Monday, March 17, 2008

TIPU

Siakap senohong, gelama ikan duri;
Bercakap bohong, lama-lama mencuri.

Selepas perompak, perogol dan penculik, saya sangat takut dengan penipu. Saya tahu, ada orang menipu atas beberapa alasan kukuh. Ya, saya bukanlah baik sangat, dan pernah juga bercakap bohong. Tp, kemudian, karma (balasan Tuhan) pasti berlaku.

Beberapa waktu kebelakangan ini, penipuan seringkali menjengah hidup saya.

Ingat lagi pada 13 Februari yang lalu, berlaku pembubaran perlimen. Sehari sebelum itu, P*ak Lah menyatakan; "Takde2, banyak lagi mesy kabinet yang perlu diadakan". Ya, saya melihat penipuan itu. Dan, P*ak Lah juga sering mengatakan "belum mendapat bayangan", jika ditanya ttg tarikh pilihanraya. Mengapa P*ak Lah perlu menipu wartawan dan rakyat sebegitu rupa? Tiada alasan munasabah yang boleh difikirkan. Saya rasa dia perlu belajar memberi jawapan yang bersifat BUKAN PENIPUAN yang nyata. Dan, bagi saya, penipuan ini juga menjadi salah satu faktor kekalahan BN. Tuhan tidak suka orang menipu.

Saya juga telah ditipu ttg satu perkara kecil, baru2 ini. Saya telah ditipu, bahawa ada McD di Gua Musang. Saya tahu perkara ini sangat picisan. Tapi, mengapa perlu saya ditipu ttg perkara ini? Tiada sebab yang boleh diterima akal. Satu alasan yang boleh saya fikirkan, dia tipu saya sbb saya mmg boleh ditipu oleh dia. Huh. Apa sahaja yang ingin dia buktikan pada saya, dengan mengatakan ada McD di hometown nya itu? *sigh*

Kejadian di atas membuatkan saya tidak boleh kawan dengan dia lagi, kerana dia telah menipu saya atas perkara2 yang kecil, apatah lagi ttg perkara2 yang besar nanti. Kejadian ini juga telah menjadikan saya ingin membuka McD di Gua Musang itu, satu hari nanti. Heh.

Ketahuilah, perasaan DITIPU itu SANGAT SAKIT. Semoga, penipu akan berkurangan setiap hari di bumi Tuhan ini. AMEEN. Sekian.

5 comments:

Anonymous said...

Cik Siti..rasa tertipu memang amat menyakitkan hati..saya pun pernah ditipu oleh kawan saya..sesungguhnya kepercayaan yang diberikan oleh kita terhadap seseorang tidak seharusnya digunakan untuk menipu kita..perasaan itulah yang pernah saya alami..sesungguhnya saya amat sukar untuk menerima hakikat yang saya ditipu oleh orang yang amat saya percayai dan sayangi..tambahan pula banyak telah kami kongsi bersama-sama... pelbagai peristiwa pahit manis...sungguh indah..ingatlah kawan-kawan..sesungguhnya kepercayaan yang diberikan bukannya untuk dipergunakan apatah lagi untuk menipu..hargailah persahabatan yang terjalin..semoga penipuan terus berkurangan ya Cik Siti..tq

ultimatecass said...

kena tipu memang buat sakit hati, sakit jantung, sakit kepala, satu badan juga sakit.

SITI said...

anon @ kak Asma: apa buat ptg2 hari di lab? Hurm, makin lama hidup, makin banyak kene tipu, kan? Mcm tak bagus tu. Heh.

Atie: Sangat!

SITI said...

Maka, anon di atas, adakah kamu, En. Amiran?

Anonymous said...

ya saya..he..he..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...