Sunday, December 27, 2009

Krismas 2009

Cuti panjang lagi, kan? Penat tak cuti? Huhu.

Cuti Krismas saya kali ini agak eventful. Hari Sabtu, pagi2 lagi saya sudah ke rumah adek. Seluruh keluarga sudah berada di sana. Malam, saya sekeluarga telah menghantar seorang adek saya ke KLIA. Dia ke Perancis, buat attachment berkaitan dengan thesis Sarjananya. Di KLIA, kami terserempak pula dengan Pak Ngah. Dia belanja kami makan. Yeay! Kami sampai rumah jam 1 pagi.

Keesokkannya, keluarga saya telah decide untuk ikut saya ke majlis perkahwinan kawan saya yang seorang ini, Anif di Ipoh. Kami bergerak pagi. Tahniah untuk Anif. Sedap sungguh hidangan yang disediakan. Rakan2 yang lain tiba lewat, jam 3. Sampai sahaja mereka, saya beransur pulang. Sempat juga kami ke Kem Ulu Kinta. Saya dah sampai sebelum ini, semasa trip kami ke Ipoh last year. Tapi, 2 orang adek saya belum sampai ke tempat tinggal abah satu ketika ini.

Dalam perjalanan pulang, kami singgah ke Masjid Sultan Zainal Abidin, atau lebih dikenali sebagai Masjid Besi di Putrajaya. Saya memang telah terdengar2 tentang keindahan dan kehebatan masjid ini. Tapi, saya kurang gembira kerana ia kurang menepati jangkaan saya. Cuma, saya puji kerana ia mempunyai dua tingkat tempat letak kereta. Memang chanteks, tetapi flow untuk ketibaan, tempat ambil air sembahyang dan ruang solat wanita agak tidak best. Huhu. Ruang atas yang sepatutnya untuk wanita tidak berpermaidani lagi. Tapi, masjid memang chanteklah.

Kami tiba di rumah agak lewat dan terus tidur kepenatan. Saya dan emak bangun sahur untuk puasa 10 Muharram hari ini.

Selamat Menyambut Krismas. Dan Selamat Hari Assyura. :)

Sekian.

Wednesday, December 23, 2009

Rindu


Saya merasa rindu. Saya fikir saya rindukan seseorang. Puas saya guling2. Haha.

Tapi, hari ini, bila saya buka kembali koleksi gambar2 chumil kromosom saya, saya tahu saya merindui kromosom yang amat sangat. Tengoklah gambar di atas itu. The signal adalah sangat2 chanteks. And the DAPI juga. Owh. Saya memang dah lama tak ke makmal, tidak juga ke HKL. Saya duduk membaca2 sahaja di bilik. But, lately saya baca artikel tentang aCGH. Kurang gambar kromosom yang chanteks. Juga baca tentang kerencatan akal. Gambar kanak2 sahaja yang ada.

I really miss it. Esok akan ke makmal walau apa pun yang terjadi. Hehe.

Mahu letak gambar banyak2lah. Kalu pandai tekalah kromosom nombor berapa. Hehe. Kalu betul, saya boleh bagi hadiah. Ya, semua kromosom manusia. :) Owh, hakcipta terpelihara, k. Sila beri kredit jika mahu merompaks.


*hugging*

*sulking*

*kissing*

*ronggeng*


Tuesday, December 22, 2009

Bermula Serupa

Mereka bermula serupa.

seorang menteri mengangkat sumpah
seorang pembunuh dihukum mati
seorang atlit menang piala.

Mereka juga bermula sama dengan yang lain.

seorang saintis mencipta nama
seorang jurutera ditangkap khalwat
seorang peguam kalah bicara.

Permulaannya tetap sama.

seorang pengemis di jalanan
seorang pelakon kacak bergaya
seorang bomoh menipu mangsa.

Semuanya bermula sebagai
a
helpless,
tiny,
little baby,
crying.

Babies.
Cries.
Survived.

Die.
The End.

Friday, December 18, 2009

Maal Hijrah 1431

Baca doa di mana semalam?

Saya, pada mulanya, berkira2 mahu ke masjid. Yalah, masjid itu, sepelaung sahaja dari rumah saya. Tapi, saya telah terpengaruh dengan langit yang keruh. Jadi, saya membaca doa di rumah sahaja.

Jam 6 sudah nonton bola. Hebat betul liputan, sampai dua stesen menyiarkannya. Semasa bola berhenti rehat, saya tukar channel. TV1 menyiarkan siaran lansung sambutan Maal Hijrah. Masa tu tengah ada forum. Kemudian, sama2 mengaminkan doa awal dan akhir tahun yang dibaca. Dan, saya pun berbuka puasa dengan Fettuccine Chicken Carbonara. Sedap. :)

Menonton bola itu sangat ngeri. Dan, akhirnya sejarah tercipta. Kemarau diakhiri. Yang kacak, bertambah kacak. Yang gagah, bertambah gagah. Haha. Silap pihak lawan juga, sebab tak tukarkan keeper. Keeper pun kan, dah saket2 bahu, apsal nak main jugaks. Kan dah tak boleh nak sambut bola. Hehe. Lain tahun jumpa lagi.

Jam 8.30, sambung tengok lelaki kacak. Tengok citer Boys over Flowers itu buat saya mahu kalerkan rambut warna gold. Lalala.

Ketika saya asyik baca buku, helikopter datang menyuluh. Sekali pusing. Dua kali pusing. Tiga kali pusing. Saya jadi musykil. Sepuluh kali pusing. Saya jadi marah. Bising tau. Saya rasa mereka berhenti selepas 16 kali pusing. Entah. Saya hilang kiraan sudah.

Selamat berhijrah. Selamat bercuti. Selamat makan kenduri.:)

Sekian.

Thursday, December 17, 2009

17122009

Tiba2 nak tulis pasal politik. Sebab, saya baru baca beberapa artikel. Saya tahu semua pun dah jelak. Tak sokong mana2 dah. Saya pun begitu. Tapi, kejap.

Masa PakLah jadi PM, dia terus buat pilihanraya pertama. Dia menang besar, kan? PakLah menang besar. Kemenangan itu ada kene mengena tak dengan Tun M? Ada ker? Seperti, kerana Tun M, PakLah menang. Atau, Tun M telah melantik PakLah, lantas menang. Begitukah?

Kemudian PakLah pun bekerja untuk rakyat. Dan bekerja dan bekerja lagi.

Kemudian dia buat pilihanraya lagi. Dan kalah. Kalah besar. PakLah kalah besar. Tiba2, apsal ada yang nak cakap, semua kejatuhan bermula dari zaman Tun M. Tun M jugaklah yang melantik PakLah, sehingga jadi begini.

Kalu semua kejatuhan (besar) bermula dari zaman Tun M, kenapa ada episod kemenangan besar di zaman PakLah?

Saya memang tak suka betol keputusan2 flip-flop, pada zaman PakLah, terutama sekali tentang jambatan bengkok itu.

Dan, marah betul bila masih ada keputusan begitu pada era pascaPakLah ini. Mula2, boleh ambil 10 subjek (SPM) sahaja. Tiba2, boleh ambil 12 pulaks. Tuan menteri, tidak buat kajiankah sebelum membuat keputusan? Ikut mimpikah bila mahu buat keputusan? Jika ikut mimpi, sila tidur dengan lebih lama. Sila, ya.

Cara2 membuat kajian/ eksperimen: Tajuk. Objektif. Alatan/Bahan. Kaedah. Keputusan. Perbincangan. Kesimpulan. Rujukan.

Sekian.

Wednesday, December 16, 2009

Ucap Selamat Besday

Hari ini hari jadi Kid. Kid muda setahun dari saya. Semalam hari jadi Ema. Ema sebaya dengan saya. Saya telah mengucapkan ucapan selamat untuk mereka. Kepada Ema, melalui FB. Kepada Kid, melalui SMS. Kedua2nya diucapkan sekitar jam 9 pagi.

Kanan: Ema. Kiri: Kid. Selamat kepada kamu berdua! Tarikh: Besday Amiran 2008. Lokasi: Opis KAB. Atas Pinggan: Pasta huruf2!

Dulu, masa masih muda remaja, wish ucap selamat dilakukan seawal mungkin. Jika ada rakan menyambutnya, tunggulah sehingga jam 12. Wish di tengah malam adalah untuk menyatakan bahawa kita menghargai persahabatan. Kononnya.

Sekarang, di telefon bimbit sudah ada reminder. Jadi, tidaklah takut sangat jika terlupa. Mahu atau tidak mahu saja untuk mengucap selamat. Haha.

Tapi, saya sudah tidak mengucap selamat pada jam tengah malam lagi, walaupun kadangkala reminder di telefon bimbit berbunyi. Ini kerana, telah berlaku beberapa peristiwa yang tidak bagus. Menjadi orang pertama mengucap selamat, ketika orang itu menunggu2 orang2 tersayang mereka menjadi orang yang paling pertama itu. Saya bukan kecik ati. Tapi, saya tidak mahu menjadikan orang itu sedih, kerana saya menjadi orang pertama. Dan, untuk orang tersayang saya juga, untuk tahun ini, saya hanya ucap selamat jam 12 tengah hari. Huhu.

Tapi, masih ada satu orang yang saya ucap selamat jam 12.01 tengah malam. Ya, kepada pengetua kacak. Haha. :P

Ucap selamat adalah tanda ingatan. Tapi, jika tidak dapat ucap, tidak bermakna hilang ingatan. :)

Sekian.

p/s: maaflah atie, aku tahu entri ini juga bukan a good choice. esok pilih topik lain pulaks, k.

Tuesday, December 15, 2009

Implanon

Tiba2 nak tulis tentang perkara ini. Sebab, Yus kawan saya telefon bertanyakan hal ini di LPPKN. Jadi, semalam saya telah ke Klinik Nur Sejahtera, LPPKN.

Saya pernah buat assignment tentang kaedah menghalang kehamilan. Jadi, saya tahu serba ringkas tentang kaedah ini. Implanon adalah sejenis plastik berbentuk rod saiz sebesar mancis, yang akan ditanam di kawasan lengan atas. Alat ini dapat menghalang kehamilan dalam tempoh 3 tahun, dengan ketepatan hampir 100%.

Saya dengar jika di klinik/ hospital swasta, harga untuk Implanon ini adalah antara RM600 hingga RM1000. Di LPPKN, harganya adalah RM320. Sila hubungi 03 2693 7555 samb 3002 untuk maklumat lanjut. Jika mahu menanam Implanon ini, sila telefon pada hari pertama kedatangan haid. Temujanji akan dibuat dalam 5 hari berikutnya.

Saya menulis supaya saya tidak lupa, jika ada rakan2 lain yang bertanya. Owh, rakan2 juga boleh menghubungi nombor di atas untuk bertanyakan tentang kaedah merancang kehamilan yang lain. Klinik Nur Sejahtera ini sangat cantik dan berada di aras bawah (ground floor) sahaja. Tidak perlu naik lif pun. Klinik ini sangat chanteks. Berhadapan dengan klinik ini, terdapat Pusat Sumber Nur, di mana saya selalu singgah kerana terdapat semua majalah perempuan dan keluarga. Ya, semua. Melayu dan Inggeris. Just named it. Owh, jangan takut nak masuk, sebab ia terlalu chanteks sangat. Hehe. Daftar saja dekat kaunter. Ada PC berinternet juga untuk digunakan. Dan, ia percuma!

Sekian.

p/s: Atie, sorilah kalu entri ini tidak berapa entertaining bagi kau. Hehe. Nanti aku tulis entri lain, k.

Friday, December 11, 2009

Lelaki yang Baik Itu

Wiken menjelma lagi. Melalui wiken2 terakhir dalam tahun ini, banyak betul majlis kenduri-kendara di sana sini. Majlis kenduri yang gumbira pastinya majlis tunang juga majlis nikah.

Beberapa hari sebelum melalui wiken hari ni, kawan saya telah menelefon memberitahu satu khabar. Satu orang Lelaki yang Baik akan bertunang pada wiken ini. Owh. Tiba2 keciwa. Haha.

Saya masih ingat lagi, perkara sama berlaku beberapa tahun yang lalu. Wataknya juga sama. Saya. Satu orang kawan saya ini. Satu orang Lelaki yang Baik itu. Berita pada malam beberapa tahun yang lalu itu ialah, satu orang perempuan lain sudah berjaya menambat hati Lelaki yang Baik itu. Haha. Saya dan kawan saya yang seorang ini telah merasa keciwa setelah berita itu disahkan. "Cuba je kau pegi ngorat dia. Like, cuba je. Kan memang dah ada spark." "Tapi, aku ada ***". Haha. Ya, pada waktu itu.

Dan, hari terus berlalu. Kawan saya dan *** telah putus tunang hujung dua tahun lalu.

Tahun ini, kawan saya itu telah dapat berkawan dengan Lelaki yang Baik itu. Mereka selalu juga keluar makan bersama. Dan, tiba2 malam kelmarin, berita mahu bertunang itu, Lelaki yang Baik itu sendiri yang beritahu. Sekali lagi, rasa keciwa itu hadir. Haha. Walaupun, kawan saya yang seorang ini telah punya boyfren baru, tapi..............

Ya, Lelaki yang Baik itu bukan sahaja baik, juga kacak, juga bijak.

Kalaulah, kawan saya yang seorang ini telah berani membuat keputusan di luar dugaan beberapa tahun yang lalu itu. Lantas menyatakan isi hatinya dengan sebenar. Haha. Tidaklah kekeciwaan ini akan hadir untuk kali kedua. Tidaklah saya mendengar kekeciwaan itu berulang.

Kekeciwaan kerana gagal mencuba ini lain benar rasanya. Keciwa selepas berani mencuba, sekurang2nya kita tahu bagaimana cabarannya. Sekurang2nya, kita tahu kita berani.

Saya ucapkan selamat berwiken kepada kamu semua. Semoga semua kenduri-kendara selamat dan berjalan lancar.

Kepada kawan saya yang seorang itu, sila fokus, ya. Kepada Lelaki yang Baik itu, selamat bertunang.

Sekian.

Sunday, December 06, 2009

Monsun Timur Laut

Saya masih ingat lagi, kecik2, masa di sekolah dulu2, che'gu ajar, monsun timur laut akan melanda pada bulan Oktober hingga Mac. Kami hafal TLOM; Timur Laut Oktober Mac. Che'gu kata, disebabkan tiada yang menghalang (pantai barat dihalang oleh banjaran Titiwangsa), kawasan timur laut semenanjung Malaysia akan dilanda angin monsun ini, lalu mendapat hujan yang banyak, dan hujan turun sehingga banjir.

Saya masih ingat lagi, kecik2 dulu, kawasan pantai timur akan hujan. pada waktu cuti sekolah hujung tahun. Jika mereka mahu buat kenduri kawen, mereka tidak akan buat ketika hujung tahun. Ia memang dalam ingatan mereka. Tapi, penduduk pantai barat, tiada masalah.

Saya masih ingat lagi, pertama kali saya merasai "kesejukan" angin monsun timur laut ini. Ketika itu, zaman matrikulasi saya, di Kuantan. Daerah yang berada di negeri Pahang ini, memang terkena tempias monsun ini. Pertama kali saya merasa, hujan dari pagi hingga ke petang, tidak mahu berhenti. Sepanjang hidup saya selama 18 tahun di Johor, tidak pernah saya alami begitu. Sampai saya perlu menelefon polis, untuk mengetahui keadaan banjir di kawasan tempat saya belajar, sebelum saya pulang memulakan semester baru.

Ketika itu, baru saya sedar nikmat cahaya terik matahari. Bangun pagi dengan harapan bahawa matahari akan menemani saya. Hujan akan berhenti waktu tengah hari. Dan, waktu itulah, saya pernah menghantar mesej kepada seseorang berbunyi; "Langit keruh, aku terpengaruh" yang hanya dibalas bila matahari muncul dengan mesej yang berbunyi, "Langit biru, aku terharu". Ya, mesej itu telah membuatkan hati saya berbunga2 sekurang2nya selama seminggu. Huhu.

Tapi, sejak dua menjak ini, perkara2 di atas telah berubah-rubah.

Kawasan utara semenanjung juga dilanda banjir. Dan, banjir di Johor tahun 2006-2007 telah mendapat liputan meluas. Orang2 di kawasan pantai barat ini, tidak pernah terfikir untuk mengelak mengadakan majlis kawen pada hujung tahun, akhirnya bersanding dalam air, mengangkat kain dan seluar tinggi2 (sampai masuk suratkhabar muka depan). Orang2 di Johor telah merasai hujan sepanjang dua hari tanpa henti sebelum banjir di beberapa kawasan berlaku.

Tahun ini, banjir di kawasan pantai Timur telah masuk gelombang ketiga. Di Johor, persiapan juga sedang dilakukan terutama kawasan Timur.

Di ibu kota ini, langit turut keruh. Sejuk. Tapi, di sini ada SMART. Ibu kota dilarang banjir. Rakyat akan merusuh.

Sekian.

Thursday, December 03, 2009

Delivery Service

Saya musykil untuk menterjemah dalam bahasa melayu. Adakah "perkhidmatan penghantaran"? Terlalu panjang, saya kira.

Saya telah melakukan pesanan set makan tengah hari di Hale's Kitchen, restoran di aras bawah, apartment rumah saya ini. Ia telah menandakan satu lagi detik kemalasan saya. Haha.

Set makan tengah hari biasanya berlauk ayam. RM4.50. Bagi saya, ia agak mahal. Saya selalu makan RM3.50, dibeli di kafe LPPKN. Tapi, setelah beberapa kali saya membeli makanan di sekitar rumah saya ini, harganyanya sekitar RM4.50 hingga RM5.50. Jadi, makanan di Hale's Kitchen ini dikira standard di kawasan kampung baru ini. Yang penting, ia sedap dan memenuhi citarasa saya.

Hidangan semalam, Nasi Hujan Panas, ayam masak kicap dan acar timun. Hari ini, Nasi beriyani, ayam masak kurmak dan acar. Ya, RM4.50! Tapi, kena cepat sebab ia hanya disediakan 50 hingga 60 set setiap hari.

Oleh itu, saya rasa saya adalah akan selalu memesan set makanan tengah hari ini. Servis penghantarannya juga agak cekap. Tidak sampai setengah jam selepas menelefon, tiga set makanan yang saya dan kawan2 pesan, sudah sampai di depan pintu.

Owh, saya sudah jarang2 perlu keluar, kerana telah mula menulis thesis. Doakan agar kemalasan bergerak ini akan merajinkan saya untuk menulis dengan baik. Haha.

Sekian.

*malas nak amek gamba. ada hp jer. kamera kat adek lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...