Thursday, July 29, 2010

ya.benar.terlalu

Saya mahu tulis kali ini, hanya kerana saya mahu menulis.

Mudah benar saya suka seseorang hanya selepas dia memberi tiga perkataan itu. ya.benar.terlalu. Haha.

Saya pernah suka satu orang lepas dia balas " langit biru, aku terharu". Ya, cerita lama. Sejarah lama. Tapi, sukalah. Waktu itu. :p

Kali ini, saya sangat tersenyum selepas tiga perkataan itu, "Ya. Benar. Terlalu."

Bukan angau. Tapi, benci diri sendiri. Haha. Ya. Benar. Terlalu.

On the other notes, Miss Ah Li* perasan saya terlalu banyak sebut satu perkataan ini, lately. Maka, word of the month, ialah, huru-hara. :p

Dan, hari ini saya telah jumpa satu kes satu dalam seriboo. Which is agak menakutkan. Plus kasihan. Tapi, esoklah saya cerita, k.

Huru-hara. Ya. Benar. Terlalu. Terlalu huru-hara.

:p

*bukan nama sebenar

Tuesday, July 27, 2010

Rumah Sewa

Entah mengapa sukar pula saya mahu mencari rumah/ bilik untuk disewa.

Saya baru pulang daripada melihat dua buah rumah untuk disewa di sekitar Bangi. Kedua-duanya pun tidak berkenan di hati saya. Bukanlah saya mahu yang mewah2, tapi cukuplah tenang dan dekat dengan masjid.

Selama ini saya tidak pernah mencari rumah untuk disewa. Itu sebab saya tidak bijak mencari. Walaupun tempat sekarang seperti rumah sewa, tapi hakikatnya ia tetap hostel UKM. Lengkap dengan perabot; katil, almari dan meja belajar. Ya, sebenarnya, itu sahaja yang saya perlukan. Katil dan almari.

Bulan lalu, sebuah rumah berhampiran dengan bangunan yang saya duduki sekarang ini diruntuhkan. Terkejut benar saya. Saya dapat tahu beberapa bulan lalu, bahawa rumah iu sarang penagih dadah. Memang ada dua tgia kejadian polis datang ke rumah itu, mahu tangkap penjenayah. Tetapi, tidaklah sampai perlu diruntuhkan. Rumah itu agak besar sebenarnya. Satu persatu bahagian rumah itu diruntuh. Pilu pula saya melihatnya. Tidakkah orang2 yang "menanggalkan" rumah itu berfikir bahawa, ada yang membina rumah itu dengan dua tangan mereka? Entahlah, saya memang agak beremosi, melihat kejadian itu dari jendela tingkat 9 di bilik saya.

Kepenatan mencari rumah hari ini menyebabkan saya terlalu rindu bilik felo saya. Rumah dengan sebuah bilik besar, katil besar dan almari besar. Huh! Mana saya boleh jumpa sebegitu di luar?

Semoga Allah permudahkan segala urusan saya dan kamu2 semua. Ameen.

p/s: hubungilah saya jika ada apa2 maklumat.

Saturday, July 24, 2010

240710

Sangat sudah lama rupa2nya tidak menulis. Tapi, disebabkan ada orang sudah tulis di hujung sana, maka here is some updates. Haha. Perlulah dihargai setiap pembaca walaupun seorang.

Bukan tidak mahu menulis, tapi membuka blog pun tak sempat. Perlu buka dan reply email yang penting. Ya, memang banyak aktiviti telah dihadiri. Tapi, gambar semua perlu diedit. Ada juga yang belum dapat. Maka, owh, mana boleh tulis entri aktiviti tanpa ada gambar, kan? 

Bercakap tentang aktiviti, kawan2 di opis adalah sangat pelik mengapa saya sentiasa ada kenduri kendara setiap minggu. Memang poooon. Haha. Awal bulan lalu, hari jadi Pakitam. Kemudian, sepupu sebelah abah kawen. Last week, kawan masa undergrad kawen, naseb kat Bangi jer. Dan, esok kakak kat lab lama buat kenduri pindah rumah, which is i must go. 

Itupun saya tak sempat lagi menjengah dua orang sepupu saya yang telah menyambut kelahiran anak sulung mereka. Sempat wish congrats jer. Huh! How i miss masa2 tidak bekerja. Sekali lagi, congrats kepada kak Intan dan kak Juwita.

Some updates you can read at my sisters' blog. Apparently, mereka semua hadir dalam kesemua aktiviti yang saya hadiri bulan ini, termasuk telematch yang diadakan bersempena general meeting opis saya. Haha. Yes, i brought two imported players to tiup tepung, sebab saya adalah tidak suka main tiup tepung. Hehe. 

Sudah dua kali saya hadir general meeting. Saya sangat rindu meeting dengan Dr. Ramli. Walaupun dia cakap perlahan, tapi saya suka. Huhu. Bukanlah saya tidak suka bos sekarang cakap, tapi.... :p Saya tak keysah pun meeting sampai jam 1 pagi dulu2. Adalah sangat berfoya2 chatting dalam buku with othe JAKSA or felos. Dalam GM, sume pun taknak chatting dengan saya. Semua adalah gigih bermesyuarat. :p

Owh, berkenaan entri sebelum ini, LCY kata saya ada salah tulis. Dia pernah dengar perkataan "gigih" itu, tapi jarang2 menggunakannya. And, FYI, hari ni LCY menyabut hari graduasi. Congrats LCY on ur convocation day!

Ok, saya dah updates. Hehe. Terima kasihlah saudara/i  kerana sudi menjenguk ke blog saya yang semakin warna-warni ini. Saya kena keje rajin2, maka saya akan dapat beli smartphone. Maka, saya boleh updates blog bila-bila dan di mana2 sahaja, waima dalam traffic jam. Huhu.

Nanti saya tulis lagi. Adios!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...