Monday, March 10, 2008

P*ilihanraya 2008

Banyak yang berlaku hujung minggu lepas. Tetapi, saya belum mendapat gamba2, maka saya menulis ttg pilihanraya 2008 ini.

Ramai yang terkejut, terutama orang M*elayu. Mengapa jadi begini? Saya juga terkejut, byk soalan masuk ke fikiran.

Abah beritahu, kita kalah peti undi bukan M*elayu. Masa tu awal lagi, dalam kul 8 malam. Lama-kelamaan, realiti semakin jelas. Hampir semua pengundi bukan M*elayu seluruh negara mengundi p*embangkang, walau apapun lambangnyer.

Hanya bukan M*elayu sahaja yang sudah menduga perkara ini. Mereka yang menunggang terbalikkan keadaan menjadi begini. M*elayu masih ramai yg setia dgn U*MNO. Jika satu2 kawasan itu, lebih pengundi Melayunya, menanglah calon itu. Tp, ini tak applicable di Kelantan. Isu mereka agak berlainan.

Saya tahu, terdapat rasa ketidakpuasan hati. Maka, berlakulah yg telah berlaku ini. Saya bukan tidak gemarkan perubahan ini. Tapi, saya tahu pihak p*embangkang pun tidak bersedia untuk kemenangan ini. Itu yang saya risau. Eksperimen akan banyak dilakukan.Semoga hasilnya baik2 sahaja.

Semoga, semua orang akan menjadi semakin baik. Semoga semua orang akan berusaha menjadikan hati mereka baik. Tidak ada yang jahat2 di hati. Tidak menipu.

11 comments:

Anonymous said...

well..
apa yang telah berlaku akan tetap berlaku...mahu tidak mahu...semua orang perlu merasakan ini adalah satu titik perubahan dalam corak pemerintahan negara kita...bagi pihak kerajaan, perlu disedari...kita tidak akan berada dalam zon selesa buat selamanya...apa yang telah dijanjikan perlu dikotakan...rakyat semakin bijak dalam membuat pilihan dan dalam mencari sumber2 alternatif bagi mengetahui hal sebenar atau keadaan sebenar sesuatu perkara...

perlu diketahui juga, pihak pembangkang harus memikul AMANAH dan TANGGUNGJAWAB yang telah diberikan dengan sepenuh hati...melakukan apa yang dikotakan dan jangan sekadar melepaskan batuk di tangga...bukan atas dasar membalas dendam juga atas dasar peribadi...ingatlah..pilian yang dibuat oleh rakyat adalah atas dasar kepercayaan mereka dan apa yang mereka mahukan...jangan dikhianati segala usaha rakyat...

namun...wujud suatu isu iaitu pengundi bukan melayu...ada yang menyebut mengenai isu DEB yang dibawa oleh DAP begitu besar impaknya terhadap kaum
Cina dan ianya dilihat sebagai suatu titik mula dalam mereka merangka sesuatu yang baru...MIC?...mungkin kaum india sudah jemu dengan pucuk pimpinan yang ada...perlu diketahui...antara fungsi pilihanraya adalah untuk mengubah...dan membuat perubahan...dalam suatu tempoh...seorang pemimpin mempunyai saat2 kegemilangan dan saat2 kejatuhannya...mempunyai tempoh top condition n worst condition...perlulah bagi seseorang pemimpin mengetahui had2 bagi dirinya untuk memerintah sebelum rakyat mengetahui keburukan dirinya agar kedudukan yang ditinggalkan dalam keadaan yang BERSIH dan BAIK...

humm...
begitu panjang hujah...namun sekadar berkata...tiada guna selagi tidak wujud tindakan...
maka...bertindaklah...
ayuh bangun bangsaku...
sama2 membangunkan negara ke arah yang terbaik!...

:)

Marliza Radzi said...

saya tidak terkejut.

walaubagaimanapun, tahniah buat pakcik anda :)

SITI said...

anon@En.Kid: Ya, perlu bersedia turun jika telah berada di atas. Hidup ibarat roda.

kak Yanti: Alhamdulillah, pak ngah menang. :)

Sahalfikri said...

tahniah pak ngah. da kem salam? Hehe

spt yg dlm sms. secret deal. sgt penting.

roda adakala di bawah. tp pastinya kita nak di atas. maka harus digerakkan roda itu. bukan mudah. roda tak bergerak sendiri. pemandunya yang menngawal roda.

marilah sama-sama kita pastikan pemandu ingin bergerak tp ke arah tujuan yg jelas dan tetap supaya kita berada di atas pada saat roda berhenti.

Islam perlu didokong. Tak semestinya parti Islam. Tp MELAYU dan ISLAM.

SITI said...

abg Suhail: Ya, perlu kekalkan orang Melayu itu beragama Islam. Sekarang, banyak citer yang pelik2. Heh.

ultimatecass said...

tim. congrats pakngah nya menang. hooray hooray!

SITI said...

Atie: Ya, menang. TQ. Kau ngundi pos x? Huhu...

ultimatecass said...

Tak Tim. Aku amat sangat nak undi. Penat hantar email kat semua orang tapi tak reply pun. Marah betul. Penat aja daftar. Kena tunggu next one lama lagi.

SITI said...

Owh, kau sgt boleh buat report, saman sume orang. Hak kau telah dinafikan.

Anonymous said...

tahniah pak ngah menang. dah angkat sumpah mb pun semalam..... yer cik siti marilah kita sama2 melihat perubahan dan eksperimen yang akan dilakukkan....
aper pun... semoga sumer orang menjadi baik... dan sentiasa mendoakan dan berusaha menjadikan hati ini semakin baik..... dan cuba menghilangkan yang jahat di hati ini.... insya allah.... mudah-mudahan....

SITI said...

anon @ kak Asma: Ameen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...