Semoga Tuhan akan terus merahmati saat2 kehidupan saya meniti TUA itu. AMEEN.
Monday, March 31, 2008
U.B.A.N
Semoga Tuhan akan terus merahmati saat2 kehidupan saya meniti TUA itu. AMEEN.
Thursday, March 27, 2008
CORPUS

Owh. Satu lagi tempat yang saya mesti pergi. Owh. Betapa ada manusia ingin memberitahu betapa kesihatan itu sangat priceless. Owh. Saya sangat kagum dengan pembinaan struktur zaman moden ini. Owh. Wahai angin, terbangkanlah daku ke sana. Owh.

Ya, CORPUS, journey through the human body; bangunan yang dibina untuk memberi pengetahuan yang mendalam kepada sistem tubuh manusia. Yang sangat2 menarik. Ciptaan Tuhan yang sangat2 indah. Masih banyak juga ilmu tubuh manusia ini yang belum terungkai. Dan, manusia terus2an mencari dan mengkaji dan menyelidiki. Dan.
On the other notes (yang mengada2, sangat!), saya hanya tidak boleh lari dari merasa kebetulan yang amat sangat apabila CORPUS ini diterangkan sebagai "terletak di sepanjang lebuh raya A44 di antara Amsterdam dan The Hague". Ya, The Hague itu sangat dekat dengan ilmu perundangan. Maka, bagaimana saya boleh tidak memikirkan si dia dengan melihat perkataan The Hague itu?
Wednesday, March 26, 2008
Berkasih
Ada satu orang lelaki dan satu orang perempuan, berkasih-kasihan. Mereka daripada fakulti yang sama. Mengambil bbrp matapelajaran yang sama. Belajar bersama, bermain bersama. Diceritakan, ada satu subjek itu, si lelaki lebih pandai daripada si perempuan. Si perempuan agak gundah gulana, bagaimana dia akan menduduki exam utk subjek tersebut. Dia bimbang akan gagal.
Maka, setelah berbincang dgn teman berkasihnya yang seorang itu, si lelaki punya satu akal. Mereka akan menduduki exam tersebut spt biasa. Ttp, si lelaki akan menjawab utk buah hatinya, menulis no. matrix buah hatinya. Dan, si perempuan akan menulis no. matrix si lelaki itu. Si lelaki mengakalkan, biarlah dia dianggap gagal subjek itu semester ini, next semester dia akan menjawab exam itu sendiri, and can still get a good grade. Sungguh mendalam rasa kasihnya kepada buah hatinya itu.
Tetapi, Tuhan Maha Kaya. Si lelaki terlupa utk menulis no. matrix kekasihnya itu. Hanya sejurus sblm kertas dikutip, baru dia tersedar dan terus menukar, menulis no matrik buah hatinya itu. Tetapi, ada bbrp kertas jawapan yang masih tertulis no. matrixnya. Kertas2 jawapan yang mengandungi 2 no. matrix yg berlainan itu telah mewujudkan keraguan kpd pemeriksa. Akhirnya, mereka berdua dipanggil memberi keterangan. Dan, mereka berdua telah diGAGALkan.
Berkasih tidak salah. Rasa dikasihi dan mengasihi itu mmg sgt indah. Dan, berkasih juga mampu mengeluarkan hormon yang dapat membantu cemerlang dalam pelajaran.
Tetapi, menipu itu adalah sangat salah.
Itulah cerita orang berkasih. SEKIAN.
Monday, March 24, 2008
Setahun Setitis Rasa
Wiken yang lalu sudah 2000 kali Setitis Rasa saya ini dijengah. Saya rasa gumbira. :)
Blog ini juga telah menerima banyak komen2. Saya juga rasa gumbira atas perkara ini. Ada juga di antara komen2 yang diterima ini, saya labelkan sebagai priceless. Tuhan saja yang tahu gumbiranya hati saya mendapat komen2 itu. Ngee...
Dari hari ke sehari, saya semakin rasa sangat kasihkan blog ini. Seringkali saya menanti kawan2 singgah ke sini dan menerbitkan perasaan mereka. Pernah sehari tiada talian internet di bilik, saya telah menggunakan GPRS handphone saya untuk surfing Setitis Rasa ini. Owh...
Maka, saya harap, janganlah ada yang suruh saya padam, mana2 entri pun dalam Setitis Rasa ini. Jika ada kata2 yang menyinggung rasa mana2 pihak, saya mintak maaf banyak2. Janji, tak buat lagi. Saya rasa amat sedih untuk memadam mana2 entri mahu pun komen Setitis Rasa. Saya benar2 tidak dapat melakukannya.
Terima kasih kepada semua yang sudi membaca. Terima kasih kepada semua yang sudi berkongsi rasa. Terima kasih. Sangat sayang kamu semua. Sungguh!
Friday, March 21, 2008
21032008
Sampai pagi tadi, sebelum ke lab, talian internet di bilik belum pulih. Hanya YM sahaja yang boleh. Konpius btol.
Sekarang, hari sudah petang, dan saya masih di makmal. Perlu ke Sogo, kerana belum membeli makanan. Kantin di makmal tutup, kerana, dikhabarkan, bos kantin itu bercuti utk berkahwin lagi, setelah isterinya yang pertama itu diceraikan. APAKAH? Saya agak konpius mendengar perkhabaran itu. *sigh*
Esok, cuti lagi. Apakah akan berlaku dgn kehidupan saya di bilik esok tanpa talian internet? Saya amat dukacita bila memikirkannya.
Kromosom saya hari ini tidak memihak pada saya. Gambar di bawah cahaya DAPI, sgt mengecewakan. Saya tidak tahu mengapa. Selalunya, DAPI yang paling senang dan cantik utk di capture. Tapi, hari ini, DAPI seakan merajuk dgn saya. Ia buat saya penin kepala sebelah.
Saya rasa astigmatisme mata saya semakin menjadi2. Saya rasa saya perlu ke kedai cermin mata, memeriksa mata dan memakai cermin mata. Owh, it is not a good perasaan. Owh...
Semoga lapisan dinding rahim saya cepat runtuh, maka saya tidak perlu rasa gundah gulana begini. Supaya saya boleh lebih berfikiran positif dan lebih fokus. Semoga. AMEEN.
*updated on 7.41p.m: saya baru sesaat je sampai di bilik, and Alhamdulillah, talian internet sudah kembali pulih. Owh, thank u Allah.
Wednesday, March 19, 2008
19032008
Malam tadi meeting felo bersama Pengetua (yang kacak). Dari jam 9 malam hingga jam 1.30 pagi. *sigh*. Disambung pula dengan tugas sbg felo untuk memeriksa "penempatan setinggan" di asrama perempuan. Tidur pada jam hampir 4 pagi. *sigh*
Meeting yang menarik? Hurm, bukanlah meeting yang buhsan. Dengan, kehadiran YDP (yang kacak, sangat!) yang duduk sebelah Kid yang duduk di sebelah saya itu, maka, saya rasa agak hampir dengan dia kali ini, di mana, sudah lama saya tidak merasa begitu. Dengan, keadaan Pengetua (yang kacak) SANGAT memandang ke arah saya (sebelah kanannya), tetapi tidak menghalang saya daripada merapu dengan Kid (dan sekali sekala dengan Dina). Kemudian, apabila Anif datang, barulah Pengetua (yang kacak) memandang ke arah kirinya, hanya kerana Anif duduk di kirinya itu. Dengan, sifat humour Pengetua (yang kacak) yang semakin menjadi2. Dan, diakhiri dengan, reshuffle portfolio felo, saya telah dilantik memangku portfolio Hal Ehwal Siswi, di samping kekal di portfolio Perhubungan Luar dan Alumni. Dan, Anif telah dilantik sebagai Ketua Felo, mengetuai kami semua. TAHNIAH!
Bangun agak lewat, dikejutkan dengan panggilan telefon yang dikenalpasti sebagai wrong number. *sigh* Kemalasan melampau menyebabkan saya hanya sampai di lab jam 12. Dengan ketiadaan parking, dan ketinggalan handphone di bilik, saya merasa agak nak mengamuk. Agaklah.
Saya perlu coretkan sesuatu ttg politik. Fenomena yang pelik2 dilihat melanda keadaan pasca pilihanraya umum negara ini. Kepada enchek2 Barisan R*akyat sekalian, Helllooo, kamu2 itu menang, bukan sebab rakyat2 percaya kepada kamu2, bukan kerana tertipu dgn manifesto kamu, bukan sangat percaya A*nwar boleh menjadi PM yang baik, bukan kerana kamu2 ramai yang kacak2 dan jelita. BUKAN, OK? Rakyat2 hanya terlalu meluat dengan BN, terlalu menyampah dengan perangai pemimpin tua/ muda BN yang telah agak ramai yang buncit2, rasa sangat mual dengan media yang kempen untuk BN. Kamu2 perlu sangat faham dengan situasi ini. Ia adalah faktor penolakan dari BN, bukan faktor menarik tertarik dari kamu. Maka, kamu2 semua, wahai pucuk pimpinan, janganlah nak perasan, tulis sana sini, bahawa rakyat telah ingin menyokong kamu. HANYA perlu buat keje dengan SANGAT baik dan SANGAT berhati2, kerana, kamu2 itu tidak ada pengalaman memerintah lagi. SILA berhati2, ya!
Esok cuti. Esok saya perlu berpuasa. Untuk hari ke 30 dalam pembayaran nazar saya selama 60 hari. Ya, saya perlu membayar nazar 60 hari puasa, dan esok , insyaAllah, hari ke 30, maka, ada baki 30 hari lagi.
Monday, March 17, 2008
TIPU
Selepas perompak, perogol dan penculik, saya sangat takut dengan penipu. Saya tahu, ada orang menipu atas beberapa alasan kukuh. Ya, saya bukanlah baik sangat, dan pernah juga bercakap bohong. Tp, kemudian, karma (balasan Tuhan) pasti berlaku.
Beberapa waktu kebelakangan ini, penipuan seringkali menjengah hidup saya.
Ingat lagi pada 13 Februari yang lalu, berlaku pembubaran perlimen. Sehari sebelum itu, P*ak Lah menyatakan; "Takde2, banyak lagi mesy kabinet yang perlu diadakan". Ya, saya melihat penipuan itu. Dan, P*ak Lah juga sering mengatakan "belum mendapat bayangan", jika ditanya ttg tarikh pilihanraya. Mengapa P*ak Lah perlu menipu wartawan dan rakyat sebegitu rupa? Tiada alasan munasabah yang boleh difikirkan. Saya rasa dia perlu belajar memberi jawapan yang bersifat BUKAN PENIPUAN yang nyata. Dan, bagi saya, penipuan ini juga menjadi salah satu faktor kekalahan BN. Tuhan tidak suka orang menipu.
Saya juga telah ditipu ttg satu perkara kecil, baru2 ini. Saya telah ditipu, bahawa ada McD di Gua Musang. Saya tahu perkara ini sangat picisan. Tapi, mengapa perlu saya ditipu ttg perkara ini? Tiada sebab yang boleh diterima akal. Satu alasan yang boleh saya fikirkan, dia tipu saya sbb saya mmg boleh ditipu oleh dia. Huh. Apa sahaja yang ingin dia buktikan pada saya, dengan mengatakan ada McD di hometown nya itu? *sigh*
Kejadian di atas membuatkan saya tidak boleh kawan dengan dia lagi, kerana dia telah menipu saya atas perkara2 yang kecil, apatah lagi ttg perkara2 yang besar nanti. Kejadian ini juga telah menjadikan saya ingin membuka McD di Gua Musang itu, satu hari nanti. Heh.
Ketahuilah, perasaan DITIPU itu SANGAT SAKIT. Semoga, penipu akan berkurangan setiap hari di bumi Tuhan ini. AMEEN. Sekian.
Friday, March 14, 2008
143 DAY
|
Ku membenarkan jiwaku
Ku persembahkan hidupku
Untuk bersama kamu
Dan diriku untuk kamu
Belum pernah kumerasai begitu
Semua itu telah berlalu
Harapanku palsu
Dan mungkin hari yang satu
Terus ku tertunggu
Di hatiku masih kamu
Belum pernah ku ingin terus memburu
Aku lemah tanpa kamu
Ku inginmu dampingi ku
Aku fahami aku bukan terbaik
Untuk dirimu
Sampai syurga ku menunggu
Sampai syurga ku cintamu
Hanya satu
Hanya kamu
Ku membiarkan hatiku
Untuk merinduimu
Ku menghamparkan sakitku
Untuk tatapan kamu
Bersamamu harapanku
Hilang dalam terang yang membutakanku
Dan segala yang ku ada
Ku berikan semua
Untuk dirimu saja
Ku mahu dirimu
Bahagia untuk selamanya
Biar sampai syurga
Aku menunggu cinta darimu
Agar ku sempurna
Namun aku tetap aku
Yang terbaik tuk diriku
Hanya satu
Aku lemah tanpa kamu
Ku inginmu dampingi ku
Aku fahami aku bukan terbaik
Untuk dirimu
Sampai syurga ku menunggu
Sampai syurga ku cintamu
Hanya kamu
Untuk KAMU SEMUA, pembaca blog ini, saya dedikasikan lagu di atas. Wpun liriknya agak over, tapi, suke jer. Ngee............
Happy 143 day! May your life will overflow with love!
Thursday, March 13, 2008
Di Satu Hujung Minggu yang Lalu


Kami semua pulang ke Muar, untuk sama2 menanti keputusan pilihanraya pada malam itu. Keputusan2 yang agak mengejutkan (saya, tidak bagi ramai yg lain) itu, telah membuatkan kami tidur agak lewat, dan tidak dapat pulang awal pada keesokkan harinya. Saya hanya sampai di kolej jam 7 malam, 9hb3.
Siapa pun menang, research saya perlu saya sendiri yang teruskan, tiada perubahan di situ.
Semoga yang baik2 sahaja yang akan berlaku. AMEEN.
Monday, March 10, 2008
P*ilihanraya 2008
Ramai yang terkejut, terutama orang M*elayu. Mengapa jadi begini? Saya juga terkejut, byk soalan masuk ke fikiran.
Abah beritahu, kita kalah peti undi bukan M*elayu. Masa tu awal lagi, dalam kul 8 malam. Lama-kelamaan, realiti semakin jelas. Hampir semua pengundi bukan M*elayu seluruh negara mengundi p*embangkang, walau apapun lambangnyer.
Hanya bukan M*elayu sahaja yang sudah menduga perkara ini. Mereka yang menunggang terbalikkan keadaan menjadi begini. M*elayu masih ramai yg setia dgn U*MNO. Jika satu2 kawasan itu, lebih pengundi Melayunya, menanglah calon itu. Tp, ini tak applicable di Kelantan. Isu mereka agak berlainan.
Saya tahu, terdapat rasa ketidakpuasan hati. Maka, berlakulah yg telah berlaku ini. Saya bukan tidak gemarkan perubahan ini. Tapi, saya tahu pihak p*embangkang pun tidak bersedia untuk kemenangan ini. Itu yang saya risau. Eksperimen akan banyak dilakukan.Semoga hasilnya baik2 sahaja.
Semoga, semua orang akan menjadi semakin baik. Semoga semua orang akan berusaha menjadikan hati mereka baik. Tidak ada yang jahat2 di hati. Tidak menipu.
Thursday, March 06, 2008
Demam
Saya tak suka bila demam. Sebab, saya ni jenis demam yang suhunya amat tinggi. Sekitar 39 hingga 40 darjah Celcius. Selasa lepas, saya diperiksa, suhunya 38.9 C. Doktor yang merawat akan selalu tanya ttg bintik2 kemerahan (yang selalunya tiada), ditakuti saya mengidap demam denggi. Dan, selalunya demam agak lama lah, tidak pernah kurang 3 hari, selalunya seminggu.
Saya pernah masuk wad sebab demam. Masa tu awal zaman matrikulasi di Kuantan. Orang kata berubah angin, kene angin laut. Dengan keadaan kawan2 yang baru dan jauh dari ibu bapa, saya dinasihati ibu agar masuk wad sahaja. Kebetulan, masa tu saya ke Hospital Pakar Kuantan (hospital di bawah Kumpulan Perubatan Johor KPJ). Doktor kata " Awak duduk wad je lah. Awak dah tak stabil ni, cakap pun dah tak betul" . Disebabkan mereka tahu saya anak sedara pak ngah, lepas call pejabat pak ngah, saya duduk wad vip. Best jugaklah, sbb sorang2, so ada tv, bolehlah hilang buhsan. Tp, dah saket tu, sedih jugaklah. Huhu. Darah saya diambil selama 3 hari berturut2 untuk diperiksa. Pastu, seminggu duk sana, dalam 6 pain air masuk. Memang suhu badan masa mula2 masuk tu mencapai 40 C. Tinggi tu...
Hari ini, demam dah berkurangan. Bersyukur saya pada Ilahi. Janganlah ada orang serang saya lagi.
Esok saya ada annual dinner college. Dan, lusa, akan pulang mengundi dan ke majlis kawen kawan felo saya. :)
Monday, March 03, 2008
Pencen

Pada 1 Februari 2008 yang lalu, saya telah berkesempatan pergi ke majlis persaraan PUAN RAJA KHUZAIDAH (tengah) Pengurus Asrama di kolej saya. Dia adalah seorang perempuan yang penuh dengan sifat keibuan, tercurah kepada pelajar-pelajar di kolej. Dengan bos yang baik, dia kelihatan agak sedih untuk meninggalkan pekerjaannya ini.
Gambar yang kelihatan sgt pink ini pula adalah bersempena majlis persaraan ibu saya pada 1 Mac yang lalu. Tapi, ibu hanya akan tamat bekerja sebagai guru besar pada hari rabu ini. Dia membuat majlis ini dan menjemput rakan2 guru besar yang lain hanya untuk tidak mengganggu P&P sekolahnya. Ya, ibu sangat dedikasi dengan kerjanya. SANGAT. Ini kerana, ibu telah dibesarkan dalam kawasan sekolah. Datuk saya adalah seorang guru besar semenjak ibu saya darjah satu. Agak risau juga saya dengan ibu, apa saja yang dia akan lakukan selepas pencen ini. Sempat saya dan adek2 berpesan kepada pembantu rumah "Jika ibu mahu ke sekolah pagi2, jangan benarkan. Cakapkan, ibu sudah berpencen". Ini kerana ibu saya sangat ke sekolah. Dia selalu ke sekolah wpun pada hari sabtu dan ahad, malah akan ke sekolah pada waktu malam, pada musim menyemak (mengecop dan menandatangani) buku pelajar2nya.
Kepada ibu dan Puan Raja, selamat meneruskan kehidupan ini. :D