tomok itu dengan rambut dia yang sangat senget itu. Amylea pula suka conteng2 tubuh badan. Seperti comot kelihatannya.

Cantik sungguh Kara, hakim baru dalam AI8 tu. Tapi, kelihatan Paula semakin mengada2 dengan Simon. Saya lihat dia seperti tergugat dengan kehadiran Kara. Semakin banyak aksi2 yang pelik2 yang dia lakukan dengan Simon, seperti mahukan perhatian. Hurm.

Saya rasa pada musim ini, ketiga2 pertandingan ini mempunyai penyanyi yang baik. Takdelah kita jumpa dalam AF tu yang tak boleh nyanyi. Dalam OIAM pun, suara semua sudah bagus. Yang membezakan mereka ialah cara persembahan. Juga American Idol. Saya seperti tidak tahu siapa yang tidak bagus dan siapa yang akan menang. Semua bagus2. Ya, semua pun lagha. Haha.

Sekian. Selamat hari Isnin. Selamat menjalani hari2 terakhir dalam bulan Mac 2009 ini. :)

Saturday, March 28, 2009

Bahasa Melayu, PPSMI, lingua franca

Saya menulis tentang topik ini hari ini. Esok, selepas kita semua tutup lampu, saya tulis pula tentang bumi ini.

Saya belum pernah menulis tentang isu bahasa ini. Tapi, ada orang komen berkaitan isu ini, walaupun saya tulis tentang K*J. Jadi, hari ini saya rasa saya perlu menulis. Ada beberapa perkara telah berlegar2 dalam kepala saya ini. Maaflah jika entri ini akan menjadi terlalu panjang. Dan, percayalah, walaupun K*J itu telah menampaikan ucapannya dan menentang PPSMI, ia tidaklah menjadikan K*J itu seorang yang baik dan hebat. Oklah, saya memang membenci kemenangan dia.

Isu bahasa ini menjadi hangat sejak PPSMI dijalankan 6 tahun lalu. Saya masih ingat ketika itu, isu ini tidak berani untuk dibahaskan kerana Tun Mahathir masih menjadi PM. Hanya Pakngah saya menentang PPSMI ini di mana sahaja dia berucap tentang isu bahasa. Tapi, Tun M ketika itu dilihat mempunyai alasan yang kukuh untuk meneruskan dasar ini.

Selepas 6 tahun. Selepas BN kalah teruk dalam pilihanraya. Semenjak PR semakin berani bersuara mengenai isu apa pun. Maka, isu ini tidak terlepas untuk dipolitikkan. Maka, terlihatlah seperti A. Samad Said telah diperalatkan. Terlihatlah seperti Sasterawan negara ini telah menjadi pembangkang.

Saya? Saya melihat kita perlu fokus dengan apa yang kita mahu selepas dasar PPSMI ini dijalankan. Apa yang kita mahu sebenarnya? Kita mahu 70% rakyat Malaysia fasih berbahasa inggeris dengan baik pada umur 12 tahun, iaitu selepas tamat sekolah rendah? Atau, kita mahu bidang sains dan teknologi kita memecut maju dan laju sehingga kita mampu mendapat anugerah nobel selepas 15 tahun dasar ini dijalankan? begitu? Apa sebenarnya yang kita mahu sebagai hasilnya?

Semua yang menentang dan menyokong ada pendapat masing2. Saya, secara peribadi tidak gemarkan dasar ini. Tetap, saya tidaklah terlalu ekstrem untuk menentang. Kerana saya faham pendapat Tun M berkenaan dasar ini. Tetapi, saya sebagai pelajar sains yang belajar dalam bahasa melayu, menulis latihan ilmiah (thesis) dalam bahasa melayu, saya tidak fikir kita akan gagal jika belajar sains dalam bahasa melayu pun.

Saya lihat, bahasa melayu akan gagal berkembang dalam bidang sains dan matematik jika dasar ini dijalankan. Artikel sains dalam bahasa melayu akan menjadi artikel yang kurang baik. Ia akan mempunyai terlalu banyak istilah inggeris yang gagal diterjemah. Maka, bahasa melayu akan dilihat sebagai bahasa kurang bagus. Adakah kita ingin lihat ia berlaku kepada bahasa kita?

Kita mahu menterjemahkah ayat;

The substance has been oxidized.

Bahan itu telah dioksidakan.

Jika kita gagal menterjemah dengan baik, ia mungkin hanya boleh ditulis sebagai;

Bahan itu telah oxidized.

Satu perkara yang menarik tentang bahasa ini ialah, bahasa yang paling banyak digunakan di dunia ini ialah bahasa cina. Tetapi, lingua franca di kebanyakan tempat sekarang adalah bahasa inggeris. Dan, bahasa ilmu untuk bidang sains dan teknologi adalah bahasa inggeris. Baca di sini. Dan kita semua tahu, bahasa adalah satu cabang ilmu. Bahasa inggeris bagaikan setitis ilmu dari satu lautan luas. Ditambah dengan bahasa cina, menjadi 2 titis dari lautan luas itu. Ia adalah illmu yang baik, yang bermanfaat. Dan, sesungguhnya menuntut ilmu itu wajb ke atas setiap manusia. Kita juga tahu, bahasa melayu pernah menjadi lingua franca semasa kesultanan melayu Melaka. Bahasa kita pernah masyhur. Tetapi, kita perlu menerima, bahawa segala2nya di dunia ini tidak kekal.

Jadi, sekarang, yang bercakap bahasa melayu adalah orang melayu sahaja. Ada sedikit2 orang bukan melayu yang boleh bercakap bahasa melayu. Oleh itu, jika kita sendiri tidak mahu bercakap dalam bahasa melayu, siapakah yang yang akan menggunakannya? Jika semakin ramai orang yang mahu panggil "mama" dan "papa", siapa pula yang memangil mak dan abah? Orang asli? Begitu? Saya tahu ada juga yang berpendapat, peduli apa, panggil mama, amma, mak, ibu atau ummi, tiada satu pun yang akan menjamin masuk syurga. Matlamat hidup adalah untuk masuk syurga selepas mati. Oklah, tidak perlu pedulilah.

Dalam isu ini, kita tidak dapat terlepas daripada mengatakan Jepun dan Perancis adalah contoh negara yang tidak memerlukan bahasa inggeris untuk maju. Mereka maju dalam pelbagai bidang termasuk sains dan teknologi. Di sinilah kita dapat melihat sifat Tuhan itu Maha Adil. Dia beri Indonesia satu pemimpin yang boleh mewujudkan bangsa Indonesia. Bahasa indonesia. Nama Indonesia. Orang cina di Indonesia tidak bercakap bahasa cina. Mereka juga guna nama Indonesia. Tiada nama cina. Tetapi, mereka punya pemimpin negara yang merasuah lebih awal. Mereka gagal memilih pemimpin yang bijak dalam ekonomi. Maka, kita dapat melihat ramai orang indonesia ke sini. Walhal, negara kita ini leibh kecil daripada negara mereka. Tetapi, bahagaimana boleh kita seperti lebih kaya daripada negara mereka yang tidak kurang indahnya.

Tuhan memberi negara Jepun ekonomi dan bahasa yang hebat. Tetapi, ramai rakyat Jepun tidak mempunyai agama. Maka, saya fikir kita perlu berdakwah ke sana. Bagaimana , abang Suhail? Boleh, kan? :)

Kita perlu memandang ke hadapan untuk maju. Tetapi, kita perlu juga sentiasa memandang ke bawah supaya kita sentiasa bersyukur.

Kita tidak boleh menafikan sumbangan orang yang bernama Mahathir kepada pembangunan negara kita. Kita waib bersyukur atas apa yang telah dikurnikan kepada negara kita. Sesungguhnya, negara kita ini sangat kecil. Jika kamu semua terlupa betapa kecilnya negara Malaysia ini berbanding negara2 yang lain yang menjadi kuasa besar dunia, lihatlah kembali peta dunia. Negara kita sangat kecil, tetapi kita punya suara di dunia. Suara kecil kita telah diberi perhatian dalam beberapa perkara. Namun, kita tidak boleh sekali2 melihat Tun M itu sebagai manusia sempurna. Namun, kita perlu menghormati dia, sekurang2nya sebagai orang tua. Bukankah menghormati orang tua itu dituntut dalam agama. Jika kita tidak mahu menghormati orang tua semasa kita muda, jangan marahkan sessiapa jika kita tidak dihormati semasa kita tua nanti.

Saya fikir, sekarang, kita perlu fokus. Dan, jangan sekali2 menjalankan satu2 dasar dengan terburu2.

Saya lihat, ada yang tidak kena dengan sistem pembelajaran di sekolah. Saya rasa, kita perlu mewajibkan semua subjek di sekolah rendah itu subjek wajib untuk UPSR. Ya, semua, termasuk pendidikan jasmani dan muzik. Kita semua tahu bahawa semua kanak2 tidak sama. Ada yang boleh cemerlang dalam bahasa. Berilah bahasa apa pun untuk dipelajari, dia akan dapat menguasainya dengan baik. Tapi, ada juga yang cemerlang dengan nombor. Ada juga yang boleh cemerlang dalam semua perkara. Ada juga yang boleh cemerlang, jika setiap petang dia bersukan. Jika dia tidak bersuka, otaknya beku keesokkan harinya, maka dia tidak boleh cemerlang dalam apa pun.

Saya sedikit bijak dalam nombor. Namun, semasa sekolah rendah, saya masih ingat lagi, saya punya seorang guru muzik yang baik. Saya gembira berada dalam kelas muzik, bermain rekorder. Saya boleh membaca not asas. FACE. Dan, saya juga masih ingat not untuk bermain lagu Jingle bell dan Happy Birthday dengan rekorder. Sungguh!. Tapi, saya tidak bagus dalam sukan. Saya hanya bermain catur semasa sekolah rendah. Haha. Saya tidak bermain sukan walaupun sukan rakyat. Saya cuma pandai bermain teng2. Saya tak pandai main getah kerana saya gemuk dan tak pandai melompat. Saya tak pandai bermain cop tiang kerana saya saya tidak suka berebut. Dan, saya juga tidak bijak bermain congkak. Haha. Tapi, saya memang bijak dalam matematik. Dalam seratus ujian matematik, hanya sekali saya tidak mendapat A. Tapi, bukanlah saya terlalu bijak. Di sekolah menengah pun, saya cuma masuk set 2, tidaklah dapat masuk Set 1. Huhu. Dan, saya rasa rugi ila tidak dapat belajar muzik. Perkara pertama yang ibu kata semasa ingin masuk STF ialah "Jangan masuk pancaragam". Saya ikut kata ibu. Saya tahu mendengar muzik yang lagha akan menghitamkam hati. Dan, saya tidak berani sedikit pun untuk menyertai gamelan. Huh.

Saya lihat sistem pembelajaran di sekolah sangat mementingkan A secara tidak seimbang. Bila masyarakat memandang A itu sebagai bijak dan hebat, maka guru2 juga mengejar A. Pelajar disuruh mendapat A. Ada satu kisah dahulu kala, saya dengar para pelajar sekolah cina disuruh menghafal beberapa karangan bahasa melayu yang terbaik, maka akan boleh ditulis semasa peperiksaan. Ya, hafal. Maka, apabila mereka berbuat begitu, dan mendapat A, adakah mereka bijak dan hebat dalam bahasa melayu? Adakah?

Secara peribadi, dapat saya simpulkan, bahawa saya tidaklah bersetuju dengan dasar PPSMI ini. Saya sayangkan bahasa saya. Saya akui bahawa kita perlu mengikut arus zaman, bahawa bahasa inggeris adalah lingua franca kini, maka kita semua perlu menguasainya dengan baik. Dan, saya amat menyokong jika sistem di sekolah kita sekarang dikaji semula. Secara peribadi, saya sangat menyokong jika semua rakyat malaysia diwajibkan mempelajari bahasa melayu, cina, tamil, jawi dan inggeris supaya dapat menonjolkan lagi ciri2 bangsa Malaysia itu. Ini adalah bahasa kita, orang2 di Malaysia.

Sekian. Terima kasih kerana membaca tulisan ini. Maaflah jika caca-marba. Jika tidak habis membaca, bacalah perlahan2. Saya juga tidak suka membaca entri2 yang panjang. Huhu.

Wednesday, March 25, 2009

K*J

Saya nak jugak update malam2 ni. Baru selesai umum keputusan pemuda, wanita dan puteri.

Bencilah.

K*J menang. Bencilah. Bukanlah nak sangat Mukhriz menang. Tapi, bencilah bila K*J menang.

Senget agaknyer org2 memilih dia bila di telah didapati bersalah terlibat rasuah.

Eh, bencilah.

Memanglah tak bagus nak benci2 orang, walhal orang tu mcm tak buat salah directly pun pada kita. Tapi, memang bencilah dia menang. Ucapan dia sekarang ni pun (selepas telah menang), sangatlah berlagak dan merapu.

Bencilah.

Saya memang mula membenci dia selepas saya tahu dia tidak pernah bersekolah di Malaysia. Maka, saya tahu dia tidak pernah baca buku sejarah Malaysia masa kecik2 dulu. Jadi, saya benci. Memang bencilah.

Saya juga benci dia letak nama anak dia panjang2. J*ibreil A*li J*amaluddin A*bu B*akar bin K*hairy. Susah nanti anak dia nak menulis nama sendiri dalam kertas jawapan peperiksaan.

Eh, bencilah.


Tuesday, March 17, 2009

Bahagia

Ini ada satu kisah. Kisah tentang suami isteri.

Si suami sangat bahagia. Dia telah mengahwini seorang perempuan yang cantik. Maka, dia terasa lengkap. Dia sentiasa bahagia menatap wajah isterinya yang cantik dan suka mencantikkan diri diri itu.

Si suami merasa bahagia mendapat isteri yang cantik. Walaupun si isteri tidak terlalu pandai memasak. Si isteri hanya tahu memasak 4 jenis masakan ikan, daging dan ayam. Lauk sayuran, si isteri hanya tahu memasak 2 jenis lauk. Dan, si isteri hanya akan memasak jika terasa mahu memasak. Maka, dalam kebanyakan masa, si suami yang membeli lauk pauk untuk hidangan makan di rumah. Namun, si suami merasa bahagia apabila dapat makan sambil menatap wajah isteri yang cantik.

Si suami merasa bahagia mendapat isteri yang cantik. Si isteri bekerja biasa2 sahaja kerana dia tidak belajar tinggi. Si isteri ingin keluar bekerja kerana merasa sedikit buhsan tinggal di rumah. Si isteri tidak pandai memandu kereta. Si isteri tidak mahu menaiki pengangkutan awam yang busuk baunya. Namun, si suami tetap merasa bahagia, menghantar dan menjemput si isteri di tempat kerja. Dia sungguh bahagia apabila isterinya berada di dalam keretanya, menatap wajah isterinya yang cantik, dan haruman isterinya yang dapat menghiburkan hatinya.

Si suami merasa bahagia mendapat isteri yang cantik. Walaupun, si isteri tidak pandai mengemas rumah. Si suami merasakan sangat senang mengemas rumah untuk isterinya yang cantik. Si suami membasuh pinggan dan membasuh baju. Malah, si suami juga yang menyidai pakaian dan juga melipatnya. Si suami juga sangat gemar menggosok pakaian. Si suami sangat senang untuk menyapu sampah dan mengemop lantai pada hujung minggu. Si suami merasa bahagia membuat kerja sambil menatap wajah isterinya yang cantik itu, berlegar2 dalam rumah. Si suami merasa bahagia memegang tangan isterinya yang lembut, lantaran tidak membuat kerja rumah itu.

Si suami merasa bahagia mendapat isteri yang cantik. Ditakdirkan oleh Tuhan yang Maha Adil, bahawa mereka tidak mendapat zuriat. Apabila si isteri mahu membela anak yatim, supaya dapat menambahkan pahala di samping menyerikan rumah mereka, si suami lantas terus bersetuju. Si suami suka bersetuju dengan isterinya kerana ia akan membuatkan isterinya tersenyum manis dan manja. Ini akan membuatkan si suami bertambah2 bahagia melihat isterinya yang cantik itu.

Maka, si isteri membesarkan anak2 sambil si suami mengemas rumah.

Ia adalah satu pilihan. Merasa bahagia atau tidak merasa bahagia. Dan, ini kisah si suami memilih untuk merasa bahagia hanya dengan mendapat isteri yang cantik.

Si isteri juga memilih untuk menjadi bahagia di atas pilihan suaminya itu.

Sekian.

*hAkCiPtAtErPeLiHaRa*

Saturday, March 14, 2009

143 Day!


Happy 143 Day!

Huhu. Tetibe jumpe metaphase spread macam bentuk love ini. Sungguh gumbira. Menjadikan kerja mencerap kromosom di bilik gelap (yang agak mengantukkan) ini lebih riang.

Bergumbiralah berpada-pada. Bersederhanalah dalam bersedihan.

Hargai apa yang kita ada. Hargai orang yang tersayang.
Kerana, tiada apa yang kekal. Semua akan tiada, walau cepat, walau lambat.


Talk fast. Act quickly.

Sesungguhnya, life is short!


Dan (ingatlah) masa Tuhan himpunkan mereka (pada hari kiamat kelak), dengan keadaan mereka merasai seolah-olah mereka tidak tinggal di dunia melainkan sekadar satu saat sahaja dari siang hari. Mereka akan berkenal-kenalan sesama sendiri. Sesungguhnya rugilah orang-orang yang telah mendustakan hari menemui Allah untuk menerima balasan dan yang tidak mendapat petunjuk (ke jalan mencari untung semasa hidup di dunia) (10:45)

Thursday, March 12, 2009

Kongsi

Hari ini saya mahu berkongsi dua perkara di sini.

PERTAMA : Gambar FISH.


FISH di sini bukan bermaksud ikan. FISH di sini ialah fluorescence in situ hybridization, teknik yang saya gunakan dalam kerja makmal saya. Ya, saya mewarnakan kromosom seperti di atas, dan mencerapnya di mikroskop. Lihat gambar yang ditunjukkan oleh anak panah itu. Chomels, kan? Macam gingerbread man. Hehe. Gambar ini saya cerap pada minggu lepas. Selepas ini saya akan kerap kongsikan gambar2 yang saya kira menarik dalam cerapan saya setiap hari. Gambar di atas sebenarnya agak kurang baik, kerana ia terlalu terkumpul. Gambar metafasa yang baik, kita boleh lihat kromosom itu terlerai satu persatu. Saya akan terangkan dalam gambar yang lain.


Doakan saya semoga tammat dengan cemerlang untuk peringkat sarjana ini. Ameen.

KEDUA: Surah Yunus, Ayat 57.


يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ قَدۡ جَآءَتۡكُم مَّوۡعِظَةٌ۬ مِّن رَّبِّڪُمۡ وَشِفَآءٌ۬ لِّمَا فِى ٱلصُّدُورِ وَهُدً۬ى وَرَحۡمَةٌ۬ لِّلۡمُؤۡمِنِينَ


Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu dan juga menjadi hidayat petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman.


Saya baru selesai membaca surah ini dan terjemahannya semalam. Saya rasa saya sukalah ayat ini. Jadi, saya mahu kongsi dengan kamu semua.


Sekian, selamat hari Khamis.

Tuesday, March 10, 2009

DUA TAHUN SETITIS RASA

Bulan ini juga adalah ulangtahun blog saya yang kedua. Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dikurniakan upaya untuk terus menulis di sini.

Dalam dua tahun ini, pelbagai perkara juga telah berlaku di blog ini. Tak sangka rupa2nya menulis blog juga boleh memberi kesan yang buruk. Ya, saya bercakap mengenai buli siber di sini.

Saya pernah membaca di muka akhbar, kanak2 semuda 8 tahun mahu membunuh diri akibat buli siber. Rakan2 mengutuk2nya di alam maya dan menyebar perkara2 yang tidak sepatutnya. Perkara ni menyebabkan budak itu tertekan lantas mahu membunuh diri.

Gejala ini menakutkan. Ia berlaku generasi budak2 zaman kini yang sangat gemar bersosial melalui ruang maya ini. Saya juga pada mulanya agak ketinggalan memulakan profil di Friendster dan Facebook. Saya tidak berapa gemar kerana kurang rajin untuk memuat naik gambar, lagu etc. Bagi saya, ia cuma satu medium untuk keep in touch dengan kawan2 lama. Dan, bila buli siber ini sudah semakin menjadi2, saya menjadi semakin takut. Lihat sahaja di blog ini, sudah lama saya tidak memuat naik gambar.

Satu lagi perkara yang semakin menjadi2 sekarang ialah plagiat. Baru tadi saya membaca satu blog di mana penulisnya telah menjumpai blognya dan adeknya telah diplagiat bulat2. Baca di sini. Menakutkan. Adakah orang seperti ini adalah orang yang sama yang suka meniru semasa peperiksaan di sekolah?

Pekara plagiat ini telah diberitahu oleh rakan saya beberapa bulan yang lalu. Saya fikir, tidaklah perlu saya risaukan kerana tulisan saya di sini bukanlah bagus sangat untuk diplagiat. Tetapi, saya terfikir kembali, perkara ini bukanlah kerana best atau tak best, perkara ini adalah disebabkan orang2 yang suka meniru. Silalah, jangan buat begitu.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada para pengunjung, pembaca dan pemberi komen di sini selama ini. Kepada manusia yang masih suka membuat onar itu, sudah2lah. Perangai itu hanyalah terlalu mengambarkan hati awak.

Selamat ulangtahun, BlogKu. Semoga saya dipermudahkan Tuhan untuk terus menulis di sini.

Sekian.

Thursday, March 05, 2009

Hari Jadi Emak

Hari ini hari jadi emak saya yang ke 57. Ya, semalam hari jadi abah saya, hari ini pula hari jadi emak saya. :)

Seperti abah, saya bersyukur kepada Tuhan kerana telah memberikan emak kesihatan yang baik. Berbanding ayah, emak kurang takut untuk berjumpa doktor. Sekarang pun, emak telah memulakan pemeriksaan berkala untuk warga emas di pusat kesihatan berdekatan rumah kami. Hari ini genaplah setahun emak pencen dari tugasnya sebagai guru besar.

Dan, hari ini saya menulis sedikit tentang emak saya pula sempena hari jadinya.

1. Emak saya menjadi guru pemulihan, seingat saya, sejak saya kecil lagi. Ketika itu emak mengajar di Sekolah Kebangsaan Simpang Bekoh. Menjadi guru pemulihan, emak mengajar kanak2 yang sedikit lambat untuk mahir 3M berbanding murid lain. Oleh itu, emak mempunyai biliknya sendiri, iaitu bilik kelas pemulihan. Emak akan mengajar murid2 ini membaca, menulis dan mengira. Murid2 ini bermula dari murid darjah 3 hingga darjah 6 yang belum lagi menguasai kemahiran 3M ini. Satu perkara yang melucukan ialah, perkara pertama sekali yang emak saya akan buat kepada murid2 ini di hari pertama mereka memasuki kelas pemulihan ialah memeriksa telinga mereka. Hehe. Jika penuh dengan tahi telinga, emak akan membersihkannya. Yalah, mana boleh nak belajar dengan baik jika kurang dengar, kan? Ada juga murid yang emak rujuk kepada doktor kerana masalah tahi telinga mereka. Ya, pelik sedikit tetapi benar. Hehe.

2. Emak menjadi guru besar bermula di satu sekolah kampung. Muridnya juga sedikit. Adek saya yang kembar sempat juga merasa bersekolah sebagai anak guru besar. Ketika itu, mereka berada dalam darjah enam. Saya tidak sempat merasa, saya sudah masuk sekolah menengah ketika itu. Musti adek saya tidak disukai murid lain, kan? Hehe. Anak guru besar, mustilah berlagak. Haha.

Erm, saya tidak berniat bercherita tentang perkara lain melainkan kerjaya ibu saya. Sebenarnya, emak saya ini adalah jenis workaholic, sama seperti pakngah, pakitam dan maksu saya. Mereka semua ini, kerja siang dan malam, sangat kuat bekerja. Emak saya pergi sekolah setiap hari termasuk cuti hujung minggu. Jika musim memeriksa dan mengecop buku semua murid, dia akan pergi ke sekolah pada malam hari juga. Naseb baiklah abah saya sudah pencen ketika itu, bolehlah dia meneman emak ke sekolah pada waktu malam.

Sekarang, emak sudah pencen. Emak bersama abah menguruskan kebun2 milik keluarga, di samping ke kelas2 agama dan kelas memasak. Hehe.

Sekian untuk kali ini. Selamat hari jadi, Emak.

Wednesday, March 04, 2009

Hari Jadi Abah

Hari ini hari jadi abah yang ke 63 tahun. Selepas pencen, abah duduk di rumah di samping mengerjakan kebun iaitu dusun buah2an dan kebun kelapa sawit, bersama emak. Alhamdulillah, saya bersyukur abah diberi kesihatan yang baik. Setakat ini, abah tiada lagi penyakit yang serius.

Ini adalah entri pertama yang saya tulis tentang abah saya. Mari lihat apa yang boleh saya tulis tentang abah saya ini untuk kali ini;

1. Abah saya boleh bercakap semua dialek negeri di Malaysia ini dengan baik dan fasih. Itu sangatlah memberi kelebihan jika ingin membeli belah jika kami pergi ke nageri2 yang lain ini. Semasa saya belajar di kuantan, abah telah menyamar sebagai orang terengganu ketika menaiki teksi, supaya tidak dicaj sebagai "orang luar" (drebar teksi orang kelantan). Abah juga telah dapat bercakap loghat Perak yang pekat sehingga kawan saya yang berasal dari kuala kangsar menjadi sangat kagum. Ada seorang makcik di kampung saya mengatakan abah telah berkahwin dengan orang negeri sembilan sebab loghat negeri sembilan yang dituturkan sangat fluent.

2. Abah juga mahir bercakap bahasa jawa kerana nanny abah semasa kecil adalah orang jawa.

3. Abah menjadi polis pada usia yang muda. Abah pernah berkhidmat di Balai Polis Cameron Highlands pada awal pembukaannya. Ketika itu, kawasan ini masih kurang penghuni. And i guess, di sinilah abah memantapkan bahasa inggerisnya, bersama komuniti "mat salleh" yang berada di sana ketika itu.

Saya telah menulis tiga perkara tentang abah dan semuanya tentang bahasa, Ya, saya sangat kagum dengan kebolehan abah ini, kerana saya hanya tahu dua bahasa iaitu melayu dan inggeris. Saya juga gagal menguasai mana2 loghat negeri walaupun saya pernah berusaha. Haha. Loghat2 bahasa abah sangat bagus sehingga abah boleh tahu loghat daerah. Dan, ia adalah sangat fluent. Ini adalah antara kebolehan yang telah diberikan oleh Tuhan kepada abah.

Jika kamu mahu test penguasaan bahasa ayah saya, bila ada kesempatan berjumpa nanti, bercakaplah dengan dia loghat negeri apa pun. Kebarangkalian abah tidak tahu adalah sangat rendah.

Itu sahaja untuk kali ini. Selamat hari jadi, Abah.

Sekian.

p/s: maaflah, tiada kesempatan mencari gambar saya bersama abah, yang terdapat dalam folder yang telah terlalu banyak.

Sunday, March 01, 2009

Satu Kisah Picisan

Muncul apabila hati mengharap,
Tapi, rupa2nya,
kata bersulam dusta.

Kemudian,
kata2 bersulam benci.
Pelik. Sungguh.

Dan, kemudian lagi.
Hilang. Lama.

Harapan,
yang patah tumbuh.
Namun,
yang hilang pula kembali.

Saya tidak pernah putus harapan.
Supaya dia terus2an hilang
untuk diganti.
Walaupun,
tidak pernah saya berduka,
jika dia hadir
walaupun
hanya sesaat.

Saya sendiri sudah pergi,
supaya dia jauh.
Saya sendiri sudah berlari,
berlawanan arah.
(Dia juga berlari. Dia sangat suka berlari.)

"Saya gembira kamu gembira."
Bagaimana boleh kamu berkata begitu?
Apa motif kamu?

Saya sentiasa menanti detik waktu itu.

Ini kisah
perempuan dan harapan.

*c107*ktsn1*01032009*04031430*1345*
HaKcIpTa TeRpElIhArA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...